Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

selamat pergi, 2017

2017, bakal jadi kenangan. Bersama kisah yang tercipta... Ada yang bertukar status, ada yang kehilangan, ada yang meninggalkan, ada yang menerima kehadiran... Setiap kisah, setiap warna yang terlakar di kanvas 2017, beri makna... 30122017

Aku dan Peperiksaan I

Tadi ada peperiksaan akhir pembangunan idea. Sudah namanya kertas pembangunan idea, satu soalan berjumlah 20 markah, perlu dijawab sekurangnya dua halaman. Ini kertas pertama aku di sini. Dan aku faham nanti untuk peperiksaan akhir, sediakan pen secukupnya. Satu soalan 25 markah. Dan ternyata soalan yang ditanya tadi tepat dengan ulangkaji yang sang guru beri minggu lalu. 😂 Namun belum boleh menarik nafas lega sebab manuskrip belum hantar.. 70 markah... lalala... 21122017 Instagram "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah Perempuan itu

Bergelas-gelas lagi air mata yang tumpah setahun ini. Air mata seorang perempuan yang hanya tahu peduli tentang hati sendiri. Seorang yang pentingkan diri sendiri, tanpa pernah memikirkan perasaan orang lain. Aku. Terkadang, aku sangat terasa perlu seseorang yang dapat menampar aku berkali-kali. Agar aku lekas kembali menghadapi dunia realiti. Meski aku melalui hari seperti orang biasa, aku sikap yang aku enggan ubah. Aku akan buat yang aku suka, dan tinggalkan yang aku tidak suka. Aku tidak mampu berpura-pura suka dan lakukan sahaja hal yang aku suka. Ya, selagi aku cinta, aku akan melakukannya. Walaupun hasil tidak setara mana. Jika ada rasa tidak suka, beri aku semangat setinggi mana sekalipun, alasan aku melebihi semua. Jalan ini tidak mudah. Terlalu ramai yang berkorban. Sudah banyak wang yang dilaburkan. Kadang, aku makin keliru dengan keputusan yang aku sendiri buat ini. Bertitik-tolak kepada diri aku sendiri. Sehari dua ini, aku rasa kian sunyi. Sunyi dalam keramaian.

Diam

Didiamkan oleh keputusan diri sendiri. 30112017

Perbualan

Kenapa? ---Saya selalu sakit kepala. Berapa kerap? ---(Tak tahu jawab)... Tak selalu biasa je kan? Mana ada sakit kepala yang biasa. Bila last check mata? --Tahun lepas. Kalau power pun jadi sebab sakit kepala. --Oh. Kalau sakit kepala sampai kadang rasa nak pitam? Kalau setahun sekali biasa. Mungkin waktu tu tekanan darah rendah, atau cuaca... Kalau selalu kena check. ----Oh, begitu. Ya. ---Saya nak MC hari ni ya. -------Yang terakhir itu penting sebenarnya.

Memandang Tidak Mendekat

Memandang dari jauh, mendoakan yang baik-baik. Tanpa sepatah tanya atau sapa. Dia melihat, tanpa rasa mahu mendekat, takut terluka dan melukakan. Walau dia tahu, tanpa mendekati, kebenaran mana mungkin menghampiri... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Berdiri tegaklah di situ. Tanpa ragu-ragu, tiada kata jemu, lantaran engkau tidak tahu, jika berdiri di luar tanpa masuk terlebih dahulu... Yang terlihat cantik, terzahir ketika kau mendekati yang terzahir buruk, nampak realiti saat kau memesrai. 💕 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pesan

Teringat pesanan, dalam usia begini, sekalipun kamu mahu sambung belajar, harus ada wang masuk juga.. . Besar mana bakat, selagi tak buat, mereputlah bakat. Setinggi mana keinginan, tak manfaatkan peluang, tak beri makna juga. . Kita selalu nampak benda yang kita tak dapat lagi, sedangkan yang ada pun tak selalu hargai. . Apa beza? Dia melakukan, bertindak, dapatlah hasil. Sedang engkau, tahu buat-buat tak tahu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Masa

Bagaimana tak mahu rasa masa cepat berlalu? ---kata dia, "jadilah orang yang bermanfaat dan mencintai masa. Mencintai, kamu akan jaga baik-baik. Tak sia-siakan setiap detik." "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

1402 Hari

1402 hari sebagai subeditor Majalah Solusi. Kadang, kita teringat kembali, apakah yang membuatkan kita dapat bertahan. Apa pula yang menguatkan kita untuk mencuba hal-hal baharu. Kata orang, kalau sayang tinggal-tinggalkan. Sebab pemergian kita akan diganti dengan tenaga baharu, idea baharu. Hampir empat tahun bersama tuan Editor Solusi. Sejak tahun pertama, baru beberapa bulan, keliru mahu sambung belajar atau bekerja. Akhirnya memilih untuk mengaut pengalaman di sini. Setiap hujung tahun, tuan Editor akan menerima khabar, saya nak pindah. Akhirnya, tarik semula keputusan kerana sayang melebihi keinginan. Maksimum 3 tahun aku di sini. Itu kataku dahulu. Ya, aku manusia lekas bosan. Sehinggalah Solusi akan memasuki isu 100. Dan aku bertekad. Tiada kerja lain, tanpa alasan kukuh, aku hantar surat berhenti kerja. Hampir lapan bulan tanpa kerja tetap, hingga akhirnya direzekikan masuk ASWARA. Bermula perjalanan 3 tahun seterusnya. Setiap perjalanan tidak mudah, namun kita haru
Malam berganti malam. Minggu berganti minggu. Sudah tiga bulan rutin bertukar. Masih mencuba. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Matahari

Matahari suatu tengahari, Hujung November... ----Satu bulan sahaja lagi. Terkapai-kapai lagi. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kenangan

Minggu ke minggu, melakukan rutin di sini. Banyak kisah yang tidak tertuliskan. Melawan perasaan sendiri. Mengawal perasaan sendiri. Yang kadang kalah, dan kadang emosi aku yang menang. Ketika itu, memang banyak tulisan aku bertebaran walaupun aku ingin diam. Ketika menulis, aku rasa lega. Lega dapat melontarkan. Belum kuat. Terkadang, masih aku terganggu oleh kenangan silam. Dan ketika lain, aku simpan dalam-dalam. Kenangan, bersemadilah. Aku ingin meneruskan. Biar kenangan tersimpan dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

9 Minggu

Ya. Masa memang semakin lekas berlari hingga aku tidak terkejarkan. Namun larianku tidak sepantas masa. Masih tercungap-cungap mengambil nafas. Masih dalam fasa menyesuaikan diri. Aku cuba. Aku mengerti. Aku tahu. Namun untuk melaksanakan itu masih kurang. Ketika semangatku meninggi, aku lakukan semua hal dengan tekun. Ada hal-hal yang kurang aku minati, masih aku, aku yang dahulu. Yang buat hanya perkara yang dia suka. Yang jarang bertemu sang guru. Minggu sembilan. Sepatutnya banyak yang boleh engkau kongsi. Ada karya sudah kauhasilkan. Namun nihil. Kosong. Engkau tidak menulis jua. Engkau tidak bertemu sang guru jua. Melayan rasa segan, memang engkau tidak akan ke mana-mana. Semoga di hujung semester, engkau bertemu sesuatu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pertemuan

Seorang pesakit bertemu doktor, untuk mencari jawaban. Jawaban kepada rasa sakit yang dirasainya. Seorang pelajar berguru untuk menggali ilmu yang benar. Mengkaji sendiri menemukan jawaban namun kepastian perlu dirujuk dan dibincangkan. Namun ada ketika, pertemuan engkau dengan sang doktor, tidak kau temukan jawaban. Hal itu terjadi tatkala engkau mahu bertemu "doktor kegemaran" namun tidak berjaya lantaran kliniknya ditutup. Engkau tidak bersabar, lalu bertemu doktor lain.. Ketika itu, engkau ditanya tentang sakit yang kaualami, akhirnya jawaban yang diterima, "Tak ada apa-apa ni. Okey sahaja." Okey. Tak ada apa-apa. Hanya mungkin engkau dikalahkan perasaan. Dan dalam tidak apa-apa, engkau tetap dibekalkan pil. Pil-pil yang tidak pernah engkau telan sebelum ini. Pil yang diharap akan mengurangkan rasa sakit itu... "Apabila sakit, Dia sembuhkan." Namun mesti berusaha mengubati dan berdoa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih,

Terperangkap lagi dan lagi

Engkau terperangkap dalam lautan rasa Tidak mampu keluar. Engkau terperangkap dalam lautan kata. Kata berselerak entah di mana-mana. Semua enggan menyatu. Semua entah mengapa, enggan bekerjasama. Sendu. Tanpa air mata. Duka Tiada kata. Siapa yang hanya mahu terperangkap dalam lautan kata? ---Tiada.

Lagi Dua Bulan...

Dua bulan sebelum 2017 meninggalkan. Terlalu lekas bulan demi bulan meninggalkan. Peristiwa demi peristiwa mengambil tempat dan memberi kesan. Engkau bersedia atau tidak, yang akan berlaku akan tetap berlaku. Pandanglah, dan nikmati setiap yang manis. Telan setiap rasa lain, sebab hidup bukan hanya ada suka. Namun ingat, hujung setiap yang berlaku... kebaikan. Selagi ada keluarga yang menyokong, apa yang perlu engkau gusarkan. Kali ini, gembirakanlah mereka dengan keputusan yang engkau ambil, dengan jalan yang engkau pilih untuk lalui. Mereka, yang terlalu banyak berkorban demi si anak bongsu ini.. #ilahusnabebel

Pagi Itu

Suatu pagi yang dia mulakan dengan berjalan. Belum bersarapan. Seperti biasa. Namun pagi itu, sesampai di pintu, selepas kembali melakukan hal yang dia mahu lakukan, tangannya menggigil membuka pintu. Kepala tiba-tiba rasa berpusing, telinga berdengung. "Beri aku setengah minit." Tergopoh-gopoh dia membuka kunci pintu. Lekas menjatuhkan badan sendiri, sebelum dia terbaring sendiri. Sebelum terus "black out". Pintu terpaksa dibiarkan terbuka. 1 minit berlalu. Dia bangun lalu mengunci pintu. Lekas menuju bilik berbaring merehatkan diri. Permulaan November 2017. Dia mulakan dengan peristiwa pagi itu. Selepas lama "rasa nak melayang" itu tidak hadir. Mujur sahaja di depan pintu rumah sendiri, bukan di tempat-tempat awam seperti sebelum ini.

Blog; Kembali Aku Bising Di Sini

30 Oktober 2017 Minggu ketujuh saya sebagai pelajar ASWARA. Minggu ketujuh bersamaan cuti pertengahan semester yang tidak berapa dapat nak bercuti sebab tugasan-tugasan harus juga dilaksanakan. Berkesempatan saya ke Kedai Komputer di blok kawasan perumahan yang menawarkan perkhidmatan menarik, dan harga yang menarik untuk saya berlama-lama di sini. 1 jam seringgit. Tidak perlulah melanggan internet di rumah. Turun sahaja ke sini jika berkesempatan. Membelek-beleklah saya akan blog ini yang rupa-rupanya sudah 10 tahun saya mengendalikannya. Jika orang lain sudah menghasilkan buku daripada blog, saya lebih sekadar blog sebagai rakaman pengalaman dan catatan. Bukan tidak berimpian ada buku lagi, namun penulisan-penulisan saya banyak tidak mencapai piawai untuk diterbitkan sebagai buku. Mencuba. Saya harus berusaha untuk kembali menulis, dan tekal menulis lantaran sudah memulakan kembali pengajian dalam bidang penulisan. Penulisan sangat memerlukan latihan. Tidak diasah, makin tum

...Sebulan Sudah

Sudah memasuki minggu keempat aku memulakan semua pengajian semula. ..... Ada ketika, ada banyak hal yang mahu dituliskan, namun saat jemari sudah di papan kekunci, kata-kata mati sendiri. Semoga aku akan terus menulis. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

September, berakhir musim menanam anggur

Suasana baharu yang sangat berbeza dengan persekitaran aku sebelum-sebelum ini. Total. Dalam diri, bersarang kebimbangan, namun langkah mesti diteruskan. Berpesan kepada diri, pandai-pandai jaga diri di tempat orang. ASWARA. PENULISAN KREATIF. Impian sejak pertama kali aku ke sana 2011, tidak silap. Namun ketika ditanya, bagaimana awak tahu tentang ASWARA, aku seakan tiada jawapan. Entah di mana mula perkenalan aku dengan Akademi.  Belajar. Berhenti. Bekerja. Berhenti. Rehat. Kembali belajar. Berpesan kakak kepadaku, belajar sampai habis.  Buat sehabis baik. Ini peluang terakhir untuk aku. Peluang menebus kesempatan belajar bahasa Arab yang sudah aku sia-siakan.. Semoga kali ini, tiga tahun lagi, aku habis belajar di Akademi.  Belum bermula kelas. Baru selesai Minggu Haluan Siswa selama empat hari....  Pesan senior, di sini, jagalah prinsip diri. Jaga iman. Kena kuat. Semoga ada catatan-catatan seterusnya selama aku berada di sana.

Terima kasih, guru!

Semasa bertugas sebagai subeditor, aku sering menolak jika diminta menulis atau menyediakan artikel gantian untuk majalah. Rasa tidak yakin untuk 'menghidangkan' tulisan kepada pembaca sentiasa menghantui. Namun ketika awal bertugas, aku diminta menyediakan tulisan segmen Vice Versa, sebanyak separuh muka surat. Hanya tulisan ini yang aku bertahan tulis, sebab aku bebas menulis apa sahaja dengan tema vice versa. Sampai ruangan itu ditamatkan... Dalam tempoh aku bekerja, beberapa kali aku bersetuju menulis. Terima kasih guru-guru yang tidak berhenti memintaku menulis. Akhirnya, tulisan-tulisan inilah yang menjadi bukti penulisan, kerana sudah tersiar si media cetak, bukan hanya berselerak di media sosial aku... Terima kasih, guru-guru. ............. Kita menghargai, apabila kita sudah meninggalkan. Ketika itulah kita sedar betapa berharganya saat yang bernama kesempatan bersama. Ketika itu kita diajar dan belajar banyak perkara. Walaupun aku bukanlah 'pelajar' y

Sabar

Kalaupun bukan bunga yang ada dalam genggaman, jangan sesekali kecewa. Selama mana ada dalam hatimu “rasa”, bunga akan engkau genggam semula. Bisikkan dalam hatimu, “sabar dan bertenang,”. Semuanya akan reda dan kebahagiaan akan jadi milik kamu semula. Jangan terlalu menangisi, cari kekuatan untuk kembali bangkiot. Bangkit melawan raksasa dalam diri. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ilham

Yang bernama ilham atau idea itu, datangnya hanya sekali. Jika tidak dituliskan, jarang dapat diinat kembali. Jika datang semula, bentuknya tidak lagi sama. Jika lebih baik, alhamdulillah. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Benarkanlah

Hati tidak akan pernah berhenti berkata-kata. Ajarilah hati untuk mengucapkan semua keindahakan dan membisikkan kebesaran kerana Allah. Benarkanlah diri meyantuni akal. Benarkanlah iman menyantuni kita, pimpin diri menuju Yang Esa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Perjalanan

Perjalanan mengajar kita banyak perkara. Membuatkan kita tahu perkara-perkara yang kita tidak tahu sebelum ini. Terima kasih rasa yang membawaku pulang. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Panggilan

Allah tidak pernah penat memanggilmu kembali, dengan banyak cara. Engkaulah yang mesti menyedari. 20112015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Saya Sayang Kamu Kerana Allah

#ilahusnabebel 3 Saya Sayang Kamu Kerana Allah. Ini perbualan aku dan rakanku. Rakanku yang baik. Rakan yang menerima diriku seadanya. Aku rakamkan kembali kisah itu. Latar: Di tepi tasik yang airnya berwarna seiras teh susu. Waktu pagi usai menyedut angin pagi nan nyaman. Aku mengajak dia duduk di astaka yang ada di tepi tasik itu. Lalu terjadilah bicara ini, bicara tepi tasik. [Rakan]: Awak... Saya sayang awak! Uhibbuki fillah. Serius. Awak akan graduasi, saya masih ada dua semester di sini. Sedihnya saya. [Aku] : Buang tabiat. Tanpa angin, tiada ribut cakap kamu sayang saya...Kamu pun akan graduasi...Amin. [Rakan]: Lambat. Nanti awak sudah kerja, ada keluarga, saya di sini lagi. Siapakah yang akan menjadi sahabat saya? [Aku] : Lawak! Ramai kawan lain. Bukan saya seorang kawan kamu. [Rakan]: Semua tidak sama dengan awak. Awak lain. [Aku] : Lain? Adakah saya seperti alien? [Rakan]: Awak baik. Saya suka kawan dengan awak. Bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak

Menjengah

Sesi membebel pagi Sabtu. Terima kasih Puan Nurul Amirah yang sudi menadah telinga. Semoga kerjasama berterusan. Dan menerima semula "buku hujan" daripada Wanie Suhaini yang serba merah hari ini. Terima kasih! Dan juga, sudah ada siri SOLUSI ketiga. Terbaiklah Ustaz Luqman. Setiap kali ke Booktique, ada buku baharu. Tidak dilupakan Siti Khodijah Che Mee yang tetap berjasa membawa kawannya pulang.

Gembira

Belon berwarna-warni Yang mengembali senyum Kata-kata yang membuahkan tawa. Aku ria. Tinggalkan tangisan dalam jiwa. 09082015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Takdir Allah Terindah

Jangan berhenti berdoa, dan jangan putus asa dengan suatu kegagalan. #ilahusnabebel 2 Takdir Allah Terindah “Takdir Allah terindah.” Berulang kali ayat itu bergema dalam diri. Tatkala diri sedang berusaha melawan kata-kata dalam diri sendiri dan menerima kenyataan. Siapakah yang lebih memahami dirinya melainkan diri sendiri? Pecah empangan yang ditahan-tahan sedari tadi. Aku pejamkan mata. Rapat-rapat. Kejadian minggu lalu hadir dalam ingatan. Ketika aku merasakan keberadaan aku di universiti ini bukan lagi keputusan yang terbaik. Dan aku mahu mengisi borang pertukaran universiti. “Awak, saya mahu tukar universiti. Saya tidak tahan berada di sini. Universiti bagus tetapi saya langsung tidak berubah.” “Terpulanglah. Itu keputusan kamu. Siapalah saya untuk membantah apa yang kamu mahu lakukan. Diri kamu yang menanggung akibatnya.” Selesai di situ sahaja perbualan aku dan kawan sepengajianku. Masing-masing angkat kaki untuk pulang ke asrama. Lalu persoalan itu seakan te

Sembunyi

Mencari makna tersembunyi di sebalik kata-kata penuh rahsia tanpa dapat menduga 06052015 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kesabaran itu Belum Teruji

Ikhlaskanlah hati melalui hari.  #ilahusnabebel 1 Kesabaran itu Belum Teruji “Kesabaran kamu belumlah teruji kala kamu memperkatakan tentang kesabaran atau kamu menuliskannya di kertas. Namun kesabaran itu diuji ketika kamu menghadapi situasi.” Entah di mana aku terbaca akan petikan ini. Hanya ingat maknanya, lalu aku kongsikan di sini. Kata-kata ini sering sahaja terlantun dalam diri aku minggu ini. Mengingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar dengan diri sendiri. Aku tahu, ketakutan yang ada dalam diri tidak akan hilang selagi aku tidak menghalaunya. Ketika aku mengikut ketakutan itu dan melayannya, kekuatan diri aku sendiri yang hilang. Selama ini aku lari. Tiga tahun aku di tempat pengajian mengikut kata hati. Peristiwa yang terjadi semester lepas menjadi luka yang sangat dalam, meninggalkan parut dalam hati. Kesan kepada pelajaran hari ini. Kesan kepada diri. Aku masih mencuba. Cuba menghadapi kenyataan walaupun payah. Cuba melawan diri sendiri meski bukan se

SALAM RINDU BUAT YANG DI KEJAUHAN

Dari belakang: Jamilah, Amirah, Wan Nor Zadilah Di kejauhan, aku mendoakan kalian dijaga Tuhan, selalu. Menjadi tulang belakang dan wira belakang tabir setiap majalah yang dihasilkan saban bulan. Semoga selalu kuat. Aku tidak lagi berada di sana, namun mustahil untuk aku melupakan. Setiap ketawa, senyuman, gurauan, makan-makan dan perkongsian selama berada di sana, tetap kekal dalam ingatan. Walaupun mungkin aku tidak mampu ingat secara jelas. Teruskan melangkah dengan gagah, kalian. Kaki aku patah, itu sebab aku melangkah ke belakang, meninggalkan setiap kecintaan yang tertinggal di sana, dan memilih untuk memandang dari jauh. Untuk perubahan, ada yang harus meninggalkan. Kalian mampu dan kuat. Semoga SOLUSI dan AL-USTAZ terus menjadi bahan bacaan pilihan. Terus memberi manfaat kepada masyarakat, terutama diri kita. Rindu. Aku yang memandang di kejauhan. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

#ilahusnabebel? ...Bermula Kisah

Sebuah catatan pencari cinta Ilahi, punya cita-cita melangit tinggi, namun hakikatnya diri rapuh meniti hari, dia mahu kuat meniti hari, bergelar seorang penghuni bumi Ilahi, yang ingat hakikat penciptaan diri. Aku menulis kisah-kisah ini-yang aku katakan sebagai #ilahusnabebel- kerana aku harus menulis. Apabila aku menulis, aku lega. Semacam terlepas isi dalam kepala yang menjadikannya ringan. Tulisanku banyaknya hanyalah kata-kata yang boleh dikatakan sebagai contengan. Namun padanya ada pengajaran. Aku masih tidak menulis secara serius walaupun setiap tahun aku ke bengkel penulisan. Aku hanya melihat seorang demi seorang kawan dan kenalan menghasilkan buku. Aku tidak lagi menulis dengan erti kata menulis sebenarnya. Aku menulis perkara yang aku terfikir ketika itu. Ada yang aku reka, ada cerita benar yang mahu aku abadikan. Aku tidak tahu minat menulis itu bermulanya saat mana, namun aku hanya tahu yang aku rasa bahagia saat jemari melarikan satu demi sa

Cantik

Kecantikan sebenar lahir daripada keindahan budi, kesantunan akhlak, juga kehalusan bahasa. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

REUNIC; Kenangan Apri 2017

Ini cerita malam itu. Entah bagaimana saya boleh terjebak. Mungkin kerana ingin mengenang lagu-lagu yang dulu jadi mainan bibir. Dulu.. 15 tahun yang lalu, saya masih bersekolah menengah. Dan tentu sahaja 'membesar' dengan lagu-lagu mereka. UNIC. Dalam banyak lagu yang kita dengar, tentu sahaja kita ada lagu-lagu yang kita suka, dan masih bermain dalam kepala. Lirik lagu selalu "menambat" saya sebelum terpesona dengan lagu. Dan malam itu, nama Ustaz Pahrol diingati sebagai penulis lirik, dan Ito Lara, penulis lirik yang selalu bikin saya terpesona dengan lagu. Juga penulis lirik lain, komposer dan seluruh warga kerja yang bekerjasama  sehingga lagu boleh kita dengar, terima kasih. Yang saya mahu ingat tentang malam itu, tentulah yang manis-manis sahaja. Seniman, mereka ketawa dan bergurau di depan penonton, hati mereka siapa yang tahu? Ketika lagu "Bintang Syurga" dinyanyikan, dan melihat penyanyinya tak tertahan sebak, saya yang di keru

Tuliskan Rasa-rasa Yang Berselerak

Aku selalu ingat pesan ustaz kepadaku pada suatu hari, “Tuliskan semua rasa dalam sebuah buku.” (Walaupun aku akhirnya tulis berselerak dalam banyak buku). Benar. Saat aku banyak bercerita dengan manusia, aku lupa bercerita dengan Dia dan tinta. Aku lupa menulis rasa yang boleh aku ulang baca dan ingat. Sebab tidak semua rasa aku mampu simpan dan imbas semula. Menggerakkan mata pena itu mudah. Mencurahkan kata-kata indah itu tidak payah, selagi jiwa belum lupa kepada Allah. Engkau harus ingat itu. Seribu kata-kata yang kau tuliskan, hanya bermakna ketika kau zahirkan semuanya jadi amalan. Selama engkau mampu menulis, lakarkanlah semua jadi kata-kata. Biar lega semua rasa, biar pergi semua rasa, yang tingga lega. Bukan sebab engkau mahu lari daripada masalah, hanya cuba melerai gelora jiwa dengan memindahkannya jadi kata-kata. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Catatan Usai Cuti Panjang

1 Sudah beberapa tahun aku menjadikan rumah sewa ini seperti rumah sendiri. Dan Syawal ini, aku menerima perkhabaran yang tuan rumah ini mahu menjual rumah ini sebab tiada anak-anaknya yang mahu mengurus rumah ini. Bermakna aku perlu bersedia untuk berpindah. 2 Konon-konon aku mahu menyambung pengajian di ASWARA. Namun aku tidak menghantar sijil yang sepatutnya aku hantar. Bermakna, permohonan aku ditolak secara automatik. 3 Terserempak kawan lama yang berkata, "Bahagianya lihat kehidupan awak." Alhamdulillah jika itu yang terlihat pada pandangan orang lain. Yang sedih-sedih kita simpan dalam hati. (Banyak juga terluah dalam tulisan) 4 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Catatan Pendek

I Semakin meningkat usiaku, semakin banyak hal yang menjadikan aku jadi makin pendiam. Lebih banyak dan makin mendiamkan diri. Sesekali aku cuba beramah, akhirnya aku memilih untuk kembali diam. . II Soalan yang ditanya semasa cuti lepas, kerja apa sekarang? Bila nak terbit buku baharu?

Kenangan yang Bercempera

Andai ditanya kepadaku detik perkenalan aku dan kamu, kemungkinan besar aku tidak mampu mengingat detik itu. Terlalu banyak memori-memori penting yang sepatutnya aku ingat, ada ketika aku tidak dapat mencungkilnya daripada kotak ingatan sendiri. Tulis. Aku tahu dan sedar itu penyelesaian untuk permasalahan ini. Namun aku yang sering lupa dan terlepas menuliskannya dalam diari. Diari yang kini tidak lagi aku buka walaupun ada sahabat yang bermurah hati menghadiahiku diari yang cantik. Aku terlalu melayan perasaan. Menulis, namun sering sahaja tangan aku sendiri yang gatal memadamnya kembali. Aku terlalu ingin mengumpul perca-perca kenangan menjadi sebuah puzzle yang bercantum. Walaupun hakikatnya puzzle itu hanya lengkap setelah kematian menjengah manusia. Terlalu banyak kenangan yang tidak mampu lagi aku ingat. Kenangan yang bercempera. Berselerak di mana-mana.... "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Gadis Emosi II

Sehari dua ini, dirinya dikawal emosi sendiri. Dia hanya mendiamkan diri. Beku. Beku dalam dunia sendiri. Sebelum itu, dia gembira. Entah mengapa, emosinya jadi beku tiba-tiba. Hari-hari yang menyaksikan dia bermandi air mata menjelang malam. Hanya berfikir sedikit, air matanya yang berjuraian jatuh. Ketika itulah dia memilih untuk lena. Melupakan seketika emosi yang berselerak. Emosi yang tidak terkawal oleh diri sendiri. Bagusnya orang yang dapat mengawal diri dan emosi sendiri. Ketika sendiri atau bersama orang ramai. Rasa apakah yang sebenarnya sedang mengganggu dirinya ketika itu? Rasa ingin menjerit, rasa mahu ketawa, rasa mahu luahkan semua, tetapi akhirnya air mata yang jadi jawapan. Air mata yang enggan berhenti, sampai mata bengkak dan dia lena dalam tangisan. :( Aduhai, belajarlah mengawal diri dan emosi. Ini, baru engkau dengan dirimu. Kerana itulah, engkau harus berdiri sendiri lagi, sebab engkau belum mampu menguasai diri. Bahkan engkau dikuasai emosi.

Gadis Emosi

Semalam. Dua bulan lepas. Sebelum-sebelum ini. Akan ada ketika, tanpa sebab kukuh, dia menangis. Menangis bersungguh-sungguh. Menangis sampai dia lena bersama tangisan. Sampai nanti dia bangun dengan rasa baru, atau menyambung tangisan sebelum dia lena tadi. Emosi. Perempuan emosi. Itulah dia. Yang emosinya lekas terzahir di wajah dan katanya. Yang emosinya kadang terlihat kosong, kadang terlalu ditunjukkan, dan kadang di luar kawalan. Emosi tidak terkawal yang menyebabkan dia menangis walupun ketika itu dia sedang berada di pejabat. Menangis walaupun ketika itu dia dalam perjalanan menaiki komuter. Dialah perempuan emosi. Yang cuba menyembunyi rasa, namun lekas terzahir emosinya. Dia yang lekas keliru dengan dirinya sendiri....

Kenang-kenangan Hidup

Aku tidak pasti adakah pernah sekali aku menyudahkan bacaan keempat-empat buku ini.  Seingat aku, sebelum ini juga aku hanya menyudahkan bacaan hingga Buku Ketiga, kemudian aku letak kembali di rak. Buku Kedua menjadi kegemaran aku. Sebab HAMKA bercerita tentang dunia kepengarangan beliau. Banyak perkongsian yang boleh dijadikan teladan. Bagaimana jadi pengarang? Siapa yang dikatakan seniman? Apa itu seni dan keindahan. Persoalan-persoalan ini sedikit sebanyak terjawab dengan membaca Buku Kedua Kenang-kenangan Hidup.  "Seniman adalah orang yang lekas terharu melihat atau mendengar yang ada di sekelilingnya." Buku Pertama dan Kedua membicarakan kisah beliau sejak kelahiran hingga zaman kemuncak beliau dalam dunia penerbitan dan kepengarangan. Ah, betapa perlu juga pengarang menukil kisah hidupnya, untuk dibaca dan diteladani orang terkemudian. Kata mahu mengenali HAMKA, bolehlah bermula dengan menyudahkan bacaan buku ini. "tulisan inilah mengganti bicara.

Ulang Baca

Ulang baca status-status di Facebook yang belum dipadam. Baca kembali catatan-catatan di blog manuskrip bawah meja. Catatan yang mengimbau ingatan kepada kisah semalam, yang jauh ditinggalkan. Yang ada dan perlu diperhati, hari ini untuk kita hadapi. Sudah baca kembali, ingatlah semula setiap janji yang pernah kautabur, setiap kata yang minta dikota. Jangan sampai kata-kata makan diri. Beruntung kita boleh baca kembali catatan, agar boleh kita lakukan perubahan. Bagaimana kelak bila kita di depan Tuhan? Pada hari perhitungan dan pembalasan. # ilahusnabebel #2017 "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Langkah-langkah Kecil

Apabila kita memilih untuk "mematikan" satu langkah, lalu, kita mula berfikir untuk memulakan langkah baharu. Lantaran jalan baharu perlu kita tempuh selepas itu. Perjalanan ini kita yang pilih. Semoga dibantu Dia. Sebagai permulaan, aku masih 'mengikat' diri sendiri sebagai Admin media sosial majalah Telaga Biru. Sementara Solusi kembali 'stabil' dan ada seseorang yang dapat menjaga sepenuhnya. Nanti, akan aku lepaskan jua. Jujur, aku belum mampu melepaskan tanggungjawab itu. Aku tidak tahu kesannya kepada jualan, namun aku mahu terus pembaca tahu yang Solusi sentiasa mahu berkongsi dengan mereka. Semoga ada yang tergerak untuk membeli dan melanggan. Meski seorang. Seterusnya aku mula berjinak-jinak dengan jualan buku. Baru permulan awal. Terlalu awal. Masih jauh langkah. Semoga tercapai impian aku kelak, mahu memiliki sebuah kafe buku. Kafe yang menjual buku dan menjadi tempat pencinta buku berkumpul. Semoga. (Mimpi itu, percuma bukan?) Aswara. Se

Angkatan Baru -HAMKA

"Suara hati, yang meminta perhatian dari pendidik-pendidik, dari penganjur perkumpulan, bahkan dari ninik mamak adat sendiri. Tentukanlah arah dari pendidikan anak-anak perempuan kita."-HAMKA Tulisan HAMKA masih "kena" dengan anak muda zaman kini. Sarat dengan kritikan masyarakat. Kesan apabila terlalu dimanjakan, diberi pendidikan, tetapi 'kurang arif' kemahiran kehidupan. "Rupanya mantik dan ma'ani dipelajarinya, nahwu dan saraf dihafalnya, cerita roman dibacanya dengan asyik, hanya satu perkara yang tidak dimahirkannya, iaitu memasak." (Terasa ditembak berkali-kali di dahi membacanya) "...Dan memang kitab-kitab itu dibelinya, bukan untuk dibacanya, kerana itu belum makanan otaknya, tetapi disusun di atas rak buku dengan teratur." Buku yang nipis tetapi tebal dengan nasihat. Pesanan untuk anak muda yang baru menamatkan pengajian khususnya dan untuk setiap kita, amnya. Realiti bukan hanya yang indah-indah.

Mengait Buah Kenangan I

Setiap langkah yang kita atur, ada rencam rasa. Manis, pahit, suka dan duka. Yang dikenang dan diingat selalu tentulah yang manis-manis. Potret Keluarga SOLUSI 2013 Keluarga Solusi. Hampir empat tahun aku bersama team ini sebelum mengambil keputusan berhenti bekerja makan gaji. Usah ditanya sebabnya, tidaklah aku mampu menjawab soalan yang terlalu peribadi ini. Cuma doakan aku direzekikan sambung belajar selepas ini, menyambung cita-cita yang tertangguh lantaran sikap diri. Mahu diimbas-imbas, pastinya tidak semua mampu aku ingat kembali. Kata orang, sudah rezeki, ada jalannya. Meski "gagal" semasa temuduga lisan, temuduga bertulis menyelamatkan dan menjadi jalan untuk aku diterima sebagai sebahagian team Solusi. I Yang paling menggembirakan tentu sahaja lantaran dapat bertemu muka dengan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang sebelum ini aku hanya baca bukunya. Aku tidak ingat pertemuan pertama kami, namun ustaz antara orang yang paling bersemangat agar aku terus dan teru

Harapan

Berhati-hati menaruh harapan, usah sampai tersalah harap. Lantaran yang menanggung kesannya dirimu sendiri. Bersederhana dalam segala hal dan bertindak bukan hanya menurut perasaan atau kata hatimu. Pertimbangkan semuanya sebelum engkau mengambil keputusan. Keputusan. Engkau perlu mengambil langkah pertama. Barulah langkah-langkah lain akan menyusul kelak. Jika langkah pertama tidak diambil, tiadalah langkah seterusnya. Terbukti demikian halnya yang berlaku. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Untuk Diriku yang Lupa...

-----Engkau tidak akan dapat semua yang engkau inginkan, namun engkau harus percaya yang setiap yang berlaku baik. Berusahalah menjadi lebih baik, walau dengan melakukan sati perubahan kecil dalam diri sendiri. Dan tetap menunaikan dan membaiki solat. Dengan membaiki cara solat, kita sedang memperbetul diri sendiri. Yang paling dekat, dirimu. Berkenalanlah lebih dekat, kenal lemah kuatnya dia. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Gigi

Suka dengan rawatan dan kemesraan doktor dan pekerja di sini 7 April 2017. Sudah lama tidak ke klinik gigi. Sebelum ini, aku akan ke sana hanya setelah gigi sakit dan perlu dirawat. Sudah beberapa kali aku berkunjung ke klinik The Gigi untuk mencabut dan menampal gigi. . Setiap kali ke sana, Dr akan bertanya, bila kali terakhir check gigi? Dan aku dengan tersenyum simpul jawab, sudah lama... "Lain kali, datang buat pemeriksaan gigi. Sebaiknya 6 bulan sekali." Dan setiap kali terpandang signboard klinik gigi berhampiran rumah, teringat yang aku lama tidak ke sana. Kini gigi ada rasa tidak selesa. Lalu hari ini, aku "terjah" ke sana. Tanpa membuat sebarang temujanji dengan doktor. Mujur boleh juga berjumpa doktor meski perlu menunggu giliran pesakit yang sudah membuat temujanji dan sedang dirawat. Sudah dapat "amaran" dari doktor, "lain kali tak mahu buat begini. Buat temujanji dulu. Nanti saya rushing ." Aku angguk. Dr. Lee. Itu na

Ada Akhirat di Hati Mereka. -INSPIRASI USRAH USTAZ FAUWAZ

“Tentang apakah mereka saling bertanya?” Demikian terjemahan ayat pertama surah al-Naba’ yang akan kita bicarakan kali ini. Allah memulakan surah al-Naba’ dengan pertanyaan. Hal ini menunjukkan kepentingan budaya soal jawab. Tambahan lagi setiap masyarakat mempunyai kes berbeza untuk situasi yang berlaku. Aktiviti makin berkembang dengan soal jawab. Al-Naba ’ bererti khabar. Surah al-Naba’ mengkhabarkan berita-berita penting untuk diketahui manusia. Tentang hari yang pasti terjadi iaitu hari kiamat. Apakah persediaan yang perlu dilakukan manusia untuk menghadapinya? Bagaimanakah gambaran hari kiamat? Bagaimanakah keadaan orang yang tidak beriman pada hari tersebut? Ayuh kita meneroka surah al-Naba’ dan ayat-ayat berkaitan untuk mengetahui jawapannya. 10 NIKMAT PENTING Sebelum kita sampai ke peristiwa penting yang akan diceritakan, dalam ayat 6 hingga 16, Allah menceritakan tentang kekuasaan Allah mencipta alam dan limpahan nikmat-Nya ialah bukti kekuasaan-Nya membangkitk

Kumencari “Zainudin”, Kutemui Diriku Sendiri

Pertengahan Oktober 2015, rakan-rakan berjaya “menghasut” seorang Jamilah yang jarang melakukan aktiviti fizikal selain berjalan, mendaki bukit. Semasa mendaki Bukit Broga (walaupun tidak sampai puncak), saya membayangkan berada di tempat yang menjadi latar novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, karya HAMKA. Tanah yang jadi igauan bukan setahun dua. Dan di situ, saya membayangkan suatu hari akan memandang tanah Maninjau sebenar. Tambahan lagi, ketika itu sedang berlangsung teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya. Selepas menonton Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berulang kali, membaca novel dan buku-buku HAMKA, saya semakin teringin menjejak tanah itu. Sudah rezeki, Disember 2016, sampai juga saya ke Sumatera Barat. Mengikuti kembara Jejak Tarbiah. Saya catatkan perjalanan kembara ini, meski sudah beberapa bulan berlalu. Sebagai rakaman perjalanan seorang Jamilah yang jarang mahu berjalan jauh tanpa sebab dan keinginan yang cukup. TERIMA KASIH, JEJA