Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Diam

Didiamkan oleh keputusan diri sendiri. 30112017

Perbualan

Kenapa? ---Saya selalu sakit kepala. Berapa kerap? ---(Tak tahu jawab)... Tak selalu biasa je kan? Mana ada sakit kepala yang biasa. Bila last check mata? --Tahun lepas. Kalau power pun jadi sebab sakit kepala. --Oh. Kalau sakit kepala sampai kadang rasa nak pitam? Kalau setahun sekali biasa. Mungkin waktu tu tekanan darah rendah, atau cuaca... Kalau selalu kena check. ----Oh, begitu. Ya. ---Saya nak MC hari ni ya. -------Yang terakhir itu penting sebenarnya.

Memandang Tidak Mendekat

Memandang dari jauh, mendoakan yang baik-baik. Tanpa sepatah tanya atau sapa. Dia melihat, tanpa rasa mahu mendekat, takut terluka dan melukakan. Walau dia tahu, tanpa mendekati, kebenaran mana mungkin menghampiri... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Berdiri tegaklah di situ. Tanpa ragu-ragu, tiada kata jemu, lantaran engkau tidak tahu, jika berdiri di luar tanpa masuk terlebih dahulu... Yang terlihat cantik, terzahir ketika kau mendekati yang terzahir buruk, nampak realiti saat kau memesrai. 💕 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pesan

Teringat pesanan, dalam usia begini, sekalipun kamu mahu sambung belajar, harus ada wang masuk juga.. . Besar mana bakat, selagi tak buat, mereputlah bakat. Setinggi mana keinginan, tak manfaatkan peluang, tak beri makna juga. . Kita selalu nampak benda yang kita tak dapat lagi, sedangkan yang ada pun tak selalu hargai. . Apa beza? Dia melakukan, bertindak, dapatlah hasil. Sedang engkau, tahu buat-buat tak tahu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Masa

Bagaimana tak mahu rasa masa cepat berlalu? ---kata dia, "jadilah orang yang bermanfaat dan mencintai masa. Mencintai, kamu akan jaga baik-baik. Tak sia-siakan setiap detik." "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

1402 Hari

1402 hari sebagai subeditor Majalah Solusi. Kadang, kita teringat kembali, apakah yang membuatkan kita dapat bertahan. Apa pula yang menguatkan kita untuk mencuba hal-hal baharu. Kata orang, kalau sayang tinggal-tinggalkan. Sebab pemergian kita akan diganti dengan tenaga baharu, idea baharu. Hampir empat tahun bersama tuan Editor Solusi. Sejak tahun pertama, baru beberapa bulan, keliru mahu sambung belajar atau bekerja. Akhirnya memilih untuk mengaut pengalaman di sini. Setiap hujung tahun, tuan Editor akan menerima khabar, saya nak pindah. Akhirnya, tarik semula keputusan kerana sayang melebihi keinginan. Maksimum 3 tahun aku di sini. Itu kataku dahulu. Ya, aku manusia lekas bosan. Sehinggalah Solusi akan memasuki isu 100. Dan aku bertekad. Tiada kerja lain, tanpa alasan kukuh, aku hantar surat berhenti kerja. Hampir lapan bulan tanpa kerja tetap, hingga akhirnya direzekikan masuk ASWARA. Bermula perjalanan 3 tahun seterusnya. Setiap perjalanan tidak mudah, namun kita haru
Malam berganti malam. Minggu berganti minggu. Sudah tiga bulan rutin bertukar. Masih mencuba. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Matahari

Matahari suatu tengahari, Hujung November... ----Satu bulan sahaja lagi. Terkapai-kapai lagi. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kenangan

Minggu ke minggu, melakukan rutin di sini. Banyak kisah yang tidak tertuliskan. Melawan perasaan sendiri. Mengawal perasaan sendiri. Yang kadang kalah, dan kadang emosi aku yang menang. Ketika itu, memang banyak tulisan aku bertebaran walaupun aku ingin diam. Ketika menulis, aku rasa lega. Lega dapat melontarkan. Belum kuat. Terkadang, masih aku terganggu oleh kenangan silam. Dan ketika lain, aku simpan dalam-dalam. Kenangan, bersemadilah. Aku ingin meneruskan. Biar kenangan tersimpan dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

9 Minggu

Ya. Masa memang semakin lekas berlari hingga aku tidak terkejarkan. Namun larianku tidak sepantas masa. Masih tercungap-cungap mengambil nafas. Masih dalam fasa menyesuaikan diri. Aku cuba. Aku mengerti. Aku tahu. Namun untuk melaksanakan itu masih kurang. Ketika semangatku meninggi, aku lakukan semua hal dengan tekun. Ada hal-hal yang kurang aku minati, masih aku, aku yang dahulu. Yang buat hanya perkara yang dia suka. Yang jarang bertemu sang guru. Minggu sembilan. Sepatutnya banyak yang boleh engkau kongsi. Ada karya sudah kauhasilkan. Namun nihil. Kosong. Engkau tidak menulis jua. Engkau tidak bertemu sang guru jua. Melayan rasa segan, memang engkau tidak akan ke mana-mana. Semoga di hujung semester, engkau bertemu sesuatu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pertemuan

Seorang pesakit bertemu doktor, untuk mencari jawaban. Jawaban kepada rasa sakit yang dirasainya. Seorang pelajar berguru untuk menggali ilmu yang benar. Mengkaji sendiri menemukan jawaban namun kepastian perlu dirujuk dan dibincangkan. Namun ada ketika, pertemuan engkau dengan sang doktor, tidak kau temukan jawaban. Hal itu terjadi tatkala engkau mahu bertemu "doktor kegemaran" namun tidak berjaya lantaran kliniknya ditutup. Engkau tidak bersabar, lalu bertemu doktor lain.. Ketika itu, engkau ditanya tentang sakit yang kaualami, akhirnya jawaban yang diterima, "Tak ada apa-apa ni. Okey sahaja." Okey. Tak ada apa-apa. Hanya mungkin engkau dikalahkan perasaan. Dan dalam tidak apa-apa, engkau tetap dibekalkan pil. Pil-pil yang tidak pernah engkau telan sebelum ini. Pil yang diharap akan mengurangkan rasa sakit itu... "Apabila sakit, Dia sembuhkan." Namun mesti berusaha mengubati dan berdoa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih,

Terperangkap lagi dan lagi

Engkau terperangkap dalam lautan rasa Tidak mampu keluar. Engkau terperangkap dalam lautan kata. Kata berselerak entah di mana-mana. Semua enggan menyatu. Semua entah mengapa, enggan bekerjasama. Sendu. Tanpa air mata. Duka Tiada kata. Siapa yang hanya mahu terperangkap dalam lautan kata? ---Tiada.

Lagi Dua Bulan...

Dua bulan sebelum 2017 meninggalkan. Terlalu lekas bulan demi bulan meninggalkan. Peristiwa demi peristiwa mengambil tempat dan memberi kesan. Engkau bersedia atau tidak, yang akan berlaku akan tetap berlaku. Pandanglah, dan nikmati setiap yang manis. Telan setiap rasa lain, sebab hidup bukan hanya ada suka. Namun ingat, hujung setiap yang berlaku... kebaikan. Selagi ada keluarga yang menyokong, apa yang perlu engkau gusarkan. Kali ini, gembirakanlah mereka dengan keputusan yang engkau ambil, dengan jalan yang engkau pilih untuk lalui. Mereka, yang terlalu banyak berkorban demi si anak bongsu ini.. #ilahusnabebel

Pagi Itu

Suatu pagi yang dia mulakan dengan berjalan. Belum bersarapan. Seperti biasa. Namun pagi itu, sesampai di pintu, selepas kembali melakukan hal yang dia mahu lakukan, tangannya menggigil membuka pintu. Kepala tiba-tiba rasa berpusing, telinga berdengung. "Beri aku setengah minit." Tergopoh-gopoh dia membuka kunci pintu. Lekas menjatuhkan badan sendiri, sebelum dia terbaring sendiri. Sebelum terus "black out". Pintu terpaksa dibiarkan terbuka. 1 minit berlalu. Dia bangun lalu mengunci pintu. Lekas menuju bilik berbaring merehatkan diri. Permulaan November 2017. Dia mulakan dengan peristiwa pagi itu. Selepas lama "rasa nak melayang" itu tidak hadir. Mujur sahaja di depan pintu rumah sendiri, bukan di tempat-tempat awam seperti sebelum ini.