Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Biru Langit

Bila memandang langit jangan hanya memandang pada kecantikan warna birunya, tetapi ingatlah ada rahsia yang tersembunyi yang kita tak terfikir. Melihat dengan mata hati, kita akan nampak sesuatu. Langit, birunya bukan sekadar biru, memandangnya meredakan hati kacau, jiwa bergelora. Hati jadi kacau, ada rasa-rasa halus membisikkan yang tidak enak-enak semalam. Dekat di telinga ini. Terngiang-ngiang apa yang dicakapkan. Mampukah aku menolaknya jauh daripada hidup ini. Pandang langit seketika, Hilang semua rasa, Tenang, Ku lupakan semua salah,

Cinta Tuhan

Di manakah cinta Tuhan, Tersungkur aku dalam pencarian, Mencari jalan pulang, Ku temui kegagalan. Bayang-bayang dosa mengekori, Sesaat, Seminit, Setiap detik. Aku lemas, Tak jumpa jalan pulang. Makin diusir,Dia hampir, Basah sejadah dek sungai penyesalan, Terlayar setiap dosa, Aku hampir pitam, Tuhan, Terlihat dosa sendiri, Ini baru dunia, Bagaimana di hadapan-MU kelak? Saat semua manusia berkumpul, bersama amalan. Di mana kedudukan aku, Hamba berdosa, Disekat dosa, Tak sedar dosa. Biarkan air mata mengalir, Sebelum mentari ria menghampiri. Aku, kau, dia, kalian, semua umat... Saat janji Tuhan dekat, Tak pasti BILA!!!

Belek-belek Buku

Aku cuba menekuni Motivasi menjadi wanita paling bahagia, dan aku temui ini, yang menarik perhatian aku. Sekadar sedikit perkongsian daripada seorang Jamilah... m/s116: motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia-Dr. Aidh abdullah Al-Qarni Jika anda ditimpa musibah, bersabarlah, kerana ALLAH pasti menunjukkan jalan keluarnya duduklah dengan tenang dan khusyuk selepas menunaikan solat Subuh selagi dalam keadaan menghadap kiblat. Tidak perlu terlalu lama,memadailah sekitar sepuluh atau lima belas minit. Setelah berzikir, berdoalah kepada ALLAH meminta dikurniakan hari yang indah, baik dan penuh berkat. Mohonlah kepada ALLAH agar menjadikan hari itu mepakan hari yang bahagia, penuh keberhasilan, peningkatan dan kejayaan buat anda-jauh dari sebarang dosa, tekanan dan masalah-masalah seumpamanya. mohonlah kebahagiaan dari ALLAH, begitu juga rezeki dan ketenangan hidup. Hsnya dari ALLAHlah kebaikan itu datang, justeru, kepada-NYAlah ianya patut diminta. Kebiasaan duduk yang sebentar ini ak

Serabut @ Tenang Sekarang

Hidup tak punya amaran, Datangnya duka, munculnya ceria, Kita, Peka, Berjaya, KIta, Cuai, Syaitan merajai. Jangan pandang belakang, Bila kejayaan jadi milkmu, Bukan kita menetukan Namun, Mohonlah terbaik, Tuhan akan beri. Jangan beri peluang pada kesedihan, Merajai, Senyum, Doa, Ikhlas... SYUKURLAH APA KAU MILIKI. HISAB APA KEKURANGAN LIHAT APA KELEBIHAN HARGAI MEREKA...

Aku Dah Okey

Carilah ketenangan, lewat sujud pada yang Esa, Hindarkan kesedihan, Kau pasti bahagia, Pandanglah sesuatu secara positif, Mata hati mentafsir, Tangan berbicara Hati gundah sembunyikan, Zahirkan senyuman manis, Semanis madu... :)

Esok Balik

Alhamdulillah berjaya melangsaikan kertas-kertas peperiksaan, walaupun memang tak tahu begaimana keputusannya. Pasrah walau apa sekalipun yang aku dapat. Aku berusaha dan akan dapat apa yang telah aku usahakan, Insya ALLAH, usaha yang teramat sedikit dan tak ral;at jika dapat keputusan yang sedikit. Sedikit perkongsian sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi Nilai. Wahai diri-diri yang diberi peluang oleh ALLAH untuk duduk di menara gading, sangat besar sebenarnya tugas kita di sini. Adakah mampu untuk pundak kita benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi. Harapan mak ayah, guru-guru sekolah menengah dulu, kawan-kawan yang tak berpeluang ke sini, dan harapan oleh diri sendiri. Tentu tak mahu sekadar cukup-cukup makan dan inginkan kegemilangan. Jadi, imbau semula dalam diri, sebenarnya cukupkah bekalan yang kita bawa sebelum ke sini? Soalan ini ana tujukan untuk diri sendiri... Walaupun kita fikirkan kehidupan kita di sini serba kekurangan dan banyak ekluhan meniti bibir, tapi

Terlepas Satu Imtihan

Pukul 9 pagi, bertempat di bilik ustaz, aku berjaya melalui imtihan kalam yang aku nantikan bilakah ia akan berlalu, seperti biasa, jamilah tetap jamilah. Nak tahu, perasaan fobia aku berkurang ketika imtihan tapi tapi bukanlah 100% Memang ada getaran pada tangan dan kaki tapi tak sehebat sebelum ini. ya, semuanya dari ALLAH, bagi setakat setakat mana aku usaha itu akan aku dapat malahan ALLAH memberi lebih daripada itu, harapkan usaha yang terlalu sedikit tak menjadi imtihan aku, ilham itu datngnya daripada ALLAH. Ada juga yang aku lupa, almaklumlah belajar last minute... Tapi soalan terakhir dapat sakhsiah.. Sejak semalam aku minta biarlah dapat sakhsiah, tak dapat kalam. Tadi, aku merenung terlebih dahulu sebelum aku mencabut kertas dalam kotak yang ustaz sediakan. Sampaikan ustaz menegur, ''jampi ke?" ambil, terketar juga nak melihat soalan yang dapat. "Aku dapat sakhsiah." Ustaz bacakan soalan. Aku tanyakan pada ustaz, penulis boleh... Mestilah bol

Entri Terakhir Sem Ini

Bunga, tamsilan seorang wanita, kehidupan yang tak lama ini, banyak cabaran yang mewarnai hidupnya. Seorang wanita sabar menghadapi dugaan, tak mengeluh. Persis bunga yang rela dihisap madunya, memberi bakti kepada sang lebah. Tahu kembangnya tak lama, jangan melihat hanya pada fizikal bunga, lihat sahaja pada binga ini. TULIP ringkas, namun diminati ramai. Kenapa? Ramai manusia sukakan sesuatu yang ringkas dan menarik. Jangan menilai sesuatu hanya pada zahir. jangan cepat menyemai cinta memandang sesuatu yang baru. Ingin aku nyatakan di situ, perhubungan yang terlarang jangan masukkan nama Islam. Dating in Islam... tak pernah wujud istilah ini sebenarnya. Jika nak bercinta gunakan landasan yang betul... Ya ALLAH, jangan biarkan aku terjebak dalam cinta terlarang ini. Aku terlalu takut... Jangan takut wahai puteriku, seandainya ada insan yang mngganggu dirimu, ingat inilah yang dikatakan fitnah dunia, banyak benda yang kita tak mahu ia hadir dalam hidup kita namun ALLAH tetap m

Peperiksaan Akhir

Minggu depan merupakan minggu paling sibuk untuk peperiksaan akhir... bagi orang lain. Adakah aku masih seperti hari ini? Ada imtihan kalam, qiraah, kitabah dan istima'. Sebelum berperang sudah pasti bala tentera perlu disiapkan. Bagaimana niat kita untuk menghadapi peperiksaan? Bagaimana persediaan kita? Bagaimana minda? Bagaiman nurani kita? Semuanya memerlukan kita bersedia, berusaha, barulah bertawakal. Bukan mudah mencipta satu cita-cita dan mahu mencapainya memerlukan satu usaha yang berterusan. Yang pernting mhu itu ada dalam diri. Tak sabar nak balik kampung. Mengapa ya? Selalunya aku tak teruja begini untuk balik kampung. Nak jumpa ayah, nak jumpa ayah, nak jumpa ayah... Ada tugas penting sepanjang aku kembali ke rumah sebenarnya... Buat semua sahabat yang aku sayangi, doaku kalian berjaya dalam imtihan akhir dan imtihan seharian. Semua yang berlaku ada musabab dn hikmah yang kita mungkin tak sedar. Jangan persiakan kesempatan bersama ibu ayah, kerana bila mereka tiada