Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Aku dan Zaman Belajar

Semakin menghampiri tiga tahun sebagai seorang penolong editor. Masuk dengan tangan kosong, tanpa bekal ijazah, dan tanpa pengalaman dalam dunia pekerjaan. Orang kata, kalau sudah rezeki, akan ada jalan. Sejak tahun pertama, hati sekejap mahu, sekejap tolak untuk kembali belajar. Oh, aku gagal dapat ijazah kerana banyak kali gagal dan mendapat pointer yang sangat rendah hingga akhirnya terkeluar daripada universiti.. Aku pernah memohon semula untuk belajar, dan menolaknya atas alasan mahu bekerja dahulu, dan selepas hampir 3 tahun, rasa itu kembali, namun hati yang perlu dipujuk lagi. Ada banyak hal yang perlu ditimbangkan lagi... Sebab sekarang aku tidak lagi perlu meminta duit dengan orang lain, jika aku kembali belajar, hal kewangan perlu aku fikirkan... Ketika diri sudah tua begini, tidak mudah untuk membuat satu-satu keputusan. Ya, jika ditanyakan, siapa yang tidak ingin berdiri di atas pentas meggenggam ijazah. Walaupun dahulu aku berpendapat boleh bekerja tanpa ijazah, a