Skip to main content

SOCA 1010




Berbaki dua kertas lagi. Go!
Alhamdulillah, berjaya mengharungi peperiksaan Sosiologi [SOCA 1010].

Jika semalam aku terlambat ke dewan peperiksaan, hari ini 2:30 petang aku sudah tercatuk depan banquet hall tempat peperiksaan akan dijalankan. Aku langsung tidak membawa sebarang nota , hanya kotak pensel yang dalamnya hanya ada pen untuk menjawab soalan.

Apabila pegawai peperiksaan membenarkan kami masuk,aku mula mencari tempat. Meja bernombor 39. Oh.. akhirnya aku ketemu tempat itu di belakang sekali. Baris pertama, kerusi paling belakang.Sangat starategik tempat itu hinggakan ia turut mempengaruhi mood untuk menjawab soalan.

Sambil menjawab soalan, mata sempat melilau keluar. Melihat matahari yang sekejap panas, kemudiannya diselaputi mendung. Mak Cik cleaner yang sedang bekerja, orang lalu lalang.. Sambil menjawab dengan keadaan yang sangat santai, aku masih sempat menerawang mata ke merata tempat.

Lama juga aku ambil masa untuk menjawab bahagian soalan objektif dan isi tempat kosong. Sejam suku. 4:15 petang barulah aku mula menulis untuk soalan esei pendek. Bahagian ini aku buat nasi goreng. Tambah perisa sendiri dan resepinya tiada dalam sukatan yang madame ajarkan dalam kelas. Aku hanya menulis apa yang terlintas dalam kepala, walaupun aku tahu ini bukanlah yang sepatutnya.

Yang pasti soalan SOCA ini adalah aplikasi apa yang dipelajari bukannya hafalan semata.

=)

Alhamdulillah... Aku pun tidak tahu kenapa ketika menjawab soalan rasa tenang dan santai. Bahaya sebenarnya perasaan ini.

4:40 petang, aku sudah terasa panas tempat duduk. Sudah ada yang mula meninggalkan dewan peperiksaan. Akhirnya aku angkat tangan dan meminta izin untuk pulang. Terasa enggan bersesak keluar dengan pelajar lain setelah tamat peperiksaan. Memang segan, namun aku langsung tidak pandang kiri-kanan. Almaklumlah, aku datang daripada belakang. Mujur sahaja ada pintu berdekatan yang dibuka. Jika tidak jenuh untuk aku berjalan daripada belakang dewan untuk pulang.

SOCA 1010,
4 November 2001,
23:49
Qamar Cinta 1-1, IIUM

Nota Kecil Hujung Entri: Ahad ini periksa adab Islam zaman kini.. Aku tak tahu nak baca apa. Yang pastinya soalannya lebih spesifik dan banyak!

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك