Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Hujung 2019

"kita lagi 10 tahun akan umur 40 tahun." "Eh, tahun depan, lagi 9 tahun." Sebagaimana semasa berusia 20 tahun kita memikirkan apa agaknya perjalanan hidup semasa berusia 30 tahun, sekarang aku sedang melalui fasa ini. Memasuki angka 30 tahun. Sekarang masih bergelar pelajar. Perjalanan kita tersendiri. Kadang-kadang sendiri. Namun percayalah setiap perjalanan memberi makna sangat besar dalam kehidupan kita. Dalam hidup aku sendiri. Terima kasih 2019 untuk setiap jatuh bangun. Setiap kisah yang mengajar aku banyak perkara. Bahawa setiap manusia ada sisi yang banyak. Belajar bertoleransi. Belajar memaafkan. Belajar bahawa ketika engkau susah, masih ada tangan sudi dihulurkan untuk aku sambut.

Suatu Catatan Pagi November

Kita melihat kehidupan orang lain, bukan untuk cemburu. Namun untuk belajar sesuatu. Sesuatu yang kita tidak punya atau belum pernah belajar sebelum ini. Hati. Hati yang perlu dijaga sebaiknya agar rasa tidak enak tidak melintas. Mulut yang perlu disantuni agar tidak menuturkan sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Pergaulan aku tidak luas. Hanya dalam lingkungan kecil. Sama ada aku belajar dahulu. Zaman bekerja. Atau kini ketika aku kembali bergelar pelajar. Mungkin aku yang terlalu meletakkan diri aku di belakang, tidak memberanikan diri membuka ruang komunikasi baharu. Meskipun sesama rakan sekelas. Tidak patut sebenarnya, namun mungkin sebenarnya rasa takut dan rendah diri yang ada dalam diri masih menghalang aku. Rasa tidak punya apa-apa. Jadi lebih baik aku hanya memandang dari jauh. Usia 30 tahun ini, aku cuba lebih gembira dengan hal-hal yang sedang aku lakukan. Meskipun panjang sungguh perjalanan ini, aku mengharapkan hasilnya akan menggembirakan aku kelak. Ayah, wal

Sedikit Demi Sedikit

Engkau perlu merasakan kesakitan agar lebih menghargai nikmat sihat. Rasa seperti kata-kata biasa, namun ada benarnya. Dalam situasi aku juga. Kesakitan bernama kegagalan. Kegagalan berulang. Kegagalan yang membangkitkan seorang aku. Semester itu. Aku hanya berjaya menyudahkan separuh perjalanan. Dan aku hilang tanpa jejak. Aku mahu menghentikan perjalanan yang belum selesai. Aku diganggu diri sendiri. Fikira-fikiran sendiri. Aku tidak mahu melakukan apa-apa. Aku tidak merancang apa-apa. Terima kasih untuk doa-doa yang terlantun. Dan kesediaan mendengar curahan aku... Cuti panjang, yang akhirnya menyedarkan seorang aku, untuk kembali. Mengubah haluan sendiri. Membaiki diri, sedikit demi sedikit. Menuju akhir perjalanan panjang ini. 31102019 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

CATATAN MENJELANG TARIKH KELAHIRAN I

Satu perkataan. Dijalin menjadi ayat, perenggan hingga membentuk satu karangan lengkap. Hari berganti hari. Bertukar tahun demi tahun. Satu dekad. Dua dekad. Tiga dekad... sampai bertemu ajal. Siapakah yang tahu, perjalanan terbaik untuk diri. Sampai kita melalui perjalanan itu. Jatuh, bangun, berjaya, gagal menjadi sebahagian kisah hidup yang akan kita ingat selama hayat. Insan-insan yang hadir dan pergi sepanjang perjalanan, yang banyak memberi rencah dalam kehidupan. Yang menjadikan hidup kita berwarna. Bukan sekadar hitam dan putih. Kita berdiri di atas jalan sendiri, yang berbeza antara satu sama lain. Tidak boleh dibandingkan. Atau membeza-bezakan antara kita. Siapakah yang tahu? Hari ini bagaimana? Esok, perjalanan kita jadi lain pula. Siapakah yang dapat menerka perjalanannya seminggu lagi bagaimana. Bahkan seminit lagi, mungkin lain kisah yang terhidang di depan mata kita. Yang menhasilkan tawa dan air mata... Entahkan, seminggu lagi, menjelang tarikh kelahiran kita,

Mei

April berlalu tanpa aku sedar. Dan Mei menuju hujung, belum aku mempersiap diri untuk hal yang sepatutnya. Kita. Kadang, kekuatan itu dekat dengan diri. Suatu masa lagi, kita sendiri tidak ketahuan dengan apa yang sedang kita lakukan. Hal-hal yang kita suka, tidak kita lakukan. KIta hanya termenung memandang siling, atau menghadap dinding rumah. Kita tidak ke mana-mana. Berhari-hari kita begitu. Sampai, ada seseorang yang cuba membangunkan kita. Membangunkan kita daripada diam yang panjang itu. Dia mahu kita kembali menjadi kita yang dahulu. Kita yang bersemangat menempuh hari. Namun kita tetap kaku. Mereka, aku tahu, atas nama persahabatan mereka mahu aku terus berdiri tegak. Namun dahan aku berpaut terasa mereput. Tidak mudah mempertahankannya daripada jatuh ke bumi. Mereka kata, kisahkan, jangan dipendam. Bincang, jangan diam. Berikan sebab. Mengapa engkau jadi begini. Lalu, aku bercerita... sedikit. Bukan minta dimengerti. Sebab aku sendiri tidak pasti.

Aneh

Mungkin perasaan aku sendiri yang aneh. Aku semakin mahu menjauhi manusia dam duduk di satu sudut. Namun aku tetap mahu bersuara di dunia maya. Aku tahu, ketakutanku adalah dengan diriku sendiri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Jika Dia Bukan Jodoh Kamu

Aku membaca sebuah buku yang bercerita kisah-kisah orang bertemu jodoh. Banyak jalan yang dilalui oleh seseorang sebelum bertemu yang dinamakan jodoh. Seandainya dia bukan jodohmu, ada jalan-jalan yang menghalang. Itu sesuatu yang harus engkau percaya. Suatu masa. Aku berbual dengan rakan sebilik tentang kisah jodoh yang tidak kesampaian. Kisah yang Allah aturkan, untuk aku melalui sebuah pengalaman. Allah memberi yang kita perlu, bukan kita mahu. Aku tidak mengenali dia secara nyata. Hanya tahu namanya sebagai seorang penulis. Tidak ingat bagaimana, kami berkawan di Facebook. Tidak pernah menyapa. Sampai suatu masa, dia memberi salam perkenalan. Jiwa muda. Yang ingin merasakan pengalaman lain. Namun aku sedarkan diri. Bukankah mahu menyimpan rasa itu untuk seseorang yang halal. Aku tidak mahu menyakiti atau disakiti. Aku tahu kesakitan hati adalah suatu yang tidak mampu aku tanggung. Dia datang kepadaku pada suatu Ramadan. Tidak lama, aku bertanya tentang tujuannya. Dan aku se

Sedih

Orang selalu kata, kebahagiaan itu apabila kita selalu membahagiakan orang lain. Sebab kebahagiaan itu perlu dijemput. Bahagia tidak datang sendiri. Bagaimana dengan aku? Aku selalu menerima bakti orang dalam hidupku. Sejak aku kecil, sampai usia aku sekarang 30 tahun. Aku merasakannya yang terlalu banyak sangat aku menerima bakti-bakti orang tanpa aku mampu untuk membalasnya kembali. Aku tidak mampu untuk membalas setiap kebaktian yang aku terima. Setiap hari. Daripada ramai orang. Ada ketika aku merasa sedih dengan diri sendiri. Sedih sebab aku banyak menerima jasa orang sedangkan aki tidak menyumbang apa-apa pun untuk orang lain. Sama ada daripada ahli keluarga atau mereka yang ada dekat dengan aku. Kata orang, jika mahu berubah, diri sendirilah yang perlu bertindak untuk mengubah. Aku teringat cerita cikgu Zaini semasa di sekolah menengah. Adakah apa yang aku lalui sekarang sudah menjadi sebati dengam diri, sampai perubahan yang aku cuba lakukan selalu berlangsung sekejap sa

Catatan Sebelum Februari

Januari belum separuh menjalankan tugasnya. Namun aku ingin bercerita tentang perjalanan baharu yang akan aku lalu Februari ini. Rakan serumah aku, yang sudah berkahwin dan bakal bergelar ibu akan pulang ke sisi keluarganya. Tentunya aku menerima perkhabaran ini dengan rasa bahagia kerana dia akan pulang untuk membina keluarga bersama keluarga tercinta. Yang akan aku titipkan, doa semoga dia menjadi isteri dan ibu terbaik. Tentang hal ini, dalam perjalanan aku dan kawan aku yang lain, "Tak nak tanya ke saya sedih atau tidak rakan sebilik saya akan pindah?" Jawab kawan aku, nanti saya baca di Facebook. Ya, tentu sekali aku nanti aku menuliskannya lewat media sosial, bahkan sudah bermula sekarang. Dengan menyebarkan tulisan-tulisan yang menunjukkan segalanya akan jadi memori. Tentu sekali ada sedikit kesedihan sementara, namun lebih bahagia kerana kebahagiaannya tentu sekali menjadi sebahagian kebahagiaan aku. Dalam setahun lebih kami berada dalam satu bilik, banyak ha

Harapan dan Doa

Ketika kita mengharapkan yang baik-baik terjadi dalam hidup, sudahkah kita meminta kepada yang Dia yang mengetahui setiap yang kita zahirkan dan sembunyikan? Masihkah kita enggan berdoa dan hanya berharap? Tidak berusaha namun mahu melihat hasilnya. Berapa banyak pula kesyukuran atas nikmat tidak terkira yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari. Setiap hari... Ataukah kita hanya melalui hari, kerana kita masih hidup. #catatanuntukjamilah "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

10 Catatan 1 Januari

Sebelum angka 1 Januari berakhir, kutinggalkan sedikit catatan di sini. Kepada diriku, 1 Ingat selalu pesanan kepada kamu, bahawa dalam hidup tidak semua kita dapat. Namun Allah menyediakan perjalanan versi terbaik untuk kita. 2 Ketika engkau merasakan ada yang tidak kena, sudahkah engkau periksa hubungan engkau dengan Tuhan dan hubungan engkau sesama manusia. 3 Takdir yang kita lalui, terindah. 4 Melihat orang lain, dan ambil pengajaran. Lihat diri sendiri, dan perbaiki agar kita menjadi diri sendiri versi terbaik. Tidak mengapa jatuh atau gagal berkali-kali, yang lebih utama, bilangan engkau bangkit lagi. 5 Tuhan mengetahui yang paling engkau sembunyikan, dan yang engkau zahirkan. Tuhan tahu semua. 6 Ketika engkau berharap sesama manusia, adakah engkau curahkan juga rasa dan permintaan kepada Tuhan yang mendengar doa-doa kita? 7 Takut ada dalam diri kita, sekuat mana kita menepisnya? 8 Perlahan-lahan, memori akan hilang daripada ingatan. Abadikan dengan tulis