Posts

Showing posts from October, 2010

YANG SEBENARNYA...

Image
Tempoh yang dinamakan minggu belajar (study week) membuatkan aku terasa bosan kerana tidak perlu ke kelas sedangkan hari-hari biasa yang memerlukan aku hadir ke kelas, aku pernah culas tanpa alasan. Sela masa antara satu kertas peperiksaan dengan satu yang lain merupakan tempoh yang diberikan untuk aku hangatkan pelajaran yang selama ini tidak pernah aku ulang baca. Sesungguhnya ini ruang dan peluang...

Difikir-fikirkan masa ini aku lapang. Ada banyak perkara yang boleh aku lakukan selain hanya menghadap nota, buku teks, dan helaian-helaian slaid subjek yang aku belajar.Daripada pagi santak petang aku bebas melakukan apa yang aku mahu, tanpa halangan -ke kelas-. Tetapi sampai satu tahap, aku buntu dengan apa yang aku lakukan.

Jelajah blog daripada satu blog ke satu blog, cuba membaca fasa-fasa adab arabi yang tidak semuanya aku faham, menghadam SOCA yang penuh dengan fakta dan kadang aku tidak tidak salin dengan lengkap notanya. -belajar tanpa buku teks-, sempat lagi main facebook, lepa…

Lima Belas Yang Menurunkan Bala

Image
"Daripada Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah RAsulullah bersabada: "Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka, iaitu: 
Apabila harta negara hanya akan beredar pada orang-orang tertentuApabila amanah dijadikan suatu sumber keuntunganZakat dijadikan hutangSuami menurut kehendak isteriAnak derhaka terhadap ibunyaSedangkan anak itu berbaik-baik dengan kawannyaAnak itu menjauhkan diri daripada ayahnyaSuara ditinggikan di dalam masjidOrang paling terhina menjadi ketua dalam kalangan sesuatu kaumSeseorang itu dimuliakan kerana takut akan kejahatannyaKhamar diminum secara terbukaKain sutera dipakai kaum lelakiPara artis disanjung.Muzik banyak dimainkanGenerasi akhir zaman menyalahkan generasi pertama (sahabat)Maka apabila ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diroboh menjadi makhluk lain. 
(Hadith Riwayat Tarmidzi)
KITA. Aku. Kamu. Kita semua. Kita jijik dan jelek melihat keadaan yang berl…

ADAB=AKHLAK ATAU SASTERA?

Terus menconteng bagi mengelakkan aku rasa mengantuk. Kita biasa mendengar perkataan ADAB. Dalam bahasa Melayu sendiri adab diertikan dengan akhlak yang baik atau budi bahasa. Sebenarnya perkataan 'adab' telah wujud sejak zaman sebelum Islam. Apakah maknanya? Mari kita lihat perkembangan kalimah 'Adab' daripada zaman Jahili hingga Zaman Kini.


***

ZAMAN JAHILI.
Kalimah 'adab' pada zaman Jahiliah bukannya bermakna 'sastera' sebagaimana yang kita faham sekarang. Secara umumnya perkataan 'adab' bermaksud 'mendidik akhlak' atau 'peraturan' yang mana ianya berkaitan dengan akhlak.


Adab maknanya hidangan yang mana kita ajak orang lain untuk makan bersama. Menjadi kebiasaan orang Arab mengajak orang lain untuk makan beramai-ramai ketika musim syita'. (Al-adib=orang yang mengajak untuk makan)Menurut seorang Orientalis bernama Carlo Na Lino, penggunaan adab pada zaman Jahiliah bermakna Sunnah, sirah keturunan, dan maqlub (ubah) daripada pe…

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini.

***
Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.
 Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal)
Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli NajdUmaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli TaifBasyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli NajdAl-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli IraqZuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli HijazAn-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli NajdTarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli BahrainUbaid bin Abr…

TIDAK MASUK.

Image
Aku cuba untuk menghadam kalimat-kalimat yang tertera dalam kitab. Menyelak satu demi satu helaian yang hanya terkandung  beribu-beribu perkataan yang membuatkan mata berpinar. Sungguh! Walaupun suka membaca buku cerita tidak bermakna aku akan tahan berhadapan dengan sesuatu yang bermakna 'fakta'.

Membaca buku depan televisyen adalah sesuatu yang sangat tidak efisyen. Namun untuk mengelakkan aku rasa bersalah sangat, seharian aku melarikan diri semalam. Seharian aku berkampung di bilik tivi dengan buku terbuka sedangkan mata menatap kaca televisyen. Akhirnya satu habuk tidak aku hadam apa yang aku baca. Menyelak helaian, menconteng, menghighligt, lipat-lipat helaian buku supaya mudah dibaca... Kemudian aku menonton televisyen. Istimewanya, dengan berada depan televisyen aku tidak menjadi emngantuk walaupun berjam-jam melihat helaian demi helaian kitab itu -walaupun tidak membacanya-.

Sempatlah  aku menonton drama Melayu -Aku tahu ramai tak suka menonton drama melayu-. Isinya sam…

BUKAN AKU TIDAK MAHU...

Image
Bismillahi abda'...


Kalian, sungguh semalam aku terkedu tanpa sebaris ayat mampu aku lafazkan. Bukan aku tidak mahu berkongsi atau bercerita, tetapi semuanya yang tersusun dalam akal tidak mampu aku terjemahkan dengan kata-kata. Aku mahu berkongsi, aku ingin mengeluarkan yang tersimpan dalam diri, namun bagaimana aku mahu berbicara jika tidak mampu untuk lisan ini melafazkan.


Aku sedar semakin aku pendamkan banyak perkara semakin kepedihan itu memakan diri. Aku cuba paksa diri untuk bersuara semalam, namun aku tidak mampu mengeluarkan walau sebaris ayat untuk bercerita. Maafkan aku, kalian.


Saat aku enggan membebankan orang lain dengan diri ini, tanpa sedar aku membuatkan kalian bimbang. Aku okey, sahabatku... =) Mampu senyum seperti dahulu. Dapat ketawa seperti hari semalam. Aku sudah dapat keluar daripada sebuah kegelapan diri. Kerana aku ada insan-insan yang aku sayang. 


Aku tahu kalian tentu mahu tahu tentang kejadian malam itu. Kalau boleh aku mahu ceritakan semuanya. Aku mahu lu…

BERTUKAR WAJAH!

Image
Ini namanya kerja ketika imtihan menjelang, Satu petang aku di ITD menunggu sahabat untuk menghantar assignment, Sambil tangan menggatal melakukan ini, Maka, Wajah blog ini bertukar lagi..
....
Semoga ia kekal di hatiku.
Aku terasa.
Sangat terasa.
Tapi mungkin aku yang bersalah juga.
Bagaimana mahu memohon maaf dengan dia?
Rasa macam nak lari terus tak balik sana.
Aku tak kuat bila dah lukakan hati orang.
Makin parah.

Contengan After Imtihan 1

Image
Hari ini berlalu kertas Tilawah 1. Maka, buku ghayatul murid akan dikembalikan kepada tuannya dan aku sudah melepaskan satu subjek.. keputusannya... =] Tidak kisahlah bagaimana. Sekarang sudah jadi trend pula untuk aku keluar exam awal. Sedangkan aku tahu ketika sekolah selagi tidak diumumkan untuk keluar dewan peperiksaan aku akan tetap berada di situ. 


Hari ini barulah aku akan  menghantar assignment yang sepatutnya disiapkan lama dahulu. Subjek Adab Islami ini agak menguji kesabaran namun terasa manis pula menatap satu demi satu ayat dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan dalam bahasa yang kita faham. Seronok sebenarnya novel Zainab ini. Kisah cinta antara dua darjat. Seronoklah kalau dapat baca keseluruhan novelnya. Tentunya aku mahu dalam bahasa  Melayu sebab aku tidak faham sepenuhnya jika disuruh membaca versi arabnya. 
Titik. Tak tahu nak menulis apa sebab sudah ketandusan kata-kata.  Diconteng pada, 28-10-2010 2:34p.m ITD

Quick Update: RABU YANG HARU!

Awwalul kalam, terima kasih Kak Husni semalam. Sengaja aku menginap di bilik beliau semata-mata untuk menyiapkan assignmnet Tilawah 3010. =)

Kedua, hari ini agak haru. Sepatutnya hari ini mulanya study week bagi pelajar IIUM. Namun baru hari ini aku kalut menyiapkan terjemahan novel Zainab. Haha, sengaja benar mencari pasal . Selagi ustaz tak minta memang aku sorokkan kertas novel itu dalam almari pakaian. Apabila ustaz minta supaya menghantar barulah aku kalut menyiapkannya. Bukan menterjemah tetapi mengedit tiga bab novel yang sudah ada terjemahannya. Suka sangat buat kerja last minute. Agaknya kalau tahu mati bila, esok nak mati hari ini baru nak bersedia. Insaflah, Jamilah! Baru terasa seronok rupanya kerja menterjemah ini. =)

Ketiga, doakan aku mula periksan esok. Tilawah. Soalan tajwid. Satu habuk aku belum baca, dan belum satu perkataan lekat dalam kepala. Adakah aku akan keluar awal esok? Nantikan!

Keempat, alhamdulillah! Allah sentiasa memberikan rezeki!. :)

Kelima, salam imtihan…

SELASA YANG TIDAK SELESA

Berulang kali menaip, namun akhirnya aku padam. Hari ini hari terakhir kelas untuk semester ini. Sepatutnya aku bersemangat untuk ke kelas. Namun ketahuilah sesungguhnya sangat berat rasa ini. Sungguh keras kaki mahu melangkah ke kelas. Hanya mahu duduk depan laptop atau tidur. 

Aku mencuba dan terus melawan perasaan yang hadir itu. Namun sesungguhnya ia belum mahu menjauhi diri ini. Terus mengasak hingga aku tersepit. Membuatkan aku lemas. Ya Allah...
Aku tahu dan sedar ia hanya sebuah permainan dalam diri. Beratus kali aku menghalau ia pergi, beribu kali ia makin kerap mendatangi diri. Lemas. Sesak. Jatuh. Diam. 
Aku tahu aku kena bangkit. Bukan terus terjelepok dalam sebuah kesedihan. 
Kala ini aku mahu menangis. Namun tiada air mata yuang mahu keluar. Aku mahu bebaskan diri daripada perasaan yang mengekang itu. Dalam perasaan itu. Aku mahu lupakan semuanya. Aku mahu lari daripada perasaan itu..
Sahabat, doakan aku dapat keluar daripada kegelapan itu. 
Setiap kita diuji dengan ujian yang…

TULIP

Image
Sejenak mahu rehatkan minda, Pandang tulip yang mengingatkan aku tentang kehidupan, Bahawa Hidup ini tidka panjang, Kecantikan tidak kekal. Sementara. Aku tidak berduri, Biasa, Namun aku ada fungsinya. Ada sebab aku dihadirkan ke dunia.
ITD 1823 ~I love tulip~

Minggu Terakhri

Esok kelas terakhir untuk semester ini. Selang sehari kemudiannya bermula peperiksaan akhir untuk semester ini. Aku tidak bersedia. Hanya itu yang mahu aku tuliskan. Aku bukannya seorang yang suka peperiksaan lebih-lebih lagi ianya soalan objektif yang mana saya tidak bebas merapu.

Saya suka soalan berbentuk esei sebab saya boleh melontarkna pendapat saya. Walaupun kadang saya tidak tahu jawapan, saya akan menulis apa yang terilham dalam diri saya. Apa yang muncul di benak akan saya lontarkan sebagai jawapan.

Saya tidak suka peperiksaan.

Namun setelah belajar selama satu semester inilah rutin yang akan dilalui. Selalunya minggu peperiksaan akan menjadi minggu yang pelik. Hobi pelik muncul. Minat menulis muncul. Idea mencurah untuk menconteng dan membina impian. Rasa nak tembusi pasaran dengan menghantar karya.. Ini dugaan ketika minggu peperiksaan..

Yang pasti, selamat menyambut minggu peperiksaan bagi yang melaluinya. Saya tidak sabar mahu menghabiskannya. Mujur 10 November sudah tamat.…

Nota Buat Diri!

Assalamualaikum, Jamilah...

Bagaimanakah keadaan kau sekarang? Ana harap Jamilah dilindungi Allah sentiasa dan tidak lagi memikirkan perkara negatif yang membuatkan Jamilah sedih. Jamilah perlu POSITIF! OPTIMIS! BERCITA-CITA TINGGI! BERUSAHA.

Jamilah tahu, ana sayangkan Jamilah lagak ana sayangkan diri ana sendiri. Jamilah adalah sebagian diri ana. Jika Jamilah sedih anak ana akan berduka. Maka, Jamilah perlu sentiasa ceria.

Jamilah perlu ingat yang kehidupan kita tidak panjang. Berapa ramai yang Allah tidak berikan peluang lama untuk dia hidup. Hidup pasangannya mati. Tarikh kematian kita sudah tercatat. Hanya kita tidak mengetahui. Jadi, Jamilah, bergeraklah! Jangan hanya duduk sahaja dan menghadap laptop atau melayan lena hingga langsung Jamilah tidak sedar apa yang terjadi. Tidak endah sahabat sekeliling, teman, pelajaran dan diri sendiri.

Jamilah perlu bangun demi cita-cita Jamilah. Seorang Jamilah yang mahu menjadi editor terkenal. Mahu bergelar editor untuk sebuah majalah. Maka, Ja…

RESENSI BUKU: MA YAN

Apabila lama saya tidak menulis resensi buku, maknanya sudah lama saya tidak menghabiskan bacaan sebuah buku. Jika membaca sekalipun hanya separuh tanpa menyudahkan bacaan. Itulah hakikatnya.

Namun saya habiskan juga membaca novel 'ma yan' ini. Sudah lama sebenarnya mahu membacanya namun aku sering terlena dengan novelnya sekali. Pagi ini, aku berjaya menyudahkannya. Maka aku mahu kongsikan kisah yang menyentuh hati ini.

Kisah Ma Ya yang mahu saya kongsikan ini sebuah buku yang sangat istimewa. Istimewa di hati saya, istimewa jalan ceritanya.

Ini cerita gadis yang mementingkan pendidikan namun kalah dengan kemiskinan. Kisah pengorbanan seorang ibu yang akan memberi apa sahaja yang dia ada demi anak yang sangat disayangi. Kisah masyarakat di China yang masih mengganggap pendidikan lebih penting kepada seorang anak lelaki. Kisah anak yang mahu belajar.

Ma Ya. Namanya sudah menjadi magis bagi saya. Saya kagum dengan kesungguhan Ma Yan mengumpul dua yuan untuk membeli sebatang pen. Ha…

KENALKAH AKU DENGAN DIRI SENDIRI? Episod 2!

Coretanku....

Siapa kata mudah menjadi seorang pendiam? Namun saya tidak mahu mengatakan pula yang mudahnya menjadi seorang yang peramah. Atas tiket seorang pendiam dan berat mulut, saya mahu luahkan tentang perasaan selama saya menjadi seorang pendiam. 


Sejak kecil (seingat saya) saya tidak banyak bercakap. Sejak tadika hingga bangku universiti saya adalah seorang pendiam dan payah untuk memulakan sebuah perkenalan. Saya mudah berbicara dengan hujung mata pena, namun saya kaku apabila berhadapan. Saya boleh menjadi ramah apabila hanya berdua, namun saya gemar menjadi pemerhati apabila saya berada dalam kumpulan yang melebihi dua orang. Saya kekok dan janggal.


Saya senang menjadi pendiam. Namun ada masanya pula keadaan  ini sangat melemaskan. Merimaskan diri sendiri juga sahabat di sekeliling saya. Saya akan fikirkan dahulu bicara sebelum saya lontarkan walaupun acapkali juga saya terlepas cakap. Apabila saya ada mood,maka akan terluahlah segala cerita. Sebenarnya orang yang pendiam lebi…

Ainul Hayat: Ina Nailofar Mengajakku Berlari. =)

Image
Baik. ini adalah entri adikku di UPM a.k.a Ina Nailofar... Ahli keluarga Minggu Penulis Remaja 2007.. =)

Boleh baca entri asalnya di sini.

Aku hanya mahu memetik kata-kata yang Ina nukilkan untuk aku abadikan di sini.. =)

Ketahuilah insan bernama Cik Jamilah Mohd Norddin, 'anda berpotensi besar untuk berjaya di bumi UIAM! Baik dalam bidang akademik mahupun lapangan sasteramu...tinta pena yang akak nukilkan sentiasa memberi sumber inspirasi buat diri ini, khususnya... (",) Ina percaya ramai lagi yang turut terkesan dengan lakaran contengan akak tu. So, senyumlah pada mentari yang berada di hadapan" :)
Ada pantun istimewa buat akak Jamilah,
Alang-alang gunung didaki, ( mood teringin nak buat aktiviti lasak ni, hihi) Biar sampai ke puncak tinggi, ( memang la dah penat-penat panjat kan, hehe ) Alang-alang mengejar mimpi, ( letih oooOOh lari ligan-meligan, haha )
Biar sampai ke hujung pelangi. ( InsyaAllah, ada kemanisan dipenghujungnya :)
With ♥ and prayer, Ina Nailofar Kolej Pendeta za&…

Durrah Nur Aqilah: Pesan Mak

Aku merenung mata mak dalam-dalam. Walaupun peperiksaan akhir Sijil Pelajaran Malaysia akan bermula minggu hadapan dan aku sepatutnya pulang setelah kertas terakhir peperiksaan itu, aku tidak sanggup menahan rasa rindu menatap bening wajah mak.
Pertemuan terakhir aku dan mak. Mak pergi tepat ketika hari pertama aku melangkah ke dewan peperiksaan. Hati mana tidak luluh, jiwa mana tidak luka, namun demi mak, aku ingat pesan mak. Lalu, kata itu aku jadikan azimat menerus perjalanan.  ***

Kebahagiaanku. =)

Image
Gambar-gambar yang menceritakan kebahagiaan dalam hatiku. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan. Bersama kepayahan itu ada kebahagiaan.  Akhir minggu yang aku rasa lapang.  Aku rasa kepala ringan. Aku rasa bebas.  Aku rasa berada di udara.
ITD, 20102010 09:22p/m

Study Week???

Minggu depan minggu terakhir untuk semester ini. Minggu ini aku baru nak siapkan assignment yang sudah berbulan-bulan diberikan. Haha, selagi tak sampai deadline terbiar sahaja buku yang sudah sebulan dipinjam daripada maktabah. Ingatkan rajin membaca, rupanya assignment yang tertangguh.

Jangan ditiru tabiat tidak baik ini. Siapkan assignment awal-awal, pasti bahagia. Aku? Assignment kena beri deadline dalam masa seminggu baru akan cepat aku siapkan mungkin.

*sempat lagi aku mencelah menekan-nekan papan kekunci menulis manuskrip bawah meja ini.*

Bermula 28 Oktober 2010-10 November 2010 fatrah imtihan nihaie untuk semester ini..

Terasa cepat benar masa yang berlalu. Belajarnya banyak namun apakah agaknya yang melekat dalam kepala? Tentu sahaja yang tidak berkaitan dengan pelajaran.... Ingat, semester depan... jeng3x.... kerja besar menantimu sejak awal hari pertama kamu datang ke UIAM semula mendaftarkan diri semester 2 2010/2011. Insya Allah....

Namun, jangan mengalah, wahai Jamilah. Kamu …

ENTRI SESI PAGI: JEMARI YANG BERBICARA~

Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku nafas yang dapat dihela hinggakan aku masih tetap menulis manuskrip yang letaknya di bawah meja cuma. Bagaimana agaknya jika sedar-sedar aku bukan lagi bangun di alam dunia, tetapi dalam sebuah alam baru yang bernama ALam Barzakh! Bersediakah aku?

Allah memberikan kehidupan pada aku pada kadar yang Allah tetapkan. Masa kematian itu telah tertulis. Sebagai manusia yang masih diberi peluang untuk hidup. optimislah!

Perlu sedar yang hidup ini sangat singkat berbanding kehidupan  dalam alam lain. Masa yang singkat itu adakah dapat dipergunakan dengan sebaiknya. Sungguh, aku  banyak habiskan masa dengan bermain dengan PERASAAN.

Kadang aku sedar yang aku hanya bermain-main dengan diri sendiri, namun, ada masanya perkara itu tidak mampu dikawal oleh akal yang ada kalanya tidak berfungsi dengan sepatutnya. Akal yang mengikut kata hati yang hanya mahukan terbaik, namun tersasar daripada landasan sepatutnya.

Maka, aku menulis perasaan itu dalam manuskrip su…

YES! AKU KENA TEMBAK LAGI!!!

Image
gambar di sini
Hari ini ada ujian History of Adsab Arabi. Kena hafaz Hizib, tetapi jujurnya memang aku tak hafaz sebijik pun. Baru pagi tadi tengok sekali imbas sebab cuti tiga hari aku hanya tidur dan tidur. bangun dna tidur lagi. Haha.

Okey, bukan itu yang aku nak cerita sebab dah lepas pun.

"Jangan tukar universiti."

Ish.. Rasa kena tembak dekat dada. Aku senyum bila ustaz cakapkan yang ini.. Huwaaa.... Rasa betul-betul kena tembak ni.ku paling tak tahan bila ustaz kata. "Saya sepak kalau dengar kamu tak habiskan BA."

Allah, sesungguhnya DIA memberi jawapan kepada kemahuan aku. Allah mahukan untuk aku terus berada di bumi UIAM. Sungguh aku sudah lupa apa yang ustaz cakapkan tadi. Tapi isinya jangan tukar universiti.

Ustaz kata kalau tak ubah sikap kat mana-mana pun sama. Kena habiskan BA.

Maka,.  doakan untuk aku terus berada di sini..

Nota Kecil Hujung Entri: Ya, bila dan minum air dalam kuantiti yang banyak dan main air, maka aku dah sihat.. Boleh merayap hari-hari.…

ALHAMDULILLAH

Image
Minggu ini mungkin antara minggu yang sibuk bagi aku. Biasalah jika manusia yang suka membuat kerja last minute begini. Ustaz berikan kerja untuk tiga bulan, aku buat dalam tiga hari...


Kita selalu dengar ini. Ingat Lima Sebelum Lima.
:Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit 
Hidup sebelum mati:


Manusia ini kalau tidak kena atas kepala, dia jarang nak ingat diri. Sekali merasa, barulah insaf.. Terfikir-fikir masa yang ditinggalkan. Bila dah alami, baru aku mengulang-ulang lagu demi masa, Raihan.. Haha, memang sebijik atas kepala... =)

Masa sekarang, ketika matahari memancar terik, banyakkanlah minum air kosong. Tetapi jangan diisi tenggorok itu dengan air water cooler banyak-banyak. Khuatir cepat pula sakit tekak. Haha, inilah yang aku alami. Dua hari aku menelan air water cooler, tekak sudah mula memberontak.Itu pun aku sudah minimumkan kuantiti air water cooler yang aku minum.  Amaran yang bukan selalu datang menjengah. Amaran pada tekak, kepala, .. se…

Kamu Dapat Apa Kamu Beri...

Petang yang cerah tidak memberikan aku mood yang baik untuk mencoret manuskrip hari ini. Jari jadi keras tiba-tiba. Maka, aku hanya mengikut rentaknya berbicara.


Kelas Leadership berakhir sudah. Alhamdulillah kerana sudah selesai untuk subjek itu. Sesungguhnya aku hanya bercakap  dalam tempoh 10 saat mungkin tanpa mencelah mana-mana. Dan akulah sang kayu dalam group 28 (Group 1).


Dalam group itu memperkenalkan aku dengan rakan-rakan baru yang dedikasi, baik, cheerful... Aku tak pandai nak memasukkan diri dalam situasi itu... Akhirnya hanya memilih menjadi kayu mati. memerhati. Haha. sangat teruk.


Ahli leadership.
-Marjan
-Fida Rosli
-Zulaikha
-Nor Zulaika
-Diana
-Wani
-Kak Ema
-Rokiah
-Salman
-Zhafri.
-Aku (Jamilah)


Merekalah yang menyudahkan semua kerja. Fida, Marjan, Wani, Kaka, Diana bertungkus lumus menyiapkan proposal untuk dihantar. Aku langsung tidak menyampuk. Hadir perbincangan dan kelas leadership seolah-olah hanya sebagai syarat aku mengambil leadership kali ini.


Sesungguhnya mungkin benar…

Quick Posting: Aku Terus Berdiri

Aku mahu terus berdiri di daerah ini. Biar tertoreh jasad berulang kali, Biar kering air mata bertangki-tangki Biar darah kering pucat lesi.
Daerah ini mengajarkan aku erti persahabatan Makna pemberian

Jangan kau percaya pada bisikan syaitan Yang membisikkan pada kamu, Jatuhlah! Putus asalah! Kerana Aku ada Allah....
Sesungguhnya aku mahu terus berdiri di taman ilmu dan budi ini Walau apa yang terjadi. Tetapi tahankah jasad ini?
Sesungguhnya perancangan Allah terbaik. Hanya tinggal aku usahakan!
15-10-2010 Qamar Cinta 1-1 IIUM.
:Hati, tenanglah... jiwa, bersatulah dengan akal... Allah, alhamdulillah 'ala kullihal!