Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Cerpen: Jemput makan, kawan!

Izham melihat jam yang tertera pada telefon genggam tidak canggihnya. 04:13 p.m. Perut mula berkeroncong memandangkan belum ada makanan yang menjadi hidangan jasadnya hari ini. Dipandang sekeliling , melihat pelajar UIAM yang rajin bertandang ke Maktabah Dar-Hikmah walaupun pada hari Ahad. Dia mendatangi maktabah bukan untuk mengulangkaji. Entah masalah apakah lagi, di mahallah, wireless tidak memainkan peranan. Tidak dapat dia bermain-main di alam maya seperti selalu. Ada sisi baik sebenarnya. Apabila tidak dapat berada atas talian, barulah buku nan berderet akan disentuh, kerja nan menimbun makin susut timbunannya. "Izham, jom makan!" Akmal, teman sekuliah yang datang bersama-samanya mendatangi meja tempatnya.  "Aku tidak lapar. Kau pergilah!" Izham memberi alasan. Sedang dalam koceknya, tidak ada satu sen yang dapat digunakan untuk membeli makanan. Semalam ayah sudah memasukkan wang RM100 ke dalam akaunnya. Dosa apakah yang telah dia lakukan, kad b

Aqilah, anak saudaraku.

Aku tidak ingat Majalah Asuh keluaran mana yang telah aku tunjukkan pada anak saudara sulungku yang berusia 10 tahun ini. Aku berjanji aku mengeposkan jika dia menulis karangan pendek untuk Asuh. Gembira pula memberi mereka membaca majalah ini. Dia menulis menggunakan tangan. Bertulisan tangan. Ibu saudaranya yang penyegan ini, tidak menaipnya semula. Membiarkan karangan bertulisan tangan itu sampai kepada Editor. Bukankah aku dahulu juga begitu? Bezanya aku menghantar ke radio, dan ini Asuh. -ah, aku sendiri belum pernah menerjah majalah Asuh. Semasa sekolah rendah, aku hanya mengenal Didik, Kuntum, Kawan dan seangkatan dengannya. Yang ada majalah kakak-kakakku -ANIS, IBU, IBU BAPA, Saji dan majalah lain. Harus juga berikan mereka membaca apa yang baik buat mereka. Mahu memberi benda lain, aku sangat tidak pandai. Setelah tiga kali ditanya anak saudaraku sudah poskah karyanya, barulah aku ke pejabat pos. Seingat aku dua bulan lepas.. Alhamdulillah, karangannya tersiar dalam majala

Suatu Hari, dia bertanya kepadaku ...

Suatu hari, kau mendatangi bersama sebuah persoalan. “khabarkan aku tentang pernikahan semasa belajar” Bagaimana, kawan? Bagaimana untuk aku beritakan padamu sedang aku bukan kalangan itu. Aku sendiri masih tercari perjalanan hidup yang belum stabil. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kita, ya. Kata seorang ustaz dalam satu kursus yang aku sertai, “jika sudah berkahwin semasa belajar 4 flatlah. Sudah tidak ada dosa lagi.” Ketika ustaz mengutarakan itu, aku hanya ketawa. Akhirnya, ia membawa kepada satu renungan panjang. Benarlah kata ustaz. Bukankah pernikahan itu satu jalan yang dianjurkan bagi mengelak dosa. Dosa mengingat pada yang tidak berhak. Wanita senang masuk syurga dan senang masuk neraka. Berkahwin semasa belajar? Setiap orang ada pendapat masing-masing. Kawan, bagi aku, ia terletak pada diri pasangan itu. Ketika mereka merasakan itu yang terbaik, teruskanlah. Ia sangat baik, sebab kita buat apa yang agama suruh. Mengelakkan maksiat. Itu lebihnya. Kita ada

bintang kertas

Bintang Kertas awak, kerinduan bermakna  bersama iringan doa tanpa putus. Suatu hari Sarah ajarkan aku membuat bintang. Dalam semua bentuk origami yang ada ada, aku hanya tahu membuat kapal. Sejak dahulu itu yang aku belajar. Ketika aku Sarah melihat barang-barang comel di JJ, aku tertarik pada botol kosong yang dalamnya diisi bintang dan kertas. Sangat comel. Lalu, kami capai satu botol. Kami mahu isikannya dengan bintang warna-warni. Melihat bintang kertas, aku teringatkan si manis gadis puisi -Suhada-.  Suatu malam dalam tujuh malam yang ada, aku mengunjungi bilik Sarah. "Ajarkan saya buat bintang." Aku mencuba. Entah cubaan ke berapa, belum menjadi.  kata Sarah, "buat sampai boleh."  Akhirnya bintang kertas yang aku buat senget. Tidak stabil. Botol kosong yang kami beli dipenuhi bintang yang dibuat sarah, sedang aku belum satu bintang yang dapat aku hasilkan. pesan cikgu Sarah, "berlatih buat bintang s

Kasih Nasuha, Zurinah Ismail

Judul Buku: Kasih Nasuha Pengarang: Zurinah Ismail Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd Tahun Terbit: 2010 Tarikh Bacaan: 25 September 2012 Harga: RM15.00 _______________________________________ Kasih Nasuha yang ditulis Zurinah Ismail memberi saya kekuatan baru. Temanya mungkin biasa, tetapi kelancaran bahasa dan ceritanya menjadikan saya memegang Kasih Nasuha dan mengusungnya selama sehari. Walau hanya setebal 165 muka, tidak semudah itu saya dapat menghabiskan bacaan genre novel remaja sekarang. Secara peribadi, aliran cerita yang lancar dan terasa dekat di hati sering 'menang' dalam pembacaan saya. Lihat sahaja deretan buku-buku yang belum dibaca, Kasih Nasuha menjadi pilihan hati untuk saya hadam dan mulakan satu misi baru membaca deretan novel tarbiah remaja yang dibeli. Ayuh, kita lihat 'blurb' yang tertulis di kulit belakang Kasih Nasuha. " kesempitan hidup keluarga bukan masalah besar bagi gadis kecil setabah Nasuha. Namun dia keliru, k

selepas separuh hari diam ...

Bersimpang siur seketika akal cuba mentafsirkan kata-kata yang saling menghambat memasuki kotak kepala. Sedang kecil mampunya memasukkan semua maklumat. Dia hanya diam. Menghadam setiap bait kata, menconteng pada buku yang sedia di depannya dan akhirnya pada hari kedua dia rebah. Niatkah yang sudah lari pada hari kedua? Salah dia sendiri. Gagal memberi tumpuan. Benarlah syaitan sangat suka pada orang yang mahu belajar. Memang tidak duduk diam, sambil ada ketika dia menjeling telefon genggam di dalam beg. Dua hari yang berlalu penuh keriangan. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan untuk dia mendengar setiap kata-kata buat pedoman hari depan. Makin dekat tarikh dia akan meninggalkan taman ilmu dan budi, makin terasa banyaknya peluang yang dilepasi. Sengaja melepaskan demi kepentingan diri sendiri. Dia melihat wajah ceria orang lain dengan wajah selambanya. Semoga segala yang baik, dia jadikan ingatan yang buruk minta dijauhkan. Persediaan yang dilakukan tidak menjam

lagi-lagi kata dalam diam

diam - diamlah mengatur terus langkah demi langkah tuju sebuah cita.  pada perkara yang telah banyak kamu canangkan dan perikan pada khalayak, pasti ada sisi yang mahu kamu simpan rapi dalam diri. Percayalah, bagaimana terus terangnya seseorang, ada perkara yang tidak dikongsi dengan orang lain. Pendiam mana seseorang, ada ada hal yang diberitahu kepada orang lain. melawan gergasi dalam diri sendiri. Perlukan kekuatan dan dipinjam semangat nan teguh. Semua orang mahu yang terbaik dan inginkan yang terbaik. Hanya, berubah diri menjadi lebih baik?  menangis memang boleh menjadi terapi buat diri sendiri. (lama tidak menangis)  kamu pernah rasa, suatu hari kamu mahu hentikan perkara - perkara yang kamu suka, da kamu hanya duduk menjadi pemerhati daripada jauh. Kamu mengenali orang sedang orang tidak mengenali kamu. Kamu bebas! Tidak terikat apa-apa. Ada persamaan pada teman-teman penulisan saya: tidak hanya suka menulis, adalah mereka menggemari seni fotografi. Suka berjala

terlebih.

apabila terasa terlalu berlebihan, aku perlu undur beberapa tapak ke belakang, lihat apa yang telah aku lakukan. semakin terasa di awangan, jasad tidak berpijak di bumi nyata, sedang kaki masih di rumput nyata.  selamat malam. kepada yang terbaca blog ini, terima kasih saya ucapkan. maaf kesalahan setiap tulisan. semoga Allah panjangkan usia kita dalam keberkatan.

Menjejak ITBM

Jam sudah melewati angka dua belas tengah malam. Saya sudah lama di alam mimpi. Entah apakah yang merasuk diri malam itu sehingga awal benar katil saya datangi. Apabila teman menelefon malam itu, nyata benar suara saya seprti orang 'mamai' yang belum sepenuhnya jaga. Kotak mesej telefon 'canggih' saya didatangi pesanan ringkas daripada Umairah. Dia bertanya adakah saya sertai lawatan ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang diadakan pada 21 September 2012. Saya yang masih separa sedar menjawab mesej, dan Allah izinkan kaki saya menjejak ITBM. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sudah lama saya ingin menjejak ke sana. Alhamdulillah, ini rezeki. Cerita ini benar-benar tentang takdir terindah yang Allah aturkan buat saya minggu ini. ITBM ini letaknya hampir dengan rumah ibu saudara. :) Tiba kami di sana, saya disapa satu rasa yang seakan mahu membeli setiap satu judul buku yang ada. Wah, saya sudah tahu bagaimana mahu mendapatkannya. Terima kas

Ina, Zahra', Umairah, Su ..

Sampaikan salam rinduku buat mereka ini ,,, Jam pada angka 2:17 pagi. Hati disapa rindu dan mata terasa panas secara tidak sengaja. Entah mengapa. Ada suara halus mahukan aku menulis tentang mereka yang hadir dalam ingatan aku malam ini. Lalu, biarkanlah seketika jemari ini mengalun bicara pada nama-nama yang tertera di atas. Lantas, aku gerakkan jemari, bermain dengan papan kekunci... Ina. Pertemuan pertama kita adalah tulisan-tulisan kita. Minggu Penulis Remaja memberi memori yang mengekalkan ikatan itu sehingga hari ini. Maha Baiknya Allah. Hubungan yang terbina kekal sampai hari ini. Ina, kita saling menguatkan, ya. Mengejar tarikh akhir sahaja akak sering lelah. Mengurus waktu akak selalu rebah. Dari jauh, hembuskan pada deru angin doa buat akak, ya. Semoga akak terus kuat demi hari esok dan melupakan kisah semalam. Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa

kamu tidak boleh mengubah semalam, tetapi tidak akan terlewat mencipta pengakhiran baru.

Gambar sekadar hiasan minggu kedua semester baru. ustaz-ustaz yang segar. pembelajaran yang walau ada yang diulang, memberi erti lain. Hikmah gagal adalah dia dapat mengulang supaya mendapat lebih ilmu. :) Senyumlah! Tidak harus aku mengeluh pada hari semalam yang berlaku. positif! Awal Oktober ada bengkel penulisan. Sudah mendaftar, teringat pula SERUMPUN 2. Manakah yang harus aku korbankan? *** Suatu hari, ketika singgah di blog PG ( post graduate) menjengah bilik kakak dan berbual-bual, dia menyerahkan sekeping poskad bertulis: "You cannot go back and make a brand new start, but you can start from now and make new ending!" betul-betul kena dengan diri sendiri. Terima kasih Allah menghantarkan ustazah Nadwah yang menasihatkan supaya aku tidak menukar kepada jurusan lain. Terasa ada perubahannya. Aku hanya lebih bersabar dan mencari diri sendiri. Bukankah aku sendiri yang memilih berada atas jalan ini? Walau sepahit mana, pasti hujungnya manis, w

semalu.

"menjadi semalu" Aku mungkin tinggal dalam hutan. Tumbuhku tidak diminta. Aku tidak secantik dan seharum mawar. Tidak dijaga rapi seperti orkid. Aku hanya semalu. semalu berprinsip. Menutup diriku bila didekat. Tidak boleh disentuh sesuka hati. Walau aku hanya semalu, aku ada tugas! Akan aku jaga diriku daripada disakiti, :)

Setelah Dibeli Buku Itu ...

Beli mudah, mahu baca? Senangnya hati terpaut pada kulit-kulit buku yang menarik, penulis yang saya kagumi penulisan mereka, isi buku yang saya rasakan menarik, buku yang saya teringin beli, sesuatu yang saya ingin belajar namun mungkin saya tidak berpeluang begitu. Tanggungjawab sesudah membeli buku adalah menghadamnya dan mengambil 'sesuatu' daripada bacaan untuk kehidupan. Ada duit dalam poket, senang sahaja tangan mencapai buku. Mungkin ia 'kerja tidak masuk akal' yang saya lakukan semester ini. kisah pertama, RMC IIUM "Andalus? Kamu belajar tentang andalus?" lelaki itu yang juga banyak membeli buku di Research Management Center IIUM mengunjuk satu judul yang saya beli. Kami sama-sama di kaunter pembayaran. Dia melihat-lihat judul buku yang saya beli. "Alamak, apa nak jawab?" Tergaru kepala saya seketika. Saya hanya menggeleng akhirnya. "Semua ini buku untuk diri sendiri." Hanya itu yang saya mampu jawab. Terasa kontangn

kata buat diri sendiri.

"mustahil untuk aku tahu bilakah dan di manakah aku mati. harus jalani hidup sebaiknya. Dunia ladang menyemai bekal untuk kehidupan yang panjang bernama Akhirat." "Biarkan aku menangis dan jatuh terperosok hari ini andai itulah harga yang perlu aku bayar untuk hari depan. Tidak terjadi sesuatu perkara tanpa sebab dan hal di sebaliknya. Hatta dalam senyum seorang itu ada ceritanya." "Membaca mudah, memahami tidaklah sebegitu mudah. Menulis senang, mengaplikasi yang ditulis tidak begitu senang. Membaca dan berkomentar boleh, menulis yang baik adalah yang terpilih. Editor dan penulis seperti teh dan gula yang saling memerlukan. Kelatlah teh tanpa gula. Hanya manis tanpa rasalah hanya ada gula."  "diri, jangan hanya pandai menduga-duga. Selalu begitu, akhirnya tahu tidaklah seteruk yang disangka dan buat aku ketawa sendiri." "Seorang yang dilihat pendiam belum tentu sebenarnya dia pendiam. (^___________^) Sekian. Mencoret kata-kata

Anak Kedua

Tiket Haji Daripada Tuhan, J.Rahmat. Naskah terjemahan edisi bahasa Melayu 12 September 2012 : Dua belas tengah malam ke atas ... Aku terjaga daripada lena dan terbatuk-batuk. Entah igauan apakah yang mendatangi lenaku ketika itu. Belum reda batuk, satu mesej masuk ke peti mesej. Kakakku memberitahu Cik Puan Fazilah, temannya merangkap editor perolehan di PTS Milenia mahu serahkan naskah buku yang telah aku terjemah tempoh hari. Lama. Lama naskah itu tertangguh di tangan aku sebelum aku berjaya menyiapkannya.  Edisi cetakannya tentulah lebih baik. Sangat baik berbanding edisi terjemahan aku. Naskah ini sudah disunting baik oleh penyunting berpengalaman.  Dan petang tadi (12.9.2012), aku mendatangi kakakku dan beliau menyerahkan buku yang baru diterbitkan berjudul Tiket Haji Daripada Tuhan, J. Rahmat. Ini bolehlah  aku katakan anak angkat pertama disebabkan aku hanya perterjemah naskah ini. Alhamdulillah, ia cubaan pertama. Menterjemah tidak semudah menulis.

indah.

hujan, panas, mendung, terik, Allah beri terbaik, hujan tiga minit pelangi telarik cantik. (28.2.12) Perjalanan aku indah. Semuanya indah-indah sahaja. Saat tersenyum indah. Dalam juraian air mata indah. Kala merangkul kejayaan indah. Seketika dihempap kegagalan indah. Mendongak atas, indah. Tersadung kaki, indah. Bagaimana kita melihat sesuatu, begitulah yang terlihat oleh mata. Gunakan hati buat menilai. Dalam kotak fikir, letakkan yang positif sahaja. Insya Allah, beza hasilnya. dalam diri ini sudah banyak kata negatifnya, ayuh, tukar cara berfikir. Takdir Allah paling indah. Setiap yang terjadi, jalur hikmahnya terlalu banyak. Malu. Malu aku banyak salah sangku pada-Mu. Sedang Engkau sedang mengajarkan aku supaya tahu dan mendalami. Apa-apa yang terjadi hari ini. Indah dikenang masa hadapan. apa-apa sahaja! Allah berikan yang terbaik. p/s: Terima kasih hadiah-hadiah nan comel. Kalian ini .... tersenyum saya menerima hadiah besar kalian. Sangat comel, b

Tentang Friends Forever, Ila Husna: ain.ya.nun.alif site

Friends Forever ~ Ila Husna ain.ya.nun.alif.site Terima kasih buat saudari Nur Aina kerana meresensi Friends Forever. Saya amat menghargainya. beliau menulis resensi ini 21 Ogos 2012. Tepat sehari usiaku menjengah angka 23. :) Berikut saya turunkan resensi beliau *** Saya sungguh tertarik dengan kulit depan buku ini. Ceria. Hehe. Saya juga tertarik dengan watak utama yang sanggup menolak tawaran kursus Perubatan di Mesir semata-mata cintanya kepada Bahasa Arab. Mahu jadi pejuang Bahasa Arab! Zakiah, anak tunggal kepada ibu bapanya pada mulanya tidak mendapat restu bapa mengambil jurusan Bahasa Arab di UIA. Namun selepas berbincang dari hati ke hati barulah kesefahaman tercapai dan Zakiah dapat meneruskan pelajarannya di UIA Kampus Nilai. Zakiah digambarkan seorang yang cekal, tabah, istiqamah dalam menjaga amalan sunat dan solat malam serta anak yang taat kepada ibu bapa. Tidak lupa juga dia seorang kawan yang begitu mengambil berat akan keadaan rakan-rakan dan sentiasa

HLOVATE: Contengan Jalanan

Terselit Contengan Jalanan Di Celahan Judul-judul yang ada. Biar aku ringkaskan pengalaman pembacaan kali ini dengan baris kata yang tidak berjela. Contengan jalanan Bukan catatan tepi jalan Pencari kasih Tuhan dalam perjalanan Menuju Tuhan Muda bukan beerti tidak mati Hidayah datang bukan hanya di negeri sendiri. Fend dan kisahnya Chad yang menemui Tuhan di usia Muda K2 yang menemui jalan lewat wisatanya di Jakarta. Semua punya cerita Satu rasa Mendakap cinta yang Esa. Bacalah dengan nama Tuhanmu Dan Kau diresap suatu rasa. Tuhan sentiasa ada. Hidayah datang setelah dicari Bukan diam meniti hari. Demikian membaca contengan jalanan tidaklah aku temui kata jemu. Semoga aku bertemu jalan pulang sebelum maut menjelang . Wahai, Jamilah, muda tidak beerti kamu tidak mati. Bagaimana nanti menghadap Tuhan sedang kantung amalnya kosong? “Cari purpose of life. Kena define dulu makna hidup. Baru kita boleh decide nak hidup untuk apa.” –m/s 64 (I-Fend) “Nak memoti

ASWARA, saya datang

Adalah aku seorang yang berangan-angan menjejak ASWARA. Sebuah akademi yang turut menawarkan diploma dan Ijazah Penulisan. Terima kasih Suhada, yang manis  dipanggil gadis puisi. Kali kedua. Kali kedua takdir menemukan kami. Kali ini aku bawakan Humaira sebagai teman. Ada seminar Sastera Antara Kaum dan saya hanya sertai satu sesi. Terima kasih jua atas layanan yang sangat baik. Dapat beg ASWARA. Makan percuma. Titipan buku yang menambah rasa segan di hati saya. Saudara Hazwan Ariff Hakimi menawarkan bukunya secara percuma. Rasa rugi pula tidak membawa ff bersama. :) Su, semoga ada pertemuan selanjutnya. :) Gembira dipertemukan dengan Su.. Semoga tali persahabatan ini berterusan. Su, teman akak bertanya, berapa usia Su? Nampak matang! :) *** Ada satu soalan kepada pembentang kertas kerja yang saya ingat. Bagaimana sastera dapat menyatukan antara kaum di Malaysia? Pembentang memulakan jawapannya dengan kata-kata, sastera tak bawa kesan apa-apa sebab hanya orang

Kucantum Perca Catatan Yang Tertinggal ...

Terketar jemari memulakan kembali Kutinggal saat desa aku datangi Penulisan itu dunia tidak aku ketepi. Kini aku kembali, Di sini. Ramadhan meninggalkan kita tidak kembali tahun ini. Syawal berlalu kini. Usia 23 aku jejaki. Sambutan merdeka meninggalkan hari. Semester baru bermula lagi. Sesi 2012/2013. Semoga tercapai hajatku grad pada 2014. Terlambat? Ya, sudah ramai sahabat dan temanku yang bakal graduasi tahun ini dan tahun hadapan. Tidak mengapa. Perlahan aku berjalan, semoga sampai akhir ke hujungnya. Simple. Aku seorang manusia yang menjalani kehidupan dengan mudah. Ada ketika aku sendiri suka ambil mudah dan memudahkan perkara. Memandang enteng mungkin baik pada sesetengah perkara namun tidak elok untuk sesetengah hal. Cuti? Nampaknya aku bercuti sendirian juga di rumah. Kakak-kakakku nan berempat semua punya sudah punya keluarga dan urusan masing-masing. Tiga minggu itu tidak lama, kan? Aku hanya sibuk melakukan rutin cutiku .. Cari barang untuk dibaka