Posts

Showing posts from 2010

Derma.

Image
Sejak di CFS saya teringin untuk menderma darah. Namun setiap kali ada sesi menderma saya jadi gementar. Sedangkan badan sihat walafiat.

Gembira mendengar khabar kawan-kawan yang menderma darah..

teringin.

Tapi takut.

Lama saya simpan hasrat itu. Namun setiap kali ada panggilan derma darah saya tidak berani.

Minggu ini ada lagi. Saya juga kebetulan punya kelas di Masjid. Tempat untuk menderma darah di perkarangan masjid juga.

Selasa. Ainul katakan mahu temankan namun saya tolak.

Rabu. Terfikir-fikir untuk menderma. Jika tidak sekarang bila lagi. Bukankah jika benda lain tidak mahu diderma cukuplah dengan menderma darah?

Khamis. Selesai kelas Tilawah.

"Ainul, jom teman kami derma darah."

Daftar, akhirnya layak untuk menderma.

Ketika sedang diperiksa tekanan darah.

"kamu nervous ke?"

Haha, mana tidaknya saya nervous. Saya memang begitu sudah. Sedikit sahaja sudah nervous. Bagaimana ya mahu kurangkan rasa nervous tu?

Wah, ambil masa setengah jam juga untuk penuhkan satu kantung dar…

.Dia Yang Menggerakkan Hati.

Image
Dia bangun pagi bukannya untuk solat Tahajud tapi makan. Sangatlah tidak senonoh manusia ini. kata orang bangunlah di awal pagi supaya pintu rezeki terbuka lebih luas dna kita dapat menghirup udara segar. Entah perasaan apakah yang telah menghasut dirinya hingga terjaga sahaja pagi terus bangkit daripada katil. Mujur sahaja tidak terjun daripada katil yang letaknya di tingkat atas itu.



"Ah, malasnya mahu ke kelas."



Oh, perasaan jahat sudah mula menyelubungi dia. Selesai makan roti sandwich berintikan tuna, dia termenung. Sehelai demi sehelai dikeluarkan lalu diconteng... Akhirnya penuh tiga muka surat. Solat Subuh belum pula dikerjakan.



"orang baik tunaikan solat di awal waktu."



Sejuknya mahu ke bilik air. Leka melayan perasaan sambil menconteng kertas. Bukannya dia pandai melukis, hanya conteng dan conteng. Akhirnya sudah 6.30 pagi barulah bergerak ke bilik air.



Menconteng lagi hingga akhirnya terlena setelah usai mandi. Almaklumlah kelas bermula setiap hari jam 8 dan …

.AGM Ma'ruf Club.

Image
Semalam perjalanan yang panjang untuk mencari tiket. Dalam kelas bersemangat sebab petangnya akan ke Stesen KTM Kuala Lumpur untuk mencari tiket. Saya perlu mendapatkan tiket awal sebelum fikiran saya berubah kepada TIDAK MAHU BALIK RUMAH. Apa sekalipun saya mahu pulang kerana merasakan yang locker saya makin sesak dengan buku-buku yang tiada kaitan dengan pelajaran.



Oh, sangatlah tidak bagus apabila tujuan pulang bukannya yang utama untuk bertemu ayah, mak cik dan keluarga tetapi untuk membawa pulang buku. Ya, mahu juga saya melihat anak-anak saudara yang akan ke sekolah.



Hm, usai kelas terus bergerak ke destinasi dengan diri sendiri. Mesej dia bertanyakan ada apa-apa yang mahu dipesan. Tidak mahu dimarah lagi sebab keluar senyap-senyap.  Jangan marah..



Selesai mendapatkan tiket pergi balik ke Kulim dan Kuala Lumpur saya bergerak ke Mydin.



Sudahlah! Apabila saya berbelanja seorang diri memang saya capai apa yang mahu dicapai terutamanya alat tulis. Entahlah! Saya suka membeli buku tulis,…

tidak dapat bertenang.

Image
Kisah ini kisah semalam. Ya, sekarang saya menulis kisah yang sudah berlalu. Almaklumlah saya hanya berkesempatan menulis apabila berada di tempat-tempat yang punya internet. Semalam saya mahu menulis namun internet di CC Safiyyah punya masalah lalu saya pendam hingga hari ini.



Ya, saya mahu menulis juga biar terlepas rasa itu...



Kisah semalam. Semalam yang saya ingat. Semalam yang saya dapat lihat dia tersenyum. Semalam yang buat saya takut. Semalam yang buat saya menangis dalam bilik air.



Ah, kisah semalam...



Petang kejadian ini berlaku. Ketika saya melihat dia berkayak. Seperti biasa saya tidak mahu menyertai apa-apa aktiviti dan melihat hanya daripada jauh. Walaupun saya tahu ia sesuatu yang mengujakan kerana ia perkara baru yang perlu saya cuba.



Sebelum itu, saya melihat dia bersama mereka. Saya diam. Saya sangat diam kerana saya sangat segan dengan mereka.



Subhanallah.



Saya ini alien yang bersama mereka. Saya malu sangat-sangat. Melihat bicara mereka, perawakan mereka yang isla…

Tiada Apa Yang Tinggal.

Image
Apakah yang perlu disesalkan pada masa yang berlalu sedangkan hari ini sepatutnya saya lalui dengan penuh kesyukuran. Siapakah yang dapat menduga hari ini memang masih ada untuknya. Siapakah yang dapat menjamin saya tidak akan mati hari ini? Semuanya ada dalam perkiraan Allah sedang saya manusia biasa yang sering terlupa yang sebenarnya saya seorang manusia.



Baik, sebenarnya saya tidak ada cerita yang mahu dikongsia justeru saya biarkan akal, hati dan jemari bekerjasama menjadi sebuah tulisan yang entahapaapa. Saya memang tidak pandai menulis.



Saya tahu saya bukan manusia baik. Namun adakah manusia yang tidak baik selamanya menjadi tidak baik. Oh, saya jarang berada dalam dunia realiti dan membuat sesuatu yang biasa dilakukan oleh seorang manusia.  Bolehlah dikatakan saya seperti seorang alien yang datang dan tidak memahami fungsi seorang manusia lalu saya bertindak sesuka hati saya. Ya, saya buat apa saya suka dan tinggal apa yang saya tidak suka. Titik.



Sesungguhnya keinginan untuk men…

Pesta Buku Kanak-Kanak 2010 PWTC

Image
Ini cerita semalam. Kisah manusia bernama saya dan dia. Kami ditakdirkan bersama-sama ke Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010. Semuanya berlaku tanpa dirancang dan mengikut gerak kaki.



Paginya, selama tiga jam bertapa untuk belajar 'Arud. Sungguh saya bukannya dapat semua yang ustaz ajarkan itu. Semakin hari makin payah mencerna perkara yang diterima akal dan kadang menjadi lambat respon. Orang katakan perkara lain saya faham lain. Akhirnya berlaku salah faham.



(selingan rapuan)



Malas mahu bercerita.



Berjumpa dengan Imaen dan seorang lagi penulis Jemari Seni, Bahruddin Bekri, Ustaz Zahiruddin Zabidi, Kak Noor Suraya..



Haha, maaflah, saya teruja dan 'lupa daratan' sikit apabila bertemu dengan para penulis yang kenal wajah mereka itu. Ketika itu dengarlah saya celoteh itu ini.



Okey, biarlah gambar ini yang bicara.









































Berada di sini memang membuatkan saya sedikit gila dengan banyaknya buku di gerai PTS. Haha, saya tidak terasa sudah mahu membeli novel. Seronok juga baca buku untuk…

penulis dan politikus.

Image
Saya perasan perkara ini namun saya tidak tahulah adakah ia satu kebenaran yang tertulis atau hanya saya perasan begini.



Suatu hari, ketika kelas modern poetry class ustaz mengatakan yang dia tidak suka bidang politik. Ustaz ini merupakan seorang penyair zaman moden kerana beliau ada diwan sendiri.



Saya pernah membaca sedikit tentang Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang pernah menjadi wakil rakyat namun rasa saya tidak lama...



Saya melihat senario seorang politikus dan seorang penulis itu adalah dua dunia yang berbeza.



Jarang dilihat seorang penulis yang menjadi politikus (mungkin ada)



Dan seorang politikus yang sangat pintar menulis.. (lainlah bercakap.)



Saya sendiri secara jujur walaupun kadang suka melihat senario politik negara kadang menjadi rimas dengan dunia politik yang terasa tidak kena dengan diri. Mungkin bagi orang lain saya seorang yang lari daripada perjuangan dan MALAS serta TAKUT, namun saya tidak dapat bertahan.. Entahlah.



Seorang penulis boleh menulis tentang politi…

Perihal Syair.

Image
Hari pertama dalam kelas 'Arud wal Qafiyah. Permulaan yang baik sebenarnya apabila saya belajar sesuatu yang belum pernah saya belajar sebelum ini. Sebelum ini hanya sekali dua mendengar kalimah 'Arud namun belum pernah tahu apakah isinya.



Panjang lebar ustaz terangkan tentang keistimewaan syair yang menyebabkan syair itu kekal hingga hari ini. Lihatlah, manakah yang lebih kita senang ingat? Puisi dan lagu atau cerpen dan novel? Pasti jawapannya puisi/syair/lagu.



Cuba lihat, syair yang ditulis ketika zaman Jahiliah masih kita nikmati hari ini kerana walaupun masyarakat ketika itu tidak tahu membaca dan menulis, mereka mudah untuk mengingat syair itu. Mungkin sahaja memang keistimewaan masyarakat dahulu yang dikenali sebagai mereka yang tajam akalnya, namun lihatlah pada sihir yang ada pada syair hingga mampu membuatkan para pendengar menangkap bait yang diucapkan penyair walaupun hanya dengan sekali ucap.



Subhanallah.



Kerana itulah mereka terpesona dengan ayat-ayat al-Quran yang m…

Cerita Saya Hari Ini.

Image
Apabila ada terluang akan saya contengkan sesuatu untuk kepuasan diri sendiri. Bersyukur sangat sudah potong broadband sebenarnya sebab saya tidaklah terlalu asyik berada di alam maya. Akhirnya saya ada masa untuk berada dalam dunia realiti. Bayangkan jika saya bersama broadband itu, tentunya saban hari dan masa saya singgah di alam maya hingga enggan kembali ke alam realiti.



Tadi petang saya ke Ong Tai Kim untuk membeli charger untuk laptop IBM itu, malangnya tiada. Almaklumlah, laptop versi 90-an bukannya edisi terkini. Jalan seorang diri dalam keadaan diri sedikit cuak sebenarnya. Saya jalan seperti bukan seorang gadis sudah. Hanya menuju tempat biasa membaiki laptop dan bertanya keadaan charger saya itu. Apabila jawapannya negatif saya terus pulang setelah membeli coklat. (haha, perlukah saya cerita? Biarlah.)



Saya berharap adalah chargernya jika dicari di Low Yatt. Bukannya sayangkan sangat laptop namun isi dalamnya membuatkan saya menangis jika hanya ada dalam itu.



Gambar kenangan …

.

duit dah masuk,
Senarai kena buat.

Utamakah yang utama.

Jangan ulang semester lepas!

Kamu boleh.

Wajib Yang Rasa Berat.

Image
Dalam kelas bahasa Melayu selalu disuntik dengan kata-kata dan cerita cikgu Roslimna. Sungguh rasa jadi  asyik mendengar cerita-cerita dan perkongsian cikgu.

(maaf cerita sedikit bercelaru, hanya tulis yang terlintas di kepala.)

Hari ini ketika bercerita tentang kenapa kita perlu berkomunikasi, saya tertarik dengan kisah cikgu semasa bekerja di Sekolah Menengah.

kata cikgu, cikgu selalu dapat kelas hujung (huh, macam kelas saya dulu). 

Okey, ceritanya begini..

Kita tahu kan banyak benda yang wajib dalam kehidupan kita. Tidak terhitung...

Termasuklah belajar dan solat.

Pernahkah kita rasa seperti malas mahu solat? Macam solat itu berat? Seolah-olah kita ambil banyak masa untuk solat.

Astagfirullah...

Sedangkan ketika menjelang peperiksaan ada seorang budak cina bertemu cikgu dan katanya minta pada Tuhan Cikgu untuk bagi saya berjaya dalam peperiksaan.

Lihat! Adakah anak Melayu yang begini?

belajar pula. Bukankah itu suatu kewajipan pada kita?

Selalukah rasa malas mahu belajar? Seperti sangat bera…

cik anon dapat duit

Image
Dalam kepala sudah terbayang buku-buku yang mahu dibeli.



Wayar komputer yang perlu diganti baru.



Itu ini... Ah, semuanya macam tayangan wayang gambar dalam kepala.



TETAPI.

Selesaikan hutang, hutang dan hutang kepada kawan,
Bayar yuran semester ini.
Beli buku pelajaran.
Simpan dalam Tabung Haji.
Beri pinjam kepada Kak Su?
Cik Anon, sebelum kamu gunakan duit itu untuk tujuan lain, maka ingatalah lima perkara yang tercatat di atas. Jangan bermimpi mahu beli itu ini jika yang itu sahaja belum selesai lagi.



Tidak salah mahu membeli buku, namun jangan lupa janjimu, mahu membeli buku bahasa Arab bukannya novel. Ada lagi buku yang belum kamu belek. Buat apa ada banyak duit namun tidak pandai gunakan.



Hm, benar saya pandai menguruskan wang dalam jumlah yang kecil bukannya dalam jumlah besar.



Sekian.



Contengan Jamilah pagi ini.





Berhemahlah.

9.57p.m, 22.12.2010

ITD, Taman Ilmu dan Budi. 

muncul lagi.

Image
Semalam,
Hadirnya kamu membuatkanku tersenyum,
Kala kau ada,
Aku ria,
Bila kau  terselindung,
Aku durja.

Alhamdulillah,
Semalam kau masih ada.

Aku bahagia.

Kisah Seorang Perempuan Yang Terlambat Ke Kelas.

Image
Budak ini tidak bernama atau lebih mudah dipanggil anonimus. Hari ini dia ada kelas pada jam 3.30 petang setelah kelasnya untuk sesi pagi berakhir pada jam 12.40 tengahari.



Sampai sahaja di kamar dan makan, matanya mula layu. -Peringatan! Lebih baik kurangkan makan apabila ada kelas sesi petang. Ia boleh menjadikan anda mengantuk.



Lena punya lena, alarm pada telefon bimbit berbunyi.



"Sedapnya tidur." Syaitan berbisik di telinga hingga membuatkan dia kembali lena.



Sambung tidur.



Tersentak. Pandang jam. 3.25 petang. Sedangkan kelas akan bermula pada jam 3.30 petang. Sudahlah kelas letaknya di hujung dunia   penjuru universiti.



Bersiap ala kadar.



Sarung baju dan tudung.



Terus capai beg. Hanya bawa apa yang tercapai.



Langkah laju-laju. Hilang kesantunan gadis melayu.



Ada pula orang menegur di pertengahan jalan.



Berhenti sebentar.



"bla,bla, bla.." Terus berjalan dengan laju. Nafas yang makin pendek tidak dihirau.



Edu LR 4.



Ketuk pintu.



"Assalamualaikum." Muka toya. Beri sala…

ISLAM: SEJARAH NATRAH DAN MELAYU.

Image
Alhamdulillah, Allah lapangkan kaki saya untuk melangkah ke Maktabah al-Hikmah pagi ini bagi mendengar ceramah Datin Fatini Tentang Peristiwa Natrah. Bukan sekadar sebuah cerita seorang individu namun kebangkitan orang Melayu kerana adanya peristiwa yang melibatkan Natrah.



CINTAMU NATRAH

Duka tidak tertahan

tangis tidak terhenti

resah tidak menjanjikan

bahgia nan abadi



Sinar di hujung mimpi

mentari terus menyepi

mengharap suatu yang tak pasti

terhimpunlah pasrah dihati



Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami

Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

tapi dirimu terpenjara

Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami

sedang kami bebas merdeka

Moga yang ada kini

tak diulit mimpi lagi

Moga yang ada kini

tidak lagi menyepi



Kini kau telah pergi

tidak akan kembali lagi

derita dan lara cintamu

memahat kenangan sedih.



Puisi: Fatini & Ahmad



Lagu: Ahmad Ramli

[sumber: blog Ahmad Ramli]

Datin memulakan kata-katanya pagi tadi dengan lagu Cintamu Natrah ini. Justeru saya mulakan penulisan ini juga …

..buat-buat tidak nampak...

Image
Tutup mata sahaja dan buat tidak nampak pada kumpulan buku yang ada depan mata. Musim krisis ekonomi apabila PTPTN lambat masuk adalah duduk diam-diam dan jangan pergi ke mana-mana kedai buku. Biar teruja mana sekalipun, pandanglah hanya daripada jauh. Paling canggih dekatilah dan hanya ambil baunya dan hidu aroma buku itu.



Ah, terasa sakit juga tiada pitis dalam tangan sedangkan minggu ini ada deretan kedai buku yang dibuka di Taman Ilmu dan Budi ini. Bagus juga tiada duit kerana saya hanay pandang daripada jauh dan buat tidak nampak pada buku yang aku suka sekalipun. Sudah lupakah ada berkotak buku yang kamu belum baca?



Sebenarnya baca buku lebih penting daripada membeli buku. Maktabah itu ada banyak buku yang tidak terbaca. masih suka membeli buku lagi.



Jadi minggu ini saya hanya akan buat tidak nampak pada deretan buku yang ada dalam Taman Ilmu dan Budi ini.



=)








Perasaan.

1.28p.m/21.12.2010/ITD

Taman Ilmu dan Budi

Adakah Kau Ingat?

Image
Rasulullah itu selangnya antara lapar dan kenyang, Pernah diikat batu pada perut menahan kelaparan, Kata sahabat kami lapar, Lalu diunjukkan perut yang diikat batu. Subhanallah! Pada Rasulullah dua biji batu diikat pada tali pinggangnya, Betapa Rasulullah tidak mengeluh!
Sedang kita!
Makanan penuh meja, Makan sentiasa ada, Masih belum bersyukur, Alhamdulillah kadang lupa.

Keberkatan Guru.

Image
"Ketika guru mengajar lihat pada gerak bibir guru itu dan lihat apa yang beliau perkatakan. Di situlah adanya keberkatan".-ustaz isfandiya, ustaz Tilawah II yang sangat baik.

Hm, kerana itulah jika belajar talaqqi dengan guru lebih mudah terhadam daripada duduk di penjuru dinding ketika dalam kelas. Dalam kelas duduklah depan!  Kata orang lagi dekat dengan guru lagi cepat ilmu masuk. Yang duduk belakang dapatnya tempias sahaja.

Curi masa, asal ada perkongsian./ 21.12.2010/10.06a.m/ ITD Taman Ilmu dan Budi

Motivasi Dalam Kelas.

Image
Hari ini bertempat di CELPAD Lab 3 merupakan kelas bahasa Melayu kerjaya saya yang pertama untuk semester ini. Setelah saya gagal menghabiskan subjek ini dua semester yang lalu, saya memulakannya kembali.



Cikgu Roslimna.



Saya tidak pernah mengenal susuk cikgu ini.Namun, subhanallah.. Setiap katanya bagai tertusuk dalam diri hingga membuatkan saya tersenyum dan terasa sendiri. Gayanya yang bercerita bagaikan seorang kakak yang memberikan nasihat kepada adik-adiknya..



Saya suka cara cikgu menyampaikan pengajarannya. Alhamdulillah. Maka, suka benar untuk saya kongsikan bersama-sama intipati yang saya belajar pada hari ini.



Bagaimanaa menjadi individu menarik?

Cara berjalan.
Berjalanlah dengan postur yang menunjukkan keyakinan diri dan bukannya bongkak mendada.Senyum.
Senyuman itu perlu hadir daripada hati. Apabila kita tersenyum ikhlas daripada dalam diri, maka yang menerima juga akan merasa gembira dengan senyuman kita. Begitulah jika kita melemparkan senyuman sinis. 
Kenapa Rasulullah katakan …

.pelangi.

Image
warnakan hidup, Biar seperti pelangi, Bukan hanya hitam putih.

.Berangan-angan.

Image
Saya tidak akan berhenti memasang angan-angan kerana satu tahu angan-angan itu percuma dan tidak perlu dibayar walau sesen pun. Jadi rasa saya tidak salah untuk saya terus mengukir impian selagi saya masih berdiri sebagai saya.

Saya tahu yang saya banyak kali terjatuh dan terjatuh lagi dalam lubang yang sama. Namun saya masih percaya yang saya belum kecundang selagi saya ada rasa percaya dengan diri saya.

Justeru saya akan terus menanam tekad untuk bertahan selagi saya bergelar seorang pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Saya tahu selagi saya positifkan diri saya akan dapat juga mencapai apa yang saya ingini.

Saya ini walaupun bukan seorang sahabat yang baik apatah lagi teman sebilik yang baik, saya harapkan ada sinar dalam perhubungan kami. Saya kasihan juga melihat sahabat saya yang saya tinggalkan, namun saya berharap sahabat saya masih sudi menerima saya dalam dirinya. 



Saya sentiasa percaya yang setiap cita-cita yang besar bermula hanya dengan sebuah angan. Mungkin pada mulanya ia hanya …

Allah sudah menjemput Mas Afzal.

Image
Tamatnya perjalanan seorang yang bernama Mas Afzal, Sungguh saya tidak mengenal beliau, Hanya membaca kata-katanya yang memberi inspirasi,  Namun ketabahannya melawan kanser menyedarkan saya, Kehidupan ini adalah pinjaman yang perlu dimanfaatkan, Sampai masa Allah menarik pinjaman itu.

Al-Fatihah buat Mas Afzal. [boleh baca catatan beliau dalam blognya di sini.]

Berita tentang pemergian beliau catatan seorang blogger tentang Mas Afzal boleh dibaca di blog joegrimjow.

Sesungguhnya setiap manusia pasangannya kematian... Innalillah buat beliau.

Kembara beliau tamatlah sudah. Kita bilakah masanya? Tiada siapa tahu tarikh ajalnya...

Saya Biarkan Kata Bebas Tertulis.

Image
Saya tiada teman untuk bersembang, justeru saya hanya menconteng di sini. Walaupun saya sedar tiada yang membaca sekurangnya saya puas dapat bercerita apa yang saya mahu katakan.



Semalam, kakak saya telefon mengkhabarkan satu perkara. Saya terkedu. Mahu saya selesaikan masalah itu sendiri.



Alih-alih, hari ini kakak itu menelefon lagi dan mengatakan yang dia mahu meyelesaikan masalah itu bagi pihak saya.



Saya terdiam.



Ah, saya rasakan yang makin hari saya makin menyusahkan orang sekeliling saya. Saya tidak gembirakan keluarga dengan keputusan semester lepas saya. Saya sudah menambah beban atas bahu mereka.



Kadang, saya terfikir, adik apakah saya ini? Anak bagaimanakah saya ini?



Dengan keluarga sendiri saya gagal memainkan peranan. Kerana itu saya sangat takut dan tidak berani terjun dalam dunia persatuan dan sosial. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya tahu saya bukan seorang yang berani kerana tidak membuang perangai ini walaupun saya makin tua.



tetapi..



Entahlah.



saya tidak tahu bilaka…

Saya Tidak Pandai Menulis Haiku.

Image
Sudah besar begini barulah saya dengar tentang haiku. (nampak sangat kurang membaca.) Kemudiannya saya cuba membaca tentang haiku.

Haiku terkenal dalam kalangan masyarakat Jepun. Perkataan yang digunakan berkait dengan alam dan musim sepanjang tahun. Ia seperti sajak pendek. Biasanya tiga baris. Tidak menggunakan tatabahasa yang betul.

Bagi penulis haiku adalah perkongsian pemerhatiannya dengan pembaca. Bagi pembaca pula, dengan membaca haiku mereka bukan hanya membaca pengalaman penulis namun mengimbau kenangan sendiri.

Mahu tahu lebih lanjut tentang haiku, google sahaja..

















[contoh haiku hasil carian di Deviantart.com]



Contoh haiku dalam bahasa Melayu.

oleh: TabirAlam:



 "hujan tengkujuh 

 gunung yang kian lembut 

tidak berjumpa". 



[saya salin daripada sini.]



oleh Halela:



Kumpulan sadin

berkejaran di langit

egonya tinggi.


[sumber; sini]



Baca kata penulis muda ini, Zulfazlan Jumrah tentang pengalamannya menulis haiku.



Bolehlah mencuba menulis haiku jika mahu menyusun idea-idea supaya terikat dengan…

OIC Intervarsity Debating Championship 2010

Image
Hari ini saya buat pertama kali -walaupun sudah dua tahun di Taman Ilmu dan Budi- menonton pertandingan debat yang dianjurkan oleh IIUM dan OIC. Terima kasih untuk Kak Husni kerana mengajak saya ke CAC hari ini. =] Suka, suka, suka! 



Pertandingan Akhir ini melibatkan tuan rumah -IIUM- dan wakil Bangladesh -saya tidak ingat nama uniersitinya- dan menyaksikan IIUM tumbang kepada wakil Bangladesh.

Namun IIUM tetap membawa pulang piala bagi peserta terbaik keseluruhan melalui wakilnya, Khalidah Nazihah, pelajar Tahun Akhir Bisnes yang merupakan antara pendebat terbaik IIUM.  Baca tentang beliau di di blog ini. Dua orang lagi ialah Meor Alif, pelajar Sains Politik dan seorang lagi pelajar luar negara yang saya lupa namanya.

Ah, saya bukannya pandai menonton debat-debat begini. Kiranya dapat juga saya pengalaman baru hari ini apabila saya berpeluang menyaksikan pertandingan ini. Suka benar melihat orang dengan penuh keyakinan bercakap.



Mungkin nanti dan nanti saya berpeluang menyaksikan de…

tersenyum mendengar kalimah syair.

Image
Apabila kita dihadapkan dengan sesuatu yang kita suka, tidak perlu dipaksa-paksa bibir secara spontan mengukir senyum ria .Disebabkan hati bahagia mendengar kalimah 'syair' saya bisa tersenyum sendiri kala ustaz menuturkan kalimah ini ketika dalam kelas 'Modern Poetry texts' dan 'traditional critism'.



***

Saya bukannya faham semua apa yang ustaz lafazkan, namun sedikit sebanyak saya belajar juga tentang syair. Malangnya, saya belum cukup kriteria dan punya kekuatan untuk menulis syair. Kata Ustaz Nasr El-Din, untuk melengkapkan diri untuk menulis syair perlu belajar 'arud wa qifayah'. Saya belum belajar dan takut untuk mengambil subjek ini sebenarnya.



kata ustaz Omran, untuk belajar syair sepatutnya dimulakan dengan zaman sekarang [asr al-hadith] bukannya zaman jahili. Apakah itu zaman Jahili? mereka bukannya jahil daripada segi ilmu pengetahuan lantaran mereka pakar dalam bahasa dan syair mereka mantap, namun mereka dikatakan Jahiliah kerana mereka tidak …

surat peguam sampai rumah.

huwa..
dapat surat daripada peguam sebab tak bayar duit bb tu.
Ambik aku kena sebijik.
ish.
takut dan cuak sebenarnya,
tapi maintain senyum.

tulip itu akan terus mekar.

Image
Apabila saya lihat kanak-kanak ini, saya membayangkan yang sayalah yang berdiri di situ dan memetik kuntum-kuntum tulip yang kelopaknya menggiurkan hati saya itu. Benar kuntum tulip itu seperti hanya bunga biasa yang entah mengapa saya jadi sangat tertarik untuk terus dan terus menatapnya. Ada sahaja gambar tulip seperti mahu simpan simpan semuanya dan jadikan koleksi saya.

Tulip mungkin hanya bunga biasa bagi orang lain namun saya tidak! Saya lebih senang dengan kuntum tulip ini walaupun  mawar dan rose itu lebih harum, bunga-bunga lain lebih cantik.. 

Ya, saya suka melihat kuntuman tulip itu.



Tidak kisahlah walau apa sekalipun warna kuntuman tulip itu tetap akan saya tatap dan minati. Benar sesungguhnya saya sudah menggilai kuntuman-kuntuman ini.. Subhanallah...  

Saya tahu, kuntuman tulip ini bukanlah setanding mawar, kemboja, cempaka, melur, melati dan semua jenis tumbuhan yang ada di Malaysia...

Saya sayangkan kuntuman tulip ini.. Biar bagaimana keadaannya, walau apa pun rupanya..

=] 





Doaku...

Impianku,
Satu hari kelak,
Dapat diri melihat anak ini petah berbicara,
Pandai membaca dan menulis segala,
Baik akhlaknya,
Pemurah dirinya,

Anak saudaraku,
Zamanmu kelak bukan seperti Acu,
Dindingkan diri agama dan ilmu,
Selamat selalu.

Bingkisan Acu untuk Syafiqah,
15.12.2010/9 Muharam 1432.
IIUM, Gombak.

mula pecut.

kelas dah mula,
Tunggang terbalik nak faham apa lecturer kata.

Chaiyok! Jamilah kena teruskan selagi kaki boleh emlangkah.

Hoyeehh,,

6.33p.m/15.12.2010/dalam laut

:Benarkah Saya Serius?:

Image
Dalam kelas ustaz ulang sekali lagi, Perlu fikir dalam bahasa Arab, kamu pelajar bahasa Arab.

bahasa itu perlu dipraktis bukan hanya takat baca dan tulis!



Dush! 

Terasa kena ketuk di kepala.

nak belajar bahasa Melayu, cakap bahasa Melayu, fikir bahasa Melayu.

Kamu pelajar bahasa Arab, bahasa al-Quran.



bagaimana?

Timbul di ingatan secara spontan, benarkah saya serius belajar bahasa Arab? Sedang Nahw dan Sorf seakan menjadi subjek fobia saya, Pernah saya katakan,  habis subjek Adab saya mahu lari.

Terfikir saya, Bertahun saya belajar bahasa Arab, Agaknya keberkatan itu langsung tiada, lantas saya sepertinya tidak belajar apa-apa, Dalam kelas menjadi pendengar bisu, Kadang faham kadang tiada.

Saya masih ada rasa, Mendengar kalimah syair dan qasidah seakan satu ubat pula buat jiwa, Yang bisa buatkan saya senyum sentiasa.

bagaimana jika saya tidak faham sebenarnya apa yang saya baca. Saya mahu menjauhi nahw dan sorf yang menjadi tunjang bahasa Arab.

benarkah saya serius untuk belajar adab…

Hlovate Kembali...

Image
Oh, Ini buku baru Hlovate yang akan diterbitkan ketika pesta Buku Kanak-Kanak Kuala lumpur 2010 minggu depan.

Ini buku kana-kanak.

Tidak salah kan orang dewasa juga membacanya?