Skip to main content

Posts

Showing posts with the label |hari-hari seorang pelajar|

Tajuk Paling Mendebarkan

Ayuh mulakan separuh masa kedua semester dengan niat baru! Kelas "introduction to Mass Communication" hari ini belajar perihal buku . Berdebar pula saya berada dalam kelas itu. Disebut judul buku, saya tidak tahu. Paling utama mata bulat melihat pensyarah yang mengajar sebab teruja. Saya sangat suka apabila pensyarah melencong daripada apa yang ada dalam buku. Semalam. Pengalaman kedua tersekat dalam kesesakan lalulintas 8 jam lebih dalam perjalanan, memerhati gelagat  manusia, ada motosikal kemalangan, disebabkan kereta yang tidak beradab masuk ke laluan motosikal. Semoga tidak apa-apa. Berada atas jalanraya belajar perihal sikap manusia. Kembali kehidupan normal apabila nerbook kecil sudah dikembalikan kepada pemiliknya kembali menggunakan IBM saya yang sudah lima tahu berkhidmat. :) lalu ITD saya datangi selalu dan dapat kurangkan masa atas talian. gembira. minggu ini ada banyak acara, kuiz, assignment dan hal ehwal dir...

The Social Role of Muslim Women : Realising Your Potencial

" Perempuan itu seperti bunga pada musim luruh" Dia mengangguk. Hari itu Allah izinkan dia menyertai satu seminar yang semua pesertanya perempuan dan pembentangnya perempuan. Kata-kata, perkongsian para panel yang sangat positif, dia mahu kongsikan di sini. Menulis kembali mengingatkan diri sendiri. " Cari NILAI dalam diri" Dr Fadila menyambung. Kata-katanya membuatkan mata yang walau ada ketika seakan mahu terpejam, terus menyalin kata-kata beliau. Ini kali pertama dia mendengar ucapan Dr Fadila. " Kamu mesti melawan diri kamu sendiri" " Orang yang bijak sentiasa nampak cantik" "fear monster in our closet" "Solat menjadikan dirimu lebih bersemangat" "Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri" "Hidup ada dalam kepala kamu sendiri" "obstacles just obstacles: jump and move forward" kata ibnu Qayyim: "Kalau seorang ada di tepi g...

selepas separuh hari diam ...

Bersimpang siur seketika akal cuba mentafsirkan kata-kata yang saling menghambat memasuki kotak kepala. Sedang kecil mampunya memasukkan semua maklumat. Dia hanya diam. Menghadam setiap bait kata, menconteng pada buku yang sedia di depannya dan akhirnya pada hari kedua dia rebah. Niatkah yang sudah lari pada hari kedua? Salah dia sendiri. Gagal memberi tumpuan. Benarlah syaitan sangat suka pada orang yang mahu belajar. Memang tidak duduk diam, sambil ada ketika dia menjeling telefon genggam di dalam beg. Dua hari yang berlalu penuh keriangan. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan untuk dia mendengar setiap kata-kata buat pedoman hari depan. Makin dekat tarikh dia akan meninggalkan taman ilmu dan budi, makin terasa banyaknya peluang yang dilepasi. Sengaja melepaskan demi kepentingan diri sendiri. Dia melihat wajah ceria orang lain dengan wajah selambanya. Semoga segala yang baik, dia jadikan ingatan yang buruk minta dijauhkan. Persediaan yang dilakukan tidak menjam...

Menjejak ITBM

Jam sudah melewati angka dua belas tengah malam. Saya sudah lama di alam mimpi. Entah apakah yang merasuk diri malam itu sehingga awal benar katil saya datangi. Apabila teman menelefon malam itu, nyata benar suara saya seprti orang 'mamai' yang belum sepenuhnya jaga. Kotak mesej telefon 'canggih' saya didatangi pesanan ringkas daripada Umairah. Dia bertanya adakah saya sertai lawatan ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang diadakan pada 21 September 2012. Saya yang masih separa sedar menjawab mesej, dan Allah izinkan kaki saya menjejak ITBM. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Sudah lama saya ingin menjejak ke sana. Alhamdulillah, ini rezeki. Cerita ini benar-benar tentang takdir terindah yang Allah aturkan buat saya minggu ini. ITBM ini letaknya hampir dengan rumah ibu saudara. :) Tiba kami di sana, saya disapa satu rasa yang seakan mahu membeli setiap satu judul buku yang ada. Wah, saya sudah tahu bagaimana mahu mendapatkannya. Terima kas...

point yang power

Membuat 'power point' memerlukan suatu kreativiti bagi  menarik penonton melihat sehingga akhir dan melekat dengan apa yang dibentangkan. selalu membuat power point keanak-anakan bukannya yang power. Buat tidaki kena bukan hanya membosanlkan malah tidak puaskan hati. kreatif. berfikir luar kebiasaan. akhirnya yang terhasil keanak-anakan. :aduhai power point, boleh power ia!:

Manusia di Kerusi Belakang ...

MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI JUGA PERLU! LOKASI: Dalam kelas survey, baris belakang sekali HARI: Selasa dan Khamis. Ada seorang budak yang namanya terpaksa dirahsiakan dan suka duduk di bahagian belakang dalam kelas SURVEY suka main-main ketika ustaz Ghassan Taha Yaseen mengajar. Dia langsung tidak tumpukan perhatin malah boleh pula dia main-main. Buku teks dia tak pernah (dulu awal-awal dia skema, bawa buku), suka kacau kawan sebelah dia yang bernama Habibah dan Ema Noor Jihan.. Hari itu -Selasa: 28 September 2010- dia main-main lagi. Nak tahu apa yang dia buat? Dia melukis kartun dalam buku panjang SURVEY yang sepatutnya ada nota berkaitan SURVEY. Tetapi ketika Ustaz Ghassan Taha Yaseen sedang berikan penerangan tentang tamadun Islam di depan, dia melukis kartun yang sememangnya tidak cantik. Ustaz cakap, tangannya merayap dalam buku latihan. Entah sajak apa lagi yang dia tulis entahlah. Entah rapuan apa lagi yang dia conteng aku pun tak tahulah. Yang pastinya dia tidak tu...