Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti ini apakah agaknya aktiviti yang kamu lakukan saban hari???
Kamu bosan sudah???
Bukankah ketika di bumi UIAM kamu sentiasa berharap supaya cuti cepat bertandang kerana mahu ada masa bersama-sama keluarga tersayang. Nah, sekarang gunakanlah peluang yang ada untuk bermesra dengan ahli keluargamu sendiri. Saya percaya, usia yang makin menginjak menjadikan kita makin jauh dengan kerabat sendiri. Hingga ada kalanya rakan sepengajian kita yang merupakan saudara kita sendiri kita tidak kenal. Makin lama, kita makin jauh dengan saudara sendiri. Apatah lagi anak muda seperti kita yang dihidangkan dengan bermacam hiburan dan teknologi yang menjadikan kita malas bergerak ke mana-mana. Buka sahaja facebook, blog, kita akan sampai ke merata dunia. Hakikatnya, persaudaraan itu bukan di alam maya ianya jadi erat, namun pertemuan mata dengan mata, menghadiri majlis yang mereka adakan, dan bertandang ke rumah mereka menjadikan kita kenal mereka lebih dekat.
Sepanjang cuti ini adakah masa yang kamu lapangkan sekurang-kurangnya lima minit untuk menatap lembaran al-Quran dan mentadabbur maknanya. Sedang kamu punya terlalu banyak masa untuk berada di depan laptop belayar di alam maya hingga sanggup mengorbankan masa lena. Leka benar kamu dengan sahabat maya berchatting, berfacebooking, berblogging hinggakan akhirnya kamu solat hanya di hujung waktu... Bukankah yang paling baik solat di AWAL WAKTUNYA? Tidak luak langsung masa jika kamu gunakan ia untuk Allah yang berikan nafas kita sehari-hari...
Bagaimana lagi?
Dalam almari, buku-buku yang sepatutnya dibaca masih tetap di situ. Sedang masa terus dan tetap berinjak tanpa menunggu. Hanya diri sendirilah yang perlu sedar akan kemahuan dan janji yang kamu tanamkan dalam diri. Katanya mahu jadi pejuang mata pena, namun jika membaca sebuah buku sahaja sudah malas, bagaimana akan hadirnya ilham. Kata orang jika tiada input, maka output juga kosong. Untuk menulis memang mudah jika hanya mencoret ikut jemari, namun bertunjangkan apakah tulisan yang kamu nukilkan? Semakin banyak kamu membaca makin terasa diri tidak tahu. Makin mahu gali dan terus menggali apakah lagi yang menjadi rahsia di balik apa yang kita baca. Ilham Allah sangatlah luas dan mereka yang cintakan ilmu sentiasa dahagakan ilmu baru dan mahu saban hari tingkat ilmunya bertambah. Subhanallah.... Lagi cantik ilmu yang diterima sentiasa pula berjalan dalam kehidupan hariannya.
Lihat sahaja diri kamu. Selagi siren peperiksaan tidak dinyalakan, maka buku manakah yang kamu belek. Esok akan mula jalani peperiksaan, malam inilah mula mengulangkaji.
Sudah!
Sedar-sedarlah wahai diri. Ilmu tidak akan datang sendiri jika kamu tidak mencarinya. Pengetahuan tidak bertambah jika bukan kamu yang berusaha untuk mempertingkat diri. Adakah akan dipersia cuti sebulan tanpa sesuatu yang berharga kamu dapat sepanjang cuti ini???
Titik.

Contengan dinihari,
0319@23-11-2010
Mahang, Kedah...
Comments