Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

balik tanah tumpah darah

Tadi aku berjaya mendapatkan tiket untuk balik kampung...  Transnasional, 5hb Jun 2008... 10 pagi, insya Allah tak sabar nak tunggu...  Aku nak balik, jumpa anak saudara.  Ada sesuatu yang aku belikan untuk mereka...  Aku mahu lihat kecomelan wajah mereka. Tak sabar menanti...  walaupun perlu menghadapi peperiksaan akhir daulu, tak kisah, asal sahaja aku dapat pulang. Bukan beerti aku bosan tinggal di bumi Nilai yang permai ini, aku mahu cari kelainan. Cari semangat untuk meneruskan semester baru. nak jumpa guru-guru, kawan-kawan, ayah, kakak, dan semuanya....  Ada segantang rindu menanti semua di kampung.  Ketahuilah kalian, walaupun anakmu ini bukan anak yang trebaik berbanding yang lain, aku amat menyayangimu... Tiada dua dalam dunia ini... Aqilah dan Syauqi, tunggu, Acu akan pulang tak lama lagi... Kita boleh kawan. ;)

Malam Yang Sepi

31 MEI 2008 MALAM YANG SEPI Malam ini aku lalui seperti malam-malam sebelum ini.Tapi aku lampirkan sebuah pernyataan teman baik aku. Namanya minta dirahsiakan. Dia luahkan pada aku apa yang dia rasa sepanjang kehidupannya beberapa bulan di sini. Aku menjadi pendengar, menadah telinga penuh tekun... Bacalah pernyataan ini dengan mata hati walaupun tiada kena mengena dengan anda, daripada teman aku yang terlalu pendiam dan suka menyendiri... Jika tak mengenalinya pasti fikirkan dia sombong... TEMAN: Saya sedih sangat malam ni, saya semak, mengapa perkataaan ini terlintas di fikiran? Lihat sahaja tempat saya malam ini. Buku berterabur, kertas -kertas nag dikeronyok. Saya mengantuk sebenarnya tapi tak berniat nak tidur lagi, ya memang mengantuk tapi saya gagahkan diri untuk berjaga. sebenarnya banyak kerja untuk dibuat tapi saya sendiri tak pasti nak buat apa. Tugas sampai bila-bila tak akan habis. Saya yang perlu ada inisiatif sendiri untuk buat apa yang sepatutnya... Fikiran say

air mata ustaz

hari ini hari terakhir untuk kelas kitabah, jadi kami adakan jamuan untuk ustaz khalid. Amat lumayan, hanya bayar RM2.00. Berbaloi le untuk sarapan. Pengerusinya seorang sahabat sekelas. kebetulan ustaz sebenarnya kurang sihat, namun tetap hadir juga ke kelas, YA ALLAH, rajinnya ustaz, tak macam anak muridnya yang malas ini. Mereka persilakan ustaz memberi sepatah dua kata. Tentunya dalam bahasa Arab. memang tak faham seratus peratus tapiboleh ditangkap maksud ustaz. Ya, ustaz memang suka memuji, bak kata ustaz aku sebelum ini, orang sudan suka memuji walaupun kebaikan yang kita lakukan kecil sahaja... walaupun aku terutamanya dalam kelas terasa seperti kurang beradab dalam kelas. Memang, ustaz memberi ucapan dalam keadaan sebak. Sesekali kura tangannya mengesat mata. tiba giliran wakil muslimat memberi ucapan, nampak benar air mata seorang ustaz. Mahalnya air mata itu... Ah, ustaz terlalu baik. saban hari menasihatkanpelajarnya supaya rajin membaca. Aku yang degil... Paling sero

mata

Mata, anugerah ALLAH pada hamba-NYA yang dipilih, Ada insan yang ALLAH tak kurniakan nikmat mata,  Terbebas daripada dosa daripada mata, mungkinkah kita telah menggunakan nikmat ini dengan sebaik-baiknya. Untuk apa kita gunakan mata ini. Menonton cerita-cerita lagha, melihat maksiat dan berdiam diri,  Melihat kebesaran Tuhan, atau bagaimana? Secara jujur, aku sendiri tidak menggunakan nikmast ini dengan sebaiknya. Melihat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak menggunakan nikmat terindah ini... Ya ALLAH, lalainya aku dengan nikmat ini.  Nampak mata seperti kecil cuma namun besar amat maknanya. Tanpa mata kita tak mampu melihat mak ayah, kawan-kawan, alam ciptaan ALLAH. Kepada yang mengalami masalah rabun, mungkin ini peringatan daripadanya... Supaya diri berhati-hati dengan perkara yang hendak dilihat. Jangan bermain mata... Itu kata orang lama-lama... Ya, dari mata tutun ke hati. Terutamanya bagi yang berlainan jantina. Lawan jenis. Melihat sahaja boleh menimbulkan
Semua orang cakap menulis mudah dapat duit. Tapi hakikatnya tidak semudah itu. Mungkin senang bagi penulis popular dan luas pengalaman, tapi bagi yang baru memulakan langkah, bukan sesuatu yang mudah. Payah. Kena berfikiran positif? Aku tak bermaksud menakutkan sesiapa yang mahu belajar menulis, tapi nak menulis senang tapi, bagaimana dengan tulisan kita. Adakah memberi kesan pada orang lain. Mengajak orang lain membuat kebaikan? atau mendorong kawan-kawan melakukan maksiat. Besar tanggungjkawab tu, entah bagaimana mahu dijawab depan Maha Pencipta kelak. Penulis akan bertanggungjawab setiap patah tulisannya. Adakah dia sendiri tidak melaksanakan apa yang ditulis selama ini. Itu yang aku paling takut. Aku bukannya arif benar dalam dunia penulisan. Tapi aku mencuba untuk terjun walaupun hakikatnta tidak selalu serius. Aku seringkali cemburu melihat orang lain banyak pengetahuan, sedangkan aku tidak mengkorek rahsia kejayaan mereka. Aku membiarkan bakat aku pergi... Ya setiap

haflatul wada'

Semalam bertempat di blokC:1:21 kumpulan 1 LQM telah berjaya menganjurkan satu jamuan meraikan ustaz Azlan. Bertujuan meraikan jasa yang ustaz curahkan sepanjang sem ini. Walaupun hanya beberapa minggu bersama, alhamdulillah, banyak perubahan yang nampak. Ini pengakuan ustaz sendiri. ALLAH telah tetapkan ustaz sebagai seorang pencetus perubahan ini. Alhamdulillah, semua seronok walaupun memang terharu... Semuanya aturan daripada LLAH, kita hamba melaksanakan apa yang dikerah Tuhan kita... Apa-apa pun semoga hidup kami sentiasa diberkati....
SATURDAY, MAY 24, 2008 Kasih sayang, letaknya jauh di lubuk hati, tak terzahir, salah dimengerti, Kadang tertewas, kasih sayang, bersemi nama Ilahi, Tertera nama Ilahi, diberkati, bukan mudah memupuk kasih sayang, ketahuilah bagi yang memikirkan... anak kini sayangkan pasangan, melebihi Tuhan, Ibu Ayah, sahabat taulan, Sedang ijab belum diakad,,, Tanya imanmu, bagaimana begini? ajaran siapa???

coretan

Alhamdulillah, dah dapat keputusan mid-sem, tak teruk sangat... semuanya adalah pemberian ALLAH... Banyak benda yang aku belajar sehari dua ini namun kesuntukan masa untuk mencoretkan di sini, kelas menanti untuk dihadiri, aku bersyukur sangat apa yang aku dapat. tidak sebaik orang lain namun tak seburuk yang aku sangkakan... Apa yang pasti ada sebab aku dapat begini, semoga ianya menambahkan usahaku dalam pelajaran, insya aLLAH. Ada masa akan aku catatkan kehidupan aku yang meninggalkan memori manis di sini.... Sweet moment sepanjang sem tiga... perlukan masa yang agak lama untuk menulis. esok aku kena taqdim lagi... kali terakhir sebelum ustaz bercuti...  bittaufiq wan najah...

tamat imtihan

Hari ini selesai tiga kertas peperiksaan, ALHAMDULILLAH, apa yang ku usaha itulah yang akan dapat natijahnya. aku tak ralat sangat dapat berapa pun keputusannya sebab aku tahu usaha aku setakat mana nak dapat keputusan banyak-banyak, :) Seronok sebenarnya peperiksaan walaupun tahu tak sebaik mana. Nak balik uia Gombak, di sini makanan payah nak cari, ada masalah sikit. Apa-apa pun ada final yang mananti untuk aku harungi. Cuti yang agak panjang, tapi banyak benda yang perlu dilangsaikan.

kawan

Kawan yang baik mampu menasihatkan kawannya yang berada dalam kesusahan. Itulah kawan yang sebenar. Adapaun kawan yang tak mampu menasihati kawannya ketika dalam resah gelisah bukan sebenar-benar kawan. Jangan ingat kawan yang sentiasa berada di sisi yang terbaik, tapi kawan yang terbaik mampu meleraikan kesedihan kita. Cuba ingat, apakah reaksi kawan kamu bila kamu memarahinya... Jika dia menasihatkan kamu agar bersabar, ya, dia baik untuk kamu. Tapi jika dia membiarkan kamu bersama amarahmu, mungkin dia menganggapmu kawan biasa baginya. Istilah kawan mesti wujud dalam kamus insa, normal atau menderita, tiada siapa yang tidak mahu kawan, cuma antara mereka yang mengerti erti persahabatan dan mereka yang jahil makna persahabatan, berguna kerana sebab. Berkawan kerana sebab?
Mencari-cari, aku terjumpa ini. Sekadar untuk berkongsi bersama...untuk diri yang selalu rasa nak jatuh, selagi tak kejutkan gergasi dalam diri, ia akan tidur, semua orang sama pada hakikatnya, tapi perlu usaha membaiki diri, itu yang terbaik. Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here. Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kal
Thursday, May 15, 2008 Mencari-cari, aku terjumpa ini. Sekadar untuk berkongsi bersama...untuk diri yang selalu rasa nak jatuh, selagi tak kejutkan gergasi dalam diri, ia akan tidur, semua orang sama pada hakikatnya, tapi perlu usaha membaiki diri, itu yang terbaik. Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here. Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!Bulan depan, bera

imtihan kalam

Hari ini aku akan menghadapi peperiksaan... KALAM... memerlukan aku bercakap dalam tempoh 10 minit. Hm, tempoh peperiksaan paling singkat dalam sejarah hidup. Aku harapkan dapat buat yang terbaik setelah saban minggu diberi tugas taqdim oleh ustaz... Tak dapat yang terbaik pun sekurangnya melepasi target diri sendiri. Aku boleh agak markah bila aku cakap setiap hari, dicampur gagap... Semuanya memerlukan latihan berterusan dan keyakinan dalam diri yang mantap. JIka tidak tak mungkin kita akan berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini. Aku pasti kawan-kawan yang lain akan mendapat A, berdasarkan kefasihan dalam kelas dan keyakinan ketika bercakap. Tiada istilah tak tahu bagi mereka yang mahu. Setiap orang mempunyai potensi yang sama, tetapi bagaimana dia menggunakan potensi yang ada untuk meningkatkan kemampuan diri sendiri.... Tanyalah dan renungkan ke dalam diri. MAN ANA? MIN AINA?  ILA AINA? LIMAZA ANA FI DUNYA?  Ingatlah wahai diri yang berbicara, setiap p

Tamat Imtihan Kalam

Alhamdulillah, imtihan kalam dah tamat, aku tak buat betul-betul pun...  Cakap tiga patah perkataan, soalannya 10 patah perkataan. Apabila diri sendiri tidak mampu membawa diri ke jalan yang benar tiada siapa yang akan dapat membantu, tiada penolong. Itulah diri aku. Membiarkan diri terapung dihanyutkan lautan rasa tanpa mahu menyelamatkan diri sendiri, aku takut lemas, tapi aku tak brenang ke muara untuk menyelamatkan diri. Teruk, kan? Target aku dah ada, rasanya boleh capai tapi tak sebaik orang lain semestinya... Sabtu, imtihan istima', qiraah dan kitabah.... Tak ulangkaji lagi jadilah macam hari ini. Usaha yang berterusan hanya satu jalan untuk ke jalan yang lebih baik....... Bukan sekadar melihat pada orang lain, renung sama jauh ke dalam diri sendiri... :)

betul-betul mantap

MONDAY, MAY 12, 2008 BETUL-BETUL MANTAP Semalam bertempat di blok C3.21(kalau tak silap, terlupa nombor bilik) terjadilah satu sejarah untuk pelajar-pelajar Bahasa Arab kumpulan satu. Sebagaimana yang diminta ustaz Azlan, Ustaz Qiraah dan kalam, kami semua dikehendaki mengadakan satu tamsil(lakonan), untuk kelas kali ini. malangnya taks emua dapat menghadirkan diri. Jadi dengan menggunakan tenaga yang ada kami mengadakan persemnbahan. Tajuknya "kaif... ya'ni assiahah" Dalam masa yang singakat dan dua hari untuk mengadakan persiapan, akhirnya tamsil ini dipersembahkan. Alkisah bermulalah kisah dua insan, Fatonah dan Markonah, dua sahabat baik. Fatonah yang lebih bijak memenangi wang sejumlah 1 juta... lantas mereka berbincang bagaimana untuk dilaburkan wang yang dimiliki. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melancong di beberapa buah tempat menarik di seluruh dunia. Bermula di Thailand, Kemudia China, Jepun, India, Perancis akhirnya tersalah penerbangan sampai k

Kita Budak Arab

Thursday, May 08, 2008 KITA BUDAK ARAB Sekarang aku banyak belajar. Tapi itu semua teori yang belum tentu dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Memang mudah bercakap tapi teramat payah untuk melakukan apa yang dicakap. Aku tidak bercakap tentang orang lain tetapi diri sendiri. Banyak bercakap makin banyak salah. Tapi bagusnya banyak cakap, semakin banyak kesalahan dapat dibetuli. Ustaz banyak memberi nasihat supaya memanfaatkan ilmu yang ada. Kita sebagai pelajar Arab perlu menunjukkan contoh terbaik.... Kita menjadi perhatian pelajar course lain...

???

Bila kamu tak mampu beban, jangan cuba galaskan ia pada pundakmu, takut yang dikendung berterabur, yang dikejar habis hilang. Bahaya sungguh sifat meninggi diri jika dibiar bersarang dalam diri dan sanubari. Cuba kau bayangkan, kau mengaku boleh memegang jawatan sebagai seorang pengawas sedangkan kamu tahu kamu tak mampu menepati masa.  Bila kita fikir kita hebat bagus, tapi jika kita fikir tiada yang lebih baik daripada kita, alamatnya dirinya nak binasa. Mungkin untuk menguji kemampuan diri, itu suatu yang mungkin akan tetapi cuba kau bayangkan, kau gah dengan kemampuan yang tidak setara mana, mengharap orang lain memuji, jangan harap. Semua orang yang melihat menyampah dah tak berselera untuk bergaul dengan insan-insan sebegini. Ada sebab aku memasukkan entri ini. Aku semakin keliru dengan diri sendiri. Ada masa aku semacam mula mengenal diri, namun sampai satu masa aku sendiri kecundang. Apa yang aku buat sebenarnya?

Gembira

Alhamdulillah aku berpeluang membetulkan kelemahan yang bertakhta dalam diri ini. :) Setelah lama perasaan malu mendiami hatiku, dia mula berlalu meninggalkan aku. Tentunya aku amat bersyukur. Bak kata sahabat aku, kita kena yakin pada diri. Ya, keyakinan membentuk personaliti kita. Sekarang masuk sem tiga, dua bulan pengajian. Aku bersyukur sangat. Ya, mungkin aku sendiri tak menyedarinya, tapi itu kata kawan-kawan sekeliling aku. Nampak lebih yakin. Betul ke? Banyak lagi kelemahan yang tak terzahir. Apa pun banyak terhutang budi dengan ustaz yang banyak mengamanahkan pelajarnya bentang di hadapan kelas. Walaupun belum yakin 100% ada perubahan sekurangnya. Semoga ini berterusan dan aku dapat mencapai impian aku seterusnya yang telah aku rancang sebelum ini, insya Allah.

TANPA TAJUK?

Hikmah ALLAH turunkan pada setiap yang berlaku, kadangkala tak terjangkau oleh akal fikiran. Seringkali aku terkedu sendiri, apa yang aku lakukan untuk memantapkan diri sendiri... Tahu kelemahan namun langsung tak cuba untuk membaikinya... Teori senang, boleh keluar macam-macam, namun mampukah kita melaksanakannya. Itu yang lebih utama. Jika merenung balik, kita banyak menerima daripada memberi. Kita lupakan apa yang ALLAH beri, kita persoalkan apa yang orang lain dapat, sedangkan kita tidak. Sepatutnya bersyukur dan berusaha yang lebih baik untuk mencapai impian.