Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Balas.

Menanti itu seksa kok.. Tahun ini nampaknya aku hanya membalas ucapan raya dan tidak menghantar mesej mengucapkan salam aidilfitri atau ucapan-ucapan seumpama dengannya. Mungkin disebabkan zuuq raya kurang ada dalam diri, lalu kepada yang menghantar mesej dan rajin meng forward mesej salam aidilfitri kepada aku sama, syukran jazilan aku ucapkan dengan ingatan kalian kepada insan ini. Terima kasih, kalian. Membalas mesej juga lambat-lambat kerana ketika bertandang ke rumah orang, aku tinggalkan telefon genggam itu di rumah dan rasa untuk balas mesej lambat datang. Bukannya ada orang mahu mesej sangat, jadi biarkan saya ia senyap-senyap dalam bilik-berkecah-macam-tongkang-pecah ini. Perihal membalas mesej kadang aku sendiri tidak tahu kenapa ada ketika semacam malas bermesej jika mesej yang dihantar tidak bersambut. Ada ketika banyak songeh (ragam) juga aku andai mesej yang dihantar tidak bersambut dan akhirnya aku biarkan lama tidak berutus khabar atau bertanya apa-apa. Dia suny

Cerpen: Misi Baju Baru

Usai sahur pagi itu, adik merengek seperti anak saudaranya berusia tiga tahun mahukan milo apabila sudah mengantuk. " Akak, jom pergi Kulim. " Dalam kepala adik bersusun satu demi satu agenda yang mahu dibuat. Beli baju raya, mahu beli tepung kek, penyapu, bateri untuk kamera, dan satu dua senarai yang ditulis dalam kepala. Lagi dua hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri yang nampaknya meriah di Malaysia walaupun di negara lain disambut seadanya dan Aidiladha lebih meriah. Usai Subuh, akak sambung tidur. Baru dua hari akak pulang daripada perantauan kerana tuntutan kerja. Adik yang sudah sebulan di rumah, walaupun beberapa kali mengikut kakak yang kedua membeli belah, namun tidak tergerak lagi hatinya untuk membeli baju raya. Baju raya bukanlah satu kewajipan, selagi ada baju cantik dan bersih yang bersih dipakai. Alang-alang akak sudah membelikan tudung berwarna ungu, adik mahu padankan dengan bau juga. Jam 10. Adik merengek-rengek lagi. Mengganggu akak yang masih pulas

pertanyaan

Perlu berdiam seketika, Biarkan akal dan hati yang terus bicara,  Sedang kalam terasa makin sonsang, Bicara makin tidak terang, Sedang yang perlu tidak langsai sampai sekarang. Ogos 2011 kini, Ada janjiku untuk melihat buku di pasaran kala ini. .Tipu. Ada kata dalam diri mahu terus dan terus menulis. .Tidak benar. Ada suara yang berkata usia makin pendek. .SANGAT BENAR. Ada yang pergi, ada yang hadir... .Lumrah. Ingin sekali bertanya, Manakah kamu dapat kekuatan untuk menulis dan terus menulis tanpa rasa jemu, Manakah kamu dapat semangat dan sentiasa rasa mahu memberi tanpa minta dibalas, Manakah kamu dapat rasa untuk sentiasa menjaga ukhuwah yang terjalin. Manakah kamu campakkan rasa malas. Manakah? Bagaimanakah? Siapakah? Allah. Aku tahu itu jawapannya. Lantas, Apakah lagi???

Cerpen: Ubat.

"Ini diari saya. Balik nanti kamu baca. Baca setiap hari. Lihatlah pada helaian yang bertanda.Baca bukan sekadar cepat mahu menghabiskan bacaan, tekunilah dengan hadirnya hati dan lihat maknanya. " Aku pandang kamu semula. Tidak faham. Di tangnnya senaskah tafsir al-Quran penuh bertanda dengan kertas berwarna warni. Wajahku kelam, lalu sekadar pandang wajah kamu tanpa kata. Kamu senyum. Senyum yang sangat manis pada bibir tanpa gincu itu seakan mahu membuang rasa ragu di hatiku. "Kamu hanya balik dan baca." "Husna, yang saya minta ubat kekosongan hati, kekosongan jiwa. Bukannya..." "Degil, ya?Insyirah, bukankah yang kamu mahu ubat. Tidak mungkin saya berikan kepada orang yang saya sayang racun." Aku terdiam. Perlahan tangan mencapai tafsir al-Quran yang dihulur Ibtisam Husna, seorang teman yang menjadi tempat aku mencurah apabila 'rasa' itu hadir. Dalam ramai aku rasa sunyi. Kesunyian yang mengcengkam dan membunuh senyum yang mahu terukir

Dua Dua

1.        Malu. Sering saya jadi malu sendiri membaca semula tulisan yang pernah tercatat. Kadang perihal sekecil biji lada hitam aku nukilkan menjadi berkajang-kajang namun perkara besar banyak yang saya terlepas pandang. Adakah kerasa terlalu sibuk fikirkan hal diri sendiri, - betulkah? atau sibuk berangan- saya sering terlupa pada yang berlaku di luar sana. Dunia luar yang banyak saya ketinggalan akan hal besar dan kecilnya... Terperosok saya mendengar itu ini berita yang mengejutkan meski ada yang membuatkan bibir mengukir senyum sendiri. Pemergian penulis Ustaz Azizi Abdullah [al-fatihah untuk beliau], kisah 21 Ogos yang hampir tiada dalam ingatan, itu ini yang berlaku di dunia... Semuanya petanda bahawa tiada yang kekal melainkan Yang Satu. 2 .              Dua hari lalu mengikut kiraan tahun Masihi genaplah usiaku 22 tahun. Kiraan kian ke hujung, Masih asyik termenung, Tinggal harapa menggunung, Duhai, Masihkah belum teringat maut kian dekat berkunjung. Tali usia

Gilaplah Dirimu

Kemahiran memujuk, kelebihan dalam bidang penulisan, dan kemampuan berucap di depan khalayak merupakan bakat yang tidak dimiliki oleh individu secara semulajadi. Namun ini tidak bermakna kemahiran ini tidak dapat dipertingkatkan. Jika kita perhatikan situasi hari ini, ramai penulis yang bermula daripada sifar pengetahuan dalam bidang penulisan, namun kerana minat dan kesungguhan meningkatkan kemahiran dalam diri, menjadikan mereka antara yang terbilang dalam bidang ini. Salah satu daripada langkah yang dapat diambil ialah dengan mengenali diri sendiri. Ramai yang menganggap mereka mengenali diri sendiri sedangkan realitinya tidak. Mereka mungkin tidak sedar akan bakat yang terpendam dalam diri masing-masing dan memandang diri serba kekurangan dan tidak memiliki apa-apa kelebihan. Sebagai misalan, kita perhatikan situasi ini. A tidak pernah berucap di depan umum dan amat gugup jika disuruh berucap. A akan mengelakkan diri jika disuruh berucap. Pada suatu hari, atas satu keperluan, A ter

MUDAHNYA MENYUSUN MADAH

Mudahnya menyusun madah, Tersusun di bibir indah, Bermain sandiwara mewah, Terselit seribu helah. Tersusun di bibir indah, Bicara berpatah-patah, Konon mengubat susah, Hanya menambah gundah. Bermain sandiwara mewah, Material banyak dicurah, Mereka seakan penjarah, Mengangguk mengundang padah. Terselit seribu helah, Aku mengerti metah, Kata bersulam fitnah, Kelak mencanang resah. Bicaranya berpatah-patah, Hilang cabang pada lidah, Pondok istana semua diredah, Asal mereka disambut megah. Material banyak dicurah, Siapa sebenarnya perlu diserah, Jangan pula mengundang parah, Memberi pada si bedebah. Aku mengerti metah, Adat menumpang tanah bertuah, Berdiri, tak boleh membantah, Arahan itu perintah. Konon mengubat susah, Aku diberi rumah, Konon memberi mudah, Aku rasa gelisah. 29/06/2009 20:03:00

Pelita Hidayah

PELITA HIDAYAH Lu'luah Nur Jamilah Umpatan dan saya seperti daging dan kulit yang sudah bercantum. Melihat sesuatu yang bukan kebiasaan mata, hati cepat membaut onar. Akal berkata sesuatu yang tak baik. “Eh, cikgu pakai tudung tak padan dengan baju. Cikgu ni memang tak pandai bergaya.” “Tak seronoklah cikgu ajar. Macam bersyarah, mana pelajar tak mengantuk Cikgu tak pandai mengajar.” “Tengoklah dia tu, kerjanya berkepit, buat maksiatlah tu.” “Ayah bukannya baik sangat. Saya seorang pun tak terbela.” Bisikan-bisikan begini, malah pelbagai gaya dan perkataan lagi sudah saya ungkapkan jika ada sesuatu yang mengisi pandangan. Saya payah untuk memuji namun cepat untuk mengeji. *** JEMPUTAN Bip, bip. Saya membuka peti masuk telefon bimbit, melihat pesanan ringkas yang baru diterima. Salam, adikku yang dikasihi, akak nak ajak adik menyertai kem ibadah minggu ni. Percuma! Banyak aktiviti menarik yang diatur. Harap adik dapat berikan jawapan segera. ;-) Hati saya mendongkol. Untuk apa semua

Rasa.

Pena mahu membebaskan seketika ketulan-ketulan rasa yang masih bergumpal dalam diri. Biar setelah ia diterjemah menjadi tulisan di sini, jasad bebas walau hanya untuk seketika daripada sebuah kesakitan yang merantai perjalanan meniti hari. Bukan sekdar mahu aku kisahkan segala lompong yang wujud dalam diri, hanya mahu membiarkan diri bebas-bebas daripada hambatan perasaan sendiri- Pasti ada jalan bagi yang mencari. BERHENTI. red light Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif. Positif.  Berhenti menjadi seorang pesimis yang hanya fikir " AKU TAK TAHU. "   Belum satu langkah dimula, sudah mulut bicara, komen itu ini. kadang muncung di bib

Entri Bertarikh 13 Mei 2009

Assalamualaikum buat sesiapa yang sudi menatap blog kecil ini, Aku mulakan entri ini dengan satu pertanyaan yang sering akak di sekolah ungkapkan dulu. Apa khabar iman anda hari ini? Ya, iman letaknya nun jauh di lubuk hati. Namun hati yang bersih akan terlihat pada mata yang jernih dan wajah yang berseri-seri serta senyuman yang manis. Benarkah? Bukankah manusia senang berdusta. Berduka, namun dilemparkan senyuman yang amat lebar. Kali ini aku mahu bercerita tentang kampung. Aku anak kampung yang dibesarkan di kampung dan disekolahkan di kampung. Hanya apabila aku dewasa mula mengenal kota yang malamnya seakan bayangan maut yang akan menyambar aku bila-bila masa. Jauh benarlah jurang antara kampung dan bandar. Dan aku bolehlah dikatakan anak kampung tak sedar diri. Bila orang tanyakan asalku, mereka tak dapat menelah kerana gaya percakapan yang agak mengada tak menggambarkan asalku. Entahlah, aku sudah terbiasa cakap begitu. Sejak masih di sekolah menengah. Terpengaruh dengan no

Sebuah Pertemuan

Sebuah Pertemuan Album : See You D IPT Munsyid : Unic Ketika diri mencari sinar Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan Bagaikan terdengar bisikan rindu Mengalun kalimah menyapa keinsafan Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan C/O 1: Tika ku kealpaan Kau bisikkan bicara keinsafan Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan Kau nyalakan harapan Saat ku meragukan keampunan Tuhan Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala (*) Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan Cinta yang semakin kesamaran Kau gilap cahaya kebahagiaan Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan C/O 2: Titisan air mata menyubur cinta Dan rindu pun berbunga Mekar tidak pernah layu Damainya hati Yang dulu resah keliru Cintaku takkan pudar diuji dugaan Mengharum dalam harapan Moga kan kesampaian kepada Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hi

Bicara Aku untuk aku

Mendengar katanya tadi, Mengingatkan hati aku sendiri, Perkara yang aku tidak hati-hati, Membuahkan resah pada sebentuk hati. Pesan aku kepada aku, Tutup cerita yang tidak perlu, Kadang perlu disentuh untaian qalbu, Supaya perjalanan bukannya tidak tentu, Mungkin pahit bercerita yang perlu, Lakukan supaya tenang tanpa ragu, Mungkin terlepas tanpa tahu, Itu sebenarnya sembilu buat kamu. Dalam renyai mulut aku bercerita, Mungkin ada hati terluka hanya kerana kata-kata Tanpa sampai akalku bicara, Anggapanku ianya biasa sahaja, Kerana kita lama bersama. Aku mungkin tidak tahu, Yang aku cerita yang tidak perlu, Aku buat perkara yang mengundang sendu, Sedangkan aku tidak bisa membantu diriku, Mengubah sesuatu... BAGAIMANA??? Aku hanya terkedu, Membatu, Tanpa jawapan walau satu. 8-6-2010 Qamar Jamilah 02:02p.m ~ Aku hanya mengikut rentak jari.. Merapu sahaja... ~

Katanya kamu belajar bahasa Arab.

Petang tadi menerima panggilan daripada Aqilah bertanya akan maksud beberapa perkataan dalam bahasa Arab. " acu tahu bahasa Arab? " Ah, sudah. Apa yang mahu ditanya oleh anak saudaraku ini. Jujurnya nama sahaja pelajar jurusan bahasa Arab disuruh bercakap memang aku lari sembunyi belakang kawan dahulu. Hanya apabila terpaksa, memang keluar juga satu dua kalimah bahasa Arab yang mudah-mudah. Satu anggapan dalam diri yang MESTI diubah. Bilakah orang lain akan tahu akan perihal bahasa Arab jika kamu -AKU- sendiri tidak langsung mahu berusaha untuk mengubah tingkat kefahaman dalam bahasa Arab malah makin hari makin berkarat. Ini sebulan cuti pulang nanti tergagau pula mahu mencari makna perkataan dan memahami kuliah yang disampaikan pensyarah. Aku kagum melihat seorang gadis bernama Syafiqah Rahmat yang sedang belajar di Beijing membuat satu blog menggunakan bahasa mandarin. Subhanallah. Aku yang sudah bertahun-tahun belajar bahasa Arab ini masih di tingkat sama kefahaman. Malah

Mencari Semula Kekuatan

Tidak ada manusia dalam dunia ini yang tidak diuji. Susah itu ujian, senang juga ujian yang mana setiap detik yang terjadi, setiap kejadian yang menimpa, setiap laku yang dibuat setiap masa ada perkiraannya. Allah Maha adil kepada setiap hamba-Nya. Ya Allah, betapa sudah banyak salah lakuku sepanjang dua puluh dua tahun menjadi pengembara bermusafir di bumi. Betapa sering diri tidak sedar akan segala tanda-tanda dan amaran yang pernah kau tunjukkan bahawa aku bukannya muda lagi. Satu demi satu peristiwa yang pernah singgah dalam diari kehidupan seakan terus aku biarkan ia dibawa angin hingga aku seakan tidak tahu yang itu adalah satu 'tanda' yang mahu Kau tunjukkan kepadaku. Allah bersama sangkaan aku kepada-Nya. Selama mana aku bersangka baik dengan Allah, insya Allah aku tahu langkahku masih berada di atas jalan yang Satu. Namun semakin hari, terasa makin samar jalan yang sedang aku lalui. Terasa kosong detik-detik yang dilalui tanpa berbekalkan hati yang suci. Menonton "

Buah Nam Nam

Teruja pula aku mahu menulis akan perihal buah ini. Walaupun dudukku memang asli kampung di sini, namun banyak pula pokok-pokok kayu yang aku tidak kenal. Lebih kepada tidak belajar untuk mengenal sebenarnya. Petang tadi, kakakku yang baru pulang dari rumah mertuanya di kampung seberang membawa buah yang jujurnya inilah pertama kali aku melihat buah itu. " Itu ada buah nam nam. " Kakakku mengunjuk plastik di atas meja. " Apa? nam-nam? " Aku seakan mahu kepastian sekali lagi. " Camna nak makan? " Aku melihat ada kulit sahaja dan dalamnya ada biji. " Makan kulitnyalah. " Kakakku membalas. " Oh. " Memang orang kampung nan seorang ini kuran tahunya perihal buah-buah dan seangkatan dengannya. " boleh google. " Aku menerus bicara. Teringin pula untuk tahu perihal buah ini... Sama halnya ketika pertama kali mendengar kak Husni bercerita tentang buah binjai yang akhirnya aku bisa makan juga diberi kak Husni. Lalu, tiga biji buah nam-n

Cerpen: Vila Igauan [Edisi Asal]

 AKHIRNYA Dewan Siswa Mac 2005: vila igauan [disunting lebih 50 %] Ini sebuah ceritera yang ditulis gadis berusia 15 tahun, Pengetahuannnya belum ranum akan perihal penulisan, Bergantung kepada bacaan yang sedikit, dia cuba menulis kerana sebuah minat dan cita yang membara ketika itu. Demikianlah terhasilnya sebuah cerpen cliche bertajuk akhirnya... Tersiar pada Mac 2005 di Dewan Siswa dan merupakan cubaan pertama menembusi pasaran.. Ini edisi asalnya. Cerpen yang tersiar sudah disunting editor.. Malu membaca cerpen ini semula, sangat tidak matang ketika itu... Inilah... cerpen pertamaku.. Vila Igauan.. Sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapan anak muda itu. Di dalamnya bersandar tenang seorang gadis manis yang masih lengkap berpakaian sekolah. “Mari Zaman, balik bersama Halwa. Rumah kita bukannya jauh pun.” “Tak payahlah, kejap lagi bas sampai. Saya balik naik bas saja.” Aku cuba menolak pelawaannya. “Hai, tak kan tak sudi kot. Ye

Cerpen: Demi Pena.

Hujung pena yang berbicara SATU Atap rumah yang sudah berkarat dan berlubang-lubang di sana sini tidak pernah diganti sejak mula rumah ini dibina. Malahan pasti ruang tamu akan digenangi air ketika hujan walaupun tidak lebat.  Adakala hujan hadir bersama kotoran yang menyukarkan pula kami membersihkannya. Aku tidak punya kudrat mahu menampal atap yang bocor kerana keterbatasan tenaga seorang anak yang mentah. Sementelah pula adik-adikku yang empat orang itu, hanya tahu meminta makan apabila lapar dan bermain dengan rianya tanpa mengetahui simpulan masalah yang kian berselirat dalam akal fikir ibu dan aku. Ayah meninggalkan aku dan adik-adik ketika Acu-adik bongsuku- baru dua bulan menghuni rahim Ibu. Kematian yang teramat tragis bagi aku, seorang anak kecil. Pekerjaan ayah sebagai pemandu peribadi Dato’ Zaim akhirnya merenggut nyawanya sendiri. Kami seakan hilang tempat berteduh. Mana mungkin kami mendiami lagi rumah kecil belakang rumah agam Dato' Zaim setelah ayah bukan lagi men

Tapai

Tapai yang sedap. 1998. Siapakah dapat menjangka, Inilah makanan terakhir dibuat bonda, Buat zuriat tercinta, Tapai disedia, Belum sempat dijamah, Allah memanggilnya menghadap, Kerana sampai masa ditetap. 2010. Aidilfitri ini, Tapai pelengkap perayaan kali ini, Air tangan ayah sendiri, Buat kami. Benar kenangan masih terpahat, Namun sudah aku balut, Simpan kemas di satu sudut. Ini tapai cinta punya bicara, Seorang hamba di bumi melata. Nota Sebelum Titik:kisah tapai dalam diri. tapai's story, 4.36a.m/4.12.2010, Qamar Jamilah, Mahang, Kedah. 

Semusim Bersama Seabad Terasa

Ditulis oleh: Jamilah Mohd Norddin pengalaman semester pendek 2008 di CFS Nilai. Kenangan Terindah Belum puas bercuti, aku perlu pulang ke kampus, menyambung pengajian di sem tiga. Perasaan bercampur baur, antara suka dan duka. Rindukan teman sepengajian dan sayangkan cuti dua bulan berbaki. Langkah tetap aku teruskan. Tentu ada sesuatu berharga akan aku peroleh dalam sem ini.Aku semat azam. Biar apa yang jadi, diri tak boleh mengalah pada keadaan. Dalam kekurangan ada sesuatu yang tersimpan, yang mungkin kita tak perasan. Hari pertama kelas sudah dimulakan, almaklumlah semester pendek, semuanya perlu dibereskan cepat. Kelas pertama kelas kalam(speaking), kena bertutur dalam bahasa Arab, memang aku dalam jurusan Arab. Semuanya malu-malu kucing untuk bertutur dalam bahasa Arab, tak ramai yang hadir. Hari pertama dah dapat assigment. Ustaz beritahu misi sepanjang sem ini yang perlu beliau capai, kami mendengar penuh tekun. Ustaz ini juga jurusan Arab daripada universiti yang sama dengan