Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Teruja

Teruja aku bila melawat lman yang ustaz cakapkan.. http://islamweb.net. Di sini aku boleh dapat macam-macam berkaitan arab, ada nasyid, khutbah, macam-macam lagi yang belum sempat aku terokai... Selamat mengembara.. Jom blajar arab, pasti menarik.

Isu Semasa

Salam, hari ini kelas adab dan nusus dibatalkan.Dah dua kali... Agak menyedihkan.. Minggu ni minggu yang agak sibuk dan kel;am kabut, sibuk dengan tidur dan nak melangsaikan buku dan kerja-kerja wajib yang mula mengisi hari-hari aku... Gerun aku bila tengok akhbar sekarang. hari-hari ada sahaja berita orang nak bunuh diri, terjun bangunan sana, panjat bangunan sini... kematian seakan suatu yang biasa pula. Kemalangan jika tak melibatkan kematian seakan tidak sah jika tidak mengisi kantung berita... YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA FITNAH INI... Sekarang aku semakin jelek untuk mengikuti isu-isu yang dipaparkan itu... Segalanya kerana kita jauh daripada ALLAH yang jadikan kita.... Namun sebagai seorang pelajar perlu juga aku teliti akhbar, agar tak jadi jakun... Pelajar Universiti yang buta isu semasa....

SUATU PAGI DI HARI ISNIN

Assalamualaikum, Zulkaedah kian ke penghujung, menandakan Zulhijjah akan memunculkan diri. Gembiranya para jemaah di tanah suci, menunaikan ibadat haji. Menjadi tetamu ALLAH, Ya ALLAH, semoga aku dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk menjadi sebahagian tetamumu… Semoga tiba saat yang aku nantikan itu. Cuti sekolah sudah hampir seminggu, semoga adik-adik yang bercuti tak hanya bercuti hingga tinggalkan buku pelajaran... Belajar bukan untuk periksa Cuma, namun ada matlamat yang hendak kita capai. Ada kekosongan dalam hati yang perlu diisi.. Kantung ilmu. Dan aku menempuh sem 2 bersama-sama subjek yang menarik untuk ditelaah, Cuma tinggal aku yang perlu gerakkan diri yang suka bertangguh ini. Pensyarah sudah sampaikan dan bermacam ilmu dicurah, hanya tinggal lekatkah ia dalam hati, berkesankah untuk aku? Aku nak kongsi apa Ustaz BMW perkatakan tempoh hari... Tidak dapat tidak kita sebagai pelajar BAHASA perlu mempraktikkan apa bahasa yang kita pelajari saban hari. Tambahan p

22 November 2012

APA ENTAH AKU TULIS??? Assalamualaikum, apa nak tulis pagi-pagi Sabtu ni? Akal tersengkak, bukan banyak berfikir, tapi tak diajar berfikir... Semalam, jumpa kawan-kawan lama, buat aku berfikir sejenak, aku sangat tak mengenali kawan-kawan, mereka suka bertanya aku akan latar belakang sedangkan aku tak mengenali mereka. Aku suka dengar mereka bercerita, dari satu kisah ke satu kisah.. walaupun aku tak banyak mencelah, aku suka menjadi pendengar... Sekilas memandang wajah sahabat, dalam suka berselindung duka yang dikaburi kegembiraan. Mereka tabah hadapi warna hidup, bukan seperti aku yang suka mengeluh... SUARA HATI... Aku nak kongsi cerita semalam, betapa Tuhan mampu lakukan apa sahaja.. Sejak azali, dah maklum aku memang pelupa. Aku ke kedai runcit untuk membeli sedikit barang.. terbaca di situ tertulis, jaga telefon bimbit anda, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan... Usai membayar pada sangkaanku, tentulah telefon bimibit aku letakkan dalam poket beg yang aku

Sajak Ediri Rabu

Seandainya bait-bait puisi mamapu menafsir tingkahku, Lebih aku relakan, Jika bukan lisan aku lebih mudah dimengerti, Biarkan mereka faham sendiri. Aku tak mampu menafsir peribadi, Tak bisa menilai seluruh diri, Enggan merujuk empunya diri. Diri yang berselaput karat dosa, Bicaranya tiada isi, Tingkahnya bukan lahir dari hati... 20/11/2008 8:41 pagi Maktabah CFS IIUM Nilai

Nak Cari Duir

Assalamualaikum,esok Insya Allah aku akan mulakan kerja aku sebagai pembantu kedai. ("_") Nak cari pengalaman + tambah duit poket. Awal sem sekalipun poket aku menunjukkan tanda-tanda akan kering, jadi aku cari cara baru, lihat di kiosk, ada iklan untuk jawatan pembantu kedai, hehe, aku nak cuba... Kerjanya pukul 9 pagi-12.00 tengahari, dan akan dibayar tunai... bayarannya? Rahsia...Hehe, esok akan mula operasi. Seronoknya. duit tak akan datang kalau tidak dicari, aku tak sanggup lagi seperti sem-sem lepas. terpaksa meminjam untuk beli makanan sekalipun, aku perlu belajar berdikari, aku malu nak meminta lagi pada kakak-kakak yang baik hati dan menyusahkan kawan-kawan yang sangat kaya... pemurah.. Buat semua sahabat, terima kasih banayk emmbantu aku yang suka emmbazir ni, pantang ada duit dalam tangan, suka aku belanjakan... Ada duit, boleh tambah koleksi buku... hehe, belum mula dah fikir pasal duit... Alahai Jamilah...

Kelas Hari Ini

Assalamualaikum semua, hari ini tangan ini masih gatal untuk memasukkan entri baru, berkongsi apa yang aku belajar hari ini. BaLaGhAh Al-ArAbiYaH Ustazah cuma sentuh pengenalan kepada balaghah, apa sebenarnya balaghah dan kenapa kita perlu belajar balaghah. Masih hangat dalam kepala walaupun ada yang sudah terbang entah ke mana, walaupun baru belajar pagi tadi... Kita sedar atau tidak sebenarnya kita gunakan perkataan balaghah ini dalam kehidupan seharian. Tak kiralah dalam bahasa apa sekalipun. Aku turunkan contoh; "Hang, awat yang macam singa hari ni?" Ini contoh paling mudah. Perktaan ini mengibaratkan seseorang itu bagai singa, untuk menjaga hatinya, agar tidak tersinggung. Menarik kan? Penerangan ustazah agak ringkas, menyentuh sedikit cuma.. Sebelum belajar balaghah, perlulah dahulu mempelajari nahw wan sorf... untuk mengetahui keadaan perkataan dan kedudukan ayat. Tapi sebenarnya ketiga-tiga cabang arab ini punya kaitannya. Tak sabar nak tunggu apa yang diplajari se

Warkah Pendek Dari Aku

Tuhanku, Tangan mencatat ini adakah dalam redamu? usah biarkan murkamu mengiringi hariku. Tuhanku, andai ada salah yang tak aku lunasi, pasti banyak janji aku tak penuhi, betapa susah aku diri sahabat aku hampiri, doaku tetp tulus buat kalian, penerus prjuangan, Sahabat, kitalah yang mengaku mahu memakmurkan bumi, menyuburkan alam, namun, lihat sekeliling.... APA YANG ANDA LIHAT??? APA YANG AKU BUAT???

Aku Terima Nikahnya

Aku agak terlambat memiliki buku Ustaz Hasrizal, “Aku Terima Nikahnya”, dan alhamdulillah, berjaya juga mengunyahnya walaupun pada pembacaan pertama aku tak lancar, berhenti di tengah jalan. Aku ulang baca, baru terasa aura buku tersebut. Melihat tajuknya seakan sebuah buku santai yang mungkin memuatkan kisah-kisah pengalaman orang berkahwin. Namun aku salah. Mengulatinya baru aku dapat inti sebenar buku ini. Permulaannya menceritakan pengalaman Ustaz Rizal perkahwinan beliau dengan isterinya. Tak pernah kenal, berkahwin, sekarang sangat bahagia. Falsafah hidup beliau, Erti Hidup Pada Memberi benar-benar membahagiakannya. Beliau sanggup berkorban apa sahaja untuk kehidupan perkahwinan mereka, kerana bagi beliau perkahwinan bukan aku kau, tapi kami kita. Perlu saling memahami. Nak tahu antara sebab kes penceraian makin bercambah? Alasannya JEMU. Namun diterjemahkan dengan ayat yang pelbagai, pandai benar berdolak-dalik. Ada satu istilah yang beliau gunakan amat menyentuh rasa. “Dosa

RINTIH SEORANG AKU BILA MENCECAH JAM 12

Di celah-celah daun buku, Ku temui semangat menerus langkah lesu, Mendaki puncak jaya, Sama macam dia. Di balik batang-batang kata tersusun rapi, Aku cari bekal penerus hari, Agar langkah tak pincang lagi, Ditemani bekal di hati. Bukan ulat buku aku mahu jadi, Gila baca pun belum aku kecapi, Sedikit ilmu dikongsi kini, Temanku, tegurlah jika sudi. Takut aku bermain kata-kata, Pincang lidah tiada ubatnya, Mampukah aku menahan derita, Sepanjang usia. 16/11/2008 0:48:56 A-3-12 MUSA, BANDAR BARU NILAI N9.

Coret-coret Pagi Minggu

Assalamualaikum, Alhamdulillah di awal sem begini aku punya banyak ruang untuk menyentuh papan kekunci, mereka ayat-ayat, menyusun kata, mahu muatkan sesuatu di blog yang terbiar setiap kali aku bercuti di kampung. Seminggu di sini, aku dapat rasakan aura lain berbanding sem lepas yang berjaya juga aku lalui walaupun tidak sepenuhnya cemerlang. Ada kegagalan ingin tumpang berteduh, mahu beri aku peluang koreksi diri, alhamdulillah. Bagi aku yang sering main-main, kegagalan itu amat bermakna, yang aku anggap sebagai turning point yang ALLAH berikan agar aku sedar siapa aku sebenarnya. Sebenarnya banyak turning point yang ALLAH bagi, namun mungkin aku terlalu lalai hingga abaikan ia. Diriku, Usah ditangisi sekali gagal menjengah, beri ia peluang, sebagai ingatan, sebagai tazkirah buat diri yang leka, namun baik juga jika aku berjaya mengawal diri dan kejayaan sentiasa menjadi milik aku, dengan izin ALLAH... Hanya orang gagal yang tahu manisnya kejayaan. Hanya orang jatuh yang tahu nikm

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

Kendi Ilmu

Bertahun menadah kitab, Takat manakah kendi ilmumu? Masih seperti dulu, Hamper separuh penuh, Kering? Kendi itu tidak terisi, Andai qalb tak diikhlasi, Hanya A diperolehi, Berkat tak menyertai. Awal awal itu niat, Busuk niat, Rosak amal, Bertul niat, Harum, dapat apa dihajat. Isilah kendi ilmumu, Selagi roh belum tercerai, Nadi belum terputus, Bekal hari depan, Menjawab di depan Tuhan. Kendi jangan hanya disimpan airnya, Kongsikan, Tak akan kontang, Malah makin bertambah, 14/11/2008 7:42:16

Hikmat Kegagalan

Lihat si anak kecil, Tidak mengenal putus asa, Bertatih, Jatuh tersungkur, Tak menangis, bangun kembali, Kembali bertatih, Sampai berlari Tapi mengapa duhai remaja? Sekali gagal menumpang lalu, Busuk mulut menyeranah, Langsung tak dilihat pada diri, Disalah sekeliling. Kitalah dulu si anak kecil itu, duhai remaja, Tapi kita lupa sejarah diri, Kita anggap hanya kejayaan milik kita, Usah gagal hinggap. Tanpa kegagalan, Apan erti sebuah kejayaan, Kejayaan sesudah kegagalan adalah, Keyaan termanis. Duhai remajaku sayang, Langkah terus ke depan, Hari lalu itu sejarah, Tapi, Sejarah usah dilupakan, Takut merana di hari depan. 12 Nov. 08 A-3-12