Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

kembali.

Tulisan itu kembali meronta untuk bersuara, Lalu, aku gerakkan kembali jemari pada papan kekunci ini. Ya Allah, terima kasih atas teguranmu dengan apa yang berlaku, Tersedar bahayanya menulis dengan penuh emosi tidak terurus. Kak Husni, Terima kasih! Hati selagi mana tidak lurus ia, maka tidak luruslah tulisannya... Insya Allah, akan kucuba meneutralkan perasaan dalam penulisan, Berkongsi seputar pelajaran berharga yang dicerita lecturer saban hari... Amin.. Ya Allah luruskan lidahkan -penulisanku- 

Zuhayr ibn Abi Sulma

Zuhayr ibn Abī Sulmā, Dilahirkan c. 520—died c. 609, Berasal dari Najd region, Arabia), Salah seorang penyair hebat dalam zaman Jahili Salah seorang penyair dalam muallaqat sab'ah (penyair yang syairnya digantung di Kaabah) Zuhayr berasal dari Kabilah Muzaynahtetapi tinggal daam kalangan Ghaṭafān. Bapanya seorang penyair, Kakak isteri pertamanya seorang penyair, Dua orang anak lelakinya juga penyair. Salah seorang anaknya, Kaʿb,terkenal dengan syair yang dibacakan kepada Nabi Muhammad,yang menjadi tanda pengislamannya. Contoh petikan daripada muallaqat Zuhayr bin Abi Sulma:  سئمت تكـاليـف الـحياة ومن يعش ثـمانين حولا- لا أبا لك – يسـأم وأعـلم مـا في اليوم والأمـس قبلـه ولكنني عن علم ما في غـد عـم ومـن هـاب أسبـاب المـنايـا ينلـنه ولـو نـال أسباب السـماء بسلــم ومن يجعل المعروف في غير أهله يـعــد حـمـده ذمـا عــليه فيـندم ومهما تكن عند امرئ من خـليقة ولو خالها تخفى على الناس تعلم لأن لـسان الـمـرء مـفـتـاح قــلـبه إذا هو أبدى مـا يـقول من الـفـم لسان ا

Durrah Nur Aqilah: Allah, terima kasih.

Aku belajar sesuatu. Kala rasa sedih menghambat diri, belajarlah untuk memberi. Cukup hanya sebutir gula-gula, hati sudah ria melihat senyum pada wajah sahabat. Ketika air mata seakan mahu luruh kerana sesuatu hal, usapkan ia dengan mengingat yang baik-baik. Mendoakan yang baik-baik daripada kejauhan. Apabila diri tidak kuat untuk mendekati... Ya Allah, apa sahaja yang Kau berikan untuk aku tidaklah seperti yang dilalui mereka. Mereka yang masih tabah melalui hidup. Sungguh tersentak mendengar perkhabaran semalam. Tentang seseorang yang lama tidak aku dengar khabarnya. Dia sedang diuji, sedang aku tidak tahu cara manakah untuk membantunya. Maafkan aku, teman. Hanya doa yang dapat aku hantar agar kamu kuat dan tabah melalui semuanya. Sungguh apa yang kamu lalui berat. Berat yang melihat, apatah lagi kamu yang menghadapi. Ya Allah, kuatkan kami semua dengan ujian yang sedang kami lalui. Semoga ianya dapat menghapuskan dosa. Semoga ianya menguatkan pergantungan kami kepada-Mu, ya Allah. K

Imtiyaz Huda & Durrah Nur Aqilah: Ajarkan aku untuk Memberi.

Apa itu makna memberi? “Imtiyaz Huda, melamun, ya?” Durrah menegur teman sekamar. Di tangannya ada sepiring epal yang sudah dipotong kecil-kecil. Buat dimakan bersama. Minggu ini hanya tinggal mereka berdua. Jamilah Mohd Norddin, Lu’luah Nur Jamilah dan Ibtisam Husna sibuk dengan kerja sendiri. Pulang ke kampung, ziarah sahabat di luar kampus dan menyiapkan kerja yang bertimbun menanti untuk dibereskan. Seorang manusia itu kan kerjanya tidak bisa selesai? “Durrah ... Ayuh, duduk di sini.” Imtiyaz Huda melapangkan katil yang berselerak dengan kitab-kitab tafsir yang digunakan untuk menyiapkan kerja khusus Ulum al-Quran yang perlu dihantar Isnin ini. Ada tafsir yang ditulis al-Qurthubi, al-Khazin, Syed Qutb, al-Alusi dan beberapa Pentafsir al-Quran lagi. “Maaflah, tempat saya sedikit serabut.” Imtiyaz menyambung bicara. “Imtiyaz, Imtiyaz... Ini baru namanya buat kerja. Puas tengok dah macam rumah kena pecah.” Durrah membalas dengan seloroh. “Anyway, ada apa dengan matamu? Nampak merah..

Imtiyaz Huda: Apa Adanya.

..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain, bukankah itu satu kebaikan. Disebarkan bahagia buat semua, Diberikan gembira seantero dunia, Walau diri apa adanya. Bukan itu yang dikira... Melihat daripada jendela terbuka, Dunia luas tanpa hujungnya, Sedang terperuk dijeruk rasa. Usah! Bangkitlah! Sedarlah! Yang mimpi sudah realiti jadinya. Igau itulah yang sedang kau laluinya, Bayangan bukan ilusi cuma. *Imtiyaz Huda*

Durrah Nur Aqilah: Kesabaran itu Belum Teruji.

"Kesabaran kamu belumlah teruji kala kamu memperkatakan tentang kesabaran atau kamu menuliskannya di kertas.Namun kesabaran itu diuji ketika kamu menghadapi situasi." Entah di mana Durrah terbaca akan petikan ini. Hanya ingat maknanya dan Durrah abadikan di sini. Kata-kata ini sering sahaja terlantun dalam diri Durrah minggu ini. Mengingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar dengan diri sendiri. Durrah tahu, ketakutan yang ada dalam diri Durrah tidak akan hilang selagi Durrah yang tidak menghalaunya pergi. Ketika Durrah hanya mengikut ketakutan itu dan melayannya, kekuatan diri Durrah sendiri yang hilang. Selama ini Durrah lari. Tiga tahun Durrah di Taman Ilmu dna Budi dengan mengikut kata hati. Peristiwa yang terjadi semester lepas sungguh tinggalkan kesan di hati. Kesan kepada pelajaran hari ini. Kesan kepada diri Durrah sendiri. Durrah masih mencuba. Cuba menghadapi kenyataan walaupun payah. Cuba melawan diri sendiri meski bukan senang. Durrah tidak akan tahu selagi

Ila Husna

Petang tadi, semak e-mel. Kata editor, tajuk untuk novel sudah ada. Nama penulis bukan Jamilah Mohd Norddin . Tajuk novel bukan Tekad... Doakan perjalanan novel remaja nan satu yang saya tuliskan ini diterbitkan. Dengan tajuk "friends forever Penulisnya 'Ila Husna.' Sebab namanya saya tidak tahu.... Saya yang pilih secara spontan. :) Tengok ada nama Ila Husna kelak. Itulah Jamilah Mohd Norddin a.k.a Lu'luah Nur Jamilah. Doakan semuanya lancar.. Penulis 2011. Amin. ~Jamilah Mohd Norddin~

Drrah Nur Aqilah: Imtiyaz Huda: Catatan Untuk Teman....

Buatmu yang bernama teman, sahabat, kawan, Terima kasih tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat diriku. Terima kasih mendoakan agar aku berubah. Terima kasih mendoakan kekuatan aku. Terima kasih setia melayan setiap kerenah tidak boleh diterima aku. Terima kasih menjadi sahabatku. Aku tiada kata untuk diungkap atas pertemuan yang Allah aturkan ini. Allah sudah susun yang terbaik. Dahulu aku tidak mengenal apa itu erti memberi, Aku cuba memberi apa aku mampu... Dahulu aku tidak pandai senyum, Aku cuba ukir senyum walau kadang tidak jadi. Allah temukan kita bukan sengaja, kan? Hanya aku yang tidak belajar dan berubah. Masih diri yang pentingkan hal sendiri. Malu aku dengan kalian, Yang banyak menolong dan membantu... Allah, Terima kasih temukan aku dengan sahabat yang baik. .....Jika mahu lihat dirimu, lihatlah dengan siapa kamu bersahabat... Allah. Ajari aku untuk sayangi diri sendiri, Agar dapat aku menyayangi orang lain.

Jamilah Mohd Norddin: Tidak Sampai.

Tulislah! Walau hanya satu ayat. Jika orang yang mengenal saya, akan bertanya. "Masih menuliskah sekarang?" Jawab saya, sudah tidak menulis. Apa-apa sahaja. Saya tidak lagi menulis puisi, apatah lagi cerpen. Menunggu novel yang ditulis bertahun lalu yang akan diterbitkan -insya Allah- mungkin tulisan saya yang terakhir diterbitkan. Kenapa tidak menulis? Saya suka menghadiri bengkel penulisan. Saya suka dengar orang bicara tentang penulisan. Saya gemar galakkan orang menulis dan terbitkan apa yang mereka tulis. Di blog, di facebook, di majalah, di mana-mana sahaja. Tulisan itu boleh menyampaikan apa yang mahu dibicara. Saya mahu menulis. Ada bermacam perkara yang perlu ditulis, semuanya mati dengan satu kata. "Aku tidak buat apa yang aku tulis." Akhirnya semua terhenti. Okey, itu hanya alasan. Saya boleh reka seribu macam alasan kenapa saya tidak menulis. Saya boleh cipta banyak alasan untuk tidak terus menulis.Saya ada banyak alasan berhenti menulis.  Hari ini saya

Singgah Sebentar..

Singgah seketika sebelum menyambung kelas malam ini. Kelas fotografi untuk sesi kedua. Untuk minggu lepas, menuju Mid Valley yang tidak pernah aku jejaki untuk tandatangan kehadiran. Terima kasih Kak Husni temankan saya. Hari Selasa dan Khamis aku tunggu untuk segera berakhir.. Empat kelas pada hari Selasa dan lima kelas pada hari Khamis. Ia tidak banyak namun cukuplah untuk aku yang mengambil sedikit cuma subjek bagi setiap semester. Memang banyak rehat daripada buat kerja dan masuk kelas dengar ustazah cakap.. Berulang-ulang. Insya Allah setiapnya ada sesuatu yang diambil. tadi belajar syair jahili. Rasa zuuqnya apabila ustazah terangkan satu demi satu bait syair lengkap dengan peneranganya. Baru tahu apa sebenarnya makna di sebalik baris kata syair Imru Qais itu.. Sebelum ini hanya belajar matannya tanpa langsung tahu maksudnya... Syair jahili penuh dengan majazi, balaghi dan macam-macam yang perlukan fikiran kritikal dan mendalam untuk memahaminya. Lantaran kita bukanlah hidu

..entri tanpa tajuk..

Hati, Bilakan bersedia? Tersirna semua, Nampak cahaya.

Serumpun Bertemu

Alhamdulillah. Bertemu Kang Abik, Asma Nadia, Helvy Tiana Rossa dan Fatimah Syarha dalam acara SERUMPUN yang dianjurkan SRC IIUM sempena Convest. Mengecas semangat mungkin??? Sedikit coretan-coretan seputar SERUMPUN... Kata Kang Abik, Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi: " SATU filem islami sama nilainya SERIBU buku Islami. " Rahsia menulis itu 3M : " Menulis, menulis, dan menulis terus." Tiada ertinya mengikiuti seribu kelas menulis daripada professor terbaik jika anda tidak menulis. Idea itu seperti ikan di lautan. Penulis pula seperti nelayan. Hanya ada dua jenis nelayan: Nelayan yang malas dan nelayan yang kreatif. Nelayan malas hanya duduk di tepi pantai menunggu ikan, tetapi nelayan yang rajin menggunakan bermacam cara untuk menangkap ikan. Islam itu indah! Beruntunglah kita berada di dalamnya. Alwi al-Attas. Learning by doing! Kita boleh dapatkan idea yang kuat dengan berfikir, mengamat sesuatu dan mengolahnya. Idea yang baik perlu diolah dengan kata-kata yang b

Replacement

Allah  beri satu kesusahan yang diganti dengan dua atau lebih kemudahan. Percayalah! Lihat apa terjadi semalam, kemudian, Renung gantinya yang kamu peroleh hari ini.

Durrah Nur Aqilah: Lagi...

Lama Durrah tidak menumpang bicara di sini. Permulaan minggu baru, minggu keempat semester baru, Durrah mahu nukilkan sesuatu. Lagi.... Lagi banyak yang kamu beri, lagi banyak dapat. Lagi banyak yang kamu baca, lagi banyak yang kamu belajar. Lagi banyak kamu bersahabat, lagi banyak pengalaman kamu dapat. Lagi banyak kamu hadiri majlis ilmu, lagi banyak kamu rasa perlu ditambah ilmu, Lagi dekat kamu dengan keluarga, lagi kamu rasa mereka sangat sayangkan kamu, Lagi dekat kamu dengan seseorang lagi banyak pengalaman kamu timba, Lagi kamu berkongsi, lagi banyak bahagia di hati, Lagi banyak senyuman kamu beri, lagi bertambah mekar di wajah, Lagi ikhlas kamu dengan sesuatu, lagi kamu seronok melakukannya. Lagi kamu sombong, larilah semua daripada dirimu, Lagi kamu diamkan diri, makin tidak mengerti orang akan perihal dirimu, Lagi kamu berbuat dosa, lagi gelap hati, Lagi kamu belajar hanya untuk imtihan, lagi kamu cepat bosan, Lagi kamu pendam perasaan lagi bernanah, Lagi kamu buat tanpa hat

Redup Sore Sabtu Itu...

Kredit gambar:  jc club iium Permulaan Oktober. Paginya hanya berehat tanpa melakukan apa-apa. Duduk diam sampai menghadap laptop walaupun tidaklah sampai bengkak mata. Minggu lepas, saya mendaftar untuk menyertai creative writing workshop yang disampaikan oleh Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Mereka ini pasangan novelis walaupun punya kerjaya masing-masing. Saya mula perjalanan dengan penuh debaran. Mungkin tiada kawan bersama di sini, namun seperti biasa apabila saya kata SAYA MAHU, pedulikan seorang diri pun saya redah. Mahu tarik diri, sudah dibayar RM15. Alhamdulillah, berbaloi-baloi walaupun pulangnya tidaklah saya terus buka laptop dan menulis. Perbaharui semangat dalam diri mungkin yang sudah terasa sesak melihat manuskrip yang tidak diperbaharui. Sebelum saya kongsikan pengisian yang disampaikan oleh dua orang panel ini, marilah kita berkenalan dengan pasangan ini... Kredit gambar:  blog fatimah syarha Nama Penuh: FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORD

Singgah Seketika

Lama. Lama manuskrip tidak bertambah walau hanya sebaris tulisan. Sengaja mendiamkan meski langsung tidak sibuk dengan apa-apa. Tentang kelas fotografi. Tentang kelas Jahili. Tentang kelas Rhetoric. Tentang kelas Ulum al-Quran. Tentang kelas terjemahan. Tentang bengkel bersama Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Tentang talk yang tidak tersangka akan bertemu Ummu Hani Abu Hassan. ... Menghadiri bengkel penulisan menjadi aktiviti tahunan. Hanya tulisan belum nampak jelmaannya. Makin menumpul mata pena. Itulah perlunya sekali sekala lapangkan diri ke sana, Memang ketika duduk dalam bengkel semangat membara. Keluar, mujur sahaja ada catatan sedikit tertulis untuk diingat, jika tidak terbang semua ilmu. ... Insya Allah akan aku bercerita sedikit demi sedikit, Sungguh rugi dibiarkan dalam buku kusam sahaja tulisan itu... Tidak banyak sedikit punya manfaat... Hari-hari aku hanya pandang kosong manuskrip ini, Mahu menulis, tiada kata tertulis...