Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Sehingga Tarikh Ini...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lantaran kita sering diuji dengan kata-kata dan tulisan. Adakah diri akan terus bertahan atau jatuh lagi dan lagi? Tidak salah jatuh berkali-kali asalkan engkau tidak jemu untuk bangkit kali. Sehingga pada tarikh ini, dia belum memilih untuk meneruskan pekerjaan dalam bidang lain. Namun dia mengerti yang masa kian pantas, teramat pantas hingga dia perlu segera membuat keputusan. Keputusan untuk diri sendiri. Dia tiada jawapan paling jujur mengapa dia ambil keputusan itu. Dan dia terus membikin siri masalah meski dia tidak lagi berada di institusi itu. Dia sendiri kadang keliru dengan keputusan yang dia ambil awal-awal lagi. Berfikir, kali ini dia memang mengikut hati sendiri, tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kompleks. Ya, itu setiap kita, termasuk dia. Melihat nampak biasa, sebenarnya tidak sebiasa yang terlihat. Dan dia, dalaman dia amat lemah. Lemah untuk menanggung

Belum Melepaskan

Terlalu sukar rasanya melepaskan genggaman selama bertahun-tahun. Berkali-kali aku ulang, aku akan lepaskan semuanya saat ada orang lain yang sanggup menjadi pengganti. Bukan pentingkan diri, aku hanya memikirkan hal pembaca. Walaupun aku kurang berinteraksi, setiap hari aku cuba menyediakan hidangan secara maya kepada mereka. Cukuplah sekadar aku berkongsi tazkirah untuk pembaca. Mereka suka. Namun sampai bila akan aku bertahan dengan tugasan ini. Jawapa aku, selagi aku cinta. Enggan aku melepaskannya tanpa pengganti. Membiarkan "ladang" yang semai, akhirnya tanaman jadi layu, bukan aku. Aku mahu biarkan ladang terus tumbuh, hingga ada petani baharu yang akan menjaga. Saat itu, aku akan pergi. Pergi jauh. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.