Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Ila Husna dah muncul...

Semoga tulisan ini menjadi saham. Kata Asma Nadia, 'satu buku sebelum mati.' Cukupkah satu buku sebelum mati??? Friendship Forever atau tajuk asalnya TEKAD, Sebuah contengan, Cerita orang baru belajar menulis, Tentang seseorang. Tentang mereka. Diadun menjadi, Friends Forever. Dia memberi, Tanpa minta balasan. Allah, Semoga ini saham untukku...  Untuk ibuku... Untuk teman-temanku tersayang yang mewarnai hariku.

Cerpen: 180 darjah

Pen magik, krayon, highlighter, pen warna warni semuanya berselerak atas meja. Minggu depan peperiksaan akhir semester akan bermula. Rutin pelajar bernama Ibtisam Husna belajar pada saat akhir. Bukan tidak sedar akan bahaya dan risikonya, sudah di hari-hari akhir baru mendapat wahyu untuk belajar. Ketika ini makan hanya sekali sehari. Keluar bilik hanya untuk mandi atau ke bilik air. Dunia luar tidak diambil peduli. Selama ini dunianya tidak termasuk buku-buku pelajaran. Setiap hari ke kelas, pulangnya tidak langsung membuka buku. Ada masa terluang... “Husna, kamu di mana?” “Makmal komputer.” “Perpustakaan.” “Kedai buku.” “Kafe.” “Lepak bilik kawan.” “Jalan-jalan di taman.” “MPH...” Bla. Bla. Bla. Ada sahaja tempatnya melepak, namun tidak sekali pernah dijawabnya sedang belajar. Pelajar yang memang suka cari nahas dalam setiap semester. Dikenal pensyarah bukan kerana markah tinggi namun... “Ibtisam, mana kerja rumah kamu?” Puan Hasanah, pensyarah hari itu menyoal. “Ibtisam, berapa kal

Telah Kutulis Suatu ketika...

"berjalan tanpa henti....  " perjalanan terus ke depan berpaling tidak. melangkah berkali rebah bangun mengaku kalah tiada. kejayaan bukan sehari usaha panjang jalannya tuju jaya dunia Sana lu'luah Nur jamilah 4.00 p.m Mahang  *** Ada ketika, kala kamu membaca semula apa yang pernah tertulis, sebenarnya ia untuk mengecas tenagamu kembali. Bukan jasmani namun kekuatan. Kuatkan untuk kamu lakukan apa yang kamu kata? Atau kamu hanya berani pada pena, pengecut kala bersua.... Sebenarnya kamulah yang memilih. Memilih untuk diam atau bicara. Memilih untuk berdepan atau hanya diam. Memilih dan memilih.. Dalam hidup sentiasa ada pilihan. *berfikir* Membaca contengan jalanan yang belum separuh usai. Perjalanan seseorang mencari diri. Mencari makna kehidupan. Apakah sebenarnya tujuanmu berada di bumi??? Sayanglah penduduk di bumi, kamu disayangi penduduk di langi. *diam*

Catriona Ross

Dahulu hanya melihat beliau di kaca televisyen. Semalam berkesempatan menemui beliau secara nyata ketika beliau berkongsi bicara di UIAM Gombak. Bicaranya halus merendah diri, dan lahir daripada hati dan terasa cepat meresap. Bicara tentang friendship 2.0 yang dianjutkan unit kaunseling UIAM. Secara terus terang aku tidak dapat sepenuhnya isi yang mahu disampai, namun sedikit perkongsian yang diberi oleh Madame Catriona Ross, Ustaz Hamid dan seorang pegawai PDRM menimbul rasa gusar di hati. Jika dahulu kita menunggu posmen untuk mendapat surat daripada kenalan, sekarang ia seakan sesuatu yang sangat jarang berlaku.. Semuanya secara vitrual... Dunia virtual yang sebenarnya banyak menipu ramai orang dan sebenarnya kita -aku- banyak tertipu dengan dunia virtual ini. Kita seakan hidup dalam dunia awangan yang mana kita mengetahui tentang sesuatu yang belum pasti kesahihannya... Mungkin sahaja yang berada di dunia maya itu seorang penyamar yang mahu mengacau kehidupan seseorang individu lai

Masa Itu Kian Hampir..

Sekadar hiasan.. Semoga segalanya lancar, "Friends Forever" akan masuk kilang minggu ini. Doakan segalanya lancar. :) Perjalanan yang panjang, juga bertahun, Semoga semuanya lancar, Dan aku bisa melihat " friends forever " menjadi nyata. Amin. 2011. 24 November 2011, Puisi pertama (jika boleh dipanggil puisi, rasa seperti hanya susun kata) tersiar di Varsiti sisipan Berita Harian, Novel akan masuk kilang, Insya Allah, termakbul 2011 bergelar penulis novel??? (hm, bekas penulis novel mungkin kerana itu yang pertama dan tidak mustahil yang terakhir) Terima kasih atas doa kalian.. ("______________________")

Baris Kata.

Tidak mudah menutur sebaris kata, Buatmu yang jauh di mata, Hanya kata mengganti bicara, Sedang rindu bertalun dalam jiwa. Tulis, Padam, Koyak, Tulis semula, Renguk kertas berulang kali. Ingin lontar segala, Bisu kuasai suasana. Benteng apakah pisahkan kita? Gerak langkah, Butir kata, Senyum tangis... Semua punya cerita. Kata sebaris, Bisa membunuh. Kata sebaris, bisa jadi nila merosak sebelanga susu. Perhatikanlah katamu, Wahai jemari nan asyik menutur kalimah... 

Semester Depan...

Tekan di gambar untuk melihat dengan jelas Selamat menentukan subjek-subjek untuk diambil. :) Saya tidak perlu bersusah payah berebut subjek untuk semester depan.  Alhamdulillah!

Lorong...

Dia sedang melorong jalan. Semalam mendengar baca puisi di Experimental Hall bersama teman penulisan, Umairah Shafei . Kali kedua dalam hidup menyaksikan secara berdepan acara baca puisi setelah aku sendirian menonton baca Puisi Riong tahun lalu. Rasa teruja apabila semester ini seakan banyak aktiviti sastera (penulisan) yang dianjurkan di UIAM. Almaklumlah, sebagai sebuah universiti yang mana teras bahasanya bahasa Inggeris dan bahasa Arab, celah mana mahu mendapatkan acara sastera Melayu atau penulisan melainkan ada persatuan yang menganjurkan. Terima kasih Poetry Club dan Mahalah Safiyyah. Semalam ada Roslan Madun, Fedtri Yahya, Wani Ardy, Pendekar Bambu, Kak Eja (sayyidah Mu'izzah) Azree Ariffin dan beberapa pembaca puisi yang saya tidak kenal daripada kelab Deklamator Malaysia. Menarik! Paling mengujakan ada banyak bahasa dan verstail. Ada baca puisi. Ada lagu puisi. Ada baca puisi daripada rakyat Sri Lanka, Bangladesh, Ada puisi arab yang dilantunkan Rakyat Palestin (ada seo

Bengkel Penulisan Dr Farhan Hadi & Fatimah Syarha

Jom menulis!  Bulan lepas saya berpeluang menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Suka untuk saya kongsikan dengan khalayak antara kandungan bengkel sebagai bacaan sendiri yang terbaca manuskrip bawah meja.. Sekadar nota-nota ringkas yang sempat dicatat. Saya gabungkan nota yang dicatat daripada butir bicara Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. MUKADIMAH -pena untuk agama -siapakah anda lima tahun lagi? -Saya lebih hebat daripada mereka? -Target buku. -Motivasi atau usaha. -optimis. -Hayati surah al-Insyirah. -tangkis bisikan negatif -Menulis tidak semudah buka komputer dan on. -mulakan hari ini walaupun dengan hanya sebaris ayat -when you don’t give up you cannot failed. -menulis sebagai bekal untuk bertemu Allah. -doa, yakin, solehahkan diri -penulis PEKA. -untuk runtuhkan Jahiliah kena masuk dalam jahiliah. Syarat untuk menjadi penulis. -Faham Islam. [al-Quran dan Sunnah]. Apabila orang baca kita dapat pahala kerana menyebarkan kebai

SERUMPUN THE SERIES [part 1]

PART PERTAMA. SERUMPUN THE SERIES... [siri 1.]-20.11.2011. anjuran ForTar Syed Alwi al-Atas. “Bergerak dahulu, di dalamnya pasti ada barakah. Dalam kegigihan (mujahadah) ada perubahan.” *harus diketahui bahawa Forum Lingkaran Pena Indonesia sudah berusia 10 tahun manakala di Malaysia berusia tiga tahun. *Tulisan haruslah yang memberi teladan kepada orang lain. *Apakah target peribadi kamu? Langkah mendapat tulisan yang baik .     Baca banyak untuk dapatkan idea. PAKSA diri untuk baca     Mengamati dan berfikir selalu untuk dapatkan idea. A. Samad Said selalu berada di tengah ramai untuk dapatkan idea. Mungkin juga melalui temubual, perbincangan dan sebagainya untuk mendapatkan pengetahuan mendalam.     Tulis, tulis, tulis. Tulis dan tulis untuk mendapatkan kepuasan, bukan berhenti dengan hasil pertama. Hantar kepada khalayak. Peraturan kepada penulis baru.   Jangan mengharap penulisan yang terbaik pada percubaan pertama Jangan berhenti menulis sebelum buku pertama terbit. Apabila sud

Ayuh Mendaki.

Berjalan tanpa henti. Apakah Allah akan melorongkan jalan bagi seseorang yang duduk sahaja tanpa mahu sekadar untuk mendongak kepala lihat apa yang terjadi sekelilingnya apatah lagi bangun untuk menggerakkan potensi dalam dirinya? Rugilah mereka yang sentiasa cukup dengan keadaan diri tanpa mahu berubah walau satu inci. Dalam satu demi satu peristiwa yang Allah hantarkan dalam hidup ini, tersedar aku bahawa betapa banyak hikmah yang Allah mahu aku perhatikan selama perjalanan singkat ini. Ya, masih banyak yang harus dan perlu diubah namun bukankah dalam setiap usaha pasti ada natijahnya. Allah tidak melihat natijahnya namun apakah usaha yang dilakukan seseorang hamba itu. Beberapa hari lalu, seseorang bertanya pada aku: “Betulkah kamu dibarred daripada peperiksaan ‘arudh?” Aku mengiyakan dan cepat-cepat menyudahkan perbualan. Sebolehnya aku tidak mahu menyebut tentang itu. Tentang masalah demi masalah yang pernah aku reka hinggakan tekad untuk menukar ke jurusan lain. Allah mahu aku

Prof Muhaya...

Prof Muhaya. Aku jadi jatuh cinta dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Prof Muhaya. Blog beliau... [ ... ]Walaupun bukanlah setiap minggu aku mendengar bicaranya lewat IKIM, sesekali telinga disapa oleh suara beliau, rasa tenang.  Rasa aura positif datang dalam diri. Sesungguhnya Allah menghantarkan penyelesaian terhadap sesuatu hal dengan banyak jalan. Bukan jalan yang kita pinta namun jalan yang terbaik buat kita. Positif. Positif. positif positif. Perlukan hati yang sangat kuat untuk lawan kata negatif yang ada dalam diri. Namun kita masih boleh berusaha, kan? Pesan Prof Muhaya, setiap hari kita cuba cari tiga benda untuk kita bersyukur. Dalam kepala fikir yang baik-baik sahaja. Jangan peduli orang yang apa di belakang, namun apa yang kamu rasa baik itu, teruskan! Lebih baik diam daripada membalas kata-kata yang tidak bermanfaat. Apa yang terjadi semalam mencorak apa yang kita jadi hari ini. Cubalah untuk melupakan yang pahit-pahit terjadi semalam dan ingat semua yang manis sahaja

Berpagi-pagi

Berpagi-pagianlah mendapatkan ketenangan! Jam tujuh pagi aku meninggalkan kamar. Mengambil angin pagi di sekitar tasik nan  nyaman. Terasa udara segar masuk dalam diri, memberi rasa ceria dalam diri. Sudah lama tidak buat kerja begini.. Jalan-jalan tanpa tujuan sambil ambil udara bersih yang belum disedut orang lain pagi-pagi. Burung-burung sudah keluar mencari makan. Ibu dan ayah sudah di jalan menuju ke tempat kerja mencari rezeki buat keluarga. *** Ditarik sesuatu yang bukan pinta kita, Dikurnia akhirnya sesuatu yang terbaik buat kita, Bersyukurlah, aku akan tambahkan nikmat kepadamu, Kufurlah andai nikmat tidak kita syukuri. Diberi semua itu terbaik. Diberi semua itu terbaik. Diberi semua itu terbaik. Yakin dan percaya! Usah difikir sesuatu yang luput daripadamu, Hiduplah dengan kehidupanmu sekarang. :)

Seperti Kematian Juga...

Terbang ke dunia baru. Dalam keadaan tidak bersedia: "Hari ini kita akan adakan ujian bulanan." Diam. "Kepala masih kosong, apakah yang mahu ditulis dalam kertas kelak." Maka, dia menulis apa yang sipi-sipi lekat dalam ingatan... *** Samalah seperti kematian yang Allah sudah ingatkan awal-awal bahawa tempatnya, masanya dan bagaimana itu rahsia Allah... Kematian yang sebenarnya sangat dengan dengan aku, kenapa aku beraksi seolah-olah aku akan hidup panjang lagi. Dosa sesama manusia yang belum termaafkan. Dosa dengan Allah yang belum minta ampun... Dalam peperiksaan dunia kita boleh berpatah semula, namun dengan kematian.... Sekali mati, kita berada di permulaan sebuah dunia baru.. Allah.

Saat Mati Menyeru...

  Mata mahu bicara lagi. Semakin mahu menjauhi penulisan, semakin rasa MAHU itu mendera... Lalu, ku kletik papan kekunci meluah yang tersimpan... Terfikir akan sebuah kalimat. MATI....  Menanti atau bersedia menuju terminal seterusnya? *** Rahasia Allah, KEMATIAN. Bila, di mana, bagaimana? Itu rahsia Yang Esa. tertulis di Atas Sana, Terjadi tiba ketika. Bukan menanti kematian, Bersedia melalui kematian. *** Kita boleh lihat sekarang kematian mengejut saban hari. Kematian yang banyak berlaku dan kadang kita jadi ngeri melihatnya. Bermacam asbab, berbagai-bagai caranya.. Semoga kita mati dalam keimanan. Orang dahulu tidak takut dengan kematian sebab mereka sudah membuat persediaan untuk melalui kematian yang mereka rindu. Kematian yang merupakan jalan awal untuk bertemu Allah. Bukankah kubur itu taman indah bagi orang beriman, namun lubang neraka untuk yang kosong amalnya? Menyoal diri, takutkan dengan kematian??? bagaimana lagaknya orang takut dengan mati? Duduk sahaja? Dia di tikar sol

Lihat Diri, Perhati Sekeliling

Pandangan hati itu yang hakiki, jika hati itu bersih. Pemerhatian indera yang lima harus disokong oleh deria keenam iaitu hati. Ustaz Adli selalu bicarakan tentang " basiroh " atau pandangan hati. Apa yang kita lihat dengan mata kasar tidak hanya dilihat dengan pandangan mata yang kosong namun hadirkan hati dalam pandangan tersebut. Hati. hati. hati. Selalu dengar perihal hati namun setakat manakah hati itu hadir dalam setiap perbuatan seharian. Ia sebuah persoalan. Nampak yang tiada, rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Ya, proses pembaikan diri perlu dilakukan tanpa henti. Apabila kamu berhenti, kamu menyekat diri. Bebaskan semuanya. Ya. Allah sedang mengajar untuk membebaskan semua itu... Bebaskan segala-galanya.... Allah sedang memberikan yang terbaik buat diri ini! Menuding jari ke arah orang lain memang senang, namun menunjuk jari telunjuk kepada diri sendiri, siapakah atau berapa keratkah yang mampu melaksanakannya. "Satu jari dituju tepat ke seseorang... Satu ja

Senyum

Bunga kembali mekar, Bulan tersenyum senantiasa, Mentari terang memancar, Apa lagi yang kamu mahukan? Bahagia di depan mata, kecap sebelum ia lepas.

Ziarah Mahabbah.

Setelah lebih lima tahun, bertemu akhirnya... 11 November 2011. Seharian berpusing-pusing di sekitar Cheras. Masuk jalan sini, keluar jalan sana, belok kiri, belok kanan akhirnya saya sampai di Taman Ilmu dan Budi. Tidak terungkap rasa terima kasih kepada Marziah, Azreen dan teman-teman sahabat kepada Marziah, rakan sepersekolahanku..... Kisahnya bermula 9 November 2011 apabila saya menelefon Marziah untuk bertandang ke rumahnya. Asalnya Sabtu saya akan ke Cheras namun akhirnya saya ditakdirkan ke sana pada hari Khamis, 10 November 2011. Cheras... destinasi yang akan saya lewati untuk bertemu Marziah, teman sejak di Sekolah menengah dan hanya bertemu beberapa kali kerana terserempak di Masjid Jamek. Semester ini, beliau telah datang melawat dan saya nekad untuk menziarahinya kembali. Alhamdulillah, Allah berikan ruang dan kesempatan itu. Ziarah yang menimbulkan rasa rindu. Menumbuhkan rasa cinta dalam kejanggalan sikapku. Ya Allah, betapa apabila kita mendapat sesuatu setelah kita men

Tiada duka yang abadi

Tiada duka yang abadi didunia Tiada sepi merantaimu selamanya Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu Namun ku percaya hati meyakini Semua akan indah pada akhirnya Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini Waktu berputar rebulan dan matahari Bunga yang mekar akan layu akan mati Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti Takdir hidup ‘kan dijalani Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini Andai bisa ku mengulang Waktu hilang dan terbuang Andai bisa perbaiki segala yang terjadi Tapi waktu tak berhenti Tapi detik tak kembali Harap ampunkan hamba-Mu ini Harap ampunkan hamba-Mu ini _____________________ ..yang memiliki hati kita Allah. Tetapkan hati k

selawat nuril anwar

Selawat Nuril Anwar.

I'm so sorry | Irfan Makki

Irfan Makki – I’m So Sorry Lyrics If my time would end today would I be ready to go? And leave all the things I’ve worked so hard for And all my friends and everyone I’ve known? Never did I ever stop for a moment to think Of what’s staring at me I’ve been breaking all the mirrors of reality (Chorus): I’m so sorry, if only I had just one last chance I’m so sorry, but now it’s too late to change the past, oh I lived my life in the fast lane, I only lived for today And never, never really thought about anyone else It was all about me, myself and I Never did I ever stop for a moment to think Of what’s staring at me I’ve been breaking all the mirrors of reality, oh (Chorus) And now, now that it’s over I wonder if anyone will remember me If I had the chance to turn back the hands of time There are so many things that I would change I’d live my life, every single breath… for You (Piano Solo) (Chorus) (Outro): I’m so sorry, so sorry Please forgive me ___

Istikharah.

 Terjemahan doa: Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.  Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.  (Dari hadis riwayat