Skip to main content

Posts

Showing posts with the label [cerita baharu]

Catatan Pendek Sela Masa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 1 "Kerja apa sekarang?" "subeditor," "belajar di mana sebelum ni?' 'SPM ja. :)' Terdiam. Pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas atau di mana-mana. ;) 2 "Dua nikmat yang sering dilupakan: -sihat -masa lapang. *Allah, berikanlah kebaikan pada mereka yang sedang diuji. Hanya Engkau mengetahui rahsia segala sesuatu... Tidaklah kau uji selain mereka yang mampu!-19.12.13 3 Ialah dan adalah- dua rumus yang sangat tidak dikuasai... 4 Menerima e-mel atau mesej daripad kolumnis juga boleh membuatkan seorang editor tersenyum sendirian -19.12.13 5 Tidak ada yang membunuh kreativitimu melainkan dirimu sendiri. -9.12.13 6 Sampai masa, kau harus kembali terbang. Sebelum kau selesa mendarat di bumi. 7 Buku dan majalah antara agen kemerdekaan. Sekarang? Apakah fungsi buku dan majalah? Makin membebaskankah atau ... 8 Tuhan...

Dua Dunia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Lapan bulan. :) Dunia editor dan penulis. Dunia yang nampak dekat, sebenarnya ada sempadan memisahkan! Saat kamu asyik menulis, ketepikan seketika sisi editor untuk memberi ruang penulisan itu lancar. Selesai menulis, pegang pula peranan sebagai editor karya sendiri. Suntinglah karya tersebut sampai kamu puas hati sebelum dihantar ke rumah penerbitan. Editor gembira menerima karya yang bersih. ;) # 2004, saya menghantar cerpen pertama yang meleret dan terlalu lewah. Rasa saya, lebih separuh yang terpaksa dicantas editor kerana terlalu panjang untuk dimuatkan dalam Dewan Siswa, dua muka cerpen. Terima kasih tuan editor yang mencantikkan karya itu.. Sekarang, sedikit faham peranan editor. :) # Pernah juga menghantar karya bertulisan tangan (biasalah, anak sekolah). Ada editor yang baik hati menyiarkannya... Kasihan pula beliau harus menaip semula. (Sekarang, ada juga menerim...

Asyiknya Menulis Tangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Walau banyak gajet canggih, menulis dalam buku nota lebih memberi 'rasa'." Rasa tak hadir secara spontan atau tidak dijangka. Mungkin, ada ketikanya. Seringnya rasa harus dicari atau 'rasa' itulah yang mencari diri. Seperti menulis dalam buku nota atau gajet canggih. Rasanya akan lain. Menaip dalam laptop dan meluahkan dengan tulisan diri dalam diari atau buku catatan, perasaannya lain. Ada lebih, ada kurangnya. Bila menulis dalam buku catatan, kamu bebas dan tenang menulis tanpa gangguan papan kekunci. Ah, sekarang orang tidak main tekan-tekan, semuanya menggunkan jari. Banyak sudah alatan canggih (hanya aku masih tradisional) Risiko menaip tanpa dicetak untuk simpanan ialah kehilangan. Bayangkan gajet itu rosak, semua yang tertulis hilang. Memanglah menjimatkan masa, hanya mahu aku sebutkan yang buruknya dahulu. Lebihnya sendiri banyak, jimat ma...

Oh, Contengan Lagi Yang Dituliskan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 11 Oktober 2013 entri terakhir yang aku catatkan di sini. Semestinya tidak akan aku tinggalkan laman ini terlalu lama tanpa menitip sebarang khabar berita. Diari lama yang sudah hampir enam tahu beroperasi dengan berkali-kali menukar domain, url dan profile name. Akhirnya, aku memilih Jamilah. Jamilah, nama terpilih untuk seorang aku. Jamilah itu aku. Aku itu Jamilah. Catatan 1 8 bulan melewati denai kerjaya, meretangkan aku realiti dunia walaupun ruang kerjaku hanya dalam pejabat. Mengenali manusia-manusia hebat yang ada di sekeliling, seakan-akan aku camar kecil yang terbang di suatu ruang angkasa yang luas. Kekerdilan diri yang makin membuatkan aku menyunyikan diri dan makin payah untuk suara terkeluar untuk menutur kata. Alangkah! Allah menghantarkan aku ke suatu tempat untuk aku belajar mengenal dan mengerti banyak perkara. Catatan 2 Adakah jika aku masih menuliskan hal i...

Dari Dalam Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Tanggungjawab hadir dahulu sebelum mimpi. Yang ada di depan matamu itulah namanya tanggungjawab. Lantas, mengapa kamu melarikan diri daripada tanggungjawabmu itu?  Katamu, kamu hanya mahu bebas melepaskan diri sendiri. Sedang diri di dunia tidak akan bebas jika dalam hatinya ada cinta. Cinta pada pemilik cinta yang melahirkan cinta-cinta yang lain. Adakah kam kenal Dia yang seterusnya melahirkan Cinta pada Dia.  Kamu tahu, sejauh mana kamu berlari, bayang-bayang tetap ada dalam diri kamu. Semalam terdengar kata-kata sahabat itu cermin buatmu! Dan kamulah cermin kepada sahabatmu. Perihal sahabat, aku akan mati kata melantunkan bicara tentangnya sebab aku tidak pernah lagi pun berusaha menjadi seorang sahabat yang bernama sahabat. Allahu Allah. Allah menuliskan semuanya dalam al-Quran. Tinggal kamu yang selang-selang menatapmu. Percayalah, walau hanya satu ayat kamu hayati, ada b...

kata-kata yang hilang daripada diri i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Setiap hari, aku luangkan masa membelek walau tidak menulis di blog ini. Blog yang memaparkan kisah sendiri dan tulisan yang ingin dikongsi. Saat tulisan lancar meniti di papan kekunci. Ketika terkunci jemari tanpa satu perkataan yang menari. Saat itu, aku terlupa bertanya khabar hati ... kutinggalkan hati sendiri, dan tidak diberi ubat yang sepatutnya, tinggallah hati gersang sendiri. Catatan tertangguh perihal hari lahir, novel yang belum bersambung tulisannya, aku biarkan semua itu sekadar bermain dalam kepala. Ada suatu yang sedikit mengganggu. Bagaimana jika ditawarkan sekali lagi menyertai ASWARA? Bersediakah aku meninggalkan Telaga Biru dan dunia editing? Dalam mengejar impian, ada sesuatu yang harus dibebaskan. Tahniah kawan-kawan yang bergelar graduan UIAM. Semoga ilmu itu akan memandu kalian menjadi yang lebih baik. Aku? Akulah insan yang tidak menggembirakan diri send...

Sebelum Menjengah Angka Duapuluhempat

SATU Mungkin ketikan pada typewriter boleh menimbulkan rasa mahu menyambung bait-bait kata menjadi perenggan dan akhirnya berubah menjadi sebuah cerita yang dapat dinikmati semua. Tapi aku belum teruja dengan ketikan demi ketikan di papan kekunci. Perasaan itu tidak sama dengan manisnya menulis pada kertas menggunakan pen gel kegemaran. Lain. DUA Mengapa ya bila sudah semuanya depan mata, rasa syukur meminggir daripada jiwa. Sedang saat dihilangkan atau diambil semula daripada dirilah barulah menyesal kata itu dan ini. TIGA Menonton Kil dan Finding Forrester. Kepuasan ada sebab ada makna. EMPAT Jemput baca Solusi 59 dan Gen-q 25. Ada tulisan Ila Husna dan Jamilah Mohd Norddin. Ulat Buku dalam Gen-Q dan Pesan Nenek dalam Solusi (menggantikan seketika kolumnis asal untuk edisi 59), serta boleh juga membaca Vice Versa dalam Solusi ----> promosi percuma) LIMA Cemburu tiada makna kalau tidak usaha tambah bilangan kata. ENAM Mengapa jari makin enggan berlari di ...

4 bulan sudah...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Solusi, dahulu antara majalah wajib beli, sekarang menjadi sebahagian ahli, macam mimpi yang jadi realiti. Berada dalam tidak seperti lagak pembaca, membacanya beberapa kali sebelum menjadi majalah sebenar, jarang sekali majalah yang sudah terbit dibaca. Perjalanan panjang bermula dengan langkah pertama, kan? Rezeki kita tidak tahu di mana, hanya perlu mencari. Siapa sangka, didissmis daripada UIA, terus peroleh kerja. Benarlah, bukan hanya kelayakan akademik perlu dalam dunia sebenar, bakat, kemahiran juga dipandang, BONUS. carilah kemahiran diri supaya senang kemudian hari Tajamkan gergaji!

azam.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hari-hari hanya ucapkan kata positif dalam diri, Positif.positif.positif. Biar positif sebati dengan diri. :) menyingkir ion negatif daripada diri.

Menapak Dalam Bidang Kerjaya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 25 Jun 2013. Genap empat bulan aku bergelar subeditor Solusi. Kerja membancuh kopi, sapu sampah, letak krim dalam artikel tidak semudah dilihat. Seperti goyang kaki, hakikatnya perukan idea segar untuk menjadikan kerja tidak sekadar tangkap muat dan cepat siap. Namun, hasil akhir, tentu tidak sempurna. Berusaha mendekati kesempurnaan. Apa yang perlu ada pada seorang yang kerjanya mengedit artikel? cinta bahasa. cinta kerjaya. sensitif. mata yang peka. tahu dan faham tatabahasa, transliterasi (ada yang perlu diterjemah dan ejaan yang betul.) semangat. kemahuan. Semoga diberi kekuatan. :) * baru perasan Ulangtahun Solusi pada Ogos. Satu bulan dengan kelahiran aku nampaknya.

sekeping gambar jutaan makna.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hati bersabarlah dengan sesuatu yang kamu sukai tidak selamanya kehidupan penuh gula dan pelangi saat mendung awan suram wajah ingat! Dia rindukan kamu rayu, menagih, pinta sepenuh hati. Tidakalah akan dapat jika tidak berusaha menggapai segala mimpi dn cita-cita. dalam kepala mula merangka kisah baharu setelah tamatnya cerita-cerita masa lalu hidup hari ini untuk masa depan. :) tulislah sebab menulis satu amanah!

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.  kehidupan makin punya rencah warna warni terang-gelap sukar-suka kisah-kisah yang jadikan dia seorang 'manusia hidup' dapat surat; terima tolak tetap. semuanya bercerita. tentang kata-kata dia kata aku nampak makin ceria dengan tulisan dia lihat, dengan kata juga dia bicara. Jika benar, alhamdulillah. kata ustaz, "menulis itu motivasi untuk banyak membaca." tapi ustaz, saya... Ah, seribu alasan boleh direka untuk kata tidak. tetapi, hanya dengan kata "ya, saya mahu" ada jalan terentang asal tidak berhenti. selamatlah kawan-kawan yang akan kahwin akan grad akan mula kerja akan masuk rumah baharu akan jadi orang baharu akan periksa akan ada buku tulisan sendiri akan akan akan.... selagi tidak henti usaha, dan doa dan berharap, masih ada kehidupanmu. :) Senyum. mulakan hari dengan senyuman, terangnya sampai malam...

ASWARA, bukan masanya lagi aku ke sana

Kembalinya aku ke kampung beberapa hari yang lalu, teringat aku akan suatu perkara. Semasa aku belajar di UIA, aku pernah berkata, aku nak kerja. Tidak mahu lagi hanya mengharapkan duit ayah, minta pada kakak-kakak. Aku ada keinginan yang tinggi mahu beli buku yang aku suka. Buku kawan-kawan. Majalah setiap bulan.Walau aku hanya belek, aku masih suka beli. Aku bukan mudah membeli baju, namun senang memilih buku. Aku kata, aku penat belajar. Itu titik mula kejatuhan aku. Aku tiada semangat, main-main, banyak yang aku tidak endahkan. Pengakhirannya, pengajian aku ditamatkan kala aku hampir tamat pengajian. Itu salah satu pemberontakan aku. Pemberontakan dalam diri sendiri yang terzahir. Akibatnya, aku yang tanggung. Sekarang, aku bekerja. Boleh beri duit pada ayah walaupun tidak banyak. Boleh beli buku aku mahu dengan duit sendiri. Bukan gaji besar atau kecil persoalannya. :) Aku minta ke ASWARA konon mahu sambung belajar sudah dapat, aku tolak. Semoga ini kegembiraan. Aku te...

kepulangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kepulangan aku ke Mahang sudah dirancang dua minggu sebelumnya. Lamanya aku tidak pulang. Lebih tiga bulan selepas pengajian aku ditamatkan dan aku sudah bekerja. Dikejar masa? Hm, mungkin aku yang tidak mencari masa untuk pulang. Berborak dengan nenek, pertemuan singkat dengan kakak,seketika jumpa dn serah buku pada anak saudara yang comel, keputusan on da spot yang aku segera hebahkan di fb... (hm, harus fikirkan semula) cuti ini benr-benar aku bercuti. Tanpa telefon, intenet yang mengecewakan. Sesekali dapat tembusi fb, main-main. Sememangnya masa untuk aku bercuti. Langsung tidak akan aku sentuh lah, kerja.

20 mei

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Tergerak hati mahu ke laman ASWARA keputusannya, aku diterima ke ASWARA Semoga ini yang terbaik! Yang penting,mahu pulang ke rumah dahulu sebelum apa-apa keputusan diambil Beritahu ketua. Minta pendapat orang lain, ini masa depan aku. :) semua dah di depan mata, tinggal aku memilih. How? Sanggupkah? Mereka-aku-dia-kamu-awak-

19 Mei Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kami berjanji untuk bertemu. Ina-Jamilah Menyerahkan empat buku pesanan beli tiket-borak-sembang-bincang dalam Merrybrown lebih dua jam-jalan-kongsi cerita-gelak-sayu- bermula di Merrybrown Pudu berakhir di KL Sentral. Empat buku diserah, buka kembali kisah tertangguh Allah, permudahkan dan semoga semuanya segera selesai. Semakin banyak pula janji tertabur.. sini-sana-dalam diri-situ Gerak perlahan-lahan untuk sampai destnasi. Kayuh pelan-pelan nanti sampai seberang daki sedikit demi sedikit menuju puncak. Oh, lidah mudah bicara tangan mudah menulis anggota badan yang harus bekerjasama demi cita-cita. namun tanpa mimpi-contengan-angan-angan-doa tidak adalah yang terjadi. kepada Ina Ayuh terus bermimpi! Bukan di siang hari, namun untuk direaliti. :) salam sayang, Ila Husna.

# kata-kata yang terlekat di kerongkong

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Melalui hari-hari terakhir di bumi UIAM. Nanti aku hanya mampu menatap potret yang pernah terakam dan tulisan yang pernah aku tulis tentang UIAM. Kesayuan tidak terasa parah. Kerinduan hanya melambai dan menggamit. Perjalanan aku makin menyimpang ke lorong lain, bukan lagi di sini. hanya mereka yang punya impian melangit mampu berusaha sepenuh daya. di manakah kecintaan selama ini? apakah semangat sudah padam? siapakah yang kekal dalam hatimu? *** ada ketika tangisan sangat indah mengingat jiwa yang pernah resah mengenang gundah melerai masalah ketawa, senyum, suka penawar duka sesiapa sahaja *** aku suka sembang tentang diri aku dalam dunia maya, dalam penulisan aku. Ah, aku manusia banyak salah! Apakah status hati ini sekarang? Memang, aku seorang yang pentingkan diri sendiri. kata hatiku saat aku pentingkan diri keperluan sendiri. *** sudah berkerja...

[selalunya, aku hanya tahu menconteng.. dan kini masih menconteng]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Jemari ini tidak penat mahu menconteng walaupun tidak ada kisah baharu untuk dikhabarkan. Lalu tanpa motif, aku tetap menconteng dan terus menconteng. Contengan yang entah apa-apa. Contengan yang menggambarkan perasaan saat aku menulis. Itulah kebiasaan aku. Sejak dahulu, sampai hari ini. Kononnya mahu berhenti merapu-rapu dan menconteng, aku masih teruskan juga. Aku tulis dan terus menulis kata demi kata yang terlintas... Mendapat perkhabaran Dr Ghassan Taha mneinggal dunia Ahad lepas. Beliau pernah mengajar aku subjek Survey jika aku tidak silap. Lecturer yang sangat baik. Eh, tak ada projek baharu ke? (rasa mahu sorok muka bawah meja) Aku tidak ada apa-apa untuk diberi. Semakin hari aku makin terfikir apa sebenarnya aku mahu jadi. Tempoh hari, aku tidak dapat jawab saat ustaz tanya siapa tokoh yang aku kagumi. Ah, ulama mana yang aku baca tentang mereka? Aku banyak...

#kata-kata

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Perkara paling sukar adalah mahu memberi sesuatu yang tidak dimiliki. Itu kata aku. Sedangkan berapa ramai-ramai yang sentiasa memberi dan selalu mahu dan terus memberi. Hanya aku yang masih suka mereka-reka alasan. Hidup sebuah perjuangan yang ada menang kalah. Kalah pada diri sendiri kekalahan paling besar, sebab diri sendiri paling kenal laku sendiri.  Memang berulang kali aku katakan, dan masih tetap aku katakan. Dunia persahatan sangat misteri. Untungnya mereka yang bersama sahabatnya yang dalam kesusahan dan ujian. Berapa ramai yang diamkan diri kala bantuan diperlukan -AKU- Kala senang aku gelak bersama. Saat keadaan memerlukan, di manakah seorang aku berdiri? Hanya duduk di satu sudut dan perhati. Alangkah! Dia kotakan kata dengan perbuatan. Dia ada dan menghiburkan. Benarlah Allah paling tahu kekuatan setiap hamba. Allah beri apa kita suka, Allah beri apa kita tidak ...

P4, HS

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Minggu ini bermula 18 Februari (hari ini) sehingga 22 Febuari 2013, aku membuka booth letaknya berhampiran kafe HS UIAM. Jika sebelum ini, semasa semester pendek aku membuka booth di P3,  minggu ini aku membuka di P4. Sebaris kedai ini ada yang menjual durian creep, bermacam barang kesihatan, belajar bahsa dan SLEU. Ini minggu terakhir aku di sini. Selepas ini pasti merindukan suasananya. Walupun hanya dududk-duduk dan melihat manusia, aku tertanya soalan ini kepada diri sendiri. "Tidak cemburukah aku melihat orang pergi dan balik kelas?" Dalam ramai-ramai pelanggan tadi, ada seorang kakak ini menyapa: "ada buku himpunan kisah nabi-nabi tak? Mahu jadikan hantaran kahwin." Dan seorang kakak berkata setelah melihat buku kompilasi aku terima nikahnya. "Akak ni dah ada cucu. Mungkin boleh tengok, beri pada anak. Akak tak bawa duitlah pula. Sekadar j...