Aksara, terbanglah! [gambar koleksi] |
Aku menulis sedikit, ada rasa tidak percaya dengan tulisan sendiri datang. Lalu, aku padam segala manuskrip yang pernah aku nukilkan sebelum ini. Mudah sahaja aku menampalkan ia di tempat lain pula. Tidak lama, rasa sayang kembali, lalu aku mengutipnya kembali. Ah, mana bisa aku biarkan sahaja kalimah-kalimah itu terpadam daripada memori ingatan. Bukankah kataku, manuskrip ini adalah harta yang aku tinggalkan untuk kenangan aku dan yang tersayang? Biarkan sahaja apa yang aku tulis ini cerita aku, contengan aku, luahan aku... Apabila aku bacakan semula, bukankah ia menjadi satu jalan untuk memandang dan muhasabah diri sendiri?
Memandang kepada kelebihan orang perlu bagi meningkatkan diri sendiri. Tetapi, jangan sampai rasa percaya pada diri sendiri hilang dan terasa seperti tiada apa-apa. Alah tidak jadikan kita sia-sia!
Itulah yang aku rasa!
Aku pejamkan mata sambir memikirkan hal ini... Mengapakah kata aku tidak lagi bebas ternukil?
Aku terasa yang selama ini aku hanya menumpahkan rasa. Jika dalam mazhab sastera mungkin penulisan aku kebanyakannya bersifat romantis! Ya, tulisan yang bersandar kepada emosi berbanding isi. Lalu aku cuba mahu mengubahnya menjadi sebuah tulisan yang paling tidak ada ilmu yang dikongsi.
=(
aku rasakan tulisan itu bukan datang dalam diri. Aku tidak mampu membicarakan sesuatu yang jauh dengan aku. Adakah aku mahu jadi seorang yang hanya tahu tahu bercakap dan bercakap (menulis dan menulis) tanpa aku yang lakukan apa yang aku kata? Ya, hati, akal, dan jasad perlu seiring dalam menjalani hari. Jika tidak, apa yang disampai payah lekat pada yang menerima.
Lalu, aku berpatah semula. Biarlah bicaraku hanya kongsi apa yang aku rasa. ^ada aku kisah?^
Jika aku tidak tuliskan di sini, ianya akan terus pergi tanpa aku ada ruang untuk menilai kembali apa yang telah terjadi kepada seorang diri ini. Lalu, biarkan kata yang mahu diluah terus ternukil di sini.
ya, aku menulis supaya ada ruang untuk aku nilai diri sendiri. Juga apresiasi kepada yang sering berjasa pada diri. Bagaimana lagi mahu aku tampilkan rasa itu setelah aku gagal menampakkan kata yang terzahir? Bukankah jemariku lebih cepat daripada lidahku yang berkata?
Sudah!
Sekadar mahu ingatkan diri sendiri. Ya, aku mahu terus membiarkan kata yang mahu terluah tidak terikat dengan rasa yang satu itu. Biarkan katamu terbang bebas.. Infiniti... Kerana perbezaan yang ada pada kitalah yang mendekatkan kita. Kelabulah dunia jika semua sama.
=)
Nota Sebelum Titik:"every child is special. :) " -taare zamen par.
menulis rasa,
02.15p.m@27-11-2010
Qamar Jamilah, Mahang
Comments