CONTENGAN: Mencuba.

1. Kamu, benarkan aku untuk berdiri di sampingnmu kala hari bahagia itu. Walaupun ketika itu aku mungkin datang hanya sebagai tetamu. Justeru aku masih cinta, aku mahu berada dekat dengan kamu. Dekat dengan hati kamu.

Hari-hari aku mahu menjauhkan diri daripada kamu. Aku takut melihat wajah jujur kamu. Aku takut aku tersalah kata, tersilap bicara. Aku ini bukannya spesis manusia yang pandai menjaga mulut sendiri. Aku tahu aku patut menjaga butir yang terbit pada ulas bibir ini namu  berulangkali aku gagal. Aku ego.Biarkan kita berbicara daripada jauh asal tidak ada yang terluka... Saya bukan seorang yang baik....

Bagaimana mahu membuang EGO? Aku mahu mencari penawar EGO? Kerana ego aku aku melarikan diri. Kerana ego, aku sembunyikan semuanya seorang ini. Kerana ego, walau aku tahu salah, aku tidak minta maaf..

________________________________________________________________________________

2 .Wajah dia...
Pandangan dia..

Aku tidak boleh pandang. Aku secara automatik jadi sedih. hanya kerana cebisan kertas itu aku sudah bertapath arang. Mudahnya berkata maaf dalam mesej, namun sukarnya untuk aku meminta kemaafan daripada dia.

Aku mahu baiki hubungan dingin ini.. Aku lemas bersangka buruk dengan orang.

Kini, selagi aku mampu, aku lari sejauhnya.. Jauh.. Apabila aku rasa masa sesuai aku kembali untuk seketika. Lalu, aku larikan diri kembali. Aku tidak mahu dia berasa tidak selesa sebenarnya...

"Ah, mengapa aku suudzhon?"

Semuanya kerana mulut aku yang berat ini. Aku yang tidak pandai bercakap dengan orang lain melainkan dengan orang yang sudah aku rapat. Aku bukannya baik. Ya, aku tidak boleh dinilai dengan penampilan kerana mungkin dalam hati ini sudah berwarna hitam...

Allah.....

Walau dekat kami makin jauh. Aku yang mengeruhkan keadaan.

"Assalamualaikum, saya tidak faham kenapa kamu sombong sangat hingga langsung tidak mahu bercakap dengan orang lain. Saya tidak tahu apa masalah kamu."

Sejak itu aku terus membisu. Langsung kata mati. Melihat anak matanya sahaja aku sudah tidak sanggup. Ada rasa bersalah yang mahu aku luahkan namun bicara pada kertas lebih aku senang. Aku tiada kekuatan untuk kembali menulis kepada dia.

"Jagalah kebersihan diri kerana ia juga melambangkan kebersihan HATI."

Allahuakbar... Aku kemudiannya makin terkedu. Langsung aku sentiasa untuk cuba lari daripada dia... Aku cuba berubah yang aku terdaya.... Aku tidak mahu ada tidak selesa antara kami. Namun bagaimana untuk aku melalui hari depan?

Aku buntu...

Benar.

Aku keliru...

"Bercakap mudah. Apabila kena batang hidup, aku kalah!"

Luahan rasa,
4:13p.m
ITD, IIUM

Comments

Jamilah said…
Tyra Hanim,

Tak ada apalah.. Menconteng!

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut