Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Catatan pada suatu malam, dia tidak dapat lelapka mata

Beberapa hari lepas, dia rasa kurang sihat. Badan memintanya untuk duduk diam-diam sekalipun tangannya aktif di telefon. Ya. Memang dia 24 jam di rumah. Badan meminta lebih. Berehat. Memandang langit di jendela. Berehat lagi. Dua hari dia begitu. Dia gembira kerana di sini, dia boleh nampak langit. Berbaring juga nampak langit. Dia mendiamkan diri. Untuk dua hari. Hari ketiga, tenaganya sudah kembali. Dia kembali mengisi hari dengan aktiviti. Menyapu habuk di bilik, menyudahkan basuh baju, menonton, menulis contengan dan kembali seperti biasa... Ada satu tabiat aku suatu masa. Aku beritahu dia bila aku rasa tidak sihat dan tidak dapat menahan sendirian. Sekalipun hanya demam sedikit... "Saya tidak sihat," aduku. Sekarang, aku cuba menahan diri daripada memberitahu. Walaupun aku tulis juga di Instagram.  Bersalahkah aku? Bercerita tentang rasa yang hadir... Atau sepatutnya aku merawat diri sendiri dalam diam?  Ketika aku ulang-alik tempat belajar ke rumah, dalam satu semester