Skip to main content

.suatu ketika. & detik ini.

kenangan.
Bismillahirrahmanirrahim...

Catatan ini aku nukilkan sebagai coretan buat diri sendiri yang makin jauh daripada dunia yang sepatutnya tidak aku tinggalkan. Sungguhlah, sekali kamu melarikan diri daripada daerah kecintaan itu, payah untuk berpatah dan mendapatkan semangat yang tercicir itu.Payah mahu bangkit. Kekuatan perlu dijana semula. Keberanian!


ya...

Aku masih ingat dulu. Ketika itu di rumah tiada komputer apatah lagi komputer riba. Lalu, kegemaran aku membaca majalah kakak + novel yang dicuri-curi baca + dorongan hati yang mahu menulis membuatkan aku suka menconteng. Ketika belum bersekolah menconteng diri seperti kebanyakan kanak-kanak. Kemudiannya menconteng buku latihan sekolah dan pernah sekarang atas kertas peperiksaan. Ah, rontaan kata yang mahu dibicara manakan bisa dipaksa untuk mengalir. Datangnya tidak kira masa.

Tulisanku ketika itu hanya main-main. Menulis untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Kadang-kadang rasa benci, rasa tidak suka yang tidak terluah, aku suka lontarkan pada kertas bisu kerana mulut ini kaku. Lalu ia menjadi terapi buat diri.. =)

Bermula dengan karangan, aku cuba menulis cerpen dan kononnya membuat novel. Ah, apabila dibaca semula ia hanya contengan picisan yang mendasar kepada cinta suami isteri. Ha, inilah penangan novel cinta dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Imaginasinya akan sampai ke zaman itu lalu diterjemah dalam tulisan.

Apabila ada komputer di rumah, barulah aku cuba menaip. Keberanian timbul untuk menghantar ke majalah dan alhamdulillah, sekali percubaan menghantar, setelah tiga bulan ia tersiar..

Di situlah bermula....
Dan peluang datang.

Tetapi mengapa keberanian itu makin hilang?


Bercerita dalam blog satu kepuasan. Hah, adakah ia membuka pekung di dada?

Berkenalan dengan dunia blog, aku lebih senang menempel tulisan aku dalam blog. Seingat aku dahulu semua yang aku rasa. Bahasanya hancur. Penuh dengan singkatan dan bahasa percakapan harian aku. Bagaimana mahu menulis dengan serius jika menggunakan bahasa begini. [ya, ini pendapat aku. Untuk belajar menulis kita perlu belajar menulis menggunakan bahasa yang betul kerana ia akan punya kesan dalam setiap penulisan kita. Biasakan yang tidak biasa agar ia menjadi biasa.]

Asyik menulis blog menjadikan aku hilang semangat untuk menghantar karya ke syarikat penerbitan. Walaupun selepas menhadiri minggu penulis remaja, aku masih aku yang semangatnya makin luntur untuk menulis dalam media cetak.

Aku mula tinggalkan cerpen dan menulis puisi kerana ia mudah untuk dihabiskan.

Akhirnya, kini aku tidak dapat menghabiskan walau sebuah cerpen. Hingga kini.

ya, itulah yang mahu aku tulis!

Keberanian dahulu hilang...

2010 berakhir dengan hanya dua kali namaku tersiar di majalah. Ah, mana bisa namaku ada lagi jika aku 'MALAS' untuk menghantar ke majalah. Aku sudah asyik menulis blog hingga tidak menulis. Rasa karya aku tidak punya kualiti menjadi tembok, sedangkan dahulu aku boleh menghantar sedangkan itu juga tulisan aku.

semangat, kembalilah!

Baca apa Puan Nisah Haron catat dalam blognya...

"Terbit di laman web ertinya karya atau tulisan anda itu sudah terbit dan sudah menjadi bentuk bahan. Tiada pihak yang boleh mengambilnya tanpa izin anda sebagai pengarang asal. Anda juga tidak boleh menghantar karya yang sudah terbit di blog atau FB ke media cetak yang lain seperti majalah dan akhbar.


Nota : Menerbitkan tulisan yang dihimpunkan dalam blog sendiri atau koleksi status Facebook sendiri, misalnya, dalam bentuk buku oleh pengarang/blogger itu sendiri dibenarkan kerana datangnya dari pengarang yang sama.


Lebih buruk lagi perangai penulis yang karyanya sudah terbit di majalah pada bulan ini, kemudian terus diterbitkan SEPENUHNYA di blog sendiri sebelum tempoh pengedaran majalah berakhir. Ertinya, tulisannya tersiar di dalam majalah ABC edisi November 2010, belum pun habis bulan November ini, dia terus sahaja menyalin dan menampal tulisan yang sama di blognya. (Bukankah dia ada softcopy yang boleh digunakan semula setelah dihantar kepada editor.) Oleh itu, pembaca blognya tak perlulah membeli majalah berkenaan kerana boleh sahaja dibaca di blognya. [baca di blog puan Nisah Haron. (link)
Justeru, jika menulis puisi dalam blog, aku boleh tidak menghantar ke mana-mana lagi. Lainlah aku hantar ke majalah, setelah tamat tempoh, aku siarkan semula..

Diri, kembalilah menulis dan sebarkan tulisan itu dengan menghantarkannya ke media cetak. Sungguh, dalam sepuluh mungkin hanya satu tersiar, tetapi yang penting bukankah kamu telah mencuba. Di mana keberanian yang kamu ada dahulu.

Seseorang yang menulis diari itu berani, tetapi bila dia menulis blog, dia lagi berani. Seorang yang menulis blog itu berani, tetapi mereka yang menembusi akhbar dan majalah itu lebih berani. Bukankah dengan menulis dalam lingkup yang lebih besar maknanya kita membuka diri [karya] untuk dikritik. Orang takut tidak mampu lakukan ini. =]

Maka, wahai diri... berdoalah agar kekuatan dan keberanian itu kembali. Berharaplah semangat itu akan ada semula. Tidak penting apa yang kamu hantar tersiar atau tidak yang penting kamu telah usaha. Hantar karya itu ke majalah atau akhbar.

Okey?? =)

Janganlah kamu biarkan pinjaman Allah itu sia-sia wahai kamu yang Allah pinjamkan bakat... kembangkanlah... Selagi kita tidak masuk dalam dunia itu kita tidak merasa.

Titik

wassalam.

Nota Sebelum Titik: Baca ini untuk ingatkan diri
 [1]
[2]
[3]
[4]
[5]
[6]
[7]

kembalilah.
5.59am/ 28.11.2010
Qamar jamilah, mahang.
Airmata keinsafan, The Zikr

Comments

Diari Ungu said…
Bagus entri ini. Mencetus insaf diri sendiri. Hehe. Menulis di blog tu kira okey lagilah daripada langsung tak kemaskini. Cuba tengok, berapa ramai yang tak kemaskini blog sejak kewujudan Facebook :-)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك