Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Buka hatimu untuk pelajaran baharu

Dia ingin melangkah jauh. Yang menghalangnya adalah kaki yang enggan melangkah. Akal yang enggan bekerjasama untuk merealisasikan apa yang diinginkan oleh jiwa. Bukalah! Bukalah hati untuk semuanya. Untuk yang lebih baik. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Tidak Tertahan untuk Kembali Menulis

Selesai kebatuk-batukan dan peperangan emosi dengan diri sendiri, Durrah kembali. Selepas semalam -dia sangat bimbang apabila ada perangai luar alam dia mulakan langkah- buat hal, barulah dapat ke tempat kerja dengan semangat yang lebih waja. Biasalah. Untuk memulakan isu baharu, ada kerehatan minda yang diperlukan sebelum kembali bekerja. Nak hidupkan enjin itu kadang ambil masa lama, ada ketika laju sahaja semangat itu menderu-deru datang. Walaupun aku seorang manusia yang bekerja dengan kertas, namun tulisan-tulisan yang disunting tetap memberi kesan emosi kepada si penyunting. Alhamdulillah, untuk semuanya. Untuk dua tahun aku bertahan di sini. Dengan jutaan rasa yang kadang baik, kadang mengganas, kadang menyepi.... manusia namanya.... Sediam-diam aku masih punya rasa. :) *merepek* Bukan tidak boleh hanya menuliskan semua cerita dalam diari. Menconteng di bebel di media sosial, rindu lagi untuk kembali ke ruang ini. Lama sekali Durrah tidak melontarkan rasa-rasanya di s