Hari ini, 15 Mac 2022. Semakin jarang aku berbicara di sini. Membiarkan lemabran-lembaran kosong tidak terisi. Atau aku sebenarnya semakin hilang seni bercerita dengan tulisan. Juga perbualan-perbualan yang makin berkurang. Semestinya ada banyak cerita yang aku tulis, ada yang kembali aku padam atau aku tulis dalam buku catatan untuk diri sendiri. Masih, aku mahu menulis di sini, ketika perasaan mahu mengeluarkan apa yang terbuku dalam kepala. Cerita 1 Terima kasih mereka yang datang, membawa aku keluar seketika melihat dunia luar yang luas. Dunia aku semakin kecil, di dunia maya, di dalam bilik, memandang ke luar. Sesekali apabila awak ajak keluar atau menemani awak di kedai, memang tidak aku tolak. Aku masih mencari sebab untuk keluar sendirian, atau jika tidak aku akan selesa berada di rumah. Keluar untuk beli barang, dan kembali ke bilik. Mereka tidak ramai, tetapi mereka ada. Itu mereka yang ada dalam lingkungan aku sekarang. Yang berinteraksi secara maya atau langsung. Yang m
Beberapa hari lepas, dia rasa kurang sihat. Badan memintanya untuk duduk diam-diam sekalipun tangannya aktif di telefon. Ya. Memang dia 24 jam di rumah. Badan meminta lebih. Berehat. Memandang langit di jendela. Berehat lagi. Dua hari dia begitu. Dia gembira kerana di sini, dia boleh nampak langit. Berbaring juga nampak langit. Dia mendiamkan diri. Untuk dua hari. Hari ketiga, tenaganya sudah kembali. Dia kembali mengisi hari dengan aktiviti. Menyapu habuk di bilik, menyudahkan basuh baju, menonton, menulis contengan dan kembali seperti biasa... Ada satu tabiat aku suatu masa. Aku beritahu dia bila aku rasa tidak sihat dan tidak dapat menahan sendirian. Sekalipun hanya demam sedikit... "Saya tidak sihat," aduku. Sekarang, aku cuba menahan diri daripada memberitahu. Walaupun aku tulis juga di Instagram. Bersalahkah aku? Bercerita tentang rasa yang hadir... Atau sepatutnya aku merawat diri sendiri dalam diam? Ketika aku ulang-alik tempat belajar ke rumah, dalam satu semester