Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Drama Melayu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. ... aku merasakan sebenarnya industri drama dan perfileman negara kita belum terlalu kontang. Masih ada cerita yang baik. baik jalan ceritanya. sesuai dengan orang kita. mungkin sebab aku suka tengok cerita melayu banding cerita lain. antara penulis skrip yang saya suka ceritanya: -Siti Jasmina Ibrahim -Zabidi Mohamad -Maizura Ideris. Dan mungkin ada lagi yang saya tidak ingat nama mereka. Menyampaikan cerita dengan skrip sangat berkesan untuk generasi muda.

Once Upon A Time ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Saya masih ingat indah dunia kanak-kanak itu. Setiap kali ibu ayah belikan benda dalam kotak atau botol, akan disimpan kotak dna botol itu. Buat dimain jual-jual. Tiket yang kami dapat jika menaiki bas, akan disimpan. Tiket apa-apa pun akan disimpan. Banyak benda yang disimpan sebagai modal bermain jual-jual. Ada kawasan permainan kami. Dalam bilik tidur, bawah meja sering kami jadikan tempat permainan. Kami tidak perlukan padang permainan. Anak-anak perempuan cukup bermain dalam rumah. Berjual-beli. Itu permainan yang sering kami mainkan ketika zaman itu. 90-an. Cuaca terang, kami beralih ke luar rumah. Bina rumah sendiri di bawah pohon. Kutip daun-daun pohon dibuat masak-masak. Main tanah, buat kuih. Masih juga menjual. Besar sedikit, sudah pandai main basikal , polis ligan pencuri. Ah, zaman anak-anak. Dalam bilik, masih kekal contengan zaman anak-anak. Kononnya main cikg

catatan dinihari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Gadis itu melepasi satu demi satu rak buku yang ada di MPH Alpha Angle. Hujung minggu itu dia 'melepak' sambil menghidu haruman buku yang dirindu. Cuti Sekolah. Ramainya pelanggan yang ada bersama ibu ayah. "Ibu, nak beli buku ini." Anak itu mengunjuk sebuah buku. "Ala, cerita repunzel boleh tengok di tivi." Ah, kasihan anak yang mahu membeli buku itu. **** Cerita BBW sudah berakhir kepada gadis itu. Pejamkan mata, habiskan buku yang sudah dibeli. Apa guna buku dibeli hanya jadi penghias almari. Kata Tuan Bahruddin Bekri, ilmu hanya bermanfaat saat saat ilmu itu mendekatkan pemiliknya dengan Allah. # pejam mata lihat buku. Selak dan rasakan harumnya sahaja. Ada bajet baru kira lain. Alamak, terbeli majalah tanpa sengaja. **** Kedai Buku 1 Malaysia di Puduraya (senang lagi aku menyebut Puduraya, walaupun namanya sudah menjadi Pudu

Borak Buku Bersama Tuan Behruddin Bekri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Hari Ahad bersamaan hari minggu. Aku di bilik menghadap eat, pray, love yang disambar di Big Bad Wolf yang lepas. Jam 3.30 petang, aku bergerak meninggalkan bilik ke program kedua anjuran Ma'ruf Pena. Aku masukkan Diari Mat Despatch Naluri Ayah ke dalam beg. Aku menjadi VIP yang datang lewat. Tersangat lewat, mungkin. Sempat aku tangkap kata-kata beliau. Jadi penulis mesti bersabar. Selain sabar, mesti syukur. Sabar menulis. Bersyukur sebab masih diberi kesempatan menulis. Itu yang sempat masuk dalam kepala. Masih tanpa soalan terlontar. Setiap kali berkesempatan bertemu Tuan Bahruddin Bekri, aku menghulur buku untuk ditandatangan. "Nama?" "Jamilah." "Jamilah Norddin?" Tuan Bahruddin Bekri menyoal. Ternyata dia punya ingatan yang kuat. Soalan yang sama ketika aku menghulur buku di PBAKL 2012 yang lalu. Mengapa ya mesti tandatangan? K

Big Bad Wolf

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menghantar mesej kepada Ainul. Mengajaknya ke Bid Bad Wolf di MIECC. Belum pernah aku terjah ke sana. Akhirnya Selasa, 11 Disember 2012; aku diperkenan ke sana bersama Ainul. Seawal jam lapan suku sudah meninggalkan bumi UIA demi menjejak buku bahasa Inggeris. Seingat aku tidak sampai lima buah buku bahasa Inggeris yang pernah aku hadam. Tentunya bacaan wajib Literature semasa di Sekolah Menengah. The Phantom of The Opera dan The Pearl yang masih aku ingat. Itu bacaan wajib. Ternyata sangat mengujakan saat jejakkan kaki ke sana. Akhirnya kami berpisah mencari buku yang mana berkenan. Hampir tiga jam melilau dan pusing sekitar dewan mencari buku yang berkenan. Ikutkan nafsu, setiap satu buku mahu 'disambar' biar puas hati. Poket membataskan belian. Akhirnya, dapatlah 20 buah buku berbahasa Inggeris dalam gengga

Bengkel Penulisan Ma'ruf Pena 1 : 4 Disember 2012

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. lokasi: ECONS BUILDING tingkat 4 Masa: 9-11 malam Pembimbing: Ustaz Zahiruddin Zabidi Penganjur Ma'ruf Pena UIAM (entri ini bertarikh 4 disember 2012) Sinar baharu sebuah perjalanan. Dia pandang skrin laptop seakan dapat ditembus pandangan sampai ke bahagian dalaman laptop. Satu perkataan enggan bersahabat dengannya malam itu. Lalu, dia terkenang baharu tidak sampai sejam dia menghadiri bengkel asas penulisan oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. Bengkel ini aktiviti pertama Ma’ruf Pena yang dia sertai. Ma'ruf Pena? Ini sebuah grup yang digerakkan oleh beberapa orang pelajar UIAM berbakat dan mahu meihat penulisan berbahasa Melayu bergerak di bumi UIAM. Berada dalam bengkel itu, terasa dirinya sudah tua. Kebanyakan peserta adik-adik muda belia. Ada apa pada angka? Berada dalam kalangan adik-adik yang suka menyoal, semoga suatu sesi nanti akan ada soalan yang terbit dar

Tarikh Itu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 18 Muharam, benarkan aku catatkan sesuatu pada tarikh istimewa ini bergandanya setahun usia berkurangnya setahun perjalanan di dunia. 18 Muharam kadang aku ingat banyaknya aku lupa lebih mengenang 20 Ogos Kata yang pernah aku dengar tidak perlu menyambut hari lahir kata aku benarkan aku mengingat seseorang yang melahirkan aku. Al-fatihah buat ibu yang melahirkan aku.  hampir sembilan tahun bersama tidak banyak yang kukenal tentangmu namun aku pasti dia ibu terbaik! ke mana ibu pergi, aku ekori. majlis mana ibu hadiri, aku bersama tidak semua, tidak sampai sedekad kami bersama Allah sayangkan dia. Ayah, tanpa dia bagaimana aku membesar ayah yang baik ayah yang sangat baik! ayah terbaik buat aku. Kakak-kakak yang setia melayan adik bongsunya Semoga Allah jaga kalian. Insan istimewa yang adir dalam diri aku terima kasih. angka 24, akankah punya

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Allah Maha Mendengar dan memberikan yang terbaik. Tentang semalam. SATU Maghrib. Saya teringatkan teman bernama Nur Suhada. Gadis manis yang sedang belajar di ASWARA. Hati tergerak mahu menghantar mesej, tetapi saya tangguhkan. Dalam hati berkata, mungkin dia sibuk dengan tugasan dan saya enggan mengganggu. Pagi, setelah terjaga daripada lena panjang. Buka fb, ada mesej. Subhanallah. Nur Suhada titipkan pantun. DUA Pagi awal benar. Saya melihat senarai 'friend' di fb yang 'online' awal pagi. Ada nama teman sekolah yang sudah lama 'friend' di fb tetapi belum pernah saya tegur. Hati tergerak mahu hantarkan mesej, tetapi tidak jadi. Beberapa minit kemudian, "Assalamualaikum. Jamilah sihat. Lama tak dengar khabar." Seorang teman sekolah hantarkan mesej. Subhanallah. Siapa yang gerakkan hari mereka jika tidak Allah. Allah. Nikmat apak

STATUS FB [SATU]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Adik, dapat duit buku jangan lupa berikan pada ayah. Biar ayah juga rasa duit buku tu." "Orang nak beli almari buku barulah dapat duit nanti." "Hm, tak apalah. Tapi jangan lupa beri pada ayah juga." *Ayah, yang ada seorang itulah. Ayah yang jaga aku sejak aku kecil sampai sekarang. Ayah yang tetap menghulur wang setiap kali aku pulang. Ayah yang  menghantar aku ke stesen bas Kulim setiap kali aku akan pulang ke Kuala Lumpur hingga aku tidak perlu lagi menaiki bas 56 yang makin uzur. Ayah yang dulu setia menghantar aku menaiki motosikal dari Mahang ke Baling walaupun ada ketika aku tersengguk di belakang sebab lamanya perjalanan. Ayah yang aku ada seorang itulah. Sudah banyak kali dapat 'honoranium' belum sekali ayah merasa. *Allah, jagalah ayah saya dalam kesihatan yang baik dan rahmat-Mu.

Cerita Pagi Isnin Pertama Setelah Pulang Dari Kampung

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. [cerita pagi Isnin: "prakk." Bunyi itu terdengar setelah beberapa saat dia duduk di atas katil. "Bunyi apakah?" Melihat apa yang menjadi mangsa, rupa-rupanya cermin mata bingkai hijau miliknya. Cermin mata lama miliknya selamat dihantar pulang ke kampung. Semoga sakitnya cermin mata itu dapat dibaiki. Hanya perlu sambungkan tali yang putus. Terasa sedikit aneh setelah lama kaca mata tidak dia tinggalkan, apabila yang dilihat hanya nampak objek kabur. Dan kejadian ini berlaku beberapa minit selesai baca ayat ini dalam Diari Mat Despatch Naluri Ayah : "...Begitu juga sekiranya kita bergaji RM100, tetapi kita bekerja seperti orang yang bergaji RM30. Walaupun kita dapat RM100 itu, tetapi mungkin ia akan ditolak melalui duit hilang, motosikal rosak, anak sakit ...  (m/s23)" *** Alhamdulillah. Nikmat apakah mahu kamu dustakan? KAta ayah, "duit yang

Aku Pulang

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Pertama. “esok nak balik rumah, ambil barang dalam laptop kak Ina.” “okey.” Petang Khamis, bersamaan 1 Muharam aku langkahkah kaki ke Stesen Puduraya, mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung. Lama juga menanti. Tiba di Pudu Sentral jam 12 tengahari, naik bas jam 4.30 petang. Aku tidak berani menaiki bas selain Plusliner yang terus membawa aku ke stesen bas Kulim. Tepat jam 9 malam aku tiba di Stesen Kulim dijemput ayah. Kedua. Pulang ke rumah tanpa membawa walau sebuah buku pelajaran. Semuanya aku tinggalkan di UIA. “Studylah.” Kata kakak. “Orang tak bawa balik buku la.” Aku memberi alasan. Jika bawa pulang buku pun aku tidak sentuh, kali ini aku hanya bawa pulang buku-buku yang tidak mahu aku gunakan lagi. Semakkan bilik di mahalah sahaja tinggalkan buku di UIA. Wah, almari sudah hampir penuh, siapa mahu hadiahkan almari buku baharu? Almari yang ada dibeli kaka

Resensi Friends Forever : Rinzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Terima kasih rinzuas, menulis resensi di Goodreads.  Rinzuas, pemilik blog bernama sidratul muntaha sudah menerbitkan buku sulungnya dengan JS Adiwarna bertajuk Simpan untuk Yang Halal. 

TiVi

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kredit  adik suka tonton tivi macam -macam cerita daripada kisah cinta sampai berita. minggu itu, adik ada kerja perlu dihabisi, seminggu berkejar sana-sini adik tidak sempat menonton tivi, adik rasa ada tenang masuk dalam diri. adik tidak sibuk mengikut siri drama, adik tidak asyik kutuk sini-sana, adik hanya dengar berita dengan telinga dan baca. adik rasa lain. ada bezanya malam-malam adik. adik boleh habiskan kerja sekolah, adik boleh tidur lebih awal, adik boleh ke majlis ilmu. adik senang bangun pagi. malam itu, adik menonton tivi, dan esoknya, adik susah bangun pagi! tidak seperti semalam tanpa tivi. TiVi, impaknya besar sekali, semoga adik dapat larikan diri, daripada tivi. kurang tivi, mata banyak melihat buku. kurang tivi, telinga lebih mendengar kurang tivi, terjaga hati. adik sedang cuba ubah cara diri, kurangkan tivi, untuk keba

Cinta i dan cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Mahu pasangan yang baik, bukan hanya mendoakan yang terbaik, tetapi berusaha mengubah diri menjadi lebih baik. Jodoh adalah rahsia yang sangat rahsia. Mendengar kisah sahabatku semalam, perihal temannya tentang pertemuan dengan bakal suami, saya terdiam walau bibir menguntum senyum. Allah janji, perempuan baik, untuk lelaki baik. Kata Prof Muhaya dalam episod Islam itu Indah, kita yang kena jadi magnet. Magnet yang kuat akan menarik benda yang berat. Kata beliau, sejak usia 15 tahun, beliau berdoa diberikan jodoh terbaik. Itu pesan ayahnya. Cinta yang satu ini, Allah izinkan jadi nyata. Usik teman, yang buatkan saya terdiam. Tak ada anak *buku* tak boleh kahwin. Tulis untuk saham mati. Tulis sebab cinta. Aku tidak petah di pentas bicara, biarkanlah jemariku bersuara. Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing. *** cinta teragung cinta Allah. cintalah pemilik

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 13] : Disapa Rindu

Baitullah. Semakin hari semakin kerap bayangannya mendatangi diri. Terasa rindunya pada satu tempat yang menjadi tempat pertemuan seluruh umat Islam kala musim haji. Baitullah yang Allah jaga sejak dibina Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Tempat ibadah. Sebelum Islam datang, masyarakat Quraisy menjadikan Kaabah tempat berhala mereka dan melakukan haji cara mereka saban tahun. Islam datang membersihkan kerosakan. “Hantarkan aku ke rumah-Mu, ya Allah.” Sejak perasaan itu datang dalam diri, doa tidak lepas dalam diriku. Hadirkan aku ke sana ya Allah. Izinkan aku menatap Kaabah yang menjadi kiblat setiap solat dengan mataku sendiri. Tidak mampu menunaikan haji, cukuplah aku dapat ke sana untuk menunaikan umrah. Sebelum 30 tahun, insya Allah, sekiranya matinya selepas usia itu, sampaikanlah aku ke rumah-Mu ya Allah. Angin rindu melambai. Setiap hari teringatkan Baitullah. Aku mahu menziarahi rumah-Mu yang mulia itu. Persiapkanlah diri dengan bekalan andai benar mahu ke sana. Kumpulka

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 12] : 10 Nota

--> SEPULUH CATATAN DURRAH NUR AQILAH SATU Dalam keramaian aku mengenal erti persahabatan. Mengisi relung hati nan kosong. DUA Mewarna luka dengan pelangi Secarik bahagia yang aku cari, Hilang setelah aku lari!!!  TIGA Ya Allah, bantulah aku dalam mencari cinta-Mu. Benarkanlah aku menghirup cangkir kasih-Mu sebelum cinta lain aku kejar. Aku mahu menjadi soerang yang hidup dan mati untuk-Mu. EMPAT Bila kita hilang, baharu kita ingat LIMA “Sahabat yang baik itu, apabila kita lihat wajahnya, ingat Allah” ENAM “Saya akan terbang bebas. Bebas seperti burung di angkasa capai apa yang saya mahu.”  -22 November 2011 TUJUH “Ya Allah Engkau tahu apa dalam hatiku. Engkau lebih tahu apa yang ada dalam hatinya. Engkau menjaga hatinya. Engkau memelihara dia. Berikan dia yang terbaik.” LAPAN. “Dari jauh ku bisik kata ... Terima kasih atas segalanya. Allah selamatkan kamu, Insya Allah” SEMBILAN Simpang siur perjalanan mengajar diri berpij

Serumpun 2 : entri dua

SERUMPUN 2 MENGGUGAH SEMANGAT. Serumpun 2011 melabuhkan tirai tahun lepas. Alhamdulillah, Allah izinkan saya hadir SERUMPUN 2 , 2012 bersama Friends Forever, novel sulung saya dan anak angkat, Tiket Haji Menuju Tuhan yang diterjemah daripada bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu terbitan PTS Islamika Sdn Bhd. Masih saya ingat kata-kata Asma Nadia yang melekat dalam ingatan. SATU BUKU SEBELUM MATI! Serumpun 2 saya hadir bersama teman-teman. Wafa Awla yang menemani sejak Khamis dan Amalina dan Ina Nailofar yang hadir Sabtu dan Ahad ke UIAM. Alhamdulillah, kami berkampung di Safiyyah G4.1. Malam 3 November saya dan Ina lalui bersama dengan berbaring di ruang tamu dengan mata yang sukar terlelap. Entah apa cerita yang kami sembangkan. Ina, semoga Allah permudahkan urusan kita. Pagi 4 November kami nanti dengan perasaan teruja. Menunggu jam sembilan dengan perasaan tidak sabar. Akhirnnya mendapat tahu acara bermula jam 11.30 pagi. Berjanggut menunggu namun berbaloi melihat Ket

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 11] Catatan Buat Teman

Pasangan pertemuan adalah perpisahan. Atas sebab kematian, kesibukan, perpindahan tempat, tamat belajar atau apa sahaja sebab akhirnya perpisahan akan terjadi. Hanya diri harus menerima kata perpisahan itu daripada sudut positif. Belajar positif dalam semua keadaan adalah mengajar diri redha atas apa yang Allah takdirkan buat diri kita. Buang negatif, masukkan positif! Kita tidak menyerah, tetapi melihat ibrah. Teruskan menyalur doa supaya hati-hati masih bersatu walaupun jarak memisahkan kita. Demikian kita, Sabrina. Aku di sini, dan kamu di sana. Jarak menyekat pertemuan kita yang sebelum ini senang berlangsung. Saat kita merancang pertemuan itu, ada sahaja halangan yang mungkin Dia belum izinkan pertemuan antara kita terjadi. Bukan kalimah sabar yang cuba aku ajarkan dalam diri, tetapi perkataan DOA yang kadang tertinggal daripada diri. Peranan doa yang sangat besar dapat menghubung ikatan dua hati. Teringatkan aku, titipkanlah doa sebagaimana yang terkandung dalam doa rabita

SERUMPUN 2012 {entri satu)

SERUMPUN 2 , 2012 berakhir pada 4 November 2012. Perkongsian gandingan Pak Suratman Markasan, Akh Salim A. Fillah, Dr Zabrina Abu Bakar dan Kak Ummu Hani Abu Hassan. Bermula dengan pelancaran dua buah buku, perasmian oleh atase pendidikan... kedutaan Indonesia dan ucapan Ketua Pengarah DBP. diteruskan dengan forum dan penyampaian hadiah pertandingan menulis cerpen SERUMPUN 2. Tahniah Zahra' Fajar Nina , ini pemula yang sangat baik. Petua Pak Suratman Markasan: 3M 1B : membaca, menelaah, berfikir dan mencipta. Pesan Akh Salim A. Fillah ketika disoal tentang media sosial: " menulis itu 3% bakat dan 97 % jangan sibuk dengan media sosial!" Kata Dr Zabrina Abu Bakar, "saya tidak selesa menulis apa yang saya tidak buat. Menulis daripada hati!" Bicara kak Ummu Hani Abu Hassan, "Tulisan kita boleh menjadi 'pendakwah senyap'. ( Mungkin apa yang kita tulis menyentuh hati dan menjadi asbab perubahan orang lain. ) *** SERUMPUN 2012, terima kas

pesan buat jamilah i

peluang-peluang yang berterbangan tidak ditangkap tangan akan terlepas. Jarang sekali peluang berulang dua kali.  ************** berjalan jangan pernah berhenti. Kura-kura yang lambat juga sampai ke destinasi.  *************** Pesan sir Aznan: Jadikan membaca budaya hidup. Kamu tidak membaca sekarang, alam pekerjaan juga perlu membaca.

sudut di Dar Al-Hikmah

Ternyata bertemu sudut 'literature' di Perpustakaan UIAM nan agam membuahkan perasaan yang amat manis. Benarlah perpustakaan tempat paling mengasyikkan untuk melepak. Boleh bertemu sastera arab, melayu, inggeris, amerika latin, Jepun dan sastera seluruh dunia di sudut itu. Alhamdulillah, belum terlambat mengulit sudut itu sebelum UIA saya tinggalkan nanti. Amin. Perpustakaan empat tingkat ini terlalu mahal harganya walaupun buku bahasa melayunya sangat terhad. * mood peperiksaan sering dikacau minat nan satu. Esok dan Khamis peperiksaan pertengahan semester. * masih sempat mengemaskini walau masa makin cemburu untuk selalu di medan maya. * Khamis akan ke KL Sentral jam 11-2 petang. :) "tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sepuluh Catatan Buat November

1) 29 Oktober 2012, selamat sampai naskah Dandelion dan Trem ke Syurga. Menunggu lama sebelum membeli naskah ini. Apabila mendapat khabar naskah ini akan kehabisan stok, terus mahu membeli. Terima kasih  Dr Fahd Razy atas kirimannya. Wang akan dimasukkan kemudian, ya. Sejak 2009 saya mengumpul antologi GKLN dan hanya 3 naskah yang tiada dalam tangan. Melihat nama-nama dalam itu, sebahagiannya saya tahu tulisan mereka dalam dunia maya dan punya bakat luar biasa. Semoga Allah mengilhamkan mereka idea yang baik-baik. 2) Masih menanti kehadiran naskah Salina. Tahun lepas, setelah beberapa lama, barulah saya menghadam naskah Salina. Alhamdulillah, 2012, Salina bakal saya miliki. 3) Wafa Awla, Khamis ini ingat janji kita di KL Sentral. Ila Husna, penulis Friends Forever akan berada di KL Sentral sempena Pesta Buku Islamik 4 KL Sentral pada 1 November 2012 jam 11 pagi hingga 2 petang. (Wah, melihat jadual pada waktu itu akan ada Hilal Asyraf dan Iwan Reaz. :) ) 4) 4 November 2012. S

Tajuk Paling Mendebarkan

Ayuh mulakan separuh masa kedua semester dengan niat baru! Kelas "introduction to Mass Communication" hari ini belajar perihal buku . Berdebar pula saya berada dalam kelas itu. Disebut judul buku, saya tidak tahu. Paling utama mata bulat melihat pensyarah yang mengajar sebab teruja. Saya sangat suka apabila pensyarah melencong daripada apa yang ada dalam buku. Semalam. Pengalaman kedua tersekat dalam kesesakan lalulintas 8 jam lebih dalam perjalanan, memerhati gelagat  manusia, ada motosikal kemalangan, disebabkan kereta yang tidak beradab masuk ke laluan motosikal. Semoga tidak apa-apa. Berada atas jalanraya belajar perihal sikap manusia. Kembali kehidupan normal apabila nerbook kecil sudah dikembalikan kepada pemiliknya kembali menggunakan IBM saya yang sudah lima tahu berkhidmat. :) lalu ITD saya datangi selalu dan dapat kurangkan masa atas talian. gembira. minggu ini ada banyak acara, kuiz, assignment dan hal ehwal dir

catatan pagi aidiladha

Allah menerima korban terbaik daripada hamba  Kisah Qabil dan Habil Kisah Ibrahim dan Ismail Kisah Hajar dan si anak kecil Ismail. "Mereka yang suka melihat sejarah dan mencari pengajaran serta mengamalkan dalam kehidupan akan berubah" "Zulhijjah, kemudiannya Muharam. Tentang Hijrah. " "Jangan pernah berhenti mencari diri. " Setiap kita melakukan pengorbanan walau dalam arena apa sekalipun. Pernahkah kau berkorban ? (letak tangan di dada dan tanya diri sendiri) ^^ Apa yang kamu nyatakan dalam perkataan, penulisan dan perlakuan, begitulah kamu mahu orang melihat kamu, dan Allah menilai semuanya termasuk yang tersimpan rapat dalam hatimu. Bisik-bisik mengganggu akal kadang harus diketepi, doakan yang terbaik. Belajarlah tepati janji! Berjanji semudah menjilat ais krim, cepat cairnya macam ais krim juga. Janji dilupakan, tidak ditunaikan. ^^ Buka mata luas - luas dan lihat sekelilingmu. Interaksi dan komunikasi. :)

Hani, Nurolsham Saidin

Bahagia sekali mengenalimu, wahai gadis manis bernama Hani. Gadis lincah yang diuji sakit barah otak yang hanya disedari ketika barahnya parah dan kemungkinan setelah dibedah sekalipun berjaya adalah buta. Tidak mudah mendidik diri menerima ujian besar dalam kehidupan meski sekeliling mudah memberi nasihat supaya bersabar. Namun diri yang mengalami, andai tidak diteguh iman dan sokongan yang tersayang, mudah sekali ia rebah. Membaca Hani mengingatkan aku kepada drama bersiri ini yang ditonton di TV 3.  Cuma aku suka kerana pengakhirannya berbeza dan subhanallah... kasih sayang Allah bersama setiap hamba dengan cara berbeza. Menariknya buku ini ia turut mengulas buku Bercinta Sampai Syurga yang ditulis ustaz Hasrizal. memetik bab-bab tertentu dengan pemahaman berbeza oleh orang yang berbeza. sungguh, bagaimana tulisan itu diterima oleh individu tidak sama penerimaannya. Saya suka buku ini, walaupun terasa sedikit kaku kala membacanya. Kisah seorang yang buta ketika berusia 17 tahu

berfikir sebelum tekan butang "publish"

Berfikir banyak kali sebelum aku tekan butang "publish".  Tulis satu perenggan akhirnya aku padam. Tulis satu entri yang hanya tersimpan dalam "dtaft". Menulis itu perlukan hadirnya hati. Jika tidak apa yang ditulis kekal basi. (ah, berapa banyak tulisan yang ditulis hanya contengan dan luahan perasaan) Memilih aksara dan cerita untuk dikongsi boleh dikatakan kelemahan diri ini. Penulis blog ini suka benar menekan-nekan papan kekunci dan "publish" mana-mana entri yang dia rasakan mahu diterbitkan. Wahai pemilik blog ini, pilihlah aksara untuk diterbitkan. Fikir sebelum tekan "publish". :D # mahu tulis ulasan Ke Pulau Sebatik I dan Hani yang usai dibaca. Sedang mengulit Lentera CInta Albaicin sebelum Aidiladha ini. # 18 Muharam usia menginjak setahun lagi. .. Perlu ingatkan diri beberapa tarikh yang saya lupa bila ... # Insya Allah 1 November akan ke KL Sentral memeriahkan Pesta Buku di sana. Jam 11 pagi hingga 2 petang. Menyelit selang

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Sudah lebih sebulan saya memiliki buku ini. Saya beli disebabkan penulisnya bernama zabidi Mohamed. seorang bekas majistret yang saya suka tonton drama yang ditulis oleh beliau. Antaranya drama Hani yang paling membekas selain Makbul yang ditayang di TV 2. Sebelum ini, beberapa kali saya menyelak halaman buku ini. Daripada beberapa komen yang saya dengar dan cakap teman saya sendiri, buku ini ada unsur humornya. Saya selak semuka, saya tinggal. Saya baca cerita belakang, saya tinggal. 22 Oktober 2012, dengan sekali pegang yang membawa saya membaca daripada muka satu sehingga muka akhir. Memang ada lucunya, tetapi di setiap cerita ada pengajarannya. dalam catatan penglipur lara ini ada empat kisah: kisah penjara pudu -sangat lucu dan ... Hm.. apa rahsia yang dibisik penguasa penjara pada pengarang ya? kisah seludup beras siam - sedikit sebanyak belajar bahasa kelate yang saya tidak faham sepenuhnya dan tidak dapat membalas dengan bahasa ini. kisah lucu seorang pensyarah di ma

selepas tujuh minggu

tempat belajar lagikan dikenang inikan pula rumah sendiri. **** Kampung Bukit Kabu anak rantau ini kembali merasa dingin air sungai lembut angin menyapa kicau burung saban masa,  cengkerik dan haiwan rimba hijau melata suasana. warnamu cintaku. tujuh minggu di taman ilmu dan budi kembali diri mencari diri perjalanan tidak pernah berhenti tertusuk diri, rebah berkali. mata yang melihat manakan sama diri mencari hakikat Allah tidak melihat keputusan apa kau buat asal usaha tidak tersekat-sekat. teruskan mendaki tangga besar teriring doa dan restu kau jangan pernah menyerah dan mengalah! yang dipercaya  itulah yang terlihat mata dan dipercaya peduli kata hati lihat manual hidup! .2012.

Betulkan Niatmu ...

Demi Dhuha! Banyak melihat luar sehingga terlupa melihat dalam diri sama seperti kamu melukakan diri sendiri. Kamu menyakitkan diri sendiri hingga tersekat perjalanan di situ. Memandang luar hingga tidak hitung nikmat tidak terkira yang Allah berikan pada dirimu. Pada mimpi-mimpi yang Allah hadirkan dalam dunia nyata. Pada ceritera-ceritera angan yang kau pohon dalam doa dan Dia jadikan ia suatu realiti. Pada pencapaian yang melebihi usaha. Nikmat apakah yang kamu dustakan, wahai yang hanya tahu menggerakkan jemari pada papan kekunci ini? Ada sesuatu yang sering kamu lupa setiap hari. Memulakan hari dengan niat mencari redha Allah. Niat memberi sesuatu kepada lain. Niat mahu mengubah satu keburukan dalam diri. Niat mahu senyum dan senyum kepada orang lain. Pekerjaan yang dimulakan dengan niat baik, insya - Allah kebaikan akan mengiringi.  Berhenti asyik memandang orang lain. Betulkan dalam , kesannya nampak di luar.   kata Prof Muhaya : "kalau asy

mendaki tangga , terjatuh itu biasa

Luka badan, nampak di mata, luka di hati? (kredit.) Saat terjatuh , dan luka merah nampak di mata , spontan mata mengalir air mata. Spontan mulutnya menyebut  "alhamdulillah," agaknya ada dosa yang tidak dia sedar. Ada dosa yang mahu Allah basuh. Dia tidak sedar tangga yang sedang didakinya licin baharu sudah dimop mak cik cleaner yang rajin. Dalam air mata yang berjurai , bibir tersenyum. "Allah, terima kasih. Jika aku tidak jatuh , aku tidak tahu apakah rasanya sakit jatuh tangga." Perihal impian. Cita-cita. Mimpi. Semua orang punya cita-cita. Hanya orang yang punya matlamat akan berjaya dalam hidupnya. Orang yang matlamatnya Allah, akan bekerja selaras yang Allah pinta. Tadi usai membaca secara sambil lalu, dia mengiakan. Namun satu kenyataan hadir dalam kepala. Lebih baik meraikan semua perbezaan . Setiap orang tidak akan sama. Si A lebihnya dalam menulis. si B lebihnya berkata-kata. Si C pintar dalam kedua-duanya. Mungkin dia banyak menulis dalam

aku, mereka dan hujan

Meredah hujan mengingatkan aku pada entri Suhada tentang Hujan , ceritera Umairah dalam blognya perihal hujan . Di blognya ada banyak kisah hujan dan saya hujan akan mengingatkan saya pada gadis pencinta hujan ini. kak Ainunl Muaiyana h yang mencintai hujan.. Meredah hujan sendirian, diteduh payung biru berkarat dalamnya tetapi berjasa pada tuannya, tidak sabar aku menanti hujan reda hujan dan air mata .. itu nyanyi Allahyarham Sudirman Nyanyian hujan ... itu blog kak Ainunl Muaiyanah Pencinta hujan .. itu Umairah yang aku kenal Suka main hujan .. adakah itu aku? menyebut perihal hujan, akal mengimbas kata-kata ustaz dalam kelas. Hujan dalam bahasa Arab ada dua perkataan (sekurangnya ada dua.. yang lain saya tidak tahu) al-mator (المطر) dan al-Ghais (الغيث) al-mator Allah gunakan jika hujan yang Allah turunkan maknanya azab kepada kaum tertentu atau amaran. Sedang al-Ghais Allah sebut jika hujan itu bermakna hujan yang membawa kebaikan atau rezeki. Jadi , perkataa

The Social Role of Muslim Women : Realising Your Potencial

" Perempuan itu seperti bunga pada musim luruh" Dia mengangguk. Hari itu Allah izinkan dia menyertai satu seminar yang semua pesertanya perempuan dan pembentangnya perempuan. Kata-kata, perkongsian para panel yang sangat positif, dia mahu kongsikan di sini. Menulis kembali mengingatkan diri sendiri. " Cari NILAI dalam diri" Dr Fadila menyambung. Kata-katanya membuatkan mata yang walau ada ketika seakan mahu terpejam, terus menyalin kata-kata beliau. Ini kali pertama dia mendengar ucapan Dr Fadila. " Kamu mesti melawan diri kamu sendiri" " Orang yang bijak sentiasa nampak cantik" "fear monster in our closet" "Solat menjadikan dirimu lebih bersemangat" "Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri" "Hidup ada dalam kepala kamu sendiri" "obstacles just obstacles: jump and move forward" kata ibnu Qayyim: "Kalau seorang ada di tepi g

semoga

2012