Skip to main content

.pada jalan sedang dilalui ini.

terus hidup. =]


Jika diberikan pilihan tentulah aku mahukan yang ceria-gembira-ria-senang sahaja dalam hidup. Lepaskan segala kesedihan jauh-jauh dan tiada air mata yang mengiringi perjalanan aku meniti hari.

Tetapi kanvas kehidupan yang tercoret akan hanya jadi dua warna. Hitam dan putih. Dunia hilang serinya jika hanya ada dua warna itu. Lalu warna pelangi yang menjadi latar hidup kita menjadi saksi bahawa kehidupan hanya memberi erti setelah kita menjalani hari dengan penuh erti.

Dalam duka ada makna.
Dalam ceria ada cerita.
Dalam semuanya ada janji Allah.

Menangisi sebuah kegagalan tidak dapat mengubah gagal menjadi mumtaz jika tidak berserta usaha. Takdir Allah bukanlah yang kita mahu sahaja namun sungguh apa yang Allah berikan kepada kita itulah yang terbaik.

Dan aku mahu peringatkan kepada diri...

Baru aku tersedar akan sesuatu hari ini. Memori hari ini mahu aku pahatkan di sini. Betapa sebenarnya kakak-kakak mengharapkan adik-adik mereka melanjutkan pelajaran setinggi boleh. Sesungguhnya seorang ayah akan gembira apabila anaknya menjadi orang berjaya.

Apa yang berlaku tadi menjadikan aku tersentak daripada dunia yang aku bina sendiri. Aku hanya fikirkan perasaan orang lain, tanpa aku pedulikan apakah sebenarnya ayah, mak cik dan kakak-kakak rasa. Apabila aku rasa mahu berhenti belajar, aku senang-senang lontarkan buku ke tepi dan tenggelam dalam dunia sendiri. Apabila duit PTPTN aku sudah aku habiskan dengan membeli buku, aku senang hati meminta duit kepada kakak-kakak walaupun hujung bulan. Apabila aku tidak mahu pulang ke kampung, mana ada ruang aku adakan untuk hubungi Ayah.

Betapa seorang Ayah tentu sentiasa harapkan anaknya selamat dan belajar baik-baik. Tidak main-main.

Seandainya ayah tahu apakah yang aku lakukan ketika di bumi UIAM itu...

Tentu ayah kecewa.
Mesti ayah tidak senang.

Benar.

Masaku banyak main-main walaupun minggu peperiksaan.
Hariku dilalui mengikut hati.
Maluku tiada untuk menyusahkan mereka.

Sungguh.

Baru aku tersedar hari ini yang sesungguhnya ayah mahu anaknya ini berjaya. 2013...

Hanya saat ini aku tersentuh yang kakak aku sentiasa akan cuba mengadakan wang apabila aku meminta. Sungguh, aku hanya tahu meminta tanpa pernah aku bertanya bagaimana situasi kewangan mereka..

=(

Nota Sebelum Titik:"seorang ayah tidak berkisah bergolok gadai demi anak, tetapi bagaimana anak itu?"

coretan hati,
11.04pm/29.11.2010
Qamar Jamilah.
Taubat seorang hamba.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub...