Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

...kerana pesta buku ... siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Kerana Pesta Buku .. Siri 3

Sabtu, aku merayap di PWTC lagi sementelah ada wang yang masuk.. Melihat-lihat hari-hari terakhir pesta buku yang amat menyesakkan.. Menambah tiga lagi koleksi novel: *Cinta hari-hari rusuhan -FT *Surat Ungu Untuk Nuha- Kak Noor Suraya *Bukan Yang Pertama-Salina Ibrahim Dan hanya satu buku bukan fikyen.. Menjadi Muslim Super, Dr Danial Zainal Abidin.. Hm, membeli mudah, mampukah aku menghabiskan dan yang lebih penting mengambil 'ibrah daripada apa yang aku baca??? Wassalam.

Lu'lu'

Menggunakan indeks yang terdapat dalam software mawar, memudahkan aku mencari ayat yang aku inginkan dalam al-Quran, dan ini yang aku peroleh. Ada 6 tempat yang menyatakan perkataan lu’lu’. Ada yang maknanya haqiqi dan majoritinya makna majazi. Dan aku mula menggunakan nama lukluahnurjamilah ketika di sekolah menengah. Terpengaruh dengan novel cinta yang aku baca dan sebenarnya ia watak salah satu cerita yang aku nukil. Apakah maknanya jika aku gunakan nama ini? Mutiara cahaya cantik... Dan aku terpaut pada nama. Tiada lagi rasanya yang mempunyai nama ini. Jika miftahul Jamilah, jawapannya ya. Teringat pula yang ustaz ajarkan tempoh hari. Penerangan tentang lu’lu’. Jika kita hanya berfikir biasa kita tak nampak cantiknya mutiara itu. Apakah mutiara? IA tersimpan dalam cengkerang (shell) yang hanya akan didapati di dasar laut. Antara semua cengkerang yang ada hanya sedikit yang mengandungi mutiara. (teringat cerita the pearl). Mutiara ini tidak dapat dibeli dengan seratus ringgit

...kerana pesta buku.. siri 1

19 April 2009 SANGAT GEMBIRA!!! Akhirnya aku yang sangat teringin ke Pesta Buku, dapat ke sana pada hari ini.. Menumpang tiga orang junior yang kebetulan punya hasrat yang sama. Jaulah yang sangat aku suka, tapi sangat memenatkan hingga mata ini terasa seakan mahu pejam saat entri ini aku coret. Aku mulakan dari awal perjalanan.. Janjinya pukul 8.30, aku yang teruja ini 8:15 sudah tercangak di bawah.Dapat mesej mahu bergerak pada pukul 9:00.. Duduklah aku di sini menanti mereka.. Akhirnya pukul 10:00, perjalanan dimulakan.. TAMBANG: TEKSI PERGI BALIK: RM4.00 KTM: RM9.80 Perjalanan mengambil masa hampir sejam suku sebelum sampai di PWTC. Memang berjalan sakanlah aku hari ini untuk melunaskan impian tiga tahun ini.. BERJAYA mendapatkan 6 buah novel.. TARGET berjaya dicapai kerana memang aku nak habiskan seratus untuk membeli hari ini. Mulanya hanya meninjau di aras dua.. melihat apa yang menarik di situ. Sampai di aras tiga…. ternampaklah aku akan gerai al-Ameen Publishing. Heheh

.. BICARA PENGEMIS DI KAKI LIMA...

Terbiar aku terlantar, Tanpa siapa menghirau, Aku ini bukan si anjing liar, Merayau tanpa arah, Matlamatku sesuap nasi, Melapik perut anak isteri. Dikejar disepak bukan kehairanan bagiku, Dipandang hina kerana aku hanya pengemis, Yang sebelah mata buta. kerja ini bukan aku pinta, Tapi terpaksa, Kerana aku ketua keluarga, Tapi ingin bekerja tak diterima, Hanya kerana pelajaranku biasa sahaja..

conteng-conteng ketika mengantuk

Assalamualaikum… Di penghulu hari ini, aku berpeluang mencoret sepatah dua kata… Menyuarakan idea yang berbaris untuk diluahkan. Cuma ada kalanya, ia hanya tersekat di minda. Berlegar-legar dalam imaginasi yang belum digunakan sebaiknya.Tidak terketik di sini… KELAS NAHW Hari ini kena tadbiq apa yang dipelajari dalam topik Inna dan akhowatiha.. Tercabar pengetahuan cetek ini.. Hahaha, barulah terasa sedar diri yang aku sebenarnya tak banyak dan tak rajin membaca. Buat malu kaum.. Belajar di library.. Cari ayat dalam buku dan ‘irab sikit.. Dapat markah. Sering aku ingatkan pada diri, usah kisahkan sangat berapa ustaz nak beri, yang penting aku kena lakukan yang terbaik sem ini, Insya ALLAH.. Ustaz ajarkan aku satu kata-kata arab..Insya ALLAH, akan aku simpan dalam lipatan hati kata-kata ini.. Dalam dan kena batang hidung maksudnya.. Terima kasih, ustaz.. Aku ingatkan apalah yang ustaz mahu katakan pada aku.. Diminta aku ambil kamus dan cari perkataan ini.. Ustaz memang tak lokek ber

Nota Cc

• Tak sabar nak tunggu Sabtu ni.. Nak ke Pesta Buku Antarabangsa.. Sesiapa yang nak ikut, jom kita buat rombongan ke sana.. • Setelah tiga tahun kempunan, harap-harap tahun ni boleh lepaskan gian.. Tak beli tak apa asal dapat pergi dah cukup syukur sangat. • Ada lagi tiga minggu, agak risau, tak tertangkap apa yang ustaz ajar. • Tadi assignment kena reject.. Belajardari kesalahan.. Terima kasih ustaz, jika tak salah aku tak belajar. Aku kan susah benar nak bertanya orang.. • Dah masukkan Microsoft Office 2007 dalam laptop, tak kena lagi pinjam laptop orang.. Leganya.. • Dapat gaji.. Hehe, apa kerja aku?? Syarikat Kakak Sdn. Bhd. • Kena belajar kawal diri, jangan semangat awal sahaja. • Kawal mood, jangan tunjukkan sangat kebluran diri.. Huhu..

~Camner nak mulakan minat membaca~

Aku pernah ditanya bagaimana cara untuk memupuk minat membaca dalam diri yang tak suka membaca... Adakah orang yang dalam dunia ini suka membaca. Kalau orang bertanya, aku akan jawab, aku tak minat baca, cuma aku suka baca apa-apa bahan bacaan yang aku suka.. Hehe, memilih sebenarnya aku ini. Tak dinafikan aku spesis manusia yang suka membeli buku, tapi itu tak bermakna aku suka membaca. Aku baca kerana aku minat dan aku nak tahu. Dan pegangan inilah yang menjahanamkan periksa aku. Bila aku rasa malas nak baca buku pelajaran aku tak sentuh pun buku.. Betul-betul membunuh pegangan aku ini... Baiklah, aku mahu berkongsi sekaligus mengimbas bagaimana aku boleh mula menulis dan rasa nak baca terutamanya novel.. Kalau sekolah rendah, aku suka beli KUNTUM yang hanya berharga RM1.50, sangat murah... Dan aku apabila ke Kedai Sok Sek (nama kedai majalah di Pekan Mahang, Karangan, Kulim, Kedah) aku akan beli Didik, Minda Pelajar (70 sen sahaja) dan jika ada majalah KUNTUM... Ketika in

Gambar Seribu Makna

Assalamualaikum, Sengaja aku poskan gambar ini buat sahabat-sahabat yang rindukan masjid Putra Nilai yang sering diimarahkan dengan pelbagai majlis ilmu... Gambar ini aku ambil menggunakan laptop, jadi kalau tak elok jangan marah. Hujan panas kilat guntur, Kau berdiri teguh di situ, Menantikan kehadiran sesiapa yang sudi bertandang, Melawatmu agar tak terbiar kosong. Kau tentu gembira dengan kehadiran penghulu hari, Ramainya lelaki sampai tak dapat menampung lagi, Namun Subuh bukan begini, Kau terbiar sepi, Imam hanya bertemankan dua tiga insan di sisi. Istimewanya engkau, Ingin melawatnya ada solat khusus, Pernahkan aku lakukan ketika melawatmu? Atau sekadar tahu?

Hujan & Talk Ustaz Majid

Hujan mula bercurahan, syukur tiada pula guntur dan kilat yang mengiringi... Awan hitam yang berarak tadi nanti akan kembali bertukar kepada putih... Seronok aku melihatnya... Titisan hujan yang sampai, kita tak dapar fikir bagaimana bentuk asalnya... Sejak beberapa hari lalu, mata ini menghadap laptop hampir 12 jam sehari.. Betulkah? Hampir-hampir sebanyak itulah, berjuang untuk menyiapkan power point.. Belum siap sebenarnya tapi dah 60% siap.. Tapi bila menghadap laptop, 30% buat kerja, bakinya melalut benda lain.. astagfirullah.. Aku dah rasa kepahitan kegagalan dan tak mahu mengulanginya lagi... Cuma bila nak buat animation, aku lemah sedikt bab-bab memilih.. Tapi ada lagi tiga hari berbaki... Aku tak ingin lagi mengulang kesalahan yang ku lakukan sem-sem lepas.. Teringat kata ustaz Majid, kita tak mengelak daripada buat salah. tapi bagaimana kita menghadapi masalah itu? Walaupun tahu tak baik untuk mata tabiat baru aku ini, kena juga menghadap skrin laptop.. Tapi bukan bu

power point

Untuk cuti kali ini ada tiga power point yang perlu disiapkan dan dibuat: 1. Kitabah-Risalah, ringkaskan nota dari buku (5 Markah) 2. BMW - Bab Pertama -tentang asalib al-Bahs al-'ilmi. (10 Markah) 3. Keluarkan isi dalam buku BMW dalam bentuk power point... Semuanya sekali. (40 Markah) Minta-minta tak termuntahlah aku mengadap power point setiap hari.. Teringat kata Ustaz Maad.. We must learn to be someone new. Terima kesusahan sebagai cabaran. Yang penting kena lakukan walaupun kita katakan yang kita tak tahu... Bila dapat apa yang aku suka, seakan menganak tirikan pula Nahw... Jarang nak buka buku dah.. Tapi baguslah ustaz ajar aku nampak juga, cuma tak ulang, ia senang-senang akan hilang... Sekarang aku hanya banyak katakan pada diri, kalau ustaz boleh banyak berkorban untuk anak muridnya kenapa aku tak boleh nak berkorban untuk diri sendiri.. Aku ini walaupun kata ada kerja, online tetap aku tak lupakan... Menjenguk blog, meredakan rasa sunyi dalam diri dengan m

catatan Short Sem, Asalin Kitabah, Ceramah Ustazah Fatma

WEDNESDAY, APRIL 08, 2009 CATATAN SHORT SEM-SIRI 2 Assalamualaikum, Bertemu lagi kita di laman ini. Sekadar contengan mahu bercerita kisah aku tiga minggu di short sem. Ya, banyak hikmahnya yang aku dapat rasa dan belum rasa. Sebagaimana sebelum ini, aku pernah nukilkan di sini yang aku amat berat untuk datang ke cfs iium untuk mengambil short sem. Tapi kerana bosan, aku tetap datang. Sudah tiga minggu rupanya. Dan minggu depan mid-sem untuk Nahw... Doakan aku rajin belajar dan ilmu diberkati. TADBIQI NAHW Kali ini aku diajar oleh Ustaz Majid. Kelasnya 3 kumbang dan dikelilingi 15 kuntum bunga yang sedang mekar... Mulanya pesimis juga, apakah yang akan diajar ustaz. Tapi pengalaman memberitahu ada cara tersendiri ustaz mengajar kami. Hari pertama belajar di multimedia lab. Ustaz minta kami buat facebook. Diajar oleh Nik Hanis. Kami ada group untuk membincangkan tentang bicara akademik, khususnya An-Nahw. Gambar yang dimasukkan perlulah gambar yang menunjukkn bijak bestari..

Catatan Tertangguh

Khamis, 02 April 2009 Assalamualaikum, Alhamdulillah, hari ini aku dapat mencari ruang (untuk ini sentiasa ada masa) untuk memgetik kekunci laptop setelah dua hari terbiar. Bukan sengaja membiarkan, namun ada perkara lain yang lebih utama... Tanpa sedar rupanya aku sedang belajar membaiki diri, membaiki pelajaran yang tertinggal, dan membaiki bakat. Betulkah? Sem ini aku aku ambil tiga subjek (tiga subjek core course) yang aku kena repeat.. Gilakah aku kerana ingin mengambil semester panjang sebenarnya tanpa memikirkan belanja yang harus aku keluarkan untuk itu. Alhamdulillah kerana ALLAH menggerakkan hati ini untuk datang juga, dan akhirnya aku di sini. Melihat kesungguhan lecterur yang mengajar sedangkan aku yang akan mengambil peperiksaan membuatkan aku insaf. Betapa aku sebenarnya lalai untuk menjalankan amanah. Amanah Ayah, Kakak, Mak.. dan semua di kampung yang menanti aku ke Gombak... Mereka mahu anak murid mereka dapat apa yang mereka sampaikan, Cuma aku yang main-main. C

talk ...

Assalamualaikum, buat diri dan pembaca blog aku sekalian. Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan mendengar ceramah @talk tentang “How to Develope Positive Thinking.” Talk yang mencatat sejarah dalam diari ceramah yang aku hadiri (Aku pun jarang dengar ceramah@talk).. Kenapa aku kata begitu? Pendengarnya hanya enam orang muslimat + 4 commitee muslimat.. Muslimin pula bilangannya hampir sama. Lebih kurang 10 orang. Aku bandingkan talk berkenaan apabila baju melayu bertemu baju kurung yang aku ulas beberapa hari yang lalu, mencatat bilangan penonton yang ramai (padat dewan).. Bukan mahu membebel, hanya memberitahu realiti. Baiklah, ilmu sedikit yang aku dapat semalam suka aku kongsikan bersama para pembaca yang aku hormati.. Siapakah penceramahnya? Anak negeri aku.. Brother Elyas Ismail, pernah menuntut di Maktab Mahmud, menyambung pelajaran di KUIS, kemudian ke Universiti Al-Azhar seterusnya berhajat menyambung master di UKM... Motivator di E-Class Training dan telah menjel