Skip to main content

DOAKAN SAYA...

Doa itu senjata!
 Ketika diri ditimpa rasa mahu menulis, maka banyaklah contengan yang aku abadikan di sini. Sekadar bercerita dan menulis apa yang mahu ditulis. Bukan setiap hari perasaan itu datang lantaran ilham itu milik Allah. Kala Allah berikan ilham padaku, maka terhasillah sebuah manuskrip namun jika kala itu aku kematian kata, aku hanya memandang laman sesawang ini tanoa satu patah kata dapat aku tulis. Berulang kali mencuba sekalipun, aku akan padam semula. Alhamdulillah, dalam minggu imtihan ini, aku mahu menconteng sepuas hati.. Boleh kan?


Teman-teman, doakan saya melalui tiga lagi peperiksaan yang akan datang. Semuanya memerlukan pembacaan yang agak banyak. Baru aku sedar yang semester ini aku telah mengambil subjek yang semuanya memerlukan aku BACA. Baca semua topik dan hanya sedikit yang akan ditanya dalam peperiksaan. Tidak kisahlah kan... =)

Entah apalah aku merapu petang-petang begini.

Sebenarnya aku mahu memohon jasa baik kalian yang membaca mendoakan aku supaya kembali bersemangat untuk menulis manuskrip yang sudah lama tergantung itu. Entah bilalah aku dapat menyambungnya semula. Sedangkan aku sudah berjanji dengan Ummu Itqan disaksikan peserta bengkel penulisan di Sekolah al-Amin tempoh hari bahawa aku akan menerbitkan novel pada Ogos 2011. Bukankah tidak sampai setahun sudah tarikh itu?

Ya, teman-teman... Doakan semoga aku kembali beroleh semangat itu ya... Semoga impian aku yang satu ini terlaksana... Walaupun aku tidak menulis sesuatu yang berat, semoga perkongsian itu ada manfaatnya..

Sudah. Hanya itu yang mahu aku pinta..

Untuk yang membaca, kalian juga punya potensi besar. Setiap kita dilahirkan dengan bakat berbeza, yang kadang-kadang tersembunyi dalam diri kita tanpa kita sedar.. Terokalah ia sebelum terlambat. Jika sudah tahubakat yang kita ada, kembangkan ia menjadi lebih besar...

Titik.

Conteng sebelum Asar,
3 November 2010
16:40
Qamar Cinta 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri: Semua orang boleh menulis dengan baik. Segan aku melawat blog yang punya isi yang menarik dan perkongsian yang mencuit hati. Semoga kalian kembangkan bakat yang Allah beri dengan lebih lebar. =) (pesan untuk Ina Nailofar, Umairah Shafei...)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...