Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016
Tulisan dan perasaan Aku seorang perempuan yang sering menjadikan tulisan sebagai suara meluahkan perasaan. Tidak semua yang aku tuliskan, aku amalkan. Tidak semua yang aku cakapkan berulang kali, aku buat. Namun, bukankah dengan menasihati orang lain, sebenarnya kita sedang menasihati diri sendiri? Situasi. Entah mengapa, semakin hari rasa suka akan kerjaya yang aku cinta semakin berkurang. Mungkinkah kerana keadaan diriku yang semakin jauh daripad mengingati Tuhan? Kadang, ah, selalu aku sering tersasar daripada landasan sebenar. Aku cuba untuk kembali, kembali ke jalan asal aku bermula. Tulisan dan perasaan. Itu aku dan tulisanku. Orang akan senang sekali membaca apa yang aku rasa hanya dengan melihat apa-apa yang aku nukilkan di media sosial atau di mana-mana tempat yang aku tuliskannya. Seringnya yang aku tuliskan akan ada kaitan... ada kaitan, walau sering aku nafikan. Lantaran aku jarang dapat menipu menggunakan tulisan. Tulisan suatu amanah. Amanah buat diri aku sendir