Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Nasihat ini untuk Awak Juga

Tugas sebagai seorang subeditor menjadikan aku pembaca pertama setiap artikel yang dihantar untuk majalah kami terbitkan. Dan salah seorang kolumnis yang menulis saban bulan ialah penulis yang aku kagum. Yang aku segan untuk bertemu dengannya walaupun mejaku dengan biliknya bertentangan; hanya dipisahkan cermin kaca. Adalah beberapa kali saat keberanian datang, aku menemuinya untuk meminta nasihat. Dan kali ini caranya berbeza. Seperti biasa, menyunting artikel beliau seadanya. Sebab tidak banyak yang perlu disunting. Siap. Dan hantarkan semula kepada beliau. "Apa pendapat kamu tentang artikel kali ini. Kamu faham?" Beliau bertanya. Aku terkedu. Sungguh aku spesies senang terkelu jika diterjah soalan mengejut. Dan aku tunduk. "Lepas ni saya nak tulis begini lagi. Tapi saya takut juga orang cakap saya ceritakan tentang saya." "Saya lagi senang hadam kalau tulisan begini." Akhirnya aku berkata juga. Ya, belajar daripaa tulisan yang bersandarka

Dia

Jamilah. Kerana dia seorang yang bernama Jamilah Mohd Norddin. Yang mengenalinya di dunia nyata, mungkin tidak kenal dia di dunia maya. Yang "friend" di alam maya, mungkin kenal si Jamilah yang tetap diam walaupun melihat "friend facebook"nya di alam nyata. Di alam maya atau alam nyata, dia masih Jamilah. Jamilah yang sering kata-katanya lebih lancar daripada bicara. Mungkin adalah sesekali dia ramah di alam nyata... banyaknya dia membisu sahaja. Jalan semacam tidak nampak orang. Menonong tidak lihat kiri kanan. Senyum juga jarang. Tidak ditegur, dia tidak menegur. Jamilah si pendiam. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Status Facebook

AMATUR Bukan tentang amatur atau profesional. Bukan tentang canggih atau tradisonal cara yang engkau gunakan. Bagaimana untuk menggunakan apa yang ada untuk menyediakan bahan yang diperlukan. Tidak cantik tidak mengapa, tidak "canggih" tidak apa. Aku hanya perlu lakukan yang perlu aku lakukan. Dan enjoy! "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

kata-kata

Rasa pun daripada Allah. Bukan saja-saja akan hadir dalam diri. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Yang berlaku itulah yang terbaik. Semoga akan dihadirkan dengan rezeki yang lebih baik...

usrah

Hari ini beliau meninggalkan pesanan ini: Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, rakan-rakan yang baik, pasangan dan lain-lan... kefahaman kita terhadap al-Quran termasuk رزقا حسنا. (Rezeki yang baik)

usrah

Teringat pesan ustaz semalam. Ketua harus selalu meminta maaf dengan orang bawahannya. Sebab dia ada tanggungjawab terhadap anak buahnya. Mungkin tanpa sedar dia tidak tunaikan hak anak buahnya. Dan kita, selalulah memaafkan orang yang lebih atas agar tidak susah di akhirat nanti. . Berbicara tentang hak tidak akan selesai. Kita mahu "berjuang" untuk hak atau buat yang terbaik walaupun mungkin merasakan "hak" kita tidak terpenuh seperti sepatutnya. ‪#‎ pesanuntukdiri‬   ‪#‎ ilahusna‬

15012016, Facebook

Semalam terlepas cakap hal yang tidak sepatutnya. Dan jiran menegur, "kata-kata itu doa tau.." Lidah. Sering tanpa sedar melontarkan sahaja kata yang ingin diucapkan. Jaga-jagalah daripada terlepas bicara lagi. Cakap yang baik-baik, kurangkan keluhan, sangkaan dan kata-kata tidak enak. Enak kan lidah mengeluarkan bicara? Entah tanpa sedar kita sedang memperkatakan hal yang tidak sepatutnya kita cakap. . Kita juga sering teruji dengan cakap-cakap kita. Tulisan juga. Bagaimana menjadikan kata-kata dan tulisan bertukar kepada tindakan. Belajar "berkata" dengan tindakan bukan hanya dengan gerak bibir dan tulisan. Masih sering tersasar, namun kita tidak boleh berhenti mencuba. . Telinga dengan mulut, dua nisbah satu. Maknanya kalau bercakap itu seronok, mendengar seganda lebih menyeronokkan. -SOLUSI 76; 2 Telinga 1 Mulut. 15012016

15012016, Facebook

Semoga bukan dengan kata-kata kita yang menyebabkan orang lain teragak-agak untuk melakukan sesuatu. Semoga kita menjadi pendorong bukan pemusnah semangat. smile emoticon . Sering tersalah kata. Namun tidak boleh berhenti menyusun kata. Teringat pesan ustaz, kita kena kenal dulu orang tu sebelum bercakap dengannya. Ada orang terima semua yang dicakapkan, ada yang gurauan juga dianggap serius... macam-macam. Manusia jadi musuh hal yang tidak diketahuinya. . 15012016

10/366

Sampai satu masa, dan engkau makin keliru dengan apa yang sedang engkau lakukan, dengan apa yang engkau lihat. Carilah jalan untuk berpatah semula, atau masuk ke pintu lain. Peluang masih banyak, tinggal sahaja engkau mahu rebut atau lepaskan.

4/366

Bertahan. Terus melangkah. Dan aku tetap meneruskan kerjaya tiga tahun sudah. Ada yang kita mahu lakukan, tetapi lebih baik kita bertahan dan teruskan. Sampai bila? Sampai kita diminta pergi.