Skip to main content

Posts

Showing posts with the label diari Ramadhan 1433

Kucantum Perca Catatan Yang Tertinggal ...

Terketar jemari memulakan kembali Kutinggal saat desa aku datangi Penulisan itu dunia tidak aku ketepi. Kini aku kembali, Di sini. Ramadhan meninggalkan kita tidak kembali tahun ini. Syawal berlalu kini. Usia 23 aku jejaki. Sambutan merdeka meninggalkan hari. Semester baru bermula lagi. Sesi 2012/2013. Semoga tercapai hajatku grad pada 2014. Terlambat? Ya, sudah ramai sahabat dan temanku yang bakal graduasi tahun ini dan tahun hadapan. Tidak mengapa. Perlahan aku berjalan, semoga sampai akhir ke hujungnya. Simple. Aku seorang manusia yang menjalani kehidupan dengan mudah. Ada ketika aku sendiri suka ambil mudah dan memudahkan perkara. Memandang enteng mungkin baik pada sesetengah perkara namun tidak elok untuk sesetengah hal. Cuti? Nampaknya aku bercuti sendirian juga di rumah. Kakak-kakakku nan berempat semua punya sudah punya keluarga dan urusan masing-masing. Tiga minggu itu tidak lama, kan? Aku hanya sibuk melakukan rutin cutiku .. Cari barang untuk dibaka...

Ramadhan nan manis

1 Ramadan datang. aku tersenyum, langit tersenyum. Petang 1 Ramadan nan ceria. saban petang punya ceritera berbeza, bagaimanakah mentari berlabuh hari ini? -5 Ramadan 1433 Saban senja, aku sering menjeling mentari yang akan beradu. Serakan warna oren dan biru yang bergabung ... memberi damai. " pada pengakhiran sebuah senja, matahari masih setia munculkan diri " pagi 11 Ramadan, saat aku berpagi-pagi di luar, mentari bangun pada mulanya segan-segan dan akhirnya penuh. Hanya seketika, awan bertukar mendung, angin mendesir damai, dan awan kembali mendung... -pagi 11 Ramadan yang manis. fasa kedua, bagaimanakah dirimu, wahai pemilik jasad?

Tamat & Bermula

20 Julai 2012. Sepurnama daripada hari ini genaplah kembara 23 tahun sebagai kelana di bumi nan luas ini. Bak kata ustaz, 20-an ini sudah melalui 1/3 daripada kehidupan. 1/3 itu banyak bahaginya. Bagaimana, apakah dan adakah tertunai takfilan yang tertanggung pada bahu? *ada keinginan saya mahu menulis 30 kisah menjelang 20 Ogos 2012.* Hari ini tamatlah dan booth P3 sudah selamat melabuhkan tirainya.  Seminggu terlalu pantas dalam semester pendek dan saya amat cinta  pada semester pendek ini. Lebih bermakna dibanding semester panjang yang ada banyak masa untuk berangan. titik. 1 Ramadhan 1433, Selamat datang kekasih bernama Ramadhan Terbukalah pintu kerahmatan seluasnya, tinggal diri, sediakan diri menempuh keindahannya. Bukan fikir juadah berbuka sahaja. *pesan buat diri* Sorof. Setelah dua kali membentangkan tajuk yang berlainan, hilanglah debar di dada. Hanya Allah tahu gentaran tangan ketika saya ditugaskan membentang tajuk 'hamzah' Khamis yang lalu. ...