Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

2. melontar perasaan

gambar boleh bercerita seribu kata. yang tidak terlontar oleh madah bicara bisa membuatkan tersenyum dan duka hanya hati boleh menilainya. menghargai peluang yang hadir, melepaskan semuanya pergi membiarkan segalanya berlalu BERTAHAN. Insya Allah. proses belajar yang masih panjang, exprementasi kehidupan melakar sesuatu pada kanvas kosong. 095029032011@singgah seketika... :)

1. melepaskan buih kecewa.

Dalam kehidupan ini tidak semua perkara mampu untuk kita hadapi dan ada ketikanya ia mengambil masa yang sangat panjang untuk menerima perubahan yang berlaku. Mungkin ia berlaku secara drastik hingga menyebabkan seluruh jasad tersentak dan mengambil masa untuk bergerak. Untuk permulaan baru ini biarlah aku mulakan dengan sesuatu yang bersifat positif. Buang semua fikiran positif yang berada dalam diri dan bergerak. BERANI . Allah, terima kasih menghadirkan seorang insan-insan yang membuatkan aku tersedar. Mungkin belum sepenuhnya sedar namun sedikit terjaga daripada lena. Sedikit-sedikit bangun, semoga ia tidak jatuh semula. Seorang insan yang membuatkan aku teringat apakah sebenarnya tujuan aku dihantar di sini dan seorang lagi insan yang membuatkan aku teringat pada wajah seseorang yang jauh di mata. Seseorang yang membesarkan aku. Sesungguhnya itu saat yang pasti tidak akan aku lupa. Cukuplah sebagai permulaan kisah baru manuskrip bawah meja. Ianya memang hanya contengan biasa. Seka

terima kasih

semoga Allah beri yang terbaik untuk mereka. doaku. doa untuk mereka. yang banyak berkongsi segala, walaupun punya teman sepertiku. Allah, Hanya Engkau Tahu yang terbaik untuk diriku, Semoga. Allah, berikan yang terbaik utnuk kehidupan dia, kerana hati itu berkali-kali aku calarkan, sembuhlah...
aku tak tahu nak cakap apa, yang penting perasaan tu not recovered yet! walaupun aku tahu yang aku tak boleh duduk soorang

happies...

update juga.

menulis juga akhirnya. Hanya sehari saya dapat bertahan untuk privatekan blog ini, lalu hari ini saya biarkan ia terus bersuara. Sungguh saya tetap mahu menukil kata walaupun ia hanya sebuah coretan mainan perasaan seorang saya... Semalam berlalu dengan perlbagai rasa yang bermain dalam jiwa. Sekejap ia pergi sekejap ia kembali lalu aku hanya membiarkan kaki untuk terus melangkah. Semuanya berakhir kini aku sedia menghadapi walau apa yang terjadi. Pertemuan yang  menyebabkan aku mahu lari ke tebing tinggi dan menjerit sekuat hati, penerimaan surat cinta yang menambah luka pada hati seseorang, kebaikan para pendidik.. sahabat yang terus berdiri di sisi dan membantu hingga semuanya selesai.. akhirnya saya sudah menyusahkan semua orang..... semua orang.. semua orang... perasaan itu yang bermain biarkan saya luah dengan aksara lantaran mulut ini terkunci untuk bicara. Hanya ucapan terima kasih tidak terkira kerana kalian sangat mengambil berat sedangkan diri hanya mahu ia berlalu seperti

kelu

aku sudah tak tahu nak cakap apa, duduk atas kerusi, tulis apa yang mahu dikata sejujurnya perasaan belum reda kecamuk sedih suka duka semuanya bercampur. sedang sebetulnya hanya aku menunggu mereka, mereka mereka mengapa kalian terlalu baik?

senang

pada yang berkata itu, segan aku menatapnya, ada suara tertutup ada goncangan rasa semuanya senada dan aku hanya bisa bersuara dalam diam tanpa kata. sungguh terkaku aku di situ perhati semuanya berlalu membiarkan pergi dulu sedang perlu aku yang hadapi, bukan mereka yang berusaha untuk aku
..melepak sambil mencoret untuk seketika. tumpahkan sedikit... minggu depan akan bermulanya peperiksaan akhir semester 2 2010/2011. Semester yang banyak menggugat pendirian diri dan melihat bagaimana saya melawan dan mengikut diri yang banyak lemak dan suka ikut hati. Juga semester yang memberikan prestasi peribadi yang tercorot dalam banyak hal dan membuatkan saya senyum dalam hal yang lain. Terima kasih wahai Allah mengenalkan aku dengan para pendidik yang sangat baik, mengambil berat dan tidak mahu melihat saya terjatuh dalam lubang kegagalan. Manakan tidak, manusia yang layak untuk di'barredd' daripada peperiksaan ini dibenarkan masuk dalam semua peperiksaan. Terima kasih Allah. Sesungguhnya walaupun banyak yang hilang dalam semester ini, banyak juga yang saya belajar dalam proses mengenal diri. Walaupun lambat dan tidak cekap saya bergerak sekurangnya saya ada sesuatu yang ditinggalkan sebagai kenangan. Bukan untuk sesiapa, namun untuk perjalanan diri sendiri yang pastiny

kamu

kamu, kamu yang terbaik okeh! Terus melangkah kerana kamu sangat bijak dan pandai sebenarnya, beri peluang pada diri, saya tahu kamu sudah buat yang terbaik, biarlah apa kamu buat, apa sudah jadi, kamu tentu sudah lakukan yang terbaik, saya sayang kamu. go! go! aja, aja fighting jangan takut bermimpi. biar jauh  kamu pergi. terima kasih atas cerita  walau saya hanya dengar sahaja. KAMU ITU TERBAIKLAH! (saya suka bila kamu bercerita dan saya tidak kisah kamu bicara apa sahaja. mungkin saya tidak membantu sekurangnya kamu boleh meluahkan. okey. abaikan segala penerimaan saya. hihi. pandai saya cakap, padahal diri belum cukup betul. . )

monolog (bahagian 1)

  Kata-kata yang terungkap dalam kehidupan seharian boleh menjadi madu mengubat penyakit dan mungkin juga racun memusnahkan seluruh kehidupan. Aku selalu mendengar orang kata. "be positif!" Oh, aku tidak nafikan yang kata-kata punya kuasa yang menjadikan seseorang makin lemah atau makin bangkit membina semangat dan merubah diri. Jika tidak, mana mungkin kerana kejian seseorang, makin jatuh semangat manusia ini untuk kembali berubah daripada kejahilan kepada mencintai ilmu. Kerana kata-kata juga bisa memujuk seorang untuk kembali. Benar hidayah milik Allah, namun adakah telah aku cari hidayah itu? Atau hanya duduk dan menanti?   Senang untuk bercerita. Mudah untuk berkata apa sahaja, juga tidak payah memujuk diri dengan seribu janji manis dan kata-kata supaya diri kembali bangkit. Namun yang paling utama batang tubuh perlu ada 'KEYAKINAN' untuk mengotakan apa yang dipercaya. Jangan hanya asyik berangan itu ini namun akhirnya apabila semangat mati, jasad tidak bergerak

belajar

belajarlah memberi apa ada bukan sekadar menerima. allah.

bukan hari baru

seakan mahu meminta diberi nafas baru namun aku tahu ia suatu yang sangat mustahil. mahu aku mendongak langit, pandang sejauhnya. biar aku jelas apa hari depanku. sungguh aku percaya, tempatku di sini, mengapa diri yang masih belum akui? Allah.

duduk seketika lalu menulis

Biar seketika kalam ini berbicara... Pertama. Terima kasih buat kak Husni pinjamkan laptop selama tiga hari. Sesungguhnya terbayar ke'gian'an saya untuk mengedit gambar dan membuat video. Tidak terasa lama saya bermain depan laptop itu mengedit satu demi satu gambar dan membuat percubaan untuk menghasilkan sebuah video kenangan untuk semester ini. Oh, walaupun ia hanyalah editan yang biasa dan sebuah video 'taraf sekolah rendah' semoaga, kenangan itu saya selalu ingat. semoga.  Mungkin betul, beri saya sebuah laptop + gambar + lagu untuk didengar, saya asyik dengannya hingga tidak hiraukan orang lain. Leka dengan itu.. Oh, saya tahu itu tidak baik. Apa sekalipun, terima kasih tidak terkira.. Juga buat Habibah, Kak Ema,Rokiah dan Mysharah yang menjadi mangsa apabila saya perlukan laptop. "Penulis tak ada laptop?" Ungkapan yang saya tidak lupa ketika di Minggu Penulis Remaja hingga saya sanggup menghabiskan duit wang saku CFS untuk membeli laptop second hand.

Durrah Nur Aqilah: monolog kata tidak terkata

Bismillahirrahmanirrahim. Aku sekarang sering kematian kata kala berbicara. Sedari dahulu hingga hari ini akhirnya aku masih mengulang perangai yang sama da tidak berubah. Sampai satu ketika aku menangis disebabkan apa yang aku lakukan oleh sendiri. Kerana hal yang kecil, air mata itu boleh menganak  sungai. Adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan? Allah berikan keluarga yang baik, guru yang baik, teman yang baik.. Semuanya berjalan lancar  dan aku bebas bergerak ke mana yang saya suka. Tetapi aku sering tewas dengan diri sendiri. Ini kisah aku dan seorang pensyarah. Disebabkan masalah yang aku reka, aku diminta ke bilik beliau. Beliau yang aku namakan sebagai puan Y "Assalamualaikum..." Aku mengetuk pintu biliknya tiga kali. Lalu beliau menjemput aku masuk. Aku diminta duduk dan diajukan soalan mengapa aku sering ponteng kelasnya? Mengapa aku tidak ada pencapaian yang baik dalam pelajaran? Mengapa aku larikan diri tanpa sebarang pesanan? Mengapa? Mengapa? Me

diam

selalu terasa mahu sembunyikan diri, namun kini aku seperti tidak betah sendiri, Seakan ada kehilangan dalam hati, bisikan jahat dalam diri, menguasai, aku yang tidak mahu mengawal diri sendiri. Dan kini, masih aku berdiri di sini, tanpa pasti langkah kaki, ingin berlari dan terus berlari, namun cepat aku tersedar, sejauh manakah dapat kaki melangkah, sedang kecilnya tapak kaki.. Allah.

saya rindu awak

kata rindu terluah pada bicara, Itulah mahu aku kata, Rindu ranapkan sekeping jiwa, Keluh tanpa suara. Ingin diberita semua, Hanya sunyi teman kita, Kalau bersua, Seakan mahu jauh sahaja. Ingin melangkah menjauhi, Namun tidak bisa andai kamu tiada di sisi. Sungguh rindu penuhi hari, Kisah kita bermain dalam diri.

koma

sesuatu akan terjadikah dalam masa yang terdekat ini? Maaf kerana aku sudah banyak menyusahkan kamu. Kalau sesuatu terjadi, maafkan aku kerana tidak dapat bercerita semua perkara.

kelas dan periksa

minggu depan minggu terakhir kelas, sebenarnya aku langsung tidak bersemangat, nampak wajah menyinga, ingat sebuah kemarahan, terkenang akan kesedihan lalu aku hanya diam. aku mahu terus mendiamkan diri sampai saat untuknya aku bersuara ingin aku lupakan semua yang berlaku, ingin aku terus tersenyum. Allah, kuatkan aku melalui semuanya.. Amin

Durrah Nur Aqilah: Warkah buat Aqilah

Kamu seperti bintang dalam diri saya (kredit gambar: deviantart .) Bismillahirrahmanirrahim.. Dengan nama Allah saya mulakan penulisan warkah kedua buatmu. Warkah bisu yang menjadi perantara kita. Saya tahu kamu sibuk dan makin sibuk apatah peperiksaan nihaie yang bakal menjelang minggu hadapan. Lalu, saya tidak berhasrat mahu mengganggu kamu dengan perkara-perkara remeh berkenaan saya, sekadar meneruskan bicara saya untuk kamu. Semalam warkah yang saya coret itu hanya sebagai pemula. Dan hari ini saya tidak punya bicara khusus untuk dilontarkan buat kamu. Namun saya mahu menulis -jika dapat hari-hari- warkah untuk dibaca oleh kamu. Kamu yang ada dalam hati saya. Saya tidak dapat berkata tidak apabila kamu katakan yang kamu mahu menjauhkan diri daripada saya. Saya tidak akan menghalang walau apa yang kamu mahu lakukan kerana saya tahu kamu sudah sangat dewasa untuk menentukan siapakah yang terbaik untuk kamu dampingi. Jika kamu rasakan yang saya hanya menyusahkan kamu, usahlah dekat

tidak kisah

sesungguhnya aku sudah mengambil sikap TIDAK KISAH! Walau apa yang terjadi, apa yang bakal berlaku, kerana aku tahu semua itu tiada maknanya, aku bukannya orang baik, seorang yang banyak buat hal dan menyusahkan semua orang, aku rasa menyesal sebenarnya menolak apa yang aku mahu buat itu. sebab aku tak suka menghabiskan benda ni. aku akan lari lagikah? entah.

mahu terbang

mahu aku terus bicara apa yang rasa, Sedang kamu hanya bisu. Ingin aku temankan kamu saban masa, Sedang kamu kata ia tidak perlu. Lalu, aku larikan diri, Kamu juga mengungsi.

entri paling tidak berfaedah

Jom lihat langit dan tadabbur. Saya suka perhati orang terutama apabila saya dalam ramai. Ketika itu saya boleh tersenyum sumbing, masam, gelak dengan gelagat yang saya perhati. Namun ada ketika saya akan jadi sangat sepi kerana saya jadi leka dan fikiran saya sudah menerawang ke dunia lain. Dunia ilusi yang tidak mungkin akan jadi realiti. Lalu, saya khayal. Kadang bicara yang terbit daripada bibir sendiri juga tidak mampu terkawal. Baik, saya sudah masuk bahagian merapu. Sekarang saya menulis bukan dengan alasan untuk mengasah bakat melainkan  kerana saya suka bercerita dengan mata pena. Saya tidak pandai berkata-kata seribu madah pujangga atau manis mulut namun apa yang syaa tulis itu sebenarnya saya mahu cakap namun saya akan berfikir berulang kali sebelum saya lontarkan ia menjadi kata (kadang ada juga terlepas bicara) Lalu, saya bebas berkata di sini namun sebenarnya saya khuatir ada antara kata saya menyebabkan ada yang tidak selesa. Naun saya terus menulis kerana seharian saya

sekali sekala buang tebiat

Pagi Jumaat sebelum bertemu doktor gigi yang baik. :). Cahaya yang datang kadang pergi tinggalkan aku. SENDIRI. Ketka hujan. Saya suka lihat hujan. Tenang. Ketika ini hujan. Hujan itu REZEKI. Sebelum ke Rumah Titian Kaseh. Menunggu Kak Lu'lu' Bulan semalam. Sangat terang. Menunggu ia penuh *** Sekali sekala aku buang tebiat tampal gambar dalam blog ini, ITD

baru tahu.

sebenarnya pagi ini ada kuiz, dan aku ponteng lagi kelas bayan. Hari ini hari terakhir kelas BM dan aku macam tak ada perasaan, Dalam kelas Modern Poetry Text cuba untuk senyum. LOST.

Durrah Nur Aqilah: Surat buat Sahabat

Love letter Assalamualaikum untukmu.. seseorang yang istimewa dalam hatiku. Buatmu yang walau sering bisu namun punya sesuatu untuk dikongsi. Seketika mahu aku menulis sesuatu buatmu. Kala mata kita enggan dan tersipu kala bertentang, aku lebih rela melayangkan kata-kata agar kelak kamu baca dan mengerti segala yang aku rasa. Kala mungkin kita tidak lagi bersama, aku mahu kamu tahu yang sebenarnya aku sentiasa ada di sisimu walaupun zahiriahnya kita terpisah. Walau bagaimana sekalipun bentuk perpisahan itu... Sungguh pada sebuah pertemuan yang tidak disangka membentuk sebuah persahabatan. Walau hanya kebisuan yang mengiringi, aku mahu kamu tahu yang aku ada. Tidak biasa untuk aku ungkapkan kata-kata dan sebenarnya aku takut tersalah kata, maka itu perwatakanku apabila aku hanya membisu. Kala kadang banyak bicara, bukan aku yang berkata namun sebelah duniaku yang satu lagi mahu menyuara kata dan bosan dengan dunia sebelah sini. Lalu, aku berceloteh panjang. Mulai sekarang, dan ini seba

hujan seakan tahu

Pagi yang tidak sejuk walaupun di luar basah, Entah emosi apa bertarung dalam diri, sampai sempat berkata. "Ah, nak pontenglah hari ini." Sedang ustazah berpesan jangan ponteng lagi selepas ini, Aku ingkar, Seakan lupa semangat yang diberi ustazah tempoh hari, semuanya terbang... Lalu, hujan yang mencurah pagi ini, mengkhabarkan padaku, Duduklah di sini, Dan aku tidak ke kelas.. =)

...dan yang sebenarnya

Kamu seperti permata Seandainya kamu melihat diri kamu, lihatlah dengan siapa kamu bersahabat. Lantaran sahabat itu ibarat cermin yang mereflekkan kembali siapakah kamu yang sebenarnya, Kamu bisa berbohong dengan sahabat namun hidup kamu tidak akan tenang, Kamu boleh berpura-pura dengan sahabat namun kamu akan resah. Perngertian sahabat bagiku mungkin tidak seperti mereka mengenal sahabat mereka, Yang sentiasa boleh membimbing mereka menuju jalan yang benar, kadang terlalu mengharap akan membuahkan sebuah kekcewaan, lalu, berusahalah untuk menerima. Katamu semalam aku terima dan aku perhati, Sesungguhnya diri ini perlukan semangat berterusan, Lantaran hujanan semanangat yang diberi dia suatu hari sudah luntur, Lalu aku kembali ke daerdah lama. Daerah yang menjadikan aku bukan diriku yang sebenar, Namun aku cuba tersenyum walaupun aku tidak bisa bicara dan sembunyi rasa resah itu, Ia terlihat di mana-mana dan debar dalam dada seakan ombak yang tidak kasihankan pantai, Mendebur laju... S

saya

luka itu lambat sembuhnya. kerana diri yang belum bisa keluar daripada kenangan, tersedar dan kembali tenggelam, Semuanya seakan sebuah anganan, Namun hakikatnya itulah kehidupan, Berusaha untuk lari, Walau hakikatnya perlu menghadapi..

tiba

Masa  dijanji makin hampir,

kembali.

sekejap sahaja perasaan itu pergi. Ia kembali menghuni dalam diri. Aku yang tidak kuat melawan apa yang ada dalam diri. Lari apabila masalah datang pada diri... bukan tidak tahu atau tak faham, kadang tidak mampu mencerna, Salah faham, cuba untuk tidak kisah...

@Rumah Titian Kaseh.

Alkisahnya Ahad yang lalu saya dan kak Lu'lu' (teman sekelas parenting) telah mengambil keputusan untuk sama-sama ke Rumah Titian Kaseh. Setelah menelefon pada hari Khamis yang laly kami memulakan perjalanan pada 10.45 pagi. Menaiki bas 91 ke Kuala Lumpur, kami berhenti berdekatan Hospital Tawakal dan menapak sampai ke Rumah Titian Kasih yang letaknya tidak jauh daripada Taman Tasik Titiwangsa. Mengambil masa juga untuk mencari dalam terik matahari yang memancar, hingga akhirnya kami bertemu rumah terebut. Walaupun tidak banyak data dapat dikumpul, penceritaan seorang Ibu (saya lupa namanya) banyak memberi pengajaran... Secebis catatan yang masih lekat dalam ingatan... Rumah Titian kasih dibina dengan wang gaji Mak Pah (pengasas rumah Titian Kasih) yang bekerja sebagai jururawat. Wang gajinya digunakan untuk membangunkan rumah ini tanpa berkira. Kami percaya setiap anak ada rezekinya. Rumah ini tidak dibantu oleh dana kerajaan namun kami ambil inisiatif menjual nasih lemak, men

coretan jari kiri dan kanan

Selagi matahari terpancar, ada harapan sebenarnya... TANGAN KANAN. Semalam aku berkesempatan ke Rumah Titian Kasih yang letaknya di Titiwangsa, namun aku memerlukan masa yang agak panjang untuk menceritakan pengalaman itu. Ia sebuah perkongsian yang sangat manis tentang seorang insan yang sanggup berkorban untuk membantu anak bangsa sendiri. Subhanallah... nanti saya  akan sediakan satu entri tentang pengalaman itu =) TANGAN KIRI Tentang hati. Tentang hati yang belum sembuh sepenuhnya. Bukan hati saya, namun hati dia. Dia yang ada dekat dengan saya. Masih diulang dan ulang salah yang sama. Masih diam dia seperti sediakala. Kadang saya jadi bosan bicara dengan dia apabila yang dijawab hanyalah sunyi, anggukan, gelengan atau tidak tahu. Saya sudah bosan dengan manusia itu. Hanya memikirkan perihal diri dia tanpa mahu ambil tahu tentang orang lain. lemas. Betul dan sangat setuju kenyataan bahawa hati yang baik akan membentuk peribadi yang terbaik. Dia bukan begitu. Dia manusia jahat yang

sedih.

apabila hati tidak kuat, perasan itu sering goyah, mudah untuk rebah, seperti hari ini, Aku lakukan kembali perkara itu... terasa semua luar kawalan. Sedang aku yang diselimut syaitan, tidak membiar aku membuat amal. sungguh hati ini belum teguh. jiwa yang koor.. ya Allah...

tentang hujan, aku, dan kelas parenting

Hujan sering jadi modal cerita. (1) Semalam Jumaat yang sangat redup dengan hujan yang mencurah sedari pagi santak malam. Alhamdulillah, dalam renyai dapat juga apa yang dihajat di hati. Tertunai juga apa yang mahu dilakukan untuk diri. Semalam memandang hujan yang enggan berhenti sedari pagi sampai malam. Petang semalam sangat redup dan nyaman. Aku suka suasana itu. Aku suka memandang hujan yang jatuh daripada langit yang sebenarnya sangat jauh namun sampai ke bumi menjadi air jernih. Teringin mahu main hujan. Macam zaman kanak-kanak. Ketika pulang dari sekolah berbasikal seorang diri dalam hujan hingga basah semua buku. Ketika itu terasa susah namun apabila besar dan teringat semua yang dilalui ketika muda, itulah yang paling indah. Zaman kanak-kanak sering membuatkan kita senyum kembali. dulu ketika kecil boleh main sampan yang dibuat dengan kertas dan lemparkan melalui tingkap rumah. Boleh turun ke halaman rumah dan mandi hujan bersama teman berjiran. Kini, huj

untung

-banding dengan orang lain, aku beruntung. Allah bagi aku jalan yang smooth untuk lalui kehidupan. Aku tahu, tentu ia yang terbaik untuk aku. Lihat orang lain, aku jadi insaf sendiri. Hanya aku yang tidak bersyukur. Sejak aku sekolah rendah sampai universiti, ada sahaja cikgu yang mengambil berat tentang hal aku. tetapi aku kadang tidak langsung ambil berat tentang diri sendiri. Aku ikut apa kata syaitan. Aku buat apa yang aku nak buat. Aku bukannya fikir panjang. Kemudian aku menyesal. akhirnya aku ulang buat benda yang sama. redha ayah. redha mak. redha Allah....

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011

22 APRIL – 1 MEI 2011 BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN   Wah, nampaknya bookfair datang lagi tahun ini. Seperti tiada harapan untuk aku ke sana memandangkan tiada penaja dan aku baru menghabiskan semester ini pada 16 April 2011. Mahu juga melihat teman yang melancarkan novel mereka, bertemu mata dengan penulis, cuci mata dengan buku.. Namun, mungkin kepulangan ke kampung itu lebih bermakna. =)

entahapaapa

kesakitan dialir kepada orang lain, menyebabkan hatimu tidak tenang jiwamu tidak terang kalammu jadi sumbang. ketawa keterlaluan, akhirnya sebuah tangisan, melaut jadi teman, Walau ditahan. Usah disoal mengapa masih sama, Namun beranya, mengapa kamu yang masih seperti biasa.

bahasaku.

gambar hiasan semata-mata. Saya rasa mahu ketawa kala teringat kata-kata cikgu bahasa Melayu kerjaya semalam. " I sound like stupid speaking english! " Petang tadi, Bulya Iswandi a.k.a Ghazali memberitahu tentang hal yang sebenarnya sudah beberapa minggu terjadi di Universiti Malaya. Apalah nasib pelajar bahasa Melayu (pelajar sastera Melayu) dipersalahkan kerana ranking universiti itu merudum. Hm, saya tumpang mengucapkan takziah atas apa yang terjadi. Namun, secara peribadi bagi saya itu situasi yang agak melampau kerana apalah yang akan dapat jika hanya mengagungkan bahasa Omputih itu. Mujur sahaja di UIAM ini tiada pula suara-suara yang meminta pelajarnya bertutur bahasa Inggeris dalam semua keadaan. Melupakan bahasa Melayu sama seperti melupakan asal usul sendiri. Terlupa asal datangnya dia daripada rumpun melayu. Diagung bahasa asing itu hanya menyesakkan kepala sendiri dan menyusahkan hidup. kadang secara jujur apabila belajar tidak menggunakan bahasa Ibunda sendiri sa

Si Gadis Puteri Bongsu

Di langit ada cerita. " mungkin dia sebagai anak bongsu lebih menguji. "  Dalam banyak bicara cikgu dalam kelas bahasa Melayu kerjaya hari ini, ayat ini terasa terkesan dalam diri. Sangat-sangat. Alkisahnya ada seorang pelajar kelas beliau yang di bar daripada final namun ibu bapa pelajar datang ke universiti untuk mengadu.. Menurut bapa pelajar tersebut, anak itu anak bongsu dan kakak-kakaknya sebelum ini tiada masalah sepertinya. Lalu, cikgu melafazkan kata-kata itu. " Oh, anak bongsu, patutlah! " Pernah seorang pensyarah mengatakan begitu pada saya suatu hari ketika saya dipanggil beliau kerana membuat 'masalah'. Lalu saya terdiam. Adakah anak bongsu itu secara tabiinya bersikap manja dan tidak kisah? Saya tidak dapat mengatakan ya, kerana di luar sana ramai anak bongsu yang sangat survival mengharungi kehidupan sedangkan mungkin saya yang terperangkap dengan 'dunia anak bongsu' saya. Lalu, saya seperti tidak mengendahkan apa erti tanggungjawab. H

Terbaik

benarlah apa dikata Allah, Hanya yang terbaik buat Hamba walau kamu benci, meski kamu menolak. cuba untuk terima usaha untuk ke sana.

usah bersembunyi.

Kehidupan macam buih! Terasa tidak lengkap sebenarnya setelah beberapa hari saya sembunyikan diri dan menyenyapkan seketika ruang penulisan ini. Setiap hari terfikir ada perkara yang mahu dicontengkan, ada benda mahu dituliskan, lalu saya kembali menukil kata. Sungguh walaupun ia hanya ayat demi ayat dan kata demi kata cukuplah buat rawatan buat diri sebenarnya. Assalamualaikum, kalian yang terbaca dan membaca ruang penulisan ini. Apa agaknya khabar kalian? Semoga kalian sentiasa dilindungi Allah dan di bawah payung rahmat-Nya sentiasa. Amin. Tidak berada di sini bukan bermakna saya terus melarikan diri dan tidak mahu menulis dan hanya menyepi. Sesungguhnya ruang perkenalan yang terbina oleh penulisan itu sendiri sebenarnya memberi makna dan semangat buat diri. Membaca kisah-kisah dan perkongsian mereka di blog-blog, membuatkan saya jadi sedar diri. Tidak hanya boleh menongkat dagu dan menyesal dengan apa yang terjadi. " Bukankah Allah memberi yang terbaik untuk hamba-Nya? "
lama aku tak conteng sini. emosi masih kurang betul sangat. perlu mengecas kekuatan mahu lari seketika daripada kehidupan seorang blogger. kembali mengatur langkah. tahun ni mesti kembali hantar karya ke majalah! MESTI!

Durrah Nur Aqilah: Takdir Allah Terindah

Grass Typewriter by ~supertim Berulang kali ayat itu bergema dalam diri. Acapkali ayat itu menjelma dalam diri. Berusaha melawan kata-kata dalam diri sendiri supaya mudah untuk menerima kenyataan. Siapakah yang lebih memahami dirinya melainkan diri sendiri. Pecah empangan yang ditahan sedari tadi. Aku pejamkan mata. Rapat-rapat. Kejadian minggu lalu hadir dalam ingatan. " Lu'luah, saya mahu tukar universiti. Saya tidak tahan berada di sini. Universiti bagus tetapi saya langsung tidak berubah."  " Terpulanglah. Itu keputusan kamu. Siapalah saya untuk membantah apa yang kamu mahu lakukan. Diri kamu yang menanggung akibatnya. " Selesai di situ sahaja perbualan mereka. Masing-masing angkat kaki untuk pulang ke mahalah. Lalu persoalan itu seakan ternoktah di situ. Namun dalam fikiran aku itu bukanlah suatu mainan perasaan atau sekadar cakap-cakap. Serius aku mahu melakukannya. Namun sayangnya pada universiti ini mengatasi keinginan hati. Malam itu sunyi. Jam dua pagi

Episod Baru.

Daddy Found Me.. by *Lady-Tori (deviantart) Alkisah tersebutlah seorang manusia zaman kini namanya tidak ketahui. Maka pada suatu ketika dia lupa yang asal wujudnya dia kerana ada insan yang bernama ayah. Dia seakan lupa yang kejayaannya hari ini kerana pengorbanan seorang ayah. Dia lupa dia ada dia ada seorang ayah yang perlu dia berbakti kelak. Kasihan ayahnya yang tidak pernah sekali menghampakan semua permintaan yang dia mahukan. Apa sahaja yang dia mahu, pasti ayah tunaikan. Perangainya yang pelik pasti ayah tidak endahkan. Dia naik minyak. Berjayanya dia pada satu tahap namun dia tidak sedar yang dia bukannya berada di puncak namun masih di tengah pendakian. Dia lupa ayah masih menantikan (walaupun tentu ayah tidak menyatakan) kejayaan seorang anak yang dibesarkannya dengan penuh jerih dan penat lelah setelah pemergian isteri. Anak itu seakan lupa diri. Lupa yang kejayaan itu bukan kemuncak. Hanya permulaan. Lalu, dia berkelakuan seperti seorang yang sudah a

akhirnya.

Alhamdulillah 'ala kullihal, Saya memang PERLU berada dalam kuliyah ini dan meneruskan semuanya. SEMANGAT! KUAT! lagi setahun setengah sahaja! Nampaknya permohonan untuk tukar kursus gagal. titik. saya ialah pelajar bahasa Arab. bukankah itu yang kamu mahu? "Apakah yang dapat mengubah nasih golongan sederhana seperti kita melainkan pelajaran? Tidakkah kamu mahu menggembirakan hati orang tua kamu?" Sejak matrik aku berhajat untuk lari daripada bahasa Arab namun akhirnya Allah tetapkan untuk aku berada dalam kuliyyah bahasa Arab. ALLAH SUDAH ATURKAN YANG TERBAIK. ALLAH UJIA MENGIKUT KEMAMPUAN HAMBA. ALLAH MAHU KAMU DEKAT DENGANNYA. ALLAH TIDAK TAKDIRKAN IA BERLAKU TANPA SEBAB. Kamulah yang tinggal untuk ayah sandarkan harapan. Mahukah kamu kecewakan? Lukakan lagi hatinya yang telah kamu lukakan itu??? 

sengal II

gambar tiada kaitan. Huh, semalam dua kali aku berulang alik ke LT3 namun aku tidak ke tempat yang sepatutnya. Mulanya pukul 8 dengan bersemangatnya aku mendaki tangga namun belum ada seorang pun yang masuk ke dalam LT itu. Lalu aku berpatah semula kerana terasa segan apabila tidak tahu mana yang dituju. Itulah masalahnya jika berjalan sendirian, terasa sengal dan malas apabila perlu bertindak. kemudian, aku ke masjid. Air tiada pula, lalu aku mengambil keputusan untuk pulang ke mahalah. Namun baru sahaja keluar daripada masjid, terserempak dengan seorang kawan lalu dia mengajak aku ke talk Ustaz Hasrrizal. Aku mengangguk. Namun hati sudah berada di depan televisyen. lalu, usai solat Isyak, kami ke LT3. Wah, sudah ramai orang. Aku malas mahu melangkah ke pintu satu lagi. "kami balik dululah." Aku terus melangkah tanpa berpaling. Sampai di tangga besar.. "Jamilah, oh, tak bagitau ye nak tukar course " Alamak, terjumpa seorang lagi teman. Aku membalas. " Semuanya