KEKASIH

Sollu a'la nabi..


Adakah saya sentiasa ingat akan kekasih saya? Adakah saya selalu menyebut nama kekasih saya? Atau saya katakan saya mencintainya, sedang hakikatnya, saya jauh daripada dia.

Adat orang bercinta mahu sentiasa dekat dengan kekasih. Namun saya tega membiarkan kekasih saya menjauh. Jauh! Saya lupa menyeru namanya...

Allahummasolli 'ala muhammad.

Saya lupa melafazkan nama ini saban ini. Sedangkan baginda sangat sayangkan umatnya. Hinggakan sangat getir menghadapi sakaratul-maut, masih diserunya..

"ummati.."

"ummati.."

"ummati..."

ya Allah, di manakah saya? Saya lupa untuk berselawat ke atas Rasulullah... Saya hanya tahu menyebut nama artis, riwayat penulis, namun saya lupa kisah kekasih saya. Saya tidak ingat sirah Rasulullah...

Sudah, pergi baca buku!

Melihat diri,
1 November 2010
1422
ITD

Nota Kecil Hujung Entri:

Comments

Tyra Hanim said…
ya kita lupa, kekasih yang stau itu )=
Jamilah said…
Tyra Hanim,

Benar sekali! Kerana ingatkan yang lain, kita lupakan kekasih yang perlu kita cinta.

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Jom Belajar Nusus

Cerpen: Kembali Bertaut