Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

...JUMAAT, PETANG HARU DAN SAYU

Assalamualaikum, Petang ini aku menghabiskan masa lagi dengan membelek blog yang beberapa hari terbiar.. Esok aku tak ada peperiksaan, hanya satu lagi kertas Isnin ini... Jangan tanya mengapa, hanya mereka yang tahu mengerti... Terharu, Itulah yang aku rasa... beberapa hari lalu, (19 Febuari 2009), aku menggatalkan jemari mengatur tulisan, kemudian menghantar pada ustaz yang aku kagumi syairnya... Ustaz Majid, guru adab nusus aku.. Sekadar memberi ucapan terima kasih atas ilmu yang berharga ini... aku hadiahkan beliau sajak aku... Bukan Lilin sebagai tatapan ustaz... hehe.. Anak murid yang palin senyap dalam kelas ustaz dan langsung tidak memberi respons.. aku tak seghairah mereka yang lain untuk belajar. Hari ini aku periksan kantung e-mel... subhanallah... Ada balasan e-mel daripada ustaz. Aku seakan baru menerima e-mel daripada Mawi.. terharu, gembira, apa nak aku gambarkan di sini.. Tak dapat... Ini sedikit yang ustaz berikan sebagai balasan: Sengaja aku mahu tayangkan di

CERMIN MATA BARU

Semalam (22.2.2009), aku berjaya mendapatkan cermin mata baru... Terima kasih buat semua yang sudi membantu... *Sahabat yang membantu dari sudut material *Mysharah, Wani dan Humaira (teman sebelah bilik) yang sudi menemankan dan memilih cermin mata untuk aku(aku lemah bab-bab memilih), rambang mata..Kalian memilih yang terbaik untuk aku, terima kasih. *Habibah yang memberi kad kupon kedai tersebut... *Kak dan Kak Ti yang 3/4 daripada perbelanjaan keseluruhan... Gembira sangat apabila dapat tahu kuasa cermin mata berkurang.. Jika dahulu kanan 300, kiri 350, silau okey.. Sekarang, kanan 200, kiri 100... Silau tak ada masalah. Alhamdulillah, hampir beberapa minggu aku tidak bercermin mata.. Dipatahkan oleh tangan ini... Aku seakan si buta yang bertemu tongkatnya yang hilang.. Dapat melihat dengan sangat jelas... Sebelum ini, aku siapkan cermin mata ketika hampir tamat tingkatan lima, dan untuk kali kedua ini di pusat asasi Nilai... Ya, aku sekadar mencoret di sini bagi

contengan ...

Selamat menghadapi peperiksaan buat pelajar-pelajar Nilai Selamat ke Gombak buat kalian Maafkan tersalah tulis, terkasar bicara Kalian hebat, Tuhan memberi apa yang mampu ditanggung hambanya. Sayang kalian Aku akan bercuti lama Blog ini akan dipantau jika ada kesempatan kerana jika aku sudah berada di kampung nanti, tiada jaringan internet. Buat yang terbaik untuk semua.

LILLAHI TAALA

Assalamualaikum, Bicara seorang Ayah pada anaknya pada hari keputusan SPM 2007 diumumkan. Ayah: ALLAH dah berikan kamu kejayaan. Dapat 12A. Apa yang kamu nak lakukan? Anak: Nak masuk universiti tersohor.. UIA... Nak ambil English. Sekarang English kan penting. Ayah: Nak masuk universiti? Anak: Tentulah Ayah. AYah: Ayah nak hantar kamu ke pondok. Anak: Ayah!!!! *Ini hanyalah contoh dialog anak-anak zaman sekarang. Belajar sebab nak periksa. Belajar sebab nak masuk universiti. Mungkin sebab itulah pelajaran yang diperoleh susah mendapat keberkatan. Susah nak masuk ke hati. Belajar satu sem, kemudian, lupakan... Jangan begitu duhai diri. Yang penting sebelum belajar niatkan diri kerana ALLAH Taala. DIA tahu yang terbaik untk hamba-NYA. *Masih ada masa untuk belajar. Bukan hanya mengemas kini blog, belajar tinggal entah ke mana. Hanya satu aku nak kongsikan; "Orang yang pintar tidak membilang hari yang telah berlalu, sebaliknya bekerja kuat untuk hari ini dan masa

...CATATAN BUDAK PSIKO

Musolla blok A menerima kunjungan aku saban hari minggu ini. Entahlah, suka benar aku melepak di sini. Masjid Putra Nilai yang tersergam di depan mata, langit membiru dan dapat merenung matahari yang akan terbenam. Tambahan, di bilik, maintenance masih melakukan kerja-kerja membaikpulih. Minggu yang sangat membahagiakan. Minggu yang sangat lapang, minggu yang mengajar aku erti sabar dan kuat, Minggu di mana aku mengenal erti sahabat. Hehe, tak boleh takut nak susahkan sahabat sendiri. Kena lawan rasa psiko dalam diri. Percaya tak kalau aku cakap aku seorang psiko. Tapi dalam proses penyembuhan.. Apa ubatnya??? Entri ini aku tak tahu nak masukkan kat mana. Aku nak merapu sahaja. Menulis ikut tangan aku. Kagum melihat sahabat-sahabat aku berkhutbah. Mantap, boleh ganti penceramah sekarang. Aku kagum dengan sahabat-sahabat, dengan semua orang di sekeliling aku, pandai survive hidup. Aku tk pandi ke??? Tiada jawapannya di sini. kenapa aku kata aku psiko? Kerana aku tak mampu m

1,2,3

Antara satu dua tiga semua punya makna berbeza bagi setiap jiwa walau semua sama hanya diri yang dapat bersuara apa yang bergelora. *** Membuka kantung e-mel petang tadi mebuatkan darah menyerbu ke muka. Adakah kawanku ini sudah hilang tahap kewarasannya. Adakah patut bagi seorang pelajar berfikiran begitu? Jika sekarang kita dihidangkan dengan berbagai berita lompat parti, aku disaji dengtan berita kawan aku yang seakan sudah hilang warasnya mahu berhenti belajar. Satu situasi yang tidak wajar untuk aku hadapi sekarang.Walaupun perasaan manusia itu tidak sama, namun perlu ada langkah kawalan. Alasan yang tak dapat diterima akal sungguh. Adakah patut katanya dia tak boleh nak bawa Bahasa Inggeris. Bukankah itu agak tidak logik. Dia belajar di universiti tersohor, tapi masih belum berpuas hati dengan apa yang telah diperoleh sedangkan mereka yang tidak diterima belajar sanggup naik tunggu pejabat kementerian untuk memohon walau satu tempat untuk belajar. Ya, aku mara

keputusan

Keputusan, Biarlah dari hati suci, Bukan semak dek masalah diri, Itu tak mampu melakar peribadi, Hanya satu ilusi. Di kesempatan ini, aku, Jamilah Mohd Norddin ingin memohon maaf atas segala yang telah dilakukan. Semoga tulisna kecil aku di blog ini sedikit sebanyak memberi faedah pada diri aku dan semua. Kepada semua sahabat, aku kagum dengan kalian. TAHNIAH!!!

BENGKEL USTAZ RIDUAN

Santai sambil mendengar alunan nasyid syahdu IKM... Laptop Sarah jad mangsa aku, melpak di surau, melihat masjid, sejuk mata emmandang. Percutian hujung minggu ini lebih terisi dengan adanya bengkel penulisan yang tentunya aku amat nantikan. Ustaz Riduan Mohamad Nor, seorang pengarang yang sejak dengar ceramahnya membuatkan hati tertarik untuk mengenali karyanya... banyak mengembara. Aku mahu perturunkan sedikit apa yang aku dapat. Sangat teingin untuk membeli buku, namun... satu hatri nanti aku tetap akan dapatkan, insya ALLAH. Sekadar boleh mehat kaan-kawan yang suka mendapatkan buku yang menarik dan bermanfaat. Antara syarat yang perlu ada sebagi seorang penulis MUSLIM ialah: 1. Ilmu, tentunya dengn iqra' dan berguru 2. Suka mengembar- belajar melihat manusia 3. persediaan-kata beliau, ustaz ada empat buah komputer, lihat!!! denan itu beliau boleh menulis walau di manabeliau ada. Tak ada laptop, menggunakan kertas pun boleh. 4. matlamat -obligasi akhirat. Kita m

SERUAN MAUT 1

Semalam dia memanggil aku, dalam lena disentakkan dia seruannya aku lantas membangunkan diri tandas sejadah sujud biarlah maut menyeruku saban hari aku kan menyahut terima kasih maut mengingatkan aku akan hadirmu maktabah 7 febuari 2009 11:14a.m

SI GADIS KECIL DAN DIARINYA: ZUBIR ALI

Saban malam dia mencatat dalam diarinya Dia mencatat saat peluru melepasi jendelanya Dia mencatat saat tentera Israel meragut nyawa ibunya Dia mencatat kekejaman yang disaksikan dua matanya Mimpi ngeri tentang kemusnahan Dan api yang menyala-nyala Si gadis kecil Palestin itu saban malam mencatat dalam diarinya tanpa jemu untuk meringankan kepedihan yang dideritainya selalu dia mengikis ketakutan serta mimpi ngeri yang mengganggu Si gadis kecil Palestin itudengan pena masih di jari di kamarnya terbujur kakuangkara Israel meranapkan rumahnya kini dia terbaring di pusaradilupai... persis kewujudannya tidak dirasai tetapi catatan diarinya akan terus membara kesengsaraan dalam jiwa setiap anak Palestin Kini di atas pusaranya kanak-kanak Israel menari-nari dan menyanyi tanpa risau akan esok hari di situlah si gadis kecil itu dirampas rumahnya tanpa belas ihsan yang tinggal hanyalah keluarganya sebagai pelarian tetapi kita terus menyokong Israel dengan sepuluh juta do

HULURAN MAUT

Kau mendatangi aku, Kala terleka mengenang deru deru dosa menghantui diri, diri tenggelam dek bayangan mimpi. Mimpi nyata Nyata yang menghambat aku Aku belum bersedia bersedia dijemput kamu kamu, kamu, kamu kamu melambai selalu selalu hingga aku takut takut untuk menyambut huluran huluran MAUT MAUT memanggil saban hari bersediakah??? "Sesungguhnya setiap yang hidup akan menemui maut apabila tiba masanya." 4 febuari 2009 diedit 5 febuari 2009, Maktabah CFS IIUM Nilai 10:45a.m Tingkat 2 ***** YA ALLAH, SELAMATKAN KAMI Kebenaran tetap akan kembali, Walau mereka tersangat keji, Tuhan mengadili, Islam akan di julang tinggi. *Mari sama-sama kita doakan kesejahteraan negeri jiran aku, PERAK... Sesungguhnya biar seburuk mana tingkah dan perangai kebudakan mereka, suatu hari KEJAHATAN AKAN MELUTUT PADA KEBENARAN. Saat itu kita boleh ketawa, mereka akan merana. Aku berbicara sebagai seorang rakyat Malaysia yang belum punya hak mengundi... Lihatlah kal

Diberinya apa hamba perlu

TUHAN BERI APA AKU PERLU, BUKAN AKU MAHU. PEMERHATIAN SEORANG AKU Aku suka menjadi pemerhati dalam senyap. Menilai insan-insan yang aku sayang disekeliling aku. Aku mengerti, banyak kurang aku lagi untuk aku perbetuli, tapi sekurangnya aku dapat berkongsi pula yang aku lihat. Dan di laman maya ini, aku mahu kongsikan dengan kalian sedikit kesimpulan sepanjang pemerhatian aku 2 tahun hampirnya di bumi Nilai. Ini hanyalah pemerhatian peribadi yang mungkin ada kaitan dengan peribadi sesiapa yang tidak disengajakan atau memang sengaja. PERSAHABATAN. Aku tak tahu mengapa aku suka bercakap tentang persahabatan walaupun hakikatnya aku hanyalah seorang pemerhati dari jauh. Dan aku suka melihat cara orang bersahabat. Ada banyak sebab persahabatan itu dibina. Senang nak minta tolong, peneman, sahabat itu jenis yang suka mengikut, dikatakan berpengaruh dan yang bagusnya bersahabat kerana ALLAH. Itulah sahabat sejati yang susah dicari. Bila nak kenal orang lihatlah pada sahabatnya. Aku ama

PERBENTANGAN KENA BATANG HIDUNG AKU

Assalamualaikum. Semalam aku dihidangkan dengan dengan perbentangan yang menarik daripada rakan-rakan daripada kumpulan 10 CCT. Tajuknya tak ingat tapi berkaitan perbelanjaan dalam kalangan pelajar CFS IIUM, adakah mereka pemboros atau tidak. Keputusan yang agak memberangsangkan kerana dikatakan lelaki yang lebih banyak belanjanya kerana belanja baiki motosikal + isi semula kredit telefon dan lain-lain... Aku senyum dalam hati kerana tajuk ini membawa ingatan aku pada diri sendiri. Ya, aku memang suka berkisah tentang diri, almaklumlah... Tajuk ini mengundang diri aku untuk melihat kembali perbelanjaan aku sem ini dan sem-sem sebelumnya. YA, AKU SEORANG YANG SANGAT BOROS. Nak tahu tak, sem ini aku langsaikan duit wang saku aku dalam masa satu bulan lebih Cuma. Dan kini dalam bank, hanya angka kosong yang tercatat. Begitulah alkisahnya betapa boros seorang yang bernama JAMILAH. Anak yang terlalu dimanjakankah??? Aku bukan anak orang senang tapi aku tak sedar diri sendiri!!! Mari p

Mudahnya Menyusun Madah

Mudahnya menyusun madah, Tersusun di bibir indah, Bermain sandiwara mewah, Terselit seribu helah. Tersusun di bibir indah, Bicaranya berpatah-patah, Konon mengubat susah, Hanya menambah gundah. Bermain sandiwara mewah, Material banyak dicurah, Mereka seakan penjarah, Menerima mengundang padah. Terselit seribu helah, Aku mengerti metah, Kata bersulam fitnah, Kelak mencanang resah. Bicaranya berpatah-patah, Hilang cabang pada lidah, Pondok istana semua diredah, Asal mereka disambut megah. Material banyak dicurah, Siapa sebenarnya perlu diserah, Jangan pula mengundang padah, Memberi pada si bedebah. Aku mengerti metah, Adat menumpang tanah bertuah, Berdiri, tak boleh membantah, Arahan itu perontah. Konon mengubat susah, Aku diberi rumah, Konon memberi mudah, Aku rasa gelisah. 2 Februari 2009 Isnin, 02 Februari 2009, 3:32:25 ##### DAH SIHAT Assalamualaikum, sahabat-sahabat, para pelawat blog yang setia melawat walaupun blog ini sakit. Alhamdu