Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Bersembunyi

Kata-kata Menjadi seorang yang lebih bebas menyuarakan semua rasa dengan kata-kata selalu menjadi hal paling menyenangkan untuk seorang dia. Bahasa kata-kata yang lebih lancar daripada buah bicara daripada bibir katanya. Kadang-kadang. Dia sangat selesa untuk menyuarakan dengan kata-kata, bukan dengan bertentang mata. Dia akan buat tidak tahu tentang banyak hal yang berlaku di sekeliling dia. Semacam dia yang paling tidak mengerti akan semua perkara. Kerana, ada ketidakselesaan apabila dia mengetahui hal-hal yang tidak sepatutnya dia tahu, dan mengubah persepsi dia tentang banyak perkara. Mungkin kerana itu, sehingga sekarang, Tuhan menghadirkan tidak ramai orang dalam kehidupan dia, namun setiap orang yang hadir selalu memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang dia. Sebagaimana pada bicara tersimpan banyak makna yang terselindung, demikian kata-kata. Yang menyimpan bicara secara bertulis. Yang menjadi bahan ketawa ketika sang penulis membacanya semula. Bahasa kata-kata se

Perbualan-perbualan Malam Masih Berlangsung

Ada ketika, masa sebelum tidur kami diisi dengan cerita dan perkembangan diri masing-masing. Kadang-kadang, berbual kosong... Semalam, kuota perkataanku banyak. Entah perasaan apa yang merasuk diriku. Selesai sesi belek-belek buku, aku bercerita kepada dia tentang impian-impian dahulu yang sudah tertunaikan. "Saya tak tahu nak buat apa lepas ni. Apa yang saya nak, saya selalu. Saya tak tahu nak buat apa lepas ni." Entah bagaimana dan mengapa, kata-kata itu yang terbit selepas aku membebel tentang perjalanan aku selepas SPM sampai hari ini. Perjalanan dengam cerita sendiri. Bukankah setiap kita punya kisah berbeza? Aku bercerita dengan dia tentang banyak perkara. Dan dia melayan sahaja kata-kata aku. Kadang, aku merasakan dia lebih matang daripada aku yang bakal memasuki angka 30. Perbualan-perbualan malam sebemarnya sebagai terapi aku juga. Sejak aku semakin tidak menulis. Sejak aku ada "roomate." Apabila datang perangai luar alam, berceritalah aku tentang

Dia

Kehilangan arah dan motivasi. Itu yang dirasakannya minggu ini. Kerja bertimbun, satu tidak disentuh. Mata menatap skrin telefon. Otak menerawang. Jasad di bumi. Dia seakan-akan tidak mengenali dirinya minggu ini. Lalu hari itu dia mengalah. Dan dia mengalah lagi pada hari seterusnya. Mengalah dengan perasaan sendiri. Entah apa yang sedang dia rasakan sekarang... Dia tidak kenal dirinya pada minggu ini. Dirinya yang lain daripada kebiasaan... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pasangan Pertemuan Adalah Perpisahan

Entah mengapa aku seakan terbayang-bayang Almarhumah Adiba, junior UIA. Aku tidak mengenalinya dekat, namun aku boleh membayangkan wajahnya yang ceria. Sungguhlah, kematian sebagai peringatan. Apa yang kita miliki di dunia ini, apabila tiba saat yang ditetapkan, kita yang meninggalkan atau kita yang ditinggalkan. Aku harus sedar yang setiap pertemuan akan berkawan dengan perpisahan. Aku menyedari hakikat ini, namun semakin menghampiri hari, aku semakin berdebar. Berdebar untuk "melepaskan" rakan serumahku. Namun pemergiannya demi bersama keluarga tercinta. Sekejap sahaja. Nanti perasaanku akan lekas pulih. Jangan ditanya aku sedih atau tidak. Insya-Allah, demi kebaikan semua, perpisahan ini suatu kemestian. Berjauhan dengan keluarga itu tidak mudah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Menjual dengan Air Mata

Siapa yang berusaha, dia dapat. Itu sifir kehidupan. Sudah setahun lebih aku tidak mempunyai gaji bulanan. Bergantung harapan kepada keluarga, walaupun sepatutnya dalam usia 30 tahun, masih berharap kepada mereka. Pengajian yang perlu bukan hanya setiap semester, tetapi setiap hari. Dengan air mata. Kadang-kadang, ketika aku bertanya kepada mereka untuk memasukkan wang ke dalam akaun, aku memintanya dengan bekal air mata. Sebab itulah aku hanya akan menghantar mesej, bukannya menelefon. Ah, aku yang tidak berusaha, kan? Berusaha untuk mencari wang sendiri... Hidup di kota, semua perlukan wang. Sedang sebagai pelajar pun, sekurangnya RM800 sebulan diperlukan. Makan, pakai, rumah sewa, tambang, keperluan, kehendak diri.. Pertahanan terakhir aku, buku kesayangan di ruang tamu. Dengan air mata, sedikit demi sedikit berkurang... Menampung perbelanjaan diri. Alasan, kan? Aku boleh sahaja berusaha dengan cara lain...