Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Novel Tarbiah Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sebenarnya banyak judul-judul lagi diterbitkan Galeri Ilmu Media Group atas label Novel Tarbiah Remaja. Saya kongsikan di sini beberapa buah yang sudah saya baca. 1) Friends Forever, Ila Husna. Yang pertama, katakan tentang novel sendiri dahulu. Ini karya sulung saya, jadi yang pertama tentu banyak kurangnya. :)  Mahu tahu kisanhnya boleh baca catatan mereka. 1) coretan Rinzuas 2) alif nun alif site 3) Faaiz d.Zul 4) Ina Nailofar 5) nadyaz alias 6) Sinopsis FF 2) Nota Untuk Nurissa, Dissa Azmin. Beliau seorang surirumah sepenuh masa yang menulis. Kagum dengan para ibu yang punya masa untuk menulis. Kata beliau, beliau akan catatkan dialog demi dialog sebelum menulis. Kisah perubahan seorang gadis bernama Nurissa. Ada banyak kata-kata semangat boleh dikutip. Jujurnya, mungkin kelancaran penulisan dalam buku ini harus ditingkatkan. Ada juga ayat-ayat yang terasa se

Simpan Untuk Yang Halal, RInzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Rinzuas, pemilik blog Sidratul Muntaha antara teman yang dikenali melalui penulisan sebelum Allah izinkan kami bertemu penghujung 2012. Menurut beliau, "Simpan Untuk Yang Halal" sudah lama ditulis, dan hasil istikharah meyakinkan beliau untuk menghantar manuskripini ke JS Adiwarna. Sinopsis di Goodreads : Ini kisah pencarian seorang ‘Zulaikha’ yang mencari ‘Yusuf’nya. Diari hijau muda menjadi saksi liku-liku hidup Hani Zulaikha dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa. Hani Zulaikha, dia bukan sembarangan gadis. Ketegasan dan sikapnya yang prejudis terhadap kawan-kawan yang mula berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan) telah mengundang ujian buatnya. Benarlah, kita selalunya diuji dengan apa yang kita katakan... Hani Zulaikha jatuh cinta dengan Mohamad Faris. Ah sudah... Tetapi, nama lelaki itu hanya berani dia coret di dalam diari hijaunya. Cintanya pada

Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. *** Saya mula-mula melihat iklan ini  di page Alumni Penulis MPR. Saya salin sepenuhnya iklan ini daripada laman itbm _________________________________________________________________________________ Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom 10 Mar 2013 - London, United Kingdom SIARAN MEDIA  TAWARAN MENYERTAI KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM Program   Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom Tarikh   10-19 Mac 2013 Lokasi   Sekitar Kota London, United Kingdom Penganjur   Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Latar Belakang   Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom  yang akan diadakan pada Mac 2013 merupakan sebuah projek nasional bagi “membuka horizon minda” penulis muda melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan serta kesusasteraan di dunia luar. Program ini penting b

Diari Aqilah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lalu, senyum terukir melihat catatannya. Cepatnya masa, dan Aqilah sudah berusia 11 tahun. Dia makin menuju usia remaja. Akak, nanti simpanlah diari yang telah kamu tulis. Rakaman pengalamanmu sejak tahun lepas yang kamu tulis akan abadi saat kau rakamkan ia dalam penulisan. Maaflah, acu 'pinjam' baca diari itu. Dia menulis dengan jujur. Kisah dengan keluarga, kisah di sekolah. hihi. Tersenyum acu membaca. Acu dahulu pun tidak sempat melakukannya. Seingat acu kalau pernah menulis pun mungkin usia 12 tahun, acu mula menulis. Namun diarinya tiada lagi. Semoga Aqilah sentiasa menjadi kakak yang baik. Sedar-sedar aku mula melihat dia menuju remaja. Makin matang dan bijak. Akak, semoga nanti akak juga akan menulis buku sendiri. yang menulis, Acu Jamilah.

Novel Tarbiah Awal Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Buku-buku dibaca 2012, namun baharu hari ini terasa mahu berkongsi mengenainya. Semua novel awal remaja ini diterbitkan Galeri Ilmu. Alang-alang sudah baca, eloklah tulis sedikit catatannya. 1) Eee ... Sayur. Resha Hamzah & Azlan Ismail "Acu. Akak baca buku ini. Akak sudah salin resepi jus Jus Lobak." beritahu anak saudara saya selesai membaca buku ini. Dia tidak sukakan sayur,lalu saya hulurkan buku ini. Pada awalnya seperti berjaya, namun sebenarnya dia masih tidak makan sayur. Eee... Sayur mengajak kanak-kanak menyukai sayur. Ini satu usaha murni, sebab dalam sayur banyak kebaikannya. Ceritanya ringkas dan bahasanya santai. Ada gambar-gambar sayur. Ada cerita mimpi dengan sayur gergasi. Buku harus baca mereka yang tidak menyukai sayur. Tidak hanya kanak-kanak, remaja dan dewasa juga yang tidak menggemari sayur juga harus baca. ... menunggu kisah seterus

Perjalanan 2005-2009 :Catatan Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. PERJALANAN PENULISAN JAMILAH -Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan. -Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk. -Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya. -catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu. -catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku akan hantar kepada syarikat penerbitan. Suatu azam... -3 September 2005- Cikgu Zaini 'cabar' aku hasilkan sebuah cerpen eksperimen tentang kehidupan tanpa wanita. Buktikan Jamilah boleh. -nak pos puisi, harapnya akan tersiar. - 1 November 2005- Sekarang aku

Kisah i, ii, iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. kisah i, Norliyana Aqilah Usai Zohor semalam, aku menapak ke rumah kakak yang letaknya sekampung denganku -Kampung Bukit Kabu-. Aqilah: Acu, kad yang akak buat hari tu ada dalam Asuh. Kawan akak tunjuk di sekolah petang. Akak tak ada Asuh tu. Acu: Oh, ye ke! Acu dah bulan tidak beli Asuh. Dan yang terbaharu, aku hanya membeli ASUH Februari. Mungkin harus mencari edisi yang memuatkan karya anak saudaraku ini, buat disimpan kenang-kenangan. Kata ibunya, dia boleh menulis karangan bahasa Melayu. Aku suka memberi pinjam -acu sayang nak beri terus- buku untuk remaja untuk dibaca. Asal sahaja buku itu tidak terlalu tebal, jika tidak dia tidak terima. Aqilah, Acu doakan akak terus membaca dan menulis. Tulis diari juga satu latihan. Siapa tahu nanti akak pula terbitkan buku sendiri. :) Kisah ii: Muhammas Syauqi Abang -panggilan aku kepada Muhammad Syauqi- mengajak aku menemaniny

Kisah Shanghai dan Korea

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Shanghai’s Girls, Lisa See Tiga hari aku peruntukkan bagi menyudahkan pembacaan novel ini. Latarnya pada tahun 1930-an sehingga 1950-an. Aku membeli buku ini kerana tertarik muka depan buku ini. Terus aku sambar sementelah kisah ini berlaku zaman penjajajan Jepun terhadap China. Kisahnya bermula di Shanghai dan berakhir di Los Angels. Kisah dua beradik –Pearl dan May- yang saling menyayangi dan bagaimana mereka menempuh cabaran demi cabaran untuk hidup. Keperitahan hidup zaman perang digambarkan pengarang dengan wajah yang membuatkan aku tidak bosan, malah mahu terus mengetahui apasebenarnya yang terjadi kepada watak. Kisah dua beradik yang berbeza karakter, hakikatnya saling melengkapi. Dipaksa berkahwin untuk melangsaikan hutang, dikejar 'along', kisah perjalanan mereka ketika melarikan diri, adiknya mengandung walaupun tidak bersama suaminya (dua beradik ini berkahwin

Ossieanna, Sayidah Mu'izzah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Ini novel kedua Sayidah Mu'izzah yang saya baca. Sebelum ini beliau menulis Janji Miftahul Raudhah, diterbitkan Galeri Ilmu. Osieanna diterbitkan oleh JS Adiwarna. Ia mengisahkan kisah hidupan di laut. Konflik hidupan laut dan manusia. Kisah puteri laut yang hidup di dunia manusia, namun disebabkan satu kejadian, dia kembali ke alam istana di dalam laut. Ia sebuah kisah fantasi yang sesuai dibaca oleh remaja, bagi mencambah pengetahuan. Mahu tahu lebih lanjut, harus membaca. Walaupun aku tidak terlalu 'layan' cerita fantasi, Osieanna tetap dapat aku hadam sekali pegang. Bahasanya lancar dan kisahnya membuatkn aku mahu segera menyudahkannya hingga muka akhir. Tahniah, kak Eja. Terus dan terus berkarya. Jika sebelum ini aku memperkatakan kumpulan cerpen penghulu Minggu Penulis Remaja 2007, Sayidah Mu'izzah merupakan penghuluwati MPR 2007.

sekian, terima kasih.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sejak pagi saya berkira-kira mahu memaklumkan satu dunia atau tidak situasi terbaharu saya. Buka blog, tutup, buka kembali, akhirnya saya menulis. Ia bukan ceritera manis, hanya pengakhiran sebuah perjalanan di taman ilmu dan budi. Sebagaimana saya pernah menceritakan secara berselindung atau terus terang dalam blog ini kisah-kisah kedegilan dan 'peristiwa demi peristiwa yang dicipta' sepanjang tiga tahun setengah pengajian saya di taman ilmu dan budi, biarkan jemari ini meriwayatkan pengakhiran kisah ini. kata-kata menjadi nyata hanya senyum menyambut berita sedih tiada, rasa biasa segulung ijazah : berapa ramai yang boleh meneruskan hidup tanpanya? "dismiss" itu status saya di taman ilmu dan budi. Mulai semester hadapan, saya bukan lagi bergelar ' student uia'. Tamat ceritera saya di uia. Saya tidak menyesal sebab tiga tahun setengah di taman

Pesan-pesan sifu Azmah Nordin.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 26 Januari 2013, saya merindukan kenangan suatu ketika berbengkel bersama sifu Azmah Nordin. Walaupun gagal menyiapkan walau sebuah cerpen sepanjang berbengkel, akhirnya manuskrip bertajuk “Tekad” disudahkan dan diterbitkan dengan judul “Friends Forever”. Dalam mencari rentak dan mengecas semangat yang kian ke titik akhir, saya semak kembali tulisan-tulisan sifu Azmah Nordin di blog beliau, SASTERA. Walaupun kini saya tidak lagi berbengkel secara maya bersama beliau, ingatan masih kuat kepada guru berjasa ini. Tidak pernah bersua, hanya tulisan menghubungkan kami. Dan semakin hari, semakin ramai ‘pelajar’ di blog SASTERA yang menerbitkan buku dan karya mereka tersiar di media. Saya tumpang gembira dapat merasai pengalaman itu. Biar saya catatkan ingatan-ingatan manis buat tatapan saat semangat terasa menjunam. Kata sifu, menulis perlukan pengorbanan. #  Menghasilkan sebuah nove

Cinta Senafas Angsa: Kumpulan Cerpen Tuah Sujana

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Cinta Senafas Angsa: Kumpulan Cerpen Tuah Sujana ITBM & PENA Tuah Sujana. Nama ini pertama kali saya dengar ketika bengkel Minggu Penulis Remaja 2007. Editor majalah di DBP menjadikan cerpen beliau 'cinta senafas angsa' cerpen antara cerpen terbaik dalam Tunas Cipta tahun 2007. Ketika itu saya tidak suka cerpen itu, entah mengapa. Wujudnya facebook mengenalkan saya pada pemilik nama pena Tuah Sujana dan melahirkan kagum dalam diri apabila dalam usia muda dapat menembusi tembok Dewan Sastera. 2013, saya berpeluang membaca kumpulan cerpen sulung beliau, Cinta Senafas Angsa, dan rasa tidak suka berubah menjadi suka cerpen-cerpen yang ditukang beliau. Ini antara penulis yang matang dalam menulis walaupun usianya muda. Tentu sekali seorang yang rajin membaca bacaannya luas (berdasar cerpen yang saya baca. Saya hanya mengenali tulisan beliau, bukan orangnya) B

Ceritera Malam 1 Mei 2012 di IKIM.fm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kisah ini sudah lama. 1 Mei 2012. Ila Husna menjadi tetamu jemputan Segmen Remaja berbicara tentang Gaya Wawasan. Pengalaman pertama yang sangat manis. Terima kasih GISB atas peluang dan ruang. Terima kasih Deejay Faiz Othman dengan kesempatan istimewa ini. Saya rakamkan kembali perbualan kami malam itu buat kenangan. Faiz Othman ft. Ila Husna 1 Mei 2012 Konti IKIM.fm, segmen REMAJA MEMBACA GAYA WAWASAN Faiz: Assalamualaikum Ila Husna: Waalaikumussalam. Faiz : Ila apa khabar? Ila Husna: Khabar baik. Faiz: Alhamdulillah. Kepada anda yang dah pun pergi ke pesta buku, dapatkan bahan bacaan, balik jangan simpan dalam almari, pastikan balik baca. Insya Allah dapatkan intipati tersebut dan kita boleh aplikasi dalam kehidupan kita sehari-hari. yang pertamanya mungkin ada di antara rakan –rakan kita atau peminat novel, novelis Ila Husna, mungkin ada di antara mere

Nilai Sebuah Kasih (Bab 3)

Bab 1 Bab 2 BAB 3 “Szaza, petang ini temankan saya jumpa kawan lama. Lama terpisah, semalam dia hubungi saya. Awak ikut?” Luqman mengajak Szaza menemaninya makan malam. “Susah, Luqman. Mak akan bising. Aku masih isteri orang. Harap kamu faham.” “Isteri orang? Habis mengapa terpisah begini? Entah bagaimana laki yang kamu biarkan dia sendiri.” Luqman sengaja menuang minyak tanah ke dalam api yang mahu marak. Nampak riak kemarahan dalam mata Szaza. “Luqman, cukup! Aku penat. Mahu berehat di rumah. Sekian, terima kasih.” Segera dicapai beg, bersedia untuk pulang. “Dia kawan baik awak suatu masa dahulu, Szaza. Temankan aku, ya?” “Luqman, tolong! Aku rimas didesak. Aku minta kebenaran mak, nanti aku hubungi kamu.” Szaza mengalah. “Begini kawan saya. Terima kasih, Szaza.” Tidak membalas, Szaza cepat melangkah meninggalkan pejabat. *** Pintu hatinya seakan diketuk untuk menerima pelawaan itu. ‘Apa salahnya sesekali aku keluar. Asyik terpera

Tiga Novel Jiwang yang Dibaca Sepanjang Cuti

Lama tidak membaca novel jiwang karat. Cuti ini, tiga buah novel remaja aku baca, duanya aku beli sebab pengarang dan sebuah lagi sebab diberi percuma. Alang-alang ada, aku baca hingga muka akhir.  1) Dewa Cintaku: Dilla Hussein. (10-11 Januari 2013) Setelah tamat pengajian di sekolah menengah, aku meninggalkan kecederungan membaca novel cinta popular dan mencari bahan bacaan lain, masih kebanyakan bahan bacaan aku adalah fiksyen. Dewa Cinta yang ditulis Dilla Hussein, aku baca sementelah ia novel percuma. Orang beri, kita baca. Tidak banyak, sedikit bahasa moden yang digunakan mengganggu kesenangan aku sebagai pembaca. Keenakan aku sebagai pembaca, terasa tidak lancar saat bahasa percakapan berselerakan di sana sini. Aku teruskan juga membaca sampai muka akhir. Tidak perlu aku panjangkan sinopsis, sebab dapat diterka jalan ceritanya. Dua insan bernama June dan Iqbal bertemu dan akhirnya berkasihan. Dipendekkan cerita, saat klimaks perkasihan mereka, mendapat perkhabaran yang

Nilai Sebuah Kasih (Bab 2)

BAB 1 BAB 2 Szaza telah memulakan tugasnya sebagai setiausaha di sebuah syarikat milik sahabat lamanya, Luqman Hafizi. Itulah caranya menghiburkan hati yang sarat terluka dek perbuatan Ikmal padanya. Walaupun bukan secara fizikal, perasaannya terdera. Ikmal Hakimi hari ini bukan lagi dirinya yang dahulu. Harta menyebabkan dia kabur menilai kaca dan permata. Itulah pandangan Szaza pada suaminya kini. Tugas setiausaha ini diterima atas nasihat ibunya. “Hari-hari mak lihat kamu termenung. Mak fikir elok juga kamu cari pekerjaan. Kurangnya kamu fikirkan yang buruk-buruk.” Ketika dia menghubungi Luqman, sahabat lamanya, kebetulan Luqman mencari setiausahanya yang melepaskan tugas setelah mendirikan rumah tangga. Dia sekadar menghantar mesej meminta izin daripada suaminya, Ikmal Hakimi. Masih ada hormatnya pada imam keluarga, suaminya. Szaza cepat membiasakan diri dengan dunia pekerjaan barunya walaupun dunia pekerjaan dia tinggalkan sejak lima tahun lalu. Bidak kesetiausahaan a