Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008
Assalmualaikum... Cepat benar masa itu berlalu meninggalkan aku......... MInggu depan nak balik kampung... sangat tidak sabar.. cuti selama seminggu.

APA YANG DITUNGGU???

Tunggu nak raya? Tak Sabar nak balik? Nak habiskan cepat exam final? Ramadan dah nak habis.. Dah muhasabah? Cukup tak tarawih? berkesan tak puasa? Ada tak perubahan? Hm, ini soalan yang kita sendiri sahaja boleh jawab.. Salam mujahadah di akhir Ramadan... Datangnya belum tentu kita brsama tahun hadapan, tak siapa tahu rahsia Tuhan...

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba Menakung sebak airmata Namun tak pernah pun setitis Gugur berderai di pipi Tidak ditempah hidup sengsara Suratan nasib yang melanda Menongkah badai bergelora Diredah bersendirian Bagaikan camar pulang senja Patah sayapnya tetap terbang jua Sekadar secicip rezeki Buat yang sedang rindu menanti Segenggam tabah dipertahankan Buat bekalan di perjalanan Kau bebat luka yang berdarah Kau balut hati yang calar Telah tertulis suratan nasibmu Derita buatmu ada hikmahnya Terlukis senyum di bibir lesu Tak siapa tahu hatimu Biarpun keruh air di hulu Mungkinkah jernih di muara Biarpun jenuh hidup dipalu Pasti bertemu tenangnya Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.Penerbit : Fadzli Far East Susunan Muzik : Firdaus Mahmud * Lagu yang sesuai dengan mood aku sekarang.. Boleh mendatangkan semangat jika dihayati maknanya...

Cubaan

Cuti seperti ini, aku ambil peluang mengemaskini yang agak lama terbiar tanpa entri terbaru... Bukan sibuk sangat namun, aku tak dapat mencari ruang yang sesuai kerana maktabah di sini dipenuhi pengunjung... Aku mahu mencuba sesuatu yang baru.. memblogging menggunakan wordpress.com. Mahu membandingkan mana lebih menarik... melawatlah... http://hadiqahjamilah.wordpress.com

PERSONAL NOTE- 20 RAMADAN 1429

Kesihatan yang agak kelam kabut minggu ni. Penyakit yang bersarang seakan turut mahu meraikan aku dalam bulan Ramadan ni. Alhamdulillah, segalanya kmbali seperti biasa. Gusi yang telah bertahun sakit ni(menyerang pada masa tertentu) menjadikan aku sedikit kurangt selesa. SMS pada sahabat, temankan ke klinik... Apa doktor boleh buat, aku ke klinik biasa, bukan doktor gigi, diberi ubat bengkak dan tahan sakit. Akak nurse siap tanya bila nak makan ubatnya kalau dah puasa.. Tak jadi masalah kan, tak semestinya kena ikut je arahan ubat tu. Bisa diatur... Mental juga yang tiada persediaan yang cukup menghadapi minggu ini, agak berserabut... Mungkin kerana gusi yang sakit itu, kepala tak berhenti berdenyut... bukan sakit, malangnya ku jadikan itu alasan untuk bermalas. Astaghfirullah.... Hari Khamis aku berpernag dengan diri sendiri. Mahu ke kelas atau tidak.. Bukan sakit sebenarnya rasa kebas je... Akhirnya melangkah juga kaki ke kelas, walaupun mental bukan sepenuhnya di situ... Jumaat, h

MINGGU AKHIR RAMADAN

Ramadan melangkah ke minggu-minggu terakhir. Sibuk buat kuihkah kita? Tukar langsir baru, sarung kusyen, perabut... Sampai kita lupa... Minggu ini untuk rebut janji Tuhan.. Lailatul Qadr yang ALLAH rahsiakan bila.. Tak siapa tahu, Yang mengalami tahu rasanya. "Ku mengharap kan Ramadan kali ini penuh makna, Agar dapat ku lalui dengan sem,purna, Ku memohon pada Tuhan, Diterima amalan..." Benarkah Ramadan ini membawa erti, Jujur kataku, Ramadan ini sangat bermakna... Rumah dekat dengan masjid... Aku takut, Ramadan tahun depan bagaimanakah? Ya ALLAH panjangkan usia kami dalam keimanan...

Seputar Aktiviti

Assalamuaikum, hari ini aku nak berkongsi beberapa peristiwa yang berlaku seputar hidup aku minggu lalu. Bengkel penulisan Kak Fatimah Syarha Hari Ahad, aku bersama seorang sahabat yang punya minat sama ke IIUM Gombak menghadiri satu bengkel penulisan novel, bersama Kak Ha (Kak Fatimah Syarha Noordin) Sesaat ternampak wajahnya, subhanallah, cantik ciptaanmu, betapa dia suka tersenyum dan sangat manis. Aku terpaku sebentar, akhirnya setelah membaca novelnya : “tautan hati” aku dipertemukan dengan penulisannya, untuk berkongsi ilmu..Kak Ha banyak menekankan motivasi dan persediaan kita sebagai dai’ ilallah. Antara mereka yang terpilih dan mereka yang diberi bakat untuk dimanfaatkan pada jalan ALLAH. Bakat itu bukan untuk disimpan tapi fikirkan bagaimana untuk menarik orang-orang di sekeliling kita. Jika kita baik, tentu kita nak mak kita juga baik, tapi bagaimana nak mennarik orang tua supaya beliau tak terasa dengan kita? Itulah adanya kreativiti. Cuba bayangkan seandainya kita m

IFTAR ^ IFTAR & IFTAR

Di mana nak iftar hari ini? Soalan cpu mas di bulan Ramadn ini, Masjid, Restoran makanan segera, Hotel, Kedai mamak, Tepi jalan. Macam-macam. Di CFS aku, Saban hari, Atur masa, Hari ni iftar ini, Esok di situ, Lusa persatuan ini, Tulat ada lagi. Berbayar @ tidak, Itu yang membezakan, Hakikatnya, Iftar amat meriah, bila bersama berjamaah, NAMUN, Jangan sampai makanan tak terjamah. Mulakan iftar dengan doa, Kurma, Maghrib, Zikir, Makan sedikit, Isyak, Tarawih, Makan, Tidur, Qiamullail, Sahur... Jadual mula iftar hingga sahur, Tuhan memberi rezeki... Syukur ya Tuahn.

kekesalan tak beerti

Assalamualaikum, tergerak hati aku untuk berkongsi seuatu dengan rakan-rakan sekalian, sesuatu yang amat menyentuh rasa aku... Yang menjadi kesalahan yang aku kesali selama hayat aku. Sahabat, aku mengerti rasamuu, malam kejam itu, Aku membatu bila kau bersuara, Aku endah tak endah, Kau tahu tak??? Aku sendiri tak sedar apa yang aku lakukan. Sahabatku ini, Ada kala kita melakukan tanpa sedar, Tapi masa tak berulang, Perbuatanku tak dapat ditarik semula. Aku bukan manusia baik.... *Aku dah lukakan hati seorang sahabat yang baik... Yang sanggup meninggu dan tak berkira dengan aku, tapi malam itu.... Perasaan aku terbang entah ke mana. Nak kata aku sibuk, aku tak uka menyebut perkataan sibuk, sebab ramai lagi orang yang lebih sibuk, tapi malam itu... Ah, maafkan aku sahabat.

fasa kedua dah...

Ramadan, fasa kedua melepasi yang pertama, Bagaimana energimu? Makin meningkat atau tubuh bertambah lesu dan kontang... Jangan jadikan puasa alasan, Iftarnya makanan sekeliling meja, Maghribnya di akhir waktu, Subuhnya lena... Ramadan, Ramadan, Ramadan, Nikmatnya mereka yang menghayatinya penuh insaf, Malang yang menadikannya pesa mkan.. Ramadan, Terima kasih, Kehadiranmu memberi kerehatan Ketenangan Kegembiraan. Pantas amat 12 jam itu, Manfaatkan, Bukankah kala itu doa teramat mkbul, jaga mulut, jaga hati... Ramadan, Jagalah ia, Maka Ramadan akan memelihramu pada 11 bulan lain.

Sibuk Sangatkah Kita?

Bolehkah aku nak kata aku sibuk, sibuk assignment, sibuk belajar, sibuk melakukan benda yang aku suka, Sibuk TIDUR... sibuk mengelamun. Aku tanyakan pada diri sendiri, Perlukah kita kata "Aku sibuk" Mengapa ulama dulu boleh melakukan banyak kerja, Boleh berkomitmen dalam banyak perkara, Boleh menuntut banyak ilmu, SEDANGKAN AKU??? Belajar sedikit, mengeluh banyak, Usaha sdikit, Mahukan marklah banyak. Benarkah niat aku? Betulkan usaha aku? Barakahkah hidup aku? Sibuk juga malas, Dua alasan beza, Dua virus perosak, Orang kuat. Tak kata dia sibuk, Tapi kerja berjalan lancar. Orang malas, buat-buat sibuk.

adik yang suka nonton

Masuk je Ramadan, Salah, Belum masuk Ramadan, Tivi dah iklan rancangan raya, Terlongo adik tengok, Adik buat jadual, Cerita menarik bulan puasa. Adik suka nonton tivi, kata adik, Bulan puasa ada macm-macam drama menarik, drama islamik, Adik suka, Adik aku minat nonoton tivi, aku ajak tarawih, Kata adik, cerita menarik, nak nonton tivi, Adik lupa, Itu tanda adik diperalat, Media gunakan adik.. ADIK< JOM SOLAT TARAWIH, JOM MUHASABAH, TINGGALKAN TIVI DIK, Kita manfaatka Ramadan. Adik, tivi tu tk bawa adik ke mana, Kita hitung amalan kita dik, Akak pun suka nonton, Tapi ini bulan Ramadan dik, Kita jangan ikut cakap Tivi tu.