Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Nostalgia Pesta Buku

2009 Kali pertama aku ke pesta buku. Seingat aku dua kali aku ke sana. Bersama kak Husni dan Masthura. Adegan hilang. Buku-buku yang dibeli. Kenangan manis.  kegemaran aku, bercerita tentang penulis yang ditemui. Aduhai, manisnya...   ****  2010 Kali pertama ke sana, saya bersama teman-teman.. Ada adegan hilang-menghilang,  Hanya dapat Tunas Cipta Mac 2010. Tiada wang dalam poket ketika ini. Kali kedua, saya seorang diri ke sana Terserempak Ustaz Azlan, Mendengar bicara Sofa Putih bersama Faisal Tehrani, Pusing-pusing.. Tengahari aku sudah pulang. Tangkapan hari ketiga.  Aku hanya bersendirian dan berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Lebih ramai penulis. Ditanya kak Salina: "Apa dah jadi dengan penulisan?" Autograf yang bermakna.. :)  Berjalan dari pagi sampai pukul empat petang. PUAS!!! **** KEMBARA KE PBAKL '10 PUSINGAN 2 Buku-buku yang disambar tahun lepas. Alhamdulillah, pemilik diri ini mengizinkan saya menjejakkan kaki ke PWTC lagi. Bersama ene

cinta vs tanggungjawab

Masih jauh perjalanan cinta. Cinta, tidak terlupa memesrainya saban hari. Tanggungjawab, lalai, tidak dipeduli. Aduhai cinta, sedang hakmu terpenuh, tanggungjawab aku tinggal. *** Cintaku pada tulisan, tanggungjawabku menyiapkan kerja kuliah dan hadir ke kelas.  Awak tahu, ketika aku boleh setia mengemaskini status di fb, menulis di blog, menconteng dalam buku, cuba-cuba membaca buku dengan tema berat (walaupun ketika dibaca berbaring, akhirnya lena dengan buku terbuka), aku sering melupakan tanggungjawab hakiki seorang pelajar.  Aku sentiasa ada masa untuk melunaskan kecintaan, namun aku abaikan tanggungjawab. Manakan buku terbuka jika tidak malam peperiksaan. Tidaklah kerja tersiap melainkan dr mengarahkan kerja dihantar esok hari. Aku harus bersyukur apabila laptop yang menjadi kesayangan rosak dan langsung tidak dapat dibuka. Sekurangnya aku mengurangkan masa untuk berada dalam dunia maya dan daerah kecintaan. Ia satu nikmat. Lihatlah sesekali

saksi kau dan aku

kuburan saksi pertemuan dipanggil pulang abadi. lu'luah nur jamilah 2012

senyum

..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain, bukankah itu satu kebaikan. Disebarkan bahagia buat semua, Diberikan gembira seantero dunia, Walau diri apa adanya. Bukan itu yang dikira... ... Melihat daripada jendela terbuka, Dunia luas tanpa hujungnya, Sedang terperuk dijeruk rasa. ~Jamilah Mohd Norddin 2011 *seronok juga berbalas puisi.  kata

Gelas Maksiat

Gelas Maksiat,  Dewan Siswa Januari 2010   Seteguk kuhidup saban malam Sampai habis segelas Maksiat diharung tanpa rasa dosa Kerana aku tak nampak syurga neraka. Segelas Diganda jadi bergelas- gelas Bergelandangan aku bagai Binatang buas Asal nafsu aku puas. Aku corakkan gelas maksiat Dengan lukisan jijik lagi kotor Apa aku peduli? Usia tua masa bertaubat. Satu senja Tertayang gelas maksiat Aku hirup malam dan petang Tak sanggup indera  memandang. Ada insaf Namun Si Pencabut Nyawa menanti Di ubun kepala Tak mampu aku lempar Gelas dosa itu. Hanya melihat Meronta Meminta Rohku dicabut tanpa dilihat siapa. JAMILAH MOHD NORDDIN

Kendi Ilmu

Varsiti (sisipan berita harian) 24 November 2011-30 November 2011 Bertahun menadah kendi, Takah manakah air terisi? Kendi manakan terisi, Andai laku tidak diikhlasi, Hanya pujian didapati, Reda tidak menyertai. Awal perkara itu kasad, Busuk niat, Rosak apa dibuat, Hilang Berkat. Kendi Ilmu biar terisi, Selagi jasad belum dikebumi. Jamilah Mohd Norddin UIAM

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan ]: Pergantungan

*** bergantung, tergantung, menggantungkan diri, tidak beruntung. Saya tidak pandai berdikari terutama dalam hal kewangan. Berharap dan terus mengharapkan orang menghulurkan bantuan. Sesuatu yang diperoleh mudah, payah menghargai. Saya terdengar ini tadi. "teringin saya merasa bagaimana rasanya apabila tiada duit dalam tangan. Saya mahu tahu bagaimana saya menghadapi situasi begitu. Bagaimana saya cari duit untuk makan." Saya tersenyum mendengar kata-kata itu. Mengimbau kenangan ... ketika wang yang ada sudah saya gunakan untuk hal lain, dan yang tinggal dalam poket ... kepingan kertas yang tidak tertulis not-not bernilai. Saya sudah selalu dan selalu meminta wang daripada kakak dan kadang meminjam dengan kawan-kawan. Kadang saya malu. Malu dengan diri sendiri yang selalu menyusahkan orang lain. Air mata menangis tanpa sedar ketika meminta wang daripada mereka. Betapa saya banyak menyusahkan. Memang dengan baiknya orang akan menghulur, namun say

:)

kesakitan nikmat penambah rasa syukur indah sihat. 12.34p.m *********************************************  Ajaibnya sebuah kesakitan. Satu keajaiban daripada berjuta, berbilion keajabaian yang Allah hadirkan dalam kehidupan kita, seorang manusia. Orang sakit tahu apa maknanya kata SIHAT dan SYUKUR. Memang ramai yang mengucap syukur kala sihat, namun ramai yang menadah tangan setelah terlepas daripada kesakitan, meratib zikir kala sakit berperang dalam diri. Indahnya sebuah kesakitan yang Allah hadirkan sebagai teman yang akan menambah syukur dan peluntur daripada banyak peluntur yang bakal membersihkan dosa daripada menghuni hati. Kesakitan yang tidak semua orang rasa dan  hanya insan yang mengalami tahu 'nikmat' kesakitan itu. Lihat, ketika kaki melangkah ke hospital hatta klinik atau pusat kesihatan, yang dilihat bukan hanya wajah mengerang kesakitan, ramai yang mengucap syukur kerana walau sakit, Allah masih kekalkan nafas dalam diri kita. Nafas y

Abi.

Lokasi: rumah. tarikh kejadian: 13 April 2012 - 14 April 2012. A bi seorang pekerja yang bertanggungjawab dalam hal ehwal air masyarakat. Di kampung kami masih menggunakan perkhidmatan air daripada perbukitan nun dalam rimba tanpa bantuan klorin. Sangat sejuk, nyaman, dan kadang diminum begitu sahaja tanpa was-was. Hujan lebat semalam. Bekalan air terputus. Tugas abi ke hutan melihat kerosakan dan membetulkannya. Dalam usia abi sekarang, masih abi tekal bekerja demi anak yang belum menamatkan pengajian dan keluarga. Abi, beliau seorang yang positif. Kadang lucu, dan bicaranya menyuntik hati. Bicara biasa, maknanya luar biasa. Sejak pagi, setelah pulang daripada membeli keperluan harian, abi terus ke rimba memulakan tugas. Aku bertandang ke rumah kakak, bermain-main bersama tiga anak saudara cilikku. Seronok melihat mereka melukis. :) Petang. Aku pulang ke rumah. Abi belum kembali. Kata bonda tiriku, abi tidak pulang sejak ke rimba pagi tadi. Tentu sahaja kerosakan serius memb

sebelum terlupa ...

kata ustaz embun yang hadir di hujung malam, menyejukkan hati. kata-kata dr BNZ dalam kelas RCP hari ini. Wah, semacam memasuki kelas motivasi pun ada. Terima kasih banyak, ustaz. "Berapa ramai yang belajar sekolah rendah. Tidak semua sampai ke sekolah menengah. Berapa ramai yang belajar sekolah menengah namun tidak masuk ke universiti. Hakikatnya, kamu TERPILIH. Bagaimana seorang yang berminda A keputusannya hanya B dan C" "Belakang parang yang diasah pasti tajam. Pisau tajam yang tidak digunakan akan tumpul." "kamu ada peranan untuk membina tamadun Islam kembali. Kita tidak dapat mengubah, namun menjadi agen perubahan. Lihat Barat sebelum ini, yang punya ada sikap, ilmu Islam bukan ilmu kita. Mereka di belakang ketika itu. Kemudian mereka sedar dan mendatangi Islam. Islam mengalukan semua yang mahu belajar. Kemudian mereka di atas. Kita pula ada mentaliti itu. Ilmu barat bukan milik kita. Lalu bagaimana?" "Belajar itu membosankan. Kadang kita p

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Tangisan Kebahagiaan

cari cara untuk senyum. Kata ayah lewat kepulangan saya, pada satu kejadian : “semuanya tertulis di atas sana. Jika tidak jadi begini, cara lain juga akan berlaku.” Haruman desa masih melekat di badan, segar di ingatan yang menumbuhkan senyuman di bibir. Pagi itu, dengan bersemangat saya melangkah ke kelas Reading Classical Prose yang bermula jam lapan pagi. Aura yang dibawa pulang mengubah cuaca dalam diri yang sebelum ini terasa mendung. Kepulangan ini, kepulangan bererti buat diri sendiri. Taufiq, Umairah, Haini, Khadijah, Izzati, Yasmin, Salwa dan saya adalah lapan daripada sebelas pelajar Reading Classical Prose (baca: RCP, belajar beberapa prosa klasik dalam bahasa Arab seperti kisah 1001 malam) yang berlangsung dalam bilik mesyuarat disebabkan kelas belum dibuka. Kebiasaan saya dalam kelas, kedudukan belakang menjadi pilihan hati. Kali ini, kerusi paling depan saya tarik. Aura kampung! Sebelum ini, Umairah berpesan, ustaz meminta kami membaca sebelum kelas dimulakan.

nanti...

Tiba ketikanya aku akan riwayatkan kisha persembunyianku 16 hari daripada menegmaskini sebarang entri dalam manuskrip bawah meja. Kesakitan yang manis. Kepahitan yang akan jadi ubat. Kegembiraan yang mengekalkan senyum. Kepulangan manis. Semuanya... Bukan sekarang. :) Tiba masanya. Masa untuk aku kembali berblogging. Bila diselak-selak entri lama yang tercetak, aku terasa yang lebih manis dan sesuai aku menulis pengalaman aku lewat blog ini. Lebih dekat dengan jiwa sendiri. Sekian, singgah seketika..  Aku akan kembali. Aksara memanggilku pulang. Walau sunyi itu indah. Tulis juga mengubat resah. :)