Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Dingin

Dingin pagi mengingatkan aku, Betapa sudah kubazirkan hari-lalu, Menungan panjang, Omongan kosong, Anganan tanpa hujung. Di manakah aku kelak?

...Mahukah Kamu Perbaharui Persahabatan Ini?.

"Perbaharui persahabatan kita, ya?" "Em, ya." "Perbaharui macam mana lagi? Tak cukup elokkah?" Irfan menggeleng. "Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah." "Persahabatan kita bukan begitukah?" "Begitu, tetapi dalam keadaan kita tak faham. Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa persahabatan kita terbina atas dasar iman. Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kau, aku kagum dengan paras rupa kau, atau sebagainya. Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah." "Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau hanya kerana Allah sahajalah? Bukan sebab kau pandai, kau baik, kau bagus. Begitu?" Irfan mengangguk. " Dan bersahabat atas iman ini ada satu syarat. " "Apa syaratnya?" " Saling lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Ilahi yang baik. " "Insya Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan." (m/s 227:Si

Turun Tangga

Yakin itu paling penting. Sebenarnya selama ini aku menipu diri sendiri. Setiap hari pula bukannya  selang setahun. Kata diriku, mahu terus dan terus menulis namun hakikatnya jemari terasa makin berat untuk menghasilkan walau seperenggan ayat yang kemudiannya digabung menjadi cerpen. Semalam aku cuba untuk menyusun ayat namun akhirnya hanya aku padamkan semula. Tidak langsung menepati kriteria yang aku mahukan untuk menghasilkan sebuah cerpen. Manakan cerpen, sajak juga langsung aku padam semula setelah beberapa baris aku taipkan. Hampir menangis aku dibuatnya. Ya Allah... Kerana itulah sebenarnya menulis itu memerlukan disiplin yang tinggi dan bukan hanya mengikut mood yang pastinya tidak kekal lama. Pemilik ilham akan berikanya kepada sesiapa yang layak dan bukannya kepada seorang kamu yang hanya tinggi angan namun tiada usaha untuk menjadikannya realiti. Aku selalu terbaca kata-kata orang, kalau tidak dapat menulis, bacalah.. Baca, baca dan baca. Semakin banyak kamu baca semakin ban

Diberinya Hidayah.

TAJUK : Diberinya Hidayah. PENULIS : Lu'luah Nur Jamilah. _________________________________________ “Eh, cikgu pakai tudung tak padan dengan baju. Cikgu ni memang tak pandai bergaya.” “Tak seronoklah cikgu ajar. Macam bersyarah, mana pelajar tak mengantuk Cikgu tak pandai mengajar.” “Tengoklah dia tu, kerjanya berkepit, buat maksiatlah tu.” “Ayah bukannya baik sangat. Saya seorang pun tek terbela.” Bisikan-bisikan begini, malah pelbagai gaya dan perkataan lagi sudah saya ungkapkan jika ada sesuatu yang mengisi pandangan. Saya payah untuk memuji namun cepat untuk mengeji. Pandangan pertama saya jadikan penanda aras untuk mengkritik sesuatu. Saya akan lontarkan apa sahaja ketidakpuasan hati. Spontan dan laju keluar daripada bibir jika saya mahu mengatakan sesuatu. *** Bip, bip. Saya membuka peti masuk telefon bimbit, melihat pesanan ringkas yang baru diterima. Salam, adikku yang dikasihi, akak nak ajak adik menyertai kem ibadah minggu ni. Percuma! Banyak aktiviti menarik yang diatur.

bebaskan kenangan.

Kenangan usah ditambat pada dermaga memori, Bebaskan. Kelak ia bukan resah berlagu mengundang gundah. Yang indah hantarkan ke ingatan kekal, biar bersemadi di situ, Segala kepahitan, Lontarkan sejauhnya, Biar ke laut dalam, gunung menjulang, api menyambar, dibiar bersama jangan, menyesak dada, mengganggu bicara. Qamar Jamilah 0742. 27.4.2011

Monolog Perindu

Mawar, jangan gugur sebelum mekar. .SATU. Kehadiran aku di dunia ini sesungguhnya bukanlah sia-sia. Hasil kerja di perhentian sementara ini sesungguhnya akan Allah nilai dan dibalas walau sekecil zarah sekalipun. Bagaimana pula dengan pekerjaan aku sehari-hari? Perbuatan zahir yang terlihat dan nawaitu tersimpan dalam diri akan dikira sebagai amalan. Malaikat Rakidkah yang sibuk mencatat amal kebaikan atau Malaikat Atid tidak menang tangan mencatat perbuatan dosa dilakukan aku. Allahuakbar. Sesungguhnya benarlah kefahaman tidak akan dicapai hanya dengan baca dan berada dalam kelas. Alam luas lebih banyak mengajar. Namun setakat manakah diri belajar untuk mengaplikasi ilmu bilik darjah dalam kehidupan. Sedangkan diri sahaja masih terkontang-kanting... Benar aku tidak boleh menunggu untuk menjadi 'hebat' untuk memulakan langkah. Namun acapkali kerana lemahnya diri melawan perasaan nafsu maka rasa tidak yakin itu timbul. " Bagaimana aku mahu mengajak orang lain melakukan sesu

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan]: Memori

Aku mahu mencantum carikan kenangan. Sudah empat kali aku hilangkan diri daripada menghadiri kelas Doktor Haziqah. Walaupun itu bukanlah subjek yang termasuk dalam kategori susah sangat dan payah score aku sudah hilang rasa untuk menghadiri kelas itu. Terlalu memanjakan diri sebenarnya sangatlah tidak baik kerana ia hanya akan merosakkan diri sendiri pada kemudian hari. Maka, seketika aku mengimbas detik-detik aku dibrain wash oleh Doktor Haziqah lantaran tabiat sihat itu. Sesungguhnya, Allah sudah mentakdirkan kamu berada pada kedudukan yang baik dan paling baik untuk diri kamu. Hari itu... Pintu bilik Doktor Haziqah aku ketuk perlahan. Setelah bersahut barulah aku memberi salam. Menanggalkan kasut dan masuk dengan wajah innoncent. Sambil tersenyum beliau mempelawa aku masuk ke biliknya. Sebuah bilik yang kemas tersusun berjilid-jilid buku dalam bahasa Arab. " Durrah, kamu sakit? Enam kali kamu ponteng kelas Adab Abbasi tanpa sebab. Kamu senyap dan tiada seorang ya

Guru

Wajah suci, Tanpa jemu mencurah bakti, Hanya aku tidak mengenal budi, Pandang sepi. Mulia pekerjaan seorang guru, Pasti tidak terbayar selama hayat, Memberi sinar padaku, Selagi aku bergelar MURIDMU.

kembali.

Ada rahsia pada penciptaan langit. Tak akan jemu memandang walau berjuta kali. Bismillahirrahmanirrahim... Mulanya sapu habuk dan sawang yang banyak terlekat dalam manuskrip ini. Seminggu juga saya tidak langsung punya ruang untuk menjengah alam maya walau sesaat. Ada hikmahnya lantaran dapatlah kiranya saya bersenang-senang menghabiskan beberapa buah novel walaupun tidaklah punya novel baru. Saya ada terbaca kata seorang penulis, mengulang baca itu akan membawa dimensi baru pada apa yang ditatap setiap kali mengulang baca. Maka, saya tidak jemu mengulang baca Rooftop Rant, Sinergi dan adik-beradiknya.. :) Alhamdulillah. Hari ini ketika laptop ini diserahkan kepada saya, tersenyum mekar saya menyambutnya. " tolong taip ini. " Kakak menyerahkan sekeping kertas untuk ditaip. Tidak kisahlah asal sahaja dapat saya membuka ruang dan membuat senaman tangan dengan menaip di sini. :) Cuti masih berbaki dua minggu dan minggu ini adalah PBAKL atau nama panjangnya Pesta Buku Antarabangs

..Sweet Home...

PAGI. Bertemu sahabatku seketika di Maktabah sebelum terperangkap di sana kerana hujan mencurah seakan tidak mahu reda. Hujan yang lebat hampir sejam. Aku sudah berkira-kira mahu membatalkan kepulanganku hari ini jika hujan berlanjutan hingga petang. Alhamdulillah, menjelang tengahari, hujan sudah berhenti dan aku menjejak kembali Puduraya yang baru dibuka setelah setahun ditutup atas sebab penyelenggaraan. PUDURAYA Hampir jam 3.00 petang aku tiba di Puduraya setelah hampir 45 minit berada dalam perut Metrobus 91. Wah, kondusif juga keadaannya. Nampak lebih luas dan lapang. Cuma seperti biasalah, di sini aku sering nampak wajah penduduk kota. Melihat Kuala Lumpur bagi aku salah satu dengan duduk di sini dapat nampak wajahnya... Masuk sahaja bangunan terus disapa oleh pengawal yang bertugas bertanya arah tujuan. Tentu sahaja hari baru mereka mahu berikan yang terbaik. Memang pun, terpinga ada juga. Terus menuju kaunter Plusliner sebelum menapak ke tempat lain. Kini membeli tiket di ting

Sudah Tamat Tapi...

Gambar yang langsung tidak berkenaan entri. 11.15 pagi sudah gelisah mahu angkat kaki keluar daripada main hall CAC namun aku tahan diri daripada keluar. Sudah sedikit yang aku belajar campur adunan rojak sendiri yang tidak sedap aku curahkan pada mangkuk adunan yang akan dihantar kepada pensyarah. Beberapa minit masa berlalu, Ustaz menghampiri aku. Lama beliau berdiri di situ sebelum mengambil kad matriks dan menyoal aku tentang perkara yang sudah aku lakukan semester ini. Terasa hilang separuh nafas. Terasa terbang suku semangat. Terasa luruh semua perasaan. Lalu aku diam seribu kata membiarkan dan membenarkan kata ustaz. Tangan langsung tidak bergerak daripada kertas tadi. Mahu keluar awal seperti melampau namun jam 10.40 aku angkat kaki juga setelah tanganku yang tergawang-gawang tidak dilayan.

...dan sebenarnya

tulis, padam, koyak, tulis semula, renguk kertas berulang kali, kembali mencatat bersama air mata, Tidak mudah menutur sebaris kata, Buatmu yang jauh di mata, Hanya kata mengganti bicara, Sedang rindu bertalun dalam jiwa. Sungguh kesakitan kau rasa, Tidak bisa diselam jiwa, Hati keras yang tidak bisa fahami bahasa halus kata, Melihat tanpa rasa, Sedang ingin aku lontar segala, Bisu kuasai suasana. Benteng apakah pisahkan kita? Keegoan aku? Kesombongan aku? Kebisuan aku? Hanya aku tidak mengerti, Gerak langkah, Butir kata, Senyum tangis.. Seorang kamu.

Subjek Paling 'Best' Semester ini.

Lokasi: Bilik Rokiah Status: Esok imtihan Naqd Qadim. Buku teksnya ada dua. Sempat belajar hanya satu. =( Naqd Qadim, Apa yang dapat aku tuliskan tentangmu esok. Suuq Ukkaz, Mijnah, Zul Majaz, Tentang Asmaie, Ibn Salam, Ibn Qutaibah, Ibn Mutaz, Syuur... Hukum Zati para penyair pada syair Jahili, Hukum Mauduie para penyair, Ummu Jundub isteri Umru Qais, Rabiah bin Hazzar, Torofah bin Abd, Ru'yah bin Ajjaj.. Semuanya berselirat menjadi satu kalimah dalam kepala. ~ Naqd yang 'best' ~ Ustaz Nasr el-Din yang baik Diselak imtihan lepas-lepas soalannya lebih kurang. Inilah padah suka memonteng dan skip kelas wajib, Tidak dengar dan fikiran melayang ketika ustaz mengajar, Buku dibuka, telinga dan fikiran arah lain. Sudah. Jam 9.00 akan imtihan Naqd Qadim. Namun aku masih mencatat di sini. Gusar sebenarnya dengan imtihan akhir ini, Pada keputusan yang bakal tercatat, Pada jawapan yang sudah tertulis, Namun aku terima, Kerana itulah yang aku lakukan, Malah Allah sentiasa memberikan L

pulang

Hohoho, balik kampung, hati riang... Tunggu Acu pulang... Peperiksaan akan berakhir esok namun semangat membara untuk pulang ke kampung sudah mekar sejak semalam. Hari ini selesai semua barang sudah disumbat ke dalam stor. Awal-awal pagi sudah membuat bising memunggah barang yang siap dikemas sejak dua hari ke dalam stor. lebih lima kali berulang alik naik turung tangga akhirnya semua barang siap terletak dalam stor. Alhamdulillah.. Perasaan untuk pulang ke kampung sedang mekar dalam diri. Mahu pulang. Mahu pulang. Mahu pulang. Mungkin sebenarnya tidak sabar melihat apa yang sudah terjadi di rumah. Mahu berteman dengan semut dan habuk yang mengganggu buku-buku dalam almari kesayangan. Mahu melihat kakak yang akan menamatkan zaman bujang. Mahu bermain dengan anak saudara yang makin pintar. Mahu melihat wajah ayah bonda... =) Tidak mengapalah tahun ini tidak ke bookfair. Sesungguhnya semoga kepulangan ini beri seribu makna buat diri. Terasa lama benar tidak pulang. Allah, semoga dipermud

akhirnya...

Alhamdulillah Kertas Bayan tadi aku takut mahu melarikan diri lebih awal keluar dari dewan peperiksaan. Maka aku hanya menanti sehinggalah pengawas bersuara: " Masa berbaki 15 minit. Tidak dibenarkan keluar sehingga masa peperiksaan tamat." Aku menanti juga hingga tamat kertas. Sudah. Aku sudah menjawab apa yang aku tahu, sedikit yang aku belajar dan sedikit kelas yang aku hadir. Dapat apa sekalipun aku sudah tidak kisah. Namun blur juga sebenarnya tadi. 15 minit pertama aku pandang kertas soalan tanpa satu ayat yang tertulis atas kertas. Buat-buat semak soalan sedangkan hanya ada tiga soalan. Alhamdulillah. Terjawab juga semua walaupun entahkan benar atau tidak gorengan aku kali ini. Buat rojak dalam dewan peperiksaan. Sungguh aku tidak berani untuk memandang wajah ustazah. Ustazah yang sangat baik dan mahu aku terus berjuang dan bukannya melarikan diri. Allah, apa agaknya perasaan aku diperlakukan begitu. Aku yang sombong. Kata orang bodoh sombong tidak akan ke mana-mana. J

nota buat diri.

Bahagia. Sangat bahagia melihat mereka pada hari Konvokesyen. Bayangkan pada hari itu semua orang tersenyum dan kita sudah membuatkan orang lain tersenyum. Namun bagaimana pula jika seseorang itu hanya boleh perhati di satu sudut tanpa ada kekuatan untuk menyertai kegembiraan itu. Kerana dia bukan seperti mereka. Dia hanya mampu melihat daripada jauh. Tentu dia sedih hati. Tentu dia terasa terpinggir. Jadi, berusahalah untuk takhrij bersama-sama orang lain. Sesungguhnya peluang yang sudah tersangat besar apabila Allah takdirkan kamu belajar dalam sebuah universiti bernama IIUM. Bukan semua orang ditakdirkan berada di sini. Sungguh. Namun rasa masih bercampur. Gelombang itu kembali mendatangi diri kala sepatutnya aku sibuk dengan buku untuk peperiksaan. Esoknya ada kertas aku jadi gelisah dan tidak menentu. Hati rasa hilang tenangnya dan ombak kekacauan hebat melanda laut hatiku. Allah. Bukanlah Engkau menguji hamba dengan sesuatu yang tidak aku terdaya lalui. Adakah sebenarnya rasa ber

ukhuwah everlasting

Hulurkan tangan itu, Biar aku bawa kamu, Tuju daerah baru. Bukan hanya aku dan kamu, Aku, Kamu, Mereka, Dia, Kita. Ukhuwaah. Situ letak jawapan, Persoalan selama ini diri mahukan.

tulisan buat diri...

Sekarang menulis manuskrip tidak lagi berada pada tingkat atas perkara yang mesti aku lakukan. Hanya menulis apabila kesempatan itu datang dan aku berada depan laptop. Besar hikmahnya apabila laptop aku putus wayarnya. Sekurangnya masa untuk aku 'merapu' dapat dikurang menjadi minimum. Apa tidaknya sebelum ini sentiasa sahaja aku berada depan laptop dan menaip itu ini. Sungguh benar semuanya terbaik untuk aku. Menyusuri perjalanan semester ini yang berbaki seminggu. Terfikir apa yang bakal aku lakukan setelah selesai semester pendek kelak. Almaklumlah September nanti barulah bermulanya semester baharu untuk sesi 2011/2012. Semester depan ada rancangan besar yang perlu dilangsaikan namun aku masih diam tidak bergerak walau seinci lagi. Walaupun hanya sesekali aku dapat update dan menconteng dalam manuskrip ini namun sebenarnya rasa cinta untuk menulis itu belum berkurang. Walau terbatas masa, pasti akan menjenguk juga blog-blog yang menjadi kunjungan wajib.... Membaca cerita man

catatan untuk hati.

Usah berpaling lagi! Seminggu berbaki sebelum daerah ini aku tinggalkan untuk bercuti. Masih ada empat kertas yang perlu dihabiskan sebelum aku menamatkan semester yang banyak mengajar aku seribu macam makna mengharung sebuah perjalanan yang perlu aku rentangi. (malangnya masih aku mahu melarikan diri.) Bukan aku tidak sedar yang setiap individu terutamanya yang mengatakan dia 'MUSLIM' perlu bersikap Positif. Menerima semua ujian yang berlaku dengan Solat dan Sabar. Kerana janji Allah hanya orang yang bersolat dan bersabar akan berjaya. Berjaya mengharungi ujian kehidupan. Allah tidak memberikan sesuatu yang seorang hamba tidak mampu untuk melaluinya. Seberat dan sesukar mana ujian itu sebenarnya diri mampu untuk hadapi. Hanya mungkin disebabkan hati yang sarat dengan bisikan tidak baik, maka jasad berkata: " Allah, mengapa kau takdirkan ujian ini untuk aku. " Naudzubillah.. Ya Allah, jangan biarkan lagi perasaan itu terus bermain dan menjadi sebahagian perjalana  dir

PULANGKAN

Kembalikan  hati yang kau curi, Pulangkan perasaan kau bawa lari, Bagaimana hidupku di sini, Hati dan perasaan tiada lagi. Hidup bukan mencari alasan, Perlu memilih antara pilihan, Usah asyik bermain perasaan, Tenggelam tak perasan.

Satu Hati Milikku

dua, tiga, empat, lima, enam... Lima hari rupa-rupanya tiada satu manuskrip yang aku catatkan di sini. Peperiksaan bukanlah alasan namun hanya apabila jemari hanya kaku, maka biarkanlah kata-kata mati di situ. Diam biarkan semua kata berkumpul dalam kepala. Pagi ini, usai mengisi perut terus aku melangkah ke 'center' selesaikan apa yang perlu dan singgah di sini. Tidak kisahlah esok ada imtihan sekalipun namun hati meronta untuk mengungkap walau hanya sebaris kata. ... Hati, hanya satu yang kita miliki, Dipinjam Allah dalam meniti perjalanan hari, Ada sihat sakitnya walau dijaga setiap hari, Ada lapangnya namun sampai masa sempit datang lagi. Kerana itu Allah berikan orang sekeliling, mana mungkin hidup sendiri, Aku juga, walau menafikan perasaan sendiri, Tersedar aku kini, Tidak dapat aku hidup menongkat langit melayan diri. Sekeliling kita, Ada wajah yang berharap, Ada suara yang perlu didengar, Ada kata-kata hati mesti dihayati. Berulang kali meng

3.Oh Ayah

Cerita baru. Saya mengabadikan juga kisah itu. Supaya kelak apabila saya dapat membaca lagi dan lagi... Beza apabila mereka yang membuat sesuatu dengan perkataan dan mereka yang terus melakukannya hingga tersentak diri dengan tindakan itu. Namun yang pasti, perbuatan itu kesannya lebih 'dalam'... Sangat dalam. Melewati hari-hari yang penuh dengan kejutan demi kejutan daripada satu cerita berpindah satu cerita lain, membuka lembaran baru -mungkin- dalam diari hidup penulis. Lama sebenarnya saya langsung tidak menghubungi keluarga di kampung melainkan pada hal yang munasabah dan bersebab. Jika tidak wassalam saya akan sunyi menyepikan di daerah nun jauh di Pinggiran Gombak ini. Saya pernah bercerita tentang kedinginan saya dan ayah kepada sahabat ini.... Saya bercakap tetapi saya tidak bertindak... Sudah! Malam yang membuka seluasnya pintu akal dan fikir saya dan menyentakkan seluruh anggota yang sudah kejang dan lebur semua perasaan hingga mengganggu diri selama beberapa hari. B