SMILE. :) |
Dengan nama Allah saya mulakan utusan buatmu yang bernama Jamilah Mohd Norddin. Saya sayangkan kamu, justeru saya layangkan warkah ini agar kamu jelas dengan perasaan saya terhadap kamu. Pada warkah ini saya mahu jelaskan semuanya yang saya mahu.
Saya kenal kamu sebagai seorang yang pendiam. Namun kamu boleh berubah jika orang yang bersama kamu itu membuat lawak. Kamu jarang zahirkan perasaan kamu. Sedih. Gembira. Marah. Geram. Namun saya tidak tahulah apabila orang berkata yang kamu cepat ditangkap reaksi melalui perbuatan. Entahlah, saya tidak anggap kamu begitu. Saya tahu kadang apa yang kamu zahirkan bukanlah perasaan kamu yang sebenar.. Saya mengenal kamu 21 tahun sudah...
Sebenarnya kamu sendiri yang tidak mengenal diri kamu, justeru bagaimana orang lain dpaat mengenal kamu. Kamu mahu orang lain memahami kamu sedangkan kamu tidak mendekati orang. Kamu EGO!! Kamu seorang yang ego, Jamilah! Kamu cuba nafikan apa yang ada dalam diri. Kadang kamu sengaja berpura-pura seolah nampak kamu kuat sedang kamu sensitif.. Kamu lemah jiwanya..
Bukanlah aku mahu meletakkan salah atas bahumu, namun sekadar memberitahumu yang dalam dunia kita tidak bisa hidup sendiri. Kita perlukan teman bicara. Sahabat yang dapat dikongsi masalah. Adakah kamu hanya membiarkan sahabatmu bersangka apa sahaja tentang kamu?
Jamilah, saya tahu kamu mahu melangkah jauh. Namun dalam kamu melangkah, adakah kamu sedar kamu sering melukakan mereka di sekelilingmu. Teman sekamar, keluarga... Adakah mereka gembira dengan tingkahmu? Kamu sekarang hanya diam membisu tanpa sepatah kata dengan orang yang bersama-sama kamu. Hanya kerana kamu bertemu dengan nota itu. Kamu cepat benar sensitif dan membuat konklusi, Jamilah... cubalah bersikap matang dan jadilah seorang manusia yang kuat!
Jamilah, sesungguhnya dalam sebuah perjalanan yang kita lalui tentu sahaja banyak rintangan yang perlu kita lalui. Adakah kamu fikir yang kamu sebenarnya tidak sabar? Kamu tidak pun menjadi seseorang yang berjasa kepada ayah, mak cik, kakak-kakak, sahabat-sahabat, teman sekamar, guru...
Tidak perlu aku ungkit semuanya...
Hidup ini singkat, Jamilah.. Hiduplah seperti pohon berbuah yang dilempar batu diberinya buah... Jangan sekadar hidup dalam sebuah bayang-bayang...
Aku sayang kamu.
Lu'luah Nur Jamilah.
Comments