Skip to main content

TERTIPU?

 Mungkinkah hati ini sebenarnya sedang ditipu oleh sang perasaan? perasaan yang bersabung dengan kewarasan fikiran memang mengusutkan fikiran. Malangnya ada ketika aku seakan lupa akan hakikat yang kita diberikan sebuah kewarasan untuk menilai setiap perkara.

Ada masa masa dibiarkan berlalu hanya dengan melayan perasaan. Membaca sesuatu yang membuatkan seakan-akan kita berada di alam lain. Khayalan. Menonton cerita-cerita yang menjadikan akal makin lemah kerana banyak berangan. Sedar amat yang kehidupan perlu berentak dan berdiri atas landasan yang betul. Hidup dalam dunia realiti bukan bersalut fantasi. Namun masih diri terpasung dalam dunia yang dicipta sendiri.

Memang benar untuk membina diri tidak hanya dalam sehari. Maka, bersediakah untuk mentarbiah diri sendiri setelah kamu melepaskan diri daripada ditarbiah oleh orang lain. Kuat sangatkah hati untuk melalui hari-hari tanpa pengisian. Memang kadang perasaan 'bosan' dan 'kosong' tetap akan hadir namun disebabkan jalan ini adalah pilihan sendiri, tidak perlulah mengungkap sesal, membazirkan air mata menyesal. Yang penting perjalanan yang berbaki teruskan dengan sebuah harapan dan tidak berpaling ke belakang.

pedulikan pandangan orang. kata-kata yang mungkin tercetus di belakang. Adat manusia jika melihat orang lain jatuh, kadang disoraknya lagi bukannya ditarik tangan orang itu untuk kembali. Sekeras mana batu jika dititik air hari demi hari akan tinggal lekuk juga. Sedegil mana seseorang jika disentuh hatinya, didekat dia setiap hari akan tersentuh hatinya. Qudwah bil hal itu lebih bernilai daripada sekadar bercakap dan menulis. Mungkin kita melihat dia seperti tidak melakukan apa-apa. Sedangkan dengan akhlaknya yang baik, penampilannya yang dijaga, itu menjadi cermin kepada orang lain.

Tidak pula untuk aku menafikan pandangan terhadap orang lain. orang padang lain belalang. Lain orang lain ragam. Memang ia kenyataan yang mana setiap seorang ada sisi baik dan sisi buruk. Dan sebagai manusia jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain kerana takut apabila terlihat sesuatu yang buruk tentang di, tidak terus hilang rasa hormat kepada dia.

benar.

Pengalaman yang dilalui semasa di sekolah menengah mengajar diri untuk bersederhana dalam melihat seseorang. Apabila memandang terlalu tinggi kepada seseorang, aku kecewa apabila mendapat tahu tentang kekurangan yang dia ada. Dengan hanya mendengar kata-kata orang lain, diri sudah boleh terjebak dalam sebuah prasangkan. Lantaran, diri lebih suka untuk tidak mengetahui yang buruk-buruk, biarlah kenangan yang bersama diri adalah yang baik-baik. Diri sedar yang diri ini bukanlah yang terbaik untuk menilai orang lain, justeru diri ini hanya mahu tahu yang baik-baik. =]

Titik.

Berhenti dahulu membebel pagi ini...

Sebenarnya saya tulis tajuk tertipu kerana saya yang dahulu sangat suka membaca novel cinta terasa tertipu dengan cerita yang dinukil. Hero mesti hensem dan sempurna. Heroin mesti cantik dan akhirnya akan jatuh hati dengan hero. Entahlah, sekarang sudah naik satu perasaan 'geli' pula jika menatap novel cintun yang dahulunya menjadi kegemaran.

Kalau menonton cerita juga, satu tabiat yang akan aku lakukan ialah meng'skip' setiap babak yang dirasakan 'tidak best' dan menonton berkali-kali babak yang dirasakan menarik bagi diri aku.

Ah, sungguh kita sebenarnya ditipu dengan cerita-cerita yang ditonton dan novel yang dibaca. Banyak sudah kita ditipu dengan watak-watak klise yang dibina.. Dan akulah yang tertipu itu. Hakikatnya memang perlu hubngan gadis dan jejaka namun biarlah ia ikatan yang halal.. Sangat manis untuk dilihat.

Apabila maksiat makin direlakan berlaku depan mata... Bukankah kehancuran yang menanti kita????

Nota Kecil Hujung Entri: Suka baca cerita tentang hubungan persahabatan yang manis-manis... =] Kisah 'KAMI' mungkinkah nanti akan jadi modal untuk saya hasilkan novel seterusnya..  =)

Comments

Jamilah said…
tepian muara,

kata orang dulu-dulu: buang yang keruh, ambil yang jernih..

=)

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك