Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

perihal hari ini

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "senang sahaja. Anggaplah apa yang sedamg awak tulis sekarang ini tulisan-tulisan awal sebelum hasilkan jadi buku." "Sedang cuba menyiapkan pembacaan Anak Mat Lela Gila. Bacaan sebelum masuk tidur. Lima minit baca, lena. Tetapi baru beberapa bab baca, terentap! Benarkah buku ini ditulis lama dahulu? Isinya releven zaman kini." "Ke rumah ayah mertua rakan sekerja lepas jalan-jalan ke Kenangan Wholesale City (mengapa ya namana tidak sahaja ditulis pusat borong kenanga?) Terasa kerdilnya seorang Jamilah ... sebenarnya aku tiada apa-apa melainkan kisah semalam. Apa sudah aku lakukan hari ini" "Ayuh, bekerja hari ini demi esok!" "Eh, Solusi 57 sudah baca? Solusi 8 bakal menyusul..."

azam.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hari-hari hanya ucapkan kata positif dalam diri, Positif.positif.positif. Biar positif sebati dengan diri. :) menyingkir ion negatif daripada diri.

cerita-kisah-drama

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. mengapa dalam ceritacerita perempuan digambarkan menderita, dipijak boleh dimainkan perasaan jadi tidak enak memandang kisah-kisah  yang semakin hari semakin terlihat mungkin sebab aku yang terus dan terus menonton babak-babak itu yang sepatutnya aku tidak tonton. Dalam banyak-banyak kisah aku memilih untuk menonton mungkin yang berbuat itu tidak salah, aku yang memilih sebab pilihan apa sekalipun yang sepatutnya terletak pada tangan aku. diri sendiri. banyak kisah baik tersembunyi sedangkan yang buruk-buruk makin ketara. ...

Menapak Dalam Bidang Kerjaya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 25 Jun 2013. Genap empat bulan aku bergelar subeditor Solusi. Kerja membancuh kopi, sapu sampah, letak krim dalam artikel tidak semudah dilihat. Seperti goyang kaki, hakikatnya perukan idea segar untuk menjadikan kerja tidak sekadar tangkap muat dan cepat siap. Namun, hasil akhir, tentu tidak sempurna. Berusaha mendekati kesempurnaan. Apa yang perlu ada pada seorang yang kerjanya mengedit artikel? cinta bahasa. cinta kerjaya. sensitif. mata yang peka. tahu dan faham tatabahasa, transliterasi (ada yang perlu diterjemah dan ejaan yang betul.) semangat. kemahuan. Semoga diberi kekuatan. :) * baru perasan Ulangtahun Solusi pada Ogos. Satu bulan dengan kelahiran aku nampaknya.

Sepetang di Kafe Biblioholic

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Selesai sudah membaca  Sepetang di Kafe Biblioholic. Buku yang aku nanti untuk membacanya. Dapat sepaket kopi dan penanda buku istimewa buatan Kak Ainunl Muaiyanah semasa membelinya. Cerita yang sederhana Watak yang sederhana, yang aku suka: kafe, kopi, teh, hujan, editor, kisah yang ringkas tetapi disampaikan dalam bahasa yang lembut. Syabas, kak Ainunl. p/s: tapi, kan ada kesalahan ejaan yang mungkin tidak disedari. :)

uia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Siapa yang tidak rindukan tempat jatuh-bangun-kecewa-cinta-didismiss  Aku merindukan sungai keruh masjid biru kawan baik teman istimewa suasana harmoni guru baik. Dilontar ke mana jika dalamanny baik, baiklah semuanya. Jika dalamannya buruk itulah zahir. tiga bulan mengendali Solusi menolak tawaran ASWARA mengapa sisa kecewa bertamu?

Bengkel Intensif Penulisan Novel ISlami JUN ini!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Ingin menghasilkan karya Islamik dan kreatif seperti HILAL ASYRAF?  Langit Ilahi,  Takdir 1; 2,  Relasi,  Hero,  Sinergi,  VT,  banyak lagi buku 'best-seller' yang telah dihasilkan oleh beliau. Mari sertai bengkel "PENULISAN NOVEL ISLAMI" dan belajar cara menulis Novel Islami bersama Hilal sendiri! Mereka yang sentiasa membaca novel, apa kata menjadi novelis pula. Ada pakej menarik! Yuran RM750. Sekiranya datang bertiga dapat potongan RM50 seorang. Sekiranya datang berlima, potongan sebanyak RM100 seorang! Mahu menjadi novelis? Bagaimana cara menulis novel yang bagus? Apakah tip dan teknik yang terbaik? Mahu mengetahuinya, ayuh sama-sama sertai Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami. Penampilan daripada penulis terbaik Malaysia : Hilal Asyraf Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Ummu Hani Abu Hassan Cikgu Wan Zayuhisham Pend

Diari Untuk Ibu, Iwan Reaz

Iwan Reaz/ Iwan Ghazali merupakan penulis yang sama. Beliau sudah menulis lebih tiga naskah novel remaja yang bertemakan hubungan adik-beradik. :) Terasa seperti trade mark ceritanya pula. "Kisah adik-beradik". Apa sekalpun, kegigihan beliau yang sentiasa hadir dengan novel baharu saban tahun harus diikuti. Kali ini, biar aku kisahkah sedikit perihal novel beliau yang usai dibaca beberapa hari lalu. Diari untuk Ibu. Melihat tajuknya, boleh ditebak cerita. Diari yang akan diberi kepada ibu. DUI mengisahkan Izz Akmal yang kehilangan ibunya dalam kemalangan yang melanda keluarga mereka. Orang lain, menyangka ibunya meninggal dunia, tetapi dia tidak percaya. Lalu, dia menulis diari untuk diberi kepada ibu. Mahu tahu lebih lanjut, bcalah sendiri, ya. Beberapa perkara yang boleh aku komen: -perihal abangnya yang "sakit" selepas kemalangan itu hanya seakan tempelen-tempelan cerita. Bagi aku menarik kalau dikembangkan. (mungkin sebab teringat kawan yang mengala

Pertemuan Bercerita

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. ku temukan kamu dalam baris-baris yang dibaca. kesukaan ketidakgemaran perkara-perkara yang ingin kamu sembunyikan terzahir jelas pada kumpulan kata yang kau tuliskan. Pada tulisan ada perasaan tukang tulisnya sekalipun disembunyi\ berkali-kali menafi, hakikatnya... Sedang sibuk dia mencari-cari cara terbaik mengembalikan semangat yang hilang dan terbang ditemukan dia seorang pencipta aksara dan seni kata dalam setiap pertemuan ada kisah dan cerita :)

sekeping gambar jutaan makna.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hati bersabarlah dengan sesuatu yang kamu sukai tidak selamanya kehidupan penuh gula dan pelangi saat mendung awan suram wajah ingat! Dia rindukan kamu rayu, menagih, pinta sepenuh hati. Tidakalah akan dapat jika tidak berusaha menggapai segala mimpi dn cita-cita. dalam kepala mula merangka kisah baharu setelah tamatnya cerita-cerita masa lalu hidup hari ini untuk masa depan. :) tulislah sebab menulis satu amanah!

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.  kehidupan makin punya rencah warna warni terang-gelap sukar-suka kisah-kisah yang jadikan dia seorang 'manusia hidup' dapat surat; terima tolak tetap. semuanya bercerita. tentang kata-kata dia kata aku nampak makin ceria dengan tulisan dia lihat, dengan kata juga dia bicara. Jika benar, alhamdulillah. kata ustaz, "menulis itu motivasi untuk banyak membaca." tapi ustaz, saya... Ah, seribu alasan boleh direka untuk kata tidak. tetapi, hanya dengan kata "ya, saya mahu" ada jalan terentang asal tidak berhenti. selamatlah kawan-kawan yang akan kahwin akan grad akan mula kerja akan masuk rumah baharu akan jadi orang baharu akan periksa akan ada buku tulisan sendiri akan akan akan.... selagi tidak henti usaha, dan doa dan berharap, masih ada kehidupanmu. :) Senyum. mulakan hari dengan senyuman, terangnya sampai malam

kau hanya perlu tersenyum, sayang!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. i setiap kali terpandang naskah di sebelah yang belum terbaca oleh tuannya; bagaimana mati tanpa sempat membaca semua bahan bacaan yang dibeli. Kata ustaz: "perempuan kuasa beli dia tinggi. Suka beli, tapi baca?" ii hati tak mungkin tenang selagi solat hanya mahu cepat sudah al-Quran hanya berada atas timbunan buku. Hidayah perlu dicari bukan dinanti iii Terfikir tidak redhakan aku? Masih terfikirkan keputusan yang aku buat. Diam, selepas keputusan itu diambil. Ini pilihan aku, bukan sesiapa. iv adakah nanti aku akan malu, ya, aku mesti malu tidak dapatkan ijazah saat orang lain akan graduasi nanti, tapi hidup bukan sekadarsegulung ijazah, kan? Senyum lebar. v maafkan aku banyak menyusahkan semua orang. vi Aku mungkin belum matang tidak matang tidak tahu memasak tetapi setiap orang akan mendapat ruangnya, kan? Selagi dia usaha dan

Sekuel Budak U: Back to Campus

Buku ketiga tulisan Khairy Tajudin yang dibaca selepas Budak Komik dan Budak U. Penulis GISB yang sudah lahir dengan buku melebihi angka 5. Sejujurnya, aku lebih menyukai budak u berbanding Back to Campus. Tidaklah bermakna saya tidak menyukai naskah ini. Buku kali ini menyisahkan kehidupan Hakimi semasa semester kedua pengajian. Dengan ujian yang datang, dia mengatasinya dengan sabar.

Jun, pleae be nice

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Terujilah diri dengan kata-kata yang dituturkan dan tulisan nan berbicara. Tersimpan padanya rahsia dan kuasa. Pembina semangat dan pemusnah harapan. Sebab itu harus bicara yang baik-baik, sebut-sebut selalu impian, kenang selalu semua yang indah. Bila katakan diri manusia biasa, biasalah jasad itu. Kejadian semalam singgah untuk renungan masa hadapan. Biar berjuta kali jatuh, belemon-lemon kali harus bangkit semula. Allah tidak melihat natijah, tetapi langkahmu menuju kehidupan yang lebih baik. Oh, bisanya bicara, mana yang sudah kau praktikkan dalam kehidupan? Berada dalam dunia penerbitan majalah sebenarnya mengajarkan aku banyak perkara. Membuat keputusan. Memudahkan. Tetapi, kata-kata magis hanya mudah sampai jika yang menulis-yang mengedit-yang membaca punya 'jiwa'. Selalu juga terjadi, yang diedit 'lebih kering' daripada yang ditulis asal. Ingin memudahka