Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Masa Sekarang

Tuhan memberikan kesempatan; masa sekarang. Untuk kita mengubah diri ke arah yang lebih baik. Untuk baiki mana yang silap. Untuk gantikan mana yang luput. Puasa, solat yang tidak ditunaikan pada masanya, perlu diganti. Tuhan memberi kesempatan, menjentik kesedaran pada hati yang selama ini melalaikan hak yang perlu ditunaikan. Main-main dalam menunaikan kewajipan. Kadang terlupa berdoa usai bersolat, sekalipun. Kemudian, resah dengan masalah yanh terasa tidak diselesaikan, perasaan yang tidak mampu diurus... Terima kasih Tuhan, untuk kesempatan masa sekarang yang Engkau berikan. Memulakan. Mujahadah seterusnya adalah bertahan dan meneruskan sampai selesai..

Belajar Tiada Istilah Terlewat

Kami pernah berjanji untuk membaca al-Quran bersama-sama. Lebih setahun yang lalu. Dan memulakannya, seketika. Kemudian, masing-masing sibuk dengan urusan yang tidak berkesudahan. "Awak ingat tak, awak cakap nak belajar membaca al-Quran? Nak mula semula?" Lalu, malam itu kami memulakannya kembali. Terlewat, belum terlepas, bukan? Selesai mengaji malam itu, dia mengejutkan aku dengan kata-kata, "Banyak lagi saya nak kena belajar. Baca dengan betul, tajwid, terjemahan...."  Aku terdiam. Tersentak sekejap, melihat diri sendiri. Membaca, ada makna yang faham, ada yang sekadar baca. Jarang melihat terjemahan apatah lagi tafsir ayat. "Okey, kita baca 1 halaman. Kemudian kita baca terjemahannya." . Nota: ketika kita mengejar untuk khatam al-Quran, semoga tidak kita lupa melihat terjemahan ayat juga. Al-Quran, bicara Allah buat kita, hamba-Nya. Bagaimana nak tahu apa Allah kata, jika tidak faham apa yang disampaikan. . Allah, semoga al-Quran jadi

Perbualan Malam III

Sebelum masing-masing hanyut bersama mimpi masing-masing, aku membuka ruang untuk kami berbicara seketika. Entahlah, sehari dua ini, banyak pula yang mahu aku bicarakan setelah melalui minggu-minggu yang enggan diceritakan. Biasalah, budak sekolah, penat sedikit, banyak emosi tergugat. Sudah bercuti panjang, banyak masa untuk berfikir, banyaklah pula yang hendak diperkatakan. “Kamu, saya nak cakap ini.” Dia memandang aku. Sudah, dia mulalah tu. Buat sesi luah masa sebelum tidur. Entah. Aku rasa ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengatakan semua yang ingin aku luahkan. Tanpa aku simpan. Sebab aku makin sedar, makin menyimpan makin sakit, cakaplah apa-apa yang sepatutnya aku cakapkan. Agar tidak membuahkan penyesalan. “Kamu tahu apa yang saya belajar daripada kamu? Belajar yang Allah sediakan perjalanan yang cantik untuk setiap orang. Perjalanan kita yang berbeza, diri kita yang berbeza watak, menyedarkan aku hari ini yang saya banyak belajar daripada insan-insan yang hadir di

Perbualan Malam II

Ketika kami mengadakan sesi bicara atau lebih kepada luahan rasa, dia berkata kepadaku, "Akak buatlah apa yang akak suka selagi ada masa. Selagi ada kesempatan." Pada masa itu, aku menerimanya sebagai kata-kata biasa. Sampailah kata-kata itu terdengar-dengar sampai hari ini. Betapa, selalu kita mengenang hal-hal yang tidak dapat kita lakukan, ketika masa itu sudah lepas. Kadang kita tidak manfaatkan masa sekarang yang ada. Semoga kita memanfaatkan MASA SEKARANG agar tidak timbul penyesalan. Yang berlaku, jadi pengajaran. Masih belum terlewat selagi ada MASA SEKARANG. Untuk hari esok. :) Masa. Ruang yang Tuhan beri untuk menjadi yang lebih baik. 💌 Nota: terima kasih, untuk nasihat ini.

Kata

Kata-kata. Menjadi doa, setiap yang terbit daripada dua bibir kita. Jaga, Dan halusi setiap kata, Agar tidak menyakiti, dan berubah kata-kata yang tidak baik menjadi realiti. Kata-kata, Cermin peribadi. #ilahusnabebel "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ketika Mereka Sudah "Dimiliki"

Seseorang pernah bertanya kepadaku, "apa perasaan anda melihat teman anda sudah berkahwin?" Ketika itu, kami di dalam kereta. Baru beberapa minggu selepas menghadiri pernikahan seorang teman. Aku membuang pandang ke luar, "entah. Awkward. Rasa janggal. Hahaha." Aku menjawab ringkas, yang mewakili seluruh jawapan aku. Perasaan aneh, yang aku rasa jarak antara kami akan jadi jauh. Kami seakan-akan dipisahkan satu dinding tinggi, yang tidak dapat aku tembusi. Perasaan sementara, yang berakhir dengan penerimaan dan perasaan kembali pulih. Kawanku tidak ramai. Ada yang sudah bernikah, dan ada yang belum. Ada pernikahan mereka aku hadiri, ada yang tidak. Perasaan melihat rakan bertemu "belahan hati", tentunya gembira, syukur, dan sedikit sedih. Tipu sangat jika langsung tiada rasa itu. Bersyukur kerana mereka memasuki fasa seterusnya dan seterusnya, pastinya kita gembira. Sedih kerana, aku akan kehilangan masa bersama mereka lagi. Itulah hakikatnya. Mema

Perbualan Malam

Semakin meningkat usia, aku cuba untuk menjadi lebih terbuka. Terbuka tentang perasaan dan sangkaan-sangkaan yang ada dalam diriku. Tidak mudah untuk memecahkannya, namun akhirnya aku sedar yang masa bergerak terlalu pantas untuk aku terlalu melayan setiap perasaan besar dan kecil yang menghantui diri. Beberapa kali aku memilih untuk berbicara dengan dia, rakan sebilikku. Rakan yang aku pilih untuk dia bersama-sama denganku sejak setahun yang lalu. Terima kasih, menerima baik dan buruk aku selama setahun ini. Berada dalam sebuah bilik yang sama, yang mana tidak dapat tidak seorang gadis -Jamilah- akan menampakkan sisi sebenar yang tidak terlihat di dunia sebenar. Sisi yang cuba dia sembunyikan di luar, namun terserlah ketika berada dalam bilik itu. Dahulu, dia memilih bersendirian, sampai akhirnya dia membuka diri untuk boleh berkongsi bilik dengan rakan lain. Perasaan yang dia syukur sebenarnya, kerana sekurangnya dia tidak terlalu menunjukkan pemberontakan dan sedikit mengawal

0229

1 Mata masih terbuka luas. Lena sebentar selepas Maghrib, terjaga dan mata enggan lelap kembali. Malam yang terasa hangat. Dia beralih ke ruang tamu. Membuka kipas pada kadar maksimum. Terlelap sebentar, dan dia kembali terjaga. Terkebil-kebil sendirian dalam gelap. 2 Petang 21Julai 2018. Kawan-kawan, terima kasih datang ke rumah petang tadi. Anda tahu siapa anda. Dan makan masakan oleh teman serumahku. Memang agak peliklah kalau si Jamilah yang masak, kan? Hahaha.. Aku memang jauh daripada dapur. Memilih mengemas daripada memasak kecuali untuk dimakan aku sendiri. Aku tidak pandai masak. 3 Membaca "memories" di Facebook, ternyata pada tarikh ini tahun lepas-lepas juga, aku banyak membebel di Facebook. Agaknya ini sindrom memasuki Ogos, yang mana tempoh setahun lagi berkurang bilangan usia, bertambah angka. Ketika inilah macam-macam fikiran dan keinginan, namun apa makna jika tidak direalisasi oleh tindakan. 4 Maaf, untuk semuanya! #ilahusnabebel

BUATMU YANG BAKAL MEMASUKI ANGKA 30-CATATAN 1

Buat seorang gadis yang bakal memasuki angka 29, dan insya-Allah, panjang usia, memasuki angka 30 tahun hadapan. Adakah engkau belum memikirkan hal-hal yang sepatutnya menjadi keutamaan? Engkau masih mengesat air mata untuk hal-hal kecil, yang kadang engkau hanya perlu diam dan bertenang. Engkau menampakkan kemarahan dengan segera. Engkau berkata ya untuk banyak perkara, walaupun hal yang engkau tidak lakukannya dengan sepenuh jiwa. Jiwa. Di manakah jiwa dan cinta untuk semua yang sedang engkau lakukan, wahai gadis yang bakal memasuki usia 30? Berpura-pura tenang, sedang gelora dalam jiwa semakin meronta mahu membebaskan segala rasa. Rasa yang kadang membuatkan engkau mahu menjerit, menangis puas-puas, ketawa tanpa hujung... Semakin meningkat usia, manusia jadi semakin sensitif. Sedang engkau, masih sama seperti engkau pada tahun-tahun lalu. Membaca tulisan engkau, dan melihat realiti kini, yang seakan-akan mengulang apa yang berlaku. Sama. Berulang. Kisah sama dengan cara yan

Menuliskannya

Soalan-soalan seperti bila akan ada buku baharu, bila nak menulis lagi dan apa-apa yang berkaitan dengan penulisan, selalu membuatkan aku jawab dengan senyum kelat atau ketawa palsu. Lantaran aku tidak punya jawapan untuk itu. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Membaca Kembali

Membaca tulisan-tulisan di ...blogspot.com Mereka-mereka yang masih menulis di sana, sesekali. Tulisan-tulisan lama yang masih belum aku baca. Sesekali, aku rindu zaman itu. Zaman berblogging.. Zaman "bersosial" dengan tulisan-tulisan. Ah, terlalu jauh masa meninggalkan! Hanya aku seakan masih terperangkap pada masa yang sama. Melihat perubahan-perubahan sekeliling, kadang aku terfikir, hanya akukah yang tidak berubah-ubah? Masih merindu yang jauh, tidak menghargai yang ada. Melihat masa lalu, kadang terlupa menikmati masa kini. Melayan ketakutan dan rasa-rasa aneh. Sedang manusia semua bergerak ke depan. Dan berubah. Status dan hidup. Perangai dan peribadi. Sedang hakikat, aku semakin tua! Dan mereka yang dahulu anak-anak kecil, kini makin dewasa. Seorang aku, yang menghampiri angka 30. 11072018

Dua Hari

Dua hari yang mengingatkan aku tentang banyak hal. Dua hari perjalanan kereta, bas, feri, bas, dan jalan bersama kakak. Dua hari melawat ayah di hospital, dan aku si bongsu berusia 29 tahun yang masih kaku, tidak membantu apa-apa. Hanya berdiri seolah tanpa rasa, di sudut. Dua hari, yang selepasnya, aku memilih untuk kembali ke kota walaupun berhajat untuk bercuti panjang. Dua hari yang mengingatkan betapa kakak-kakak banyak berkorban, dan aku, si bongsu tanpa perasaan. Dua hari, melihat manusia keluar masuk, pergi dan pulang, disorong, berbaring, berjalan... Dua hari yang mengajar betapa berharga nikmat sihat. Terima kasih, untuk dua hari pada Julai Dua Ribu Lapan. "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pada Julai Tahun Itu....

Julai 2018 membawa suatu khabar yang entah bagaimana untuk dia terima. Tumbuh juga sedikit sesal di hati dia, namun akhirnya dia sedar yang Allah mengaturkan segalanya cantik. Kisah beberapa tahun lepas tidak dapat tidak masih anda dalam minda. Bagaimana akan dibuang daripada minda dia. Kisah itu jadi memori. Dan insan yang terlibat dalam kisah itu sudah meninggal dunia, Julai itu. Kesudahan kisah. Begini akhirnya. Selamat berehat, kawan. ...Kisah itu akan tetap ada dalam simpanan memori dia. Setahun tanpa berita, dan akhirnya menerima khabar ini, siapa yang tidak terkejut... Tuhan tahu apa yang terbaik! "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.