Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Hobi Saya

Nama sebenar saya Jamilah Mohd Norddin. Apabila menulis puisi, saya selesa menggunakan nama Lu'luah Nur Jamilah, Novel pertama saya ditulis dengan nama Ila Husna. :) Teringatkan sahabat-sahabat pena. Halimatul Asrah, Aini, Maizatul, Atiyah ... Sekarang tiada lagi surat menyurat, semuanya mesej, fb, emel ... Harapan saya: 2012. Buku baru? Perlu kekuatan dan disiplin. Cakap selalu, insya Allah. memetik kata-kata dalam friends forever. Zakiah, Marziah, Balqis, Syazana dan Mary. Cerita pelajar UIA. Seingat saya, saya contengkan ini ketika menghadap meja, melihat kertas kosong .. lalu teringat yang saya dan puisi sebenarnya bersahabat baik. Walaupun saya tidaklah pakar dan handal menulis puisi, membaca puisi orang lain suatu terapi. Puisi Fahd Razy saya suka. Doktor yang menulis puisi. Menyengat! ** kesukaanku menconteng, dalam buku nota, buku catatan, kertas-kertas kumal, novel, kertas peperiksaan, nota belajar. Menconteng, mengingatkan!

pergilah memori

membebas kenangan mengosong kerangka memori. bebaslah! Dia memberi yang terbaik. lu'luah nur jamilah  (boleh dibaca di sini juga)

Di Mana Mahu Beli Friends Forever, Ila Husna?

Keterangan lanjut, rujuk laman web ini: Iqramall RM14.00 Galeri Ilmu Sdn Bhd RM14.00 belibukuonline RM14.00   lazada.com  RM12.60   kedai buku MPH RM14.00 **** Assalamualaikum, ini untuk kemudahan sesiapa yang mahu membaca novel sulung Ila Husna , Friends forever. Mungkin sukar mendapatkannya di kedai buku, tempahlah secara maya dan ia akan dihantar terus ke rumah kalian. Selamat membaca. Senoga ada manfaatnya buat kita semua. :) Sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah. Ila Husna

Di sini

Berdiri aku di sini Sampai mati. lu'luah nur jamilah

Dunia Sophie

"Sophie, anak gadis berusia 14 tahun, menerima sepucuk surat misteri tatkala pulang dari sekolah pada satu hari. Surat tersebut melontarkan soalan aneh: Siapakah kamu? Dari manakah asalnya dunia ini – lantas bermulalah ‘Pengembaraan Sophie.’ Melalui surat daripada seorang ahli falsafah yang tidak dikenali, Sophie diajar mengenai falsafah, dan melaluinya juga Sophie mengenali ramai tokoh falsafah, daripada Socrates hinggalah kepada Sartre. Malah, melalui lelaki itu jugalah Sophie mula bertanyakan pelbagai soalan yang sebelum itu tidak pernah terlintas di fikirannya. Selain itu Sophie turut menerima beberapa surat misteri yang bukan ditujukan kepadanya. Siapakah Hilde, dan mengapakah suratnya boleh sampai ke dunia Sophie? Untuk merungkai teka-teki ini, Sophie perlu memanfaatkan ilmu falsafah yang dipelajarinya itu. Namun begitu, kebenaran yang dicari tidak semudah yang disangka." - laman itbn ### Melangsaikan bacaan tertangguh, Bersama ribua persoalan. Dunia Sophie, plot yang

Dipanah Arjuna.

Saya pernah menanam impian, Dan Allah lorongkan jalan.                                            Saya masih cuba menyemai cita yang makin jauh.                                            Ada masa mekar, ada ketika kuncup. Seperti bunga kuning yang sering dilihat sepanjang jalan yang sering saya jejak. Paginya mekar, datang suria, kuncuplah ia. Saya tetap akan berdiri di sini. Saya pernah bermimpi, Mimpi yang hilang kala saya terjaga. Mimpi yang hadir dalam realiti. Mimpi membuatkan air mata menganak sungai. Mimpi gerun. Saya percaya mimpi hadirnya bersama cerita, Rindu mengasak jiwa, Ingat pada yang jauh di mata, Memberitahu  tidak sendirinya saya,  Sentiasa ada yang kasih dan cinta. Masih, Saya yakin mimpi memberi cinta, Membuah rindu. Mengubat derita. Saya selalu lupa, leka, endah tidak endah, mencarik luka, membenam belati pada jiwa orang lain, melukis tangis pada pada wajah bahagia. Saya, seorang ananiah. Kala saya

lubuk paling dalam

berbisik, pada lubuk paling dalam *hatiku* apa sahaja selepas ini terbaik untukku lantaran aku mahu begitu. lu'luah nur jamilah

RCP perlukan CPR

Kembali Menulis. :) Membaca catatan di blog umairahshafei memang menaikkan darjah kerinduan untuk kembali menulis di sini. Selepas seminggu berhibernasi, akhirnya beruang kutub kembali keluar daripada daerah hibernasinya. Meronta-ronta hati ini, kemudian kembalilah jemari menaip satu demi satu perkataan. Aduhai. Ditutup, buka, ditutup dan akhirnya terus saya membuka kembali blog, fb dan dunia maya. Takut. Saya takut tatkala saya tinggalkan lama jemari tanpa taipan apa-apa di atas kertas apatah lagi di laman maya ini, jemari saya akan makin lembap dan kaku menulis. Resam orang menulis, lari sejauh mana sekalipun dia akan kembali menulis juga. Baik. alkisahnya Readings Classical Prose  (belajar cerita zaman arab dahulukala seperti risalah hazliyah, buku fusul wal ghayat, maqamat, dan beberapa cerita arab zaman dahulu) sudah menutup tirainya apabila semalam jam lima petang, dalam hujan yang menyejukkan itu, peperiksaan akhirnya selamat dijalankan. Walhasilnya, dimintalah

Catatan Mereka ... Tentang Sesuatu.

Biru... Bila sakit, taknak pergi klinik. Batuk berkongkong-kongkong, hidung berpuluh kali menyembur hingus, degil taknak cari ubat. Masih minum air batu, air sejuk. Kepala dah pening-pening masih taknak tidur, taknak berehat.-Budak U. (cerita penuh di blog beliau) # Membaca kisah ini seakan aku sedang membaca kisah aku. Ya Allah, sesungguhnya tidaklah kamu menguji melainkan ada lebih daripada satu penyelesaian pada setiap masalah. Itu kata ustaz yang aku dengar di IKIM.fm semalam, semasa menanti mata terpejam. Kata ustaz, sebagaimana Allah rakam dalam surah al-Baqarah, tidaklah Allah bebankan seseorangkmelainkan dia mampu hadapi. SMILE.  :) # Teringat coretan umairah shafei. Ah, bicaranya sering tidak jemu dibaca. Lalu aku tekan satu perkataan di blognya, membaca catatan ini ...  "Jangan disangka bila Allah tak menguji dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan dan semaksud dengannya, bermakna Dia tidak peduli dengan dosa dan maksiat yang kita b

Ada Apa Dengan Friends Forever?

1 September 2009: Bermulanya sebuah impian seorang gadis bernama Jamilah Mohd Norddin yang mahu bergelar penulis 2011 24 November 2011: Saudara Amir memaklumkan Friends Forever akan dihantar ke kilang pencetakan. Apakah yang lebih menggembirakan selain itu. *** Setahun bersama Sifu Az berbengkel Proposal awal dihantar kepada Ustaz Zakaria Sungib, Akhirnya editor berpindah tangan kepada saudara Amir Hamzah. Dua tahun tempoh sebelum masuk kilang Suka, duka, sedih, gembira menulis kembali Friends Forever. Allah tahu masa terbaik ia diterbitkan. Yang pertama bukan terbaik. Yang pertama pencetus semangat. Ila Husna 2012 Manuskrip kedua?

Gadis bertudung hijau

Gadis bertudung hijau, Meluah pada alam, Menghilang resah bercambah. Jika patahnya sayap malam, Haruskah dia tersungkur? lu'luah nur jamilah 12052012

Pesan sifu #Azmah Nordin I

10 pesanan buat diri yang mahu menulis: Tetapkan masa anda bertemujanji dengan penulisan. Jika ia seorang kekasih, tentu kita tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Matikan telefon, sign out fb, tiadakan talian internet, matikan televisyen. Jika mahu dengar, dengarlah mp3 dan pasang earphone. Pastikan hala tuju plot/jalan cerita. Biarpun plot, watak2 dan ceritanya mungkin akan berkembang mesejnya tetap sama. Tulis apa sahaja tanpa hiraukan kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya.  Gunakan formula 4/5 daripada keseluruhan cerita, untuk memulakannya. Edit, edit, dan edit cerita itu sehingga anda berpuas hati. Masuk ke dalam diri watak dan kenali watak seperti anda mengenali diri sendiri Menulis sesuatu yang anda suka Edit berkali-kali untuk cantikkan bahasa dan karya anda Letak diri anda dalam senarai penulis lain. "Orang lain boleh, aku juga boleh!" Tentukan karya anda sudah siap atau belum.  Setiap cerita perlu ada PERJUANGAN yang diangkat. #Rindu tempoh be

Perkongsian Manis.

Saya buatkan satu lagi blog berkongsi tips-tips dan artikel tentang penulisan. notailahusna.blogspot.com kata editor novel di Galeri Ilmu, Universiti PTS antara bacaan wajib. Saya percaya ada lagi laman-laman berguna, yang insya Allah saya kongsikan isinya di notailahusna. :) Berkongsi itu manis. nota khusus buat yang mahu menulis: umairah, hazen, tepian muara, dan sesiapa sahaja yang punya bakat luar biasa dalam penulisan, MARI TERBITKAN BUKU! ila husna. 2012

Cerpen: 1 Hati

Kerana kita punya 1Hati. Atiyah, seorang pelajar di Akademi Pengajian Islam (AKI) dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan didikan agama. Minat Atiyah dalam bidang penulisan menyebabkan Atiyah memilih AKI sebagai tempat pengajian. Atiyah suka menyendiri dan tidak peramah. Kehadiran Aini mengubah sikapnya. Aini, seorang pelajar di AKI, peramah dan cuba membawa Atiyah mendekati masyarakat. Aini cuba menyedarkan Atiyah kepentingan bermasyarakat dan tidak menyendiri. Betapa masyarakat memerlukan remaja yang petah bersuara, dan bersama-sama masyarakat. Masyarakat yang pincang kini tidak memungkinkan seorang remaja itu hanya mendiamkan diri. Aini berusaha mengajak Atiyah menyertai usrah di bawah seliaan naqibah bernama kak Asrar. Di situlah Atiyah belajar bergaul dengan kumpulan yang kecil, sebelum dia bersama-sama masyarakat yang lebih besar. Pada permulaannya semuanya berjalan lancar. Atiyah dapat mengikut aktiviti usrah yang dijalankan. Namun, selepas beberapa bulan, rasa bosa

Sembang Malam Jumaat: Cerita Cinta Satu Kewajipan?

#tekan pada gambar untuk paparan lebih jelas. #Sengaja, malam Jumaat yang sejuk-panas-suam ini aku lontarkan kata di fb tentang sesuatu yang sebenarnya sudah lama bermain di minda. #kesimpulannya, penulis harus bijak menggunakan kata 'CINTA'. Satu kata magis. #Terima kasih teman-teman di fb..

Edisi Percuma.

Ini perkongsian saudara Amir Hamzah, editor yang bertanggungjawab dalam hal ehwal novel di Galeri Ilmu Sdn Bhd. Hari itu, beliau kongsikan banyak perkara. Saya mendengar dan mengangguk, ada yang terbang, ada yang lekat di ingatan. Ada novel yang isinya bagus, tetapi muka depannya ...  menulis itu tanggungjawab. Boleh dikata khianat jika kita yang Allah beri kelebihan menulis, tidak menulis. Penulis harus tahu mempromosi tulisannya. Lihat bagaimana Ain Maisarah mempromosi karyanya. Pandai-pandai menyelit dalam acara di UIAM. :) Tidak kisah menulis apa yang orang lain sudah tulis, atau filem yang ditonton. Kita tulis versi kita. Ikut cakap editor Rugilah jika hanya menulis sebuah buku. Buku kedua yang ditulis boleh membantu jualan buku pertama. :) Kita mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan isinya. Zaman ini zaman yang tidak perlukan wartawan. Kuasa blog dan fb. Fokus sasaran pembaca. Buat SWOT bagi setiap karya. Sedikit dalam banyak perkongsian saudara A

khianat.

menulis.. tanggungjawab yang akan dipersoal. khianat apabila Allah beri kebolehan, tidak menulis. Bahasa Arab bagaimana? Satu pengkhianatan, meninggalkannya, sedang belajarnya sehari-hari. Buku yang disusun di rak, khianat dibiar begitu, tidak dibaca. ... tulis pendek. jimat masa. ingatan buat diri sendiri.  

Pesta Buku, Saya Datang

Cenderahati menjadi tetamu dalam rancangan Remaja IKIM.fm 1 Mei 2012. 5 pusingan tahun ini... Persoalannya, bilakah manuskrip seterusnya akan terhasil? Terima kasih encik Amir sembang-sembang petang 5 Mei 2012. Pusingan pertama: 28 April 2012: membeli diari Mat Despatch dan buku-buku puisi. :)  Pusingan 4: Cemburu melihat buku-buku yang ditulis teman-teman penulisan dan penulis mapan. Pusingan 5: 5 Mei 2012. Kenangan Terindah! Tangkapan PBAKL 2012. Nanti saya tuliskan edisi panjangnya. Biarlah gambar dahulu berbicara. Terhutang budi dengan editor dan penerbit. Ada hutang dalam penulisan. Kata-kata kak Salina: "Harus resah jika setahun tidak terhasil satu buku." Wassalam.

Apabila si Pendiam berkata-kata di IKIM. fm

Jumaat lepas, saya menerima panggilan daripada puan Shamsiah, staf di Galeri Ilmu bertanya kesudian saya menjadi tetamu di IKIM.fm. Spontan mulut dengan lancarnya menjawab ya, tanpa bertanya lebih lanjut butiran program. Hari Selasa. Saya sudah membayangkan slot Remaja yang dikendalikan DJ Faiz Othman. -DJ kegemaran saya ini- Kemudian, apabila Encik Nasri menelefon bertanya lebih lanjut, saya bersetuju dengan pelawaan beliau. Kami bertemu di PWTC malam 1 Mei, terus ke IKIM.fm. Pagi 1 Mei, sepatutnya saya menyertai pelancaran buku baru Galeri Ilmu. Malangnya disebabkan imtihan syafawi pagi itu terlewat ditambah dengan kelewatan bas, saya tiba di sana pada waktu kemuncak. 12 tengahari. Alhamdulillah, kak Husni dan Habibah temankan saya. Kemudian, apabila mereka pulang, dan usai menunaikan solat Zohor, saya melilau sekeliling gerai-gerai buku hingga kepenatan. Poket kering tidak memungkinkan saya membeli hatta sebuah buku. :) Marziah menawarkan saya  ke rumahnya, lantas saya bersetuju