Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

selamat pergi, 2017

2017, bakal jadi kenangan. Bersama kisah yang tercipta... Ada yang bertukar status, ada yang kehilangan, ada yang meninggalkan, ada yang menerima kehadiran... Setiap kisah, setiap warna yang terlakar di kanvas 2017, beri makna... 30122017

Aku dan Peperiksaan I

Tadi ada peperiksaan akhir pembangunan idea. Sudah namanya kertas pembangunan idea, satu soalan berjumlah 20 markah, perlu dijawab sekurangnya dua halaman. Ini kertas pertama aku di sini. Dan aku faham nanti untuk peperiksaan akhir, sediakan pen secukupnya. Satu soalan 25 markah. Dan ternyata soalan yang ditanya tadi tepat dengan ulangkaji yang sang guru beri minggu lalu. 😂 Namun belum boleh menarik nafas lega sebab manuskrip belum hantar.. 70 markah... lalala... 21122017 Instagram "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah Perempuan itu

Bergelas-gelas lagi air mata yang tumpah setahun ini. Air mata seorang perempuan yang hanya tahu peduli tentang hati sendiri. Seorang yang pentingkan diri sendiri, tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Aku. Terkadang, aku sangat terasa perlu seseorang yang dapat menampar aku berkali-kali. Agar aku lekas kembali menghadapi dunia realiti. Meski aku melalui hari seperti orang biasa, aku sikap yang aku enggan ubah. Aku akan buat yang aku suka, dan tinggalkan yang aku tidak suka. Aku tidak mampu berpura-pura suka dan lakukan sahaja hal yang aku suka. Ya, selagi aku cinta, aku akan melakukannya. Walaupun hasil tidak setara mana. Jika ada rasa tidak suka, beri aku semangat setinggi mana sekalipun, alasan aku melebihi semua. Jalan ini tidak mudah. Terlalu ramai yang berkorban. Sudah banyak wang yang dilaburkan. Kadang, aku makin keliru dengan keputusan yang aku sendiri buat ini. Bertitik-tolak kepada diri aku sendiri. Sehari dua ini, aku rasa kian sunyi. Sunyi dalam keramaian.