Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Bingkaikan Kenangan Itu...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebab tak selamanya kita akan berdiri pada "hari ini". Setelah hari ini menjadi esok, ada kenangan yang terhapus daripada fikiran, walaupun masih banyak yang melekat di ingatan. Simpan baik-baik semuanya dalam hati, lewat tulisan, gambar yang terlekat pada album... abadikan semuanya dalam doa.

menangislah wahai mata

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. tangisan bukan hanya ketika sedih, cukuplah membersihkan mata... tangisan boleh jadi kekuatan saat dilanda kelemahan boleh jadi penguat saat terasa mahu terjatuh lagi, bukan tangisan biasa, tetapi tangis yang menghidupkan diri sendiri.. ketika air mata mahu jadi peneman biarkannya jadi kawan. sampai saat kau perlukannya, air mata sudah kering yang ada hanya mata yang pedih menahan sedih.
Minggu ini. Hari sabtu dapat cuti, rajin sangat nak pergi kerja. Hari isnin, pergi kerja tak dapat fokus. Lawan. Lawan. Lawan. Demikian kata kamu untuk aku selalu. Kamu selalu minta aku bertahan kalau ada sebarang masalah. Tapi, kemampuan kita terbatas untuk segala hal. Dan akhirnya kita hanya terdiam dan kaku. Makan. Nikmat. Ada masa perut belum terlalu lapr tapi kita masih mampu menyuap makanan. Saat lain kita lapar tapi perut menafikan penerimaan sebarag makanan.

selamat tinggal sibongsu

Memang target untuk ke klinik gigi.google klinik gigi terdekat. Lepas kerja semalam misi terlaksana. Geraham hujung sekali berlubang besar. Kata dr, ini setahun lebih punya lubang. Kita akan x-ray tengok boleh cabut biasa atau kena surgeri. Alhamdulillah boleh cabut seperti biasa. Dr memang cuba menenangkan aku. Selepas dibius dia tanya nak periksa gigi lain tak... lain kali, mungkin. Dia bius satu mulut, bila mula rasa kebas memang dah tak asa selera nak cakap. Nak rehat dan mahu cabut terus.. Dan dia memang berusaha keras untuk cabut. Pembantunya pegang mulut aku kuat-kuat. Katanya dia kena tarik kuat-kuat sebab tulang tepi saya kuat macam giant. Haha. Ini, kalau gigi baik bagus. Sayang dah banyak hilang. Serius tak rasa, maybe bius tu masih kuat. 10 minit jugalah kot dia berusaha untuk tarik gigi tu.. sampailah gigi tercabut dan aku macam agak mamai.. Sampai dr tanya, "are you alright? Ada rasa pening?" Masa tu aku memang nak bertemu bantal dan dah melelong

hm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Keliru. Tersangat mahu bercuti Raya Haji ini. Selepas dua bulan aku tidak pulang ke rumah. Tapi... Walaupun tiket dah ambil, sepertinya harus melepaskan. Time busy. Harusnya aku masuk kerja. hm.

Yang Dipinjamkan

Nikmat kesihatan itulah yang Allah pinjamkan untuk kita. teruntuk aku. Jangan sampai ditarik semula, baru tersedar betapa aku tidak menghargainya selama ini. selama aku diam di sini. ...lihatlah jauh-jauh ke dalam diri, betulkan satu demi satu yang terkurang, betulkan yang terbengkok dan terkurang. Sungguh Dia lihat setiap gerakmu. Perasaan. Akukah itu yang selalu tidak puas hati dengan apa-apa yang dipinjamkan untuk aku. Yang diberikan untuk aku. Tidak lama aku berdiri di sini, namun dalam kesedikitan itu aku mesti bertahan, walau aku hanya berdiri di pinggiran. Sampai masa aku akan pergi.

aku.

Menghadap laut luas Dan seorang aku Nampak aku dalam aku. Aku yang dulu Aku yang kaku Aku yang kini Aku yang belum terkemaskini. Seorang aku Dan semua kisah tentang aku Yang sembunyi dan nyata Yang Tuhan sembunyikan dan ternampak jelas terang nyata. Pantai cherating, pahang 140914

untuk awak

Dalam diam ada suara yang sanga riuh riuh riuh yang menggembirakan riuh yang menambah kesyukuran. ...dan dia akan melangkah ke dunia baharu. Debarannya turut terasakan. Mendoakan yang terbaik untukmu, teman. :) jujur saat kau khabarkan itu terdiam aku. Namun aku apabila masanya tepat, semuanya dipercepat. Dalam keadaan kita jangka atau tidak, tapi ada kemudahan. ...selamat melangkah ke dunia baharu, kawan. Dapatkah aku berada di situ pada hari itu? Semoga. [status untuk dia] "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Daripada FB 1

Andai terasa dizalimi fikir semula sembilan kali. Kau dizalimi atau kau yang menzalimi diri sendiri. Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Berfikir boleh melakukan  fikirkan boleh! Bertindak atas kemampuan Kau boleh! (Petikan lagu Fikirkan Boleh.) [Nikmati setiap kebahagiaan yang terhidang dalam bentuk suka atau duka. Sebab ada Dia yang memerhati dan menilai] ...SEBAB SETIAP MANUSIA BERBEZA!

...

 Seribu kata yang tertinggal. Hilang ditelan masa. Tidak sepatutnya ada sesalan atas segala yang berlaku. Sebab yang penting adalah meneruskan kehidupan dan menikmati setiap kebahagiaan yang dihamparkan. Rasa bahagia dan bentuk suka dan duka. Yakinlah semuanya kerana sayang Dia. Dia yang mahu aku segera kembali kepada-Nya. Lama benar tenggelam dalam diri sendiri. Menulis seakan bukan makanan diri lagi. Tersekat. Tulis. Terhenti. Ah, kau yang lupa mengembalikan semuanya kepada Allah.

coretan 1 -september-

Sampai masa tiada alasan yang boleh dilontarkan lagi melainkan buat! Sampai masa tiada kata-kata perlu diluahkan hanya buat! Sampai masa kau akan mengerti mengapa. Sebab banyak benda kau tak akan faham hanya dengan baca, melainkan kau rasa. Banyak hal kau tak dalami selagi tiada guru menunjuki dan pengalaman termasuk gurunya. ..... tentang media sosial, cuba membataskan untuk kembali menulis di sini agar aku senang menyemak tulisan sendiri. Cuba walau tangan gatal sahaja!

soalan yang dijawab dengan senyuman.

Bila nak ada buku kedua? Bila nak belajar semula? Bila nak ada "pak su?" Bila? -------- Hari ini (isnin) akak masuk bekerja lepas cuti seminggu. Tapi aku masih terkebil dalam gelap ketika melepasi jam 1 pagi. Selepas seminggu memang perlu sediakan badan dan minda untuk kembali berperang dengan tugasan yang tak akan habis. Bergembiralah dengan semua tugasan. II dalam hati ada rasa kelat. M/s 40 solusi 70. Langsung tak ada niat nak menuliskannya. Salah aku tak cermat. Tak perhati. Pahit kena telan. III banyaknya alasan aku melebihi kerja...

Daripada Aku, Buat Awak (1)

Awak, pernah awak bayangkan suatu hari awak terjaga dan jasad awak bukan di katil tiduran awak. Awak berada di satu tempat asing... tempat asing yang awak tak pernah mimpikan. Warna putih, bau ubat... Aku tahu, membayangkan kemungkinan dan berimaginasi liar tidak baik! Ini bulan Ramadan. Aku ingat lagi, awak selalu cakap dengan aku, "Awak tak boleh fikirkan yang tidak, bayangkan yang tidak-tidak. Kiranya saat kau katakan itu masa doa termakbul... bukankah mengundang kesakitan buat diri sendiri?" Awak, mengapa kejanggalan itu masih sangat aku rasakan? Sebab aku jauh daripada Allah, kan? Aku selalu dengar orang cakap hubungan dengan Allah selesai hubungan dengan manusia cantik. Awak, hidup baik-baik ya. Ada jodoh kita bertemu lagi dalam penulisan ini. Aku tak tahu sampai bila dapat bertahan dan mempertahankan. Doakan aku ya awak. Aku.

Apa yang Kau Kejar

Seringkali kita nampak dan ingin yang tiada depan mata. Macam mengejar fatamorgana yang nampak macam nyata hakikatnya tipuan semata-mata. Kata syukur. Yang digabung dengan sabar. Sebab syukur melahirkan sabar. Sabar dengan semua perkara. Sabar juga dengan diri sendiri. Bercakap hal ijazah yang tidak selesai itu, jawapannya aku tidak sabar. Ya, lain-lain sebab banyak sebab main-mainnya aku dengan diri sendiri. (pengajaran), hakikatnya kesabaran itulah. Sabar belajar yang tak ada. Dan sekarang. Sudah elok-elok bekerja, terfikir-fikir mahu belajar semula. Memang aku tidak fikir lain. Ijazah. Atau paling kurang diploma. Memang tidak apa tidak ada, tetapi kena ada sebab kehendak pasaran. ;) Sebab orang tidak akan pandang pengalaman, orang akan lihat sijil jua akhirnya. Baik. Ya, mungkin akan ada kata-kata, apa yang kamu mahu kejar? Nak kejar ijazah? Tidak lagi... Dah makin tua begini, yang dimahukan adalah isi pengajian itu... Sebab dunia kerjaya tidak melihat sijil untuk kau b

Kembali

Sudah dua bulan aku tinggalkan laman ini sunyi tanpa bicara. Bukan mahu berhenti menukil kata, tetapi saat rasa itu hilang, aku hiarkan laman ini bisu. Banyak cerita. Banyak kisah. Kadang terasa kejam membiarkannya hanya diam dalam diri. 7.6.2014, aku menuliskannya kembali. Ya, kisah seharian hidup aku... Semalam, dua hari lepas, tiga hari sudah, hanya badan yang ada di alam nyata, sedangkan hati, akal dan kepala fikir melayangnya lain macam. Kepala buat hal. Denyutannya makin menjadi-jadi, sampai aku hilang mood. Sampaikan rancangan untuk keluar bersama suhada aku terpaksa batalkan. Terasa mahu berehat aja. Malah datang kerja pandang skrin, tidak dapat mencerna apa yang tertulis. Tulisan sudah double, berpinar  rasanya... Aku harus bercuti sebentar. Itu yang aku tahu. Lalu, jumaat itu, hari ketiga 'blur' aku hanya bekerja separuh hari. Waktu rehat itu, aku pulang juga. Ke klinik seketika. Bla. Bla. Bla dengan dr, dia hanya periksa suhu dan beri ubat ikut simptom y

Baris kata-kata untuk Jiwa

31 Mac 2013. Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki. 31 Mac 2014. Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini –malam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa –aku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri. Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan

sebelum menginjak jam 3

Indah sebaris kata yang tertulis, Bersama harapan aku kembali menulis Sedang semangat makin menipis Rasa halus itu belum dapat aku tepis. ... Ada ketika tulisan yang kau rasakan biasa itulah yang beri makna. Dan aku Akan membiarkan kata-kata yang termaktub dalam manuskrip bawah meja ini. Tulisan seseorang bernama ila husna. ... Sudah sejauh ini aku dibawa melangkah, moga ada barakah.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Silent Mode

okey.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hampir sebulan aku biarkan blog tanpa kata. Hampir sebulan tidak tambah nilai wifi, dan hari ini berjaya melakukannya.. Hampir sebulan Februari... dan akan meninggalkan aku, jadi kenangan Februari yang manis, Februari yang mengajakku berlari, tetapi aku sekadar berjalan. Februari yang lariannya terlalu laju,aku ditinggalkannya. Bakal mendatangi ASWARA, Sudah setahun di alam kerjaya. Ingin pulang ke kampung,tetapi belum diizinkan. Merindui... Kita tidak mungkin mendapat semuanya.. tetapi apa yang kita dapat itu yang terbaik. tulisan, ah, aku hanya tahu mencurah, tanpa fikrah!

Tulisan penuh lawan tulisan singkat.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Menulis menggunakan tulisan penuh melatih diri sendiri supaya tidak 'tersasul' dengan tulisan 'kontot' bila perlu menulis penuh. Ya, SMS terlalu pendek untuk terlalu banyak menulis. Jika yang jadi yg, orang = org... yang biasa dan semua faham, baik, diterima. Tetapi jika terlalu menjadi amalan dan singkatannya tidak semua difahami, boleh menyebabkan salah faham, dan mesej tidak sampai. Jika untuk peribadi, ya boleh diterima sebab masing-masing faham. Jika dalam media; untuk rancangan televisyen misalnya, kasihan juga pada pengacaranya..Jika tersalah baca? Berbicara dengan tulisan, tiada wajah difahami pembaca ikut yang dia faham." -anonimus. "Bukanlah saya membantah menulis singkat-singkat sebab masa terbatas, mahu cepat... tetapi ayuh biasakan menulis tulisan yang cantik di mata tak disalah tafsir atau salah faham." "Kasihan amat. Bay

Membaca

Membaca semula entri Manuskrip Bawah Meja , memang membaca kelakuan diri sendiri pada masa-masa silam. Kenakalan, kelakuan luar alam, luahan, kata-kata untuk diri, jatuh bangun seorang dia hakikatnya ditulis oleh diri sendiri dalam blog ini. Hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh diri sendiri, yang aku sendiri menuliskannya untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Ya, apabila tertulis di alam maya, bererti kau membenarkan diriku terbuka untuk sesiapa sahaja. Lebih enam tahun aku menuliskannya dalam blog ini. Beberapa kali bertukar url, akhirnya jamilahnorddin jua yang tertera sebagai pilihan aku untuk blog sendiri. Ya, entah berapa banyak blog yang pernah dihasilkan, akhirnya aku hanya mengekalkan yang ini. Sebuah medan memori yang memuatkan kisah-kisah lebih enam tahun ini. Memang tidak semuanya akan didedahkan -oh, mana mungkin-, tetapi membacanya, akan tahulah ketidaksempurnaan yang diceritakan itu. :) Di sini, aku dipertemukan dengan beberapa insan. Ada yang berbicara hanya dengan li

Januari Semanis Ceri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 Pastinya 2014 yang datang membawa sinar baharu. 2013 sudah menjadi sebuah kenangan bersama peristiwa demi peristiwa yang menjadi sebahagian sejarah. Maha Pengasihnya Dia yang masih memberikan rezeki. Kadang terasa rezeki kurang, hakikatnya rezeki yang dapat sangat cukup untuk diri. Allah. Aku tidak tahu, sedang Engkau Maha Tahu. 2 Januari bermula cantik. Walaupun tidak banyak buku yang dapat dibaca, sekurangnya setiap hari berlalu dengan ada muka surat buku yang dibaca. Amanah membaca buku yang sudah dibeli 2013, ditambah dengan buku yang mula dibeli untuk 2014, perlu diusaha untuk dilunaskan pembacaannya. Target 60 buah semoga tercapai. Tahun lepas main tipu. Daripada 60 buah aku kurangkan sendiri jadi target 50 buah. 3 Januari semanis ceri. :) 4 2014, aku memilih untuk tidak menyambung belajar lagi. Hajat di hati tetap ada. Namun, aku perlu berada di sekolah ini da

Suara Dalam Diam 2014

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebab kita bersetuju menerima jawatan bukan sebab gaji, tempat, orang kita suka, tetapi sebab kita selesa. Kita mahu mencari dan berharap akan menemui yang kita cari itu. Allah suruh kita berusaha, bukan hanya menanti dan menanti. Selamat menikmati cinta, wahai diri. Tiada yang sebenarnya mampu tepat menilai manusia melainkan Allah yang menjadikan kita. Selalu kita tersalah tafsir, tersilap menilai.. Sedang Allah sebaik-baik penilai. :) -4.1.14 tentang komen: Kadang aku terlalu banyak memberi komen, tanpa tahu keadaan sebenarnyanya. Adakah termasuk satu kesalahan? Komen sesuatu yang tidak arif. Ketahui berita daripada sumber, kemudian koemnnya lebih berjela daripada isu. Bukat setakat menyentuh isu, sebaliknya keperibadian orang lain... Bila cakap lebih, aku rasa lidah macam nak terbelit, dah tak boleh nak fikir cakap apa. hah. Aku buta seni. Mataku melihat tanpa tafsiran.

Pertemuan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 14 Januari 2014, Berjodoh dengan dua adik manis; Izzati Rahim dan Mai Izyani. KFC -- Goodbye New York. Sun@mag-- Delivering Happines. KL Sentral Foodcourt -- Friends Forever. ... Dalam diam seorang Ila Husna, menemani adik-adik manis, sepusingan taman burung, Muzium Kesenian Islam, Berborak di Kedai Makan. Perihal masa, yang lekas mencantas pertemuan, moga ada kedua dan ketiganya. Saat diizin Dia. .... Permulaan manis 2014.

Memilih untuk Meneruskan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Benarlah keputusan yang walaupun tidak terjangka pada saat-saat akhir membahagiakan. Biarlah aku memilih untuk terus berada di atas jalan ini. Biarlah aku seorang yang lambat berjalan, namun masih meneruskan langkah. Bertatih-tatih dan terus bertatih, sebab aku tidak mampu berlari laju. Sekolah kehidupan mengajar erti realiti... Realiti sebenar-benar realiti. ...Sampai masa dua bibir ini akan tetap bersuara kala tiba masanya... Bila Dia mahukan kebaikan untuk seseorang, Dia berikan yang baik-baik. :)

Sesungguhnya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. Engkau Maha Tahu.. ...Akulah itu manusia yang tidak bersyukur, melihat fatamorgana yang menipu, sedang jernih air di tapak tangan, mahu aku curahkan...

Durrah Nur Aqilah: Momen-momen

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Usia berkurang lagi setahun yang mendekatkan aku dengan tarikh akhir kehidupan-kematian-.  Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupan, hakikatnya mendidik diri untuk meneruskan kehidupan. Dalam pincangnya gerak, bengkang-bengkok, salah silap yang aku lakukan, Dia sebenarnya sedang mendidik seorang aku. Setiap peristiwa yang berlaku bukanlah sia-sia. Allah ambil mak terlebih dahulu supaya aku belajar makna kehilangan. Aku tahu apakah yang dinamakan kehilangan orang tersayang. Allah berikan ayah seseorang yang bernama ibu tiri, yang menjaga ayah. Allah mahu tunjukkan bahawa mungkin yang kita sayang Allah ambil, sebab Allah lebih sayang akan mak lebih aku sayang mak. Masih aku ingat dalam kuliah Al-Kahfi di pejabat, tentang kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Bukankah baginda membunuh anak kepada sepasang suami isteri supaya dia tidak menderhaka kepada ibu bapanya apabila

Apalah Sangat

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Apalah sangat, harus berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai ke stesen KTM, sedangkan ramai yang subuh-subuh sudah keluar dari rumah untuk mencari rezeki, malamnya baru pulang. Demi keluarga. Apalah sangat rasanya mahu 'cucuk' di ATM, "baki wang anda tidak mencukupi" tertera, sedangkan ramai yang berdiri di jambatan, di mana-mana, mencari duit -ah, mengapa ada anak yang turut menadah bekas?- Apalah sangat sesekali perasaan terhimpit, lantaran rasa yang tidak enak itu sebenarnya ubat paling mujarab, bukankah ubat yang pahit itu akhirnya menyembuhkan? -dengan izin Allah- Apalah sangat terpaksa menyukai yang tidak disukai, sebab akhirnya akan menyukainya juga, sebab yang kita suka mungkin tidak baik, sedang yang mahu kita jauhkan itu sebenarnya memang tersedia untuk kita... yang terbaik. Apalah sangat, perlu berdepan kata-kata orang lain, sed