Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [catatan 10] :bisik-bisik kecil

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah Catatan 10 Bisik-bisik Kecil Penulis: Ila Husna Bisik satu Dalam hati, muncul satu soalan. Mengapakah ada cita dalam diri mahu menjadi penulis? Soalan ini gagal dijawab diri sendiri. Aku terdiam. Jemari yang galak mengetik terhenti. Mengapa? Ia sebuah soalan subjektif. Tidak punya pilihan A, B, dan C. Jawapan sebenarnya ada tersimpan dalam diri. Aku punya impian, angan-angan, cita dan apa jua yang setara dengan mimpi. Malang , acapkali  dihapuskan oleh menung kosong. Allah sedang melorongkan jalan buat aku merealisasikan impian. Aku tidak boleh sia-siakannya, mesti manfaatkan peluang ini.  Bina diri. Jangan rasa rendah diri hanya perlu rendah hati. Aku menulis sebab aku mahu berkongsi dengan orang lain. Aku harus meluaskan pergaulan dan pembacaan untuk menjadi penulis sebenar. Sekiranya aku sekadar mahu main-main itu tidak jadi masalah. Jadilah penulis popular. Bisik dua Hidup perlukan matlamat dan matlamat perlu dire

Dia, bukan guru biasa. Dia guru yang hidup dalam jiwa muridnya

Cerah wajah Mengingat dia –seorang guru- Pemberi semangat Pembakar obor cita Penginspirasi tempat pertama. sebujur wajah melintas dalam ingatan. Sekejap terang bayangnya sekejap yang terlihat kata-kata penuh semangatnya. Dia guru yang boleh aku katakan inspirasi aku ketika zaman persekolahan. Seorang guru Ekonomi Asas yang juga mengajar bahasa Melayu di kelas lain. Semalam. saat aku menyelongkar diari lama mencatat kisah zaman sekolah, terlihat namanya pada muka-muka diari di sini sana. Dua tahun aku bersamanya, dia bagiku istimewa. Malah, sekarang, dia masih inspirasiku. Cikgu sedang melanjutkan phd beliau. Semangat beliau untuk belajar masih membara. Allah. Semoga suatu hari jejaknya adalah jejakku juga walau bidangnya pasti berbeza. Jika dahulu, ketika ke sekolah, pasti aku 'menghendap' adakah keretanya sudah tiba saat aku dalam perjalanan ke sekolah. Aku hafal parkingnya kerana memang di situ selalu keretanya di parkir. Aku lihat kereta manakah b

beberapa hari.

Aku pencinta tulip Seorang aku pemain kata, Gadis luar kota, Tulis pengubat jiwa, Bicara suka duka, Gadis pemuisi bukan dia. lu'luah nur jamilah *** Diam. Banyak hikmah andai kamu dapat diamkan diri seketika dan perhatikan dunia sekelilingmu. Dunia yang lebih luas daripada dunia tulis. Dunia tulis yang sesekali perlu kamu 'tinggalkan' seketika memberi ruang pada tanggungjawabmu yang lain. Saya pasti, meninggalkan seketika dunia ini akan menumbuhkan kerinduan yang lebih besar dan semoga ia membawa sesuatu yang lebih baik. Saya 'mesti' diamkan diri seketika. MESTI. Diamkan blog buat seketika. Diamkan fb Diamkan semuanya Sampai masa saya pasti akan kembali menulis. insya Allah. :) ila husna/jamilah iium

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 9] usah dibakar kenangan itu.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah:  [Catatan 9]  usah dibakar kenangan itu. penulis: Ila Husna Biar aku bicara seketika perihal kenangan dan memori. Aku suka merakam kenangan menggunakan Nikon L21 milikku. Walaupun ia hanya kamera digital murah, jasanya sudah banyak buat merakam indah dan manis pertemuan-pertemuan aku dan teman. Jika kerajinan aku berada tahap tinggi, adalah juga catatanku dalam diari berwarna pink. Entah boleh dikatakan ia diari sebab ia adalah buku kulit keras yang ditulis catatan harian. Semenjak sekolah, aku punya kesukaan yang satu ini. Aku suka kongsikan suka duka aku bersama diari. Kunukil apa yang mahu terluah dan tidak bicara aku sampaikan kepada orang lain. Aku bebas bercerita apa sahaja. Sehari dua ini, ada timbul satu ketakutan pula dalam diri. Bayangkan setelah aku tiada lagi, orang lain membaca diari yang aku tuliskan dan membaca semua perasaanku. Atau ditakdirkan aku punya cahaya mata sendiri dan zuriatku membaca catatan ibu mereka

randon rant yang entah keberapa

Telah Allah turunkan ayat pertama kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kalimah Iqra. Sungguhlah besar kuasa membaca. membaca maknanya menggunakan akal berfikir macam-macam membaca menghidupkan hati membaca menambah rasa mahu tahu. membaca mengembang ilmu. **** perihal baca dan tulis telah Allah rakam dalam al-Quran. Tentang penyair juga telah Allah beritahu dalam al-Quran. Semaklah! Menulis akan mengabadikan perkataan yang mahu kita cakap. Selalu aku hanya menulis ikut jemari dan alur akal yang mahu melontar kata. Aku sering membiarkan kata-kata bebas menerawang dan terlontar menjadi baris-baris ayat dan perenggan. Tulislah, wahai diri. Tulis sebelum mati. # minggu hadapan, peperiksaan berlangsung, balik kampung. # beberapa hari sahaja aku di bumi UIAM sebelum bercuti. # tidak sabar mahu bertemu insan-insan tersayang. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

11. kata motivasi andrea hirata

kata semangat buat diri daripada andrea hirata. (petikan daripada goodreads.com ) “Bermimpilah, dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. -Arai, Sang Pemimpi” “Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia” ― Andrea Hirata, Sang Pemimpi “Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)” ― Andrea Hirata, Laskar Pelangi “...berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulah sesungguhnya sikap yang realistis.” ― Andrea Hirata “...ilmu demikian luas untuk disombongkan...” ― Andrea Hirata “tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati... - Arai” “Orang-orang itu telah“Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; jangan bersedih karena kau hanya akan bersedih sendirian.” ―   Edensor melupakan bahwa belajar tidaklah melulu untuk mengejar dan membuktikan sesuatu, namun belajar itu sendiri, adalah perayaan dan penghargaan pada diri sendiri. (hlm. 197) ―   Padang Bulan “Mereka yang

berakhir sudah kelas nahu

tamatlah kelas nahu dengan pembentangan dan taujihat daripada ustaz Baqir hari ini. menanti hari peperiksaan Kumpulan pertama: power point mereka power! Ada ilustrasi, ada warna warni. Saya suka! Kumpulan ketiga yang membentangkan video yang istimewa. :)  Aku suka taujihat daripada ustaz Baqir lewat kelas terakhir nahu 1 semalam. Usai pembentangan, usai bertanya kepada pelajar lelaki yang merupakan 'pendengar' dalam kelas kami. Bagaimana pembentangan? Kata mereka: menarik, tetapi isinya sedikit. Apa kata ustaz? Kamu sudah berada di tempat tinggi. Kita perlu raikan orang yang belajar. Saya suka kata-kata ustaz itu. Mengajar mengikut tahap pelajar bukannya melebihi tahap pelajar itu sendiri. Sekarang, orang boleh belajar dengan hanya duduk dalam bilik dan belajar secara maya. Permbentangan yang kamu buat hari ini, berguna ketika menjadi guru. Ya. Anak-anak perlu diajar dengan kaedah interaktif. Aku kagum dengan semua kumpulan yang hadir dengan software-softwar

.berdiri.

terus berlari terus meniti mimpi terus belajar sampai mati terus menulis hingga tiada nafas dalam diri. asal kamu nukil yang baik-baik. ya. setahun setengah tidak lama semoga dipermudahkan aku tidak akan mengalah bukanlah kini aku berada di hujung garisan. Semoga tekal aku berada atas garisan-Mu. :) "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

jangan sesekali kalian baca entri paling tidak berfaedah ini!

jangan sedih-sedih ya sayang Allah bersamamu Dia paling dekat dan paling tahu perihal dirimu. dalam dunia yang hidup bukan hanya dirimu sendiri. ada wajah-wajah lainnnn tidak kisahlah kamu pelik dan tidak sama Allah tahu hatimu. "hati yang kotor tidak dapat tembusi hati yang bersih." _____________ esok dan lusa kelas terakhir nahu dan sorof, mesrailah diriku. aduhai, kata cinta, kekallah bersemadi dalam diri. aku banyak kurangnya tetapi aku percaya ada sisinya Allah beri sesuatu __________________________________ minggu hadapan peperiksaan akhir. Nahu. Serius-tidak-tahu-apa-yang-aku-belajar. Sorof nampaklah satu dua benda. ________________________________________ mengapa aku selalu gagal sebelum ini? tidak hadir kelas. tidak buat kerja yang disuruh. tidak ulangkaji. ________________________________ jadi apa yang perlu kamu lakukan? Duduk sahaja? perabih boreh

13. tidak berhenti bermimpi

Bagaimana ya mahu aku katakan yang aku sering teruja membaca catatan teman-temanku teman yang punya hati putih dan tulisan mereka bersih. Aku gembira melihat tulisan mulus yang bicaranya lekas meresap dalam diri. Bukan sekadar contengan seperti rutin seorang aku saban hari. membaca Jangan Berhenti Berlari tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Subhanallah. Betapa beliau punya semangat luar biasa -pencandu ilmu- kembaranya memenuhi dada dengan ilmu. sedang aku, punya cukup nikmat masih mulut mengomen itu ini begitu begini seakan banyak yang tidak cukup. kini aku perlu hidup untuk hari ini dan fikir masa hadapan bukan hanya mengenang masa silam. sekian terima kasih. perihal mimpi. bukan sebesar mana mimpi itu yang mimpi, hanya sebesar mana kamu dalam merealisasi mimpi. mimpi. tidak boleh berhenti bermimpi. mimpi adalah suara kepada hati. mimpi adalah lontaran doa perihal apa yang kamu mahu janji. bukan setakat bermimpi.

14. suatu petang aku mencatat ikut jemari ...

catatan sebelum ini:  [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13] ,  [14] ,  [15]   [16] ...... ...... .................................. ..... ...... Ada ketika aku hanya dapat memandang kosong skrin komputer tanpa sepatah kata. Sungguhnya ilham hanya pinjaman Allah yang diberi pada masanya.  Ada ketika ia tidak hadir, Pintalah pada Dia memberikan ilham terbaik buatmu. ________________________ tenggelam timbul, turun naik, tidur bangun, sudah aku di hujung semester tiga. Apakah sebenarnya yang aku belajar?  Seseorang tidak dapat ilmu melainkan padanya hati bersih dan niat yang betul. Sekian terima kasih. tulisanku juga. selalu tidak bersamanya hati bersih, hanya jemari yang mengetik dan tidak mahu berhenti mengetik. Ampunkan kami, ya Allah. Yang utama, berusaha ke arah yang lebih baik. lebih baik setiap hari. kamu mungkin gagal menutur, namun Allah Maha Adil. Ma

15. Kerehatan Yang Abadi

Catatan sebelum ini: [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] , [6] , [7] , [8] , [9] , [10] , [11] , [12] , [13] , [14] , [15] Berpisah sudah segalanya Yang tinggal hanyalah kenangan Diiring doa dan air mata Yang pergi takkan kembali lagi (Rabbani) Kematian  antara rahsia yang Allah simpan dan tidak siapa tahu. "Saya tidak nampak tanda apa-apa yang pelik. Dia meninggal dalam tidur." "Patutlah sehari dua ini saya nampak dia pelik. Tidak sangka itu pertemuan terakhir kami." saat kematian menjengah tidak kira saudara, teman, atau orang yang kita kenali, sering kita bicarakan tentang tanda sebelum dia 'pergi'. Hakikatnya, mungkin 'dia' yang pergi tidak tahu bahawa dunia ini akan dia tinggalkan. Kematian suatu rahsia. Adakah kubur -rumah mewah yang kita semua akan huni- akan jadi mahligai tempat merehatkan diri atau rumah yang mana kita terseksa dalamnya. Rumah nan sempit dan meranapkan jasad kita. Allah. Kata Prof Muhaya pada banyak so

16. Pendek Yang Bermakna

Terus melangkah. Ya, aku MESTI terus melangkah! Catatan-catatan sebelum ini:   [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13] ,  [14] "Jejak-jejak yang kita tinggalkan  akan jadi kenangan. Kehidupan hari ini adalah ingatan pada hari hadapan. Bagaimana kehidupan hari ini, itulah ingatan yang akan ada dalam kotak fikir pada masa hadapan."  |2012| *** Semester pendek tidak sampai kiraan sepuluh jari sebelum melabuhkan tirainya. Semester pendek selama tujuh minggu yang bersamaan 14 minggu semester biasa.  Kali ini aku mengambil dua subjek teras : nahu dan sorof. Subjek yang sepatutnya telah dilunaskan pada tahun-tahun awal pengajian. Disebabkan aku suka -ambil-subjek-ikut-sedap-hati ditambah pernah masuk kelas sorof hanya dua minggu dan gagal bagi subjek nahu, aku ambil kembali semester ini. Kali pertama aku mengambil semester pendek pada 2008 di Pusat Asasi UIAM Nilai bagi empat subjek kemahiran -kitabah, qiraah,

17. kecintaan-kecintaan kecil

catatan sebelum ini:  [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] ,  [13]   Pen berwarna-warni, highlighter, pen magik, krayon, pensel, pen gel - pendek kata yang dipanggil pen dan seangkatan dengannya -alat tulis- saya suka. Jika ke kedai buku, walau sebatang pasti akan dibeli jua. Saya perasan sejak sekolah rendah suka membeli pen berwarna warni, pemadam, pengasah pensil, buku catatan kecil dan alat tulis di kedai buku. Tugas menjaga kedai buku saya gunakan juga untuk membeli alat tulis. Sangat gembiran melihat warna warni pen. Ceria. Dan sekarang anak saudaraku sendiri menyukai perkara sama. Belikan pemadam untuk adik-adik, beli alat tulis ...  Langit. Sky. Pandang langit nan biru tidak meresahkan. Suatu masa saya ada kegilaan merakam langit dan awan yang sentiasa berubah bentuknya. ada masalah, lihat langit, terasa masih jauh kembara yang akan kita tempuh, jangan asyik melihat masa lepas. Okey. awan dan langit. Dua subjek yang saya

18. Positif. Positive. Positip.

catatan sebelum ini:   [1] ,  [2] ,  [3] ,  [4] ,  [5] ,  [6] ,  [7] ,  [8] ,  [9] ,  [10] ,  [11] ,  [12] Semalam, malam yang panjang terisi dengan perkongsian Prof Muhaya. Siaran ulangan Islam Itu Indah di IKIM fm. Topiknya berkenaan reset minda –pesakit. Bukanlah saya mahu berkongsi semua yang prof katakan, sekadar menampal mana yang melekat dalam minda. Ada perkara yang perlu dipadam daripada minda : takut, benci, dendam, tamak, tahyul, marah. Apabila ditimpa sakit. Kita mesti redha dan bukan sekadar sabar. Sabar di luar nampak tenang, hati dalam sakit. Redha, riang gembira, dalam menerima. Belajar untuk redha bukan hanya SABAR. Dalam banyak-banyak kata prof, sebaris ayat ini jauh jatuhnya dalam hati saya. “ilmu tawar kalau tak amal.” Akhirnya, Prof berkata, orang yang berjaya adalah mereka yang tahu kenapa. Kenapa dia belajar. Kenapa dia ada di dunia. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Dia ada semua jawapan untuk itu, lalu dia sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. “hadir

Rintik-rintik Hanya Singgah, Jamal Ali.

pemilik blog antologi dunia Ini novel pertama penulis yang menggunakan nama Jamal Ali ini. Jujur, sekiranya saya tidak tahu ini novel sulung, saya menjangka penulis ini sudah punya pengalaman menulis. Ada satu tarikan dalam lenggok penulisan beliau, walaupun saya ada ayat-ayat yang perlu aku tarik nafas panjang untuk baca. Ada ayat-ayat yang perlu saya baca betul-betul supaya tidak terlepas makna. Jamal Ali sudah boleh jadikan gaya penulisan begini sebagai satu identiti beliau.  Banyak daftar kata klasik, perkataan yang jarang diguna, dan lenggok ayat yang lain daripada kebiasaan. Ia percubaan yang baik. Kata beliau lewat blognya, beliau sudah hadirkan hati beliau dalam penulisan ini. Sungguhlah yang hadir daripada hati lekat dalam hati jua.  Ini bukan sebuah resensi, hanya berkongsi pengalaman diri seputar pembacaan Rintik-rintik hanya singgah. Tagline rintik-rintik hanya singgah: “hidup tidak hanya tentang kisah kita, akan ada kisah dia dan mereka. Antologi kisah kita

19. hadirnya mereka bukan sementara

Sudah hampir lima tahun kelanaku di bumi Kuala Lumpur. Petaling Jaya - Nilai - Gombak. Sedikit sebanyak warna kota ini terakam dalam minda. Menjadi pemerhati perlukan dua mata -mata zahir, dan mata hadir- untuk melihat setiap yang dipandang mata. Benar. Tidak perlu kamera canggih untuk merakam catatan perjalanan dalam diri sendir. Cukuplah punya sekeping hati yang masih hidup, dan kita mampu melihat sesuatu dengan pandangan tersendiri.  Sela perjalanan selama lima tahun, Allah temukan aku sahabat-sahabat yang sekali mereka sentuh hati ini, ikatan itu melekat di hati. Perpisahan yang terjadi, tidak bermakna nama mereka hilang di hati. Hanya sekali mereka menyentuh hati dengan baik akhlah dan budi, aku malu pada kejahilan diri sendiri. Aku tidak pernah memberi apa-apa kepada orang lain. Terlalu beza rasa orang yang banyak menerima dan mereka yang banyak memberi. Bahagia itu pada yang suka memberi. sedang aku gembira menerima. Ya Allah, peliharalah mereka yang pernah h