Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

Tulisan Tengah Malam Pertengahan Ogos

Tiada yang dapat membangunkan diri engkau melainkan engkau sendiri.  Minggu ini menjadi minggu yang sunyi dalam bising. Kepala dan jasad enggan berdamai. Apabila satu anggota sakit, seluruh jasad memikul kesannya. Sejak Selasa. Berterusan sampai Khamis.  Aku enggan bertemu orang walaupun aku sudah berjanji memulakan tugasan yang diminta. Jasad aku tidak membenarkan. Akhirnya aku berasalan dan mengangguhkan sampai minggu depan.  Aku perlu berdamai dengan diri aku sendiri. Minggu ini jadi minggu sesak dalam diam. Diri sendiri yang sesak. Di luar, masih damai.  Aku mahu berlajar berdiam. Akhirnya aku membiarkan tulisan aku berbicara. Berbicara di ruang bising yang diam. Di sini, tiada yang melawat. Aku juga lebih bebas berbicara di sini. Menaip satu demi satu kata... HARGA MENDEWASA Aku tidak rasa aku dewasa. Usia yang makin merangkak tua. Menuju mati. Makin pendek masa. Makin sedikit ruang. Hanya aku yang belum sedar diri. Aku masih melakukan hal sesuka hati. Membuat hal-hal yang dimahuk

Ogos

Ogos tiba. Aku masih di tempat aku. Sudah setahun. Ah, tiga tahun? Entah. Sudah berapa tahun. Aku bergerak, tetapi ada ketika aku mahu diam sediamnya di tempat aku. Berbaring tidak melakukan apa-apa. Sekalipun tangan sibuk di telefon.  Bilangan aku bertemu orang lain semakin berkurang. Aku selalu nervous bertemu orang. Aku selesa sendiri... Terlalu selesa sampai ada rasa takut dalam diri.  Sepatutnya banyak hal perlu aku lakukan dan bergerak. Hakikatnya jasad aku banyak di rumah. Aku tidak tahu apa yang aku lakukan.  Bila kepala dan jasad "bergaduh" aku memilih lena walaupun aku tidak mengantuk. Atau aku akan tenggelam bersama drama.  Kadangkala sampai aku tidak faham diri sendiri. Mengapa aku buat begitu? Ogos sepatutnya bulan aku suka. Aku mahu menyelesaikan tugas kemas rak buku. Sudah beberapa hari rak buku terbiar. Aku banyak berbaring, tidak buat apa-apa. Buat aktiviti tetapi seperti tidak lakukan apa-apa. Aku ingin berpergian.  Jasad masih mahu berada di rumah.