Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

20. projek 2012

cinta atau sebab mesti buat! setiap tahun ada dalam kalendar harian mahu kembali tembusi majalah. Akhirnya catatan tinggal catatan. Mahu menjadi penulis mesti berani. Berani menunjukkan karya kepada pihak editorial. Jika tidak jangan perasan sendiri ada karya akan tersiar. Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat. 2012. aku menyimpan angan sama.  mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap. usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya. Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi semangat

Ramadhan nan manis

1 Ramadan datang. aku tersenyum, langit tersenyum. Petang 1 Ramadan nan ceria. saban petang punya ceritera berbeza, bagaimanakah mentari berlabuh hari ini? -5 Ramadan 1433 Saban senja, aku sering menjeling mentari yang akan beradu. Serakan warna oren dan biru yang bergabung ... memberi damai. " pada pengakhiran sebuah senja, matahari masih setia munculkan diri " pagi 11 Ramadan, saat aku berpagi-pagi di luar, mentari bangun pada mulanya segan-segan dan akhirnya penuh. Hanya seketika, awan bertukar mendung, angin mendesir damai, dan awan kembali mendung... -pagi 11 Ramadan yang manis. fasa kedua, bagaimanakah dirimu, wahai pemilik jasad?

21. Suara dalam kata dan gambar yang berbicara.

"Pada puisi yang mengganti suaramu Pada gambar kaku yang mengganti lunak bicaramu Benarkan ia terus bicara, Menggantti hadir dirimu. Tidak semua kata dapat diterjemah pada kata." “sekeping gambar dapat membicara seribu makna. ” Sering  kalimah itu membuncah dalam kepala. Spontan bibir mengukir senyum menatap gambar-gambar kenangan. Manis tersenyum aku dan dia. Gelak manja kami bersama. Indah. Terakam memori itu kekal ditatap saat diingati. Pernah aku bicara suatu ketika, “orang lain diberi kelebihan berkata dengan fasih dan teratur. Sedang aku sering gagal melontar makna dalam kata. Hati itu. Hati sering tidak sampai pada erti sebenar kata yang mahu aku luahkan. Lalu, sering tulisan mengganti semua perktaan. Aku bahagia begini. Aku percaya, setiap kelahiran bersama kelebihan. Allah Maha Adil. Tidak perlu aku cemburu, tidak pantas aku menanam iri pada sesiapa. Aku mahu menjadi insan sederhana yang mengenal erti syukur. ” “pada puisi, aku

22. kesakitan nikmat tidak terbayar.

Dalam banyak-banyak nikmat yang Allah berikan, ada pesanan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW tentang lima perkara. 5 Perkara yang sudah terhafal sejak sekolah. Lima perkara yang sebenarnya ada dalam kepala, cuma adakah diri menyelam maknanya. Kumpulan Raihan ada mendendangkan: ingat lima perkara, sebelum lima perkara sihat sebelum sakit  muda sebelum tua kaya sebelum miskin lapang sebelum sempit. hidup ... sebelum mati. saat sihat, diri sering lupa akan hadirnya kesakitan. Seakan badan yang dipinjam akan sihat selama-lamanya.Digunakan jasad nan satu itu  melakukan pekerjaan sehingga terlupa menyebut "alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang baik hari ini." Suatu hari, organ bernama perut meragam tidak berhenti. Semalaman kita tidak dapat tidur. Semalaman kita hanya berbaring ke kiri dan ke kanan, mata tidak juga terpejam. Saat itu, barulah kita terfikir. Indahnya saat sihat dan kita dapat lena tidur. Indah sihat mulut dapat menjamah hidangan dengn baik.

23. tulisan dan bicara cerminan empunya diri

Bicaraku pada tulisan adalah refleksi kehidupan sebenar walau sekeras mana aku membantah. Tulisan tidak dapat menipu, sebagaimana pancaindera akan tetap bereaksi walaupun bibir berkata lain, hati maksudnya lain. Tulisan itu cerminan penulisnya. kata-kata refleks diri penuturnya. Usah dinafi. Jangan dikata tidak. Macam aku. Sering aku tulis begini. : tulisan ini tiada kaitan penulisnya. Hakikat sebenar, pembaca dapat membaca diri penulis hanya pada baris kata... Maka, wahai penulis, tulislah yang baik-baik sahaja.

24. mimpi-mimpi berserakan

berani bermimpi tidak bermakna hanya hidup dalam mimpi "bermimpilah. tanam dalam diri semua mimpi biar kelak menjadi realiti. Tidak mengapa gagal melaksana mimpi, asal mimpi memandumu menuju hari esok. Mimpi tidak sekadar mimpi. Dibantu usaha menjadikan realiti. Doa tidak berhenti. Berjalan walau setapak demi setapak langkahmu. Allah. Mimpi menjadikan dia berani menanam impian. Biar nampak mustahil, namun apakah yang mustahil bagi Allah. Hamba merasakan tidak mungkin, pada Allah, kun fa ya kun. tuliskan mimpi-mimpimu dan pasakkan dalam diri. Biar kelak suatu hari itulah realiti. Dan dia harus lebih berani bermimpi!" -ila husna 2012|| usah takut bermimpi setinggi langit selagi kamu tundukkan dirimu serendah mutiara di lautan menjadi lain itu tidak mengapa asalkan 'lain' itu menjadikan kamu istimewa. tidak mengapa kamu punya banyak kekurangan, asalkan kekurangan yang ada menguatkan jasadmu membuat perubahan. Semuanya baik-baik sahaja, selagi kamu punya

Pra-hadam Rintik-rintik hanya singgah

blogger kusujud.blogspot.com 27 julai 2012, rintik-rintik hanya singgah selamat kuterima. Naskah pemberian pengarang bersama catatan menjadikan ia  istimewa. tidak sabar mengulit kata-demi-kata lantaran meninggalkan satu baris menghilangkan kedalaman maknanya. "kamu tahu Rifqi, kamu lupa sesuatu dalam matlamatmu." "Apakah yang saya lupa?" "Tuhanmu..." -Rintik-rintik hanya singgah, jamal ali kata-kata disampai daripada jiwa tempatnya juga di jiwa. jujur tidak sabar mahu mengulitnya hingga selesai. Naskah wajib baca para pencari hikmah. Susun katanya buatkan aku perlu baca ayat demi ayat.   Usai hadam, pasti aku simpulkan bacaan itu.  kredit gambar: antologi dunia jamilah mohd norddin iium.

setahun yang lalu ...

"ainul, ingat tak mlm besday ang kat rumah? Hm .. tiba-tiba teringat." catatan setahun lepas [ingat kembali] Semalam sebelum lena, teringat peristiwa setahun sudah. Terus mesej Ainul Salasiah... Kasihan Ainul lenanya diganggu malam itu. :) Saya tidak ingat kisah penuhnya. Hanya pecahan-pecahan ingatan... Hari lahir Ainul tahun lepas sehari sebelum pernikahan sahabat kami, rokiah. Aku, Ainul dan kak Husni diberi kesempatan ke sana. Aku yang baru pulang dari UIA singgah di rumah Ainul sebelum sama-sama ke rumah Rokiah di Ketemba Kememeh, Kuala Pegang, Baling. Kak Husni pula sudah di rumah Rokiah. Hari itu 21 Julai 2011. 22 Julai hari lahir Ainul. Semua orang buat tidak kisah, walaupun pasti semuanya ingat. :) Malam itu. Masih biasa keadaanya. aku seperti biasa lebih banyak jadi pemerhati. Bilik pengantin jadi sasaran kami bertiga tidur malam itu. Jam 12. Ainul sudah lena. Berkali-kali dia diganggu sehingga lenanya terjaga. Dipujuk sembang biar tidak lena hingg

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: Gadis itu bercerita ...

Titis-titis jernih menjadi air yang sangat murah harganya petang itu. Sudah lama tidak dibiar mata basah sendiri tanpa ada sebab. Perasaan suram petang itu. Kabut rasa sejak perasaan halus yang menjentik diri bukan sahaja menjemput selera maka dan lena tidurnya. Mata itu justeru basah sendiri. Hujan dalam panas yang hanya turun pada dua belah matanya. Melawan musuh dalam sendiri lebih payah daripada menjawab soalan matematik tambahan ketika SPM atau meng i'rab ayat-ayat dalam nahu.  Kekuatan hanya akan hadir pada diri yang kuat pergantungannya pada yang Satu. Ya, aku terlalu 'pandai' menulis sedang hakikatnya aku yang paling gagal mengimplementasi dalam kehidupan. Aku hanya tahu lari, lari dan lari. Mendiamkan diri dalam semua keadaan. Aku rindu mahu pulang ke kampung. Seakan aku terpaksa membatalkan rancangan untuk pulang melihatkan kondisi diri yang tunggang terbalik. Semuanya di luar kawalan dan di luar perancangan. Aku sedang dihanyutkan diri sendiri dalam bara

25. ...dan kehidupan adalah rentetan ketentuan dan kemahuan

Minat dan perlu buat bezanya besar. Sanggup dia berjaga kerana menyudahkan sesuatu yang dia minat. Tega dia meninggalkan sesuatu yang perlu dia buat. Buatlah apa-apa sahaja, tanpa hadirnya hati dan niat seiring perbuatan, sia-sialah amalan. kecil atau besar. Penting atau tidak. Jadilah semuanya hanya ilmu yang lekat dalam buku dan tiada keberkatan. Bukan tidak tahu, tetapi 'keberkatan' itu tiada. Ilmu itu cahaya yang tidak menerjah jiwa yang dipenuhi maksiat. Lalu, cucilah hati itu sementara Allah hadirkan Ramadhan yang belum tentu kamu bersamanya tahun hadapan. Ramadhan ini, jadikan ia paling baik! Allah mentakdir, tetapi kita diberi pilihan, mana satukah yang lebih baik? banyak perkara merosak jasad dan hati andai dituruti, ada laku baik ditinggal. kerana itu ada dosa pahala baik buruk. aduhai, diri yang sudah ketuaan, sedarlah panggilan Izrail menjengah saban hari, meski rahsianya pada  rabbi. menjelang 23, jamilah mohd norddin uiam

26. cebisan-cebisan catatan ...

"... pagi tadi aku kena denda ngan ustazah ummul coz tak dapat siapkan homework yang diberikan. Didenda berdiri, namun kejap aje. satu pengajaran buat aku le tu... -8.7.2003 "  " ...aku tahu aku ada bakat cuma mungkin dah berkarat. Tak digilap. Hantar manuskrip ke syarikat-syarikat penerbitan dan kedai buku tu diteruskan ... " -17.12.2004 "...kalau boleh tiap-tiap bulan aku nak beli at least a book a month..."   -24.12.2004. " Bila kita hilang baru kita ingat. -27.9.2010 "  " Benar sekali! Aku hidup dikelilingi manusia hebat sedangkan aku masih berada dalam lingkungan dunia sendiri. Terasa juga rendahnya diri, namun apa beza manusia? Takwanya dan bukan perkara lain-lain.-30.1.2011. "  " Jamilah kena terus menulis! Fighthing! A book a year dah kena jadi target. Setiap bulan masuk majalah kena buat. Banyak membaca itu perlu. Cari bahan sebelum adanya cerita, harus. Insya Allah. -13.7.2011 "  " Ya Allah, beta

27. Catatan Buat Yang Bernama Norhabibah Mansor.

Dua puluh hari menjelang 20 Ogos, dan saya mahu moncoret kata demi kata buat diri menjelang hari tuaku... Ya, mengikut tahun Hijri, saya sudah berusia 23 tahun kerana dilahirkan pada bulan Muharam 1410H. Alhamdulillah... *** Semalam, maafkan saya teman atas kesalah fahaman pada reaksi saya. Saya gagal mengawal emosi sendiri. Kamu sendiri faham, kan ... manusia bernama Jamilah yang penuh emosi tidak terkawal. Saya tidak ingat tarikh sebenar perkenalan kita ... Saya tidak lupa apa yang pernah awak beri, jasa awak yang tidak terbalas buat saya, awak mendengar saya berkata-kata, saya menahan air mata... Awak, saya jadi malu dengan diri sendiri. Kadang saya sengaja menyusahkan awak dengan ulah saya. Saya tahu awak tentu risau dengan kawan awak ini, awak tidak perlu risau ya, dengan apa yang dia lakukan ... awak, saya mohon maaf sebab tidak pernah ambil berat tentang awak. saya selalu anggap awak okey sentiasa. Saya sudah lama tidak mendengar cerita awak, dan sebenarnya

Resensi Friends Forever: Nadyaz Alias

nadyaz Alias ukhuwah itu tali penyatu "erti persahabatan" slame ni ak slalu mncari sahabat yg setie nmpak je ak mcm ramai kawan tp kawan setia..cumer brape org je (ak x memilih..ak slalu try kawan ngan smue) kalo kawan minx tlog...ak try tolog tp..ak nk kwan yg tahu erti persahabatan sntiase ade dgn ak tyme senang n susah but..at the same time~ i try to be like that ------------------------------------------- 5 feb 2012 ak trjumpe satu bku ni (mmg slame ni ak cari...1st time nmpak kat snarai name bku dlm majalah Gen-Q) igat senang ke ak nk lyan novel (sori ckit..gua x lyn novel k..) tp ntah..dsbbkn tajuk die..ak brminat sgt akhirnyeerr.. jumpe kat kedai buku Popular as usual~  ak balut novel ni gune A4 (mcm mane ak balut novel renyahSPM fom4) ahaks mmg hobi ak balut novel gune A4 (tp buku SPM x brbalut..hahaha) "friends forever" (tajuk karya yg diberi oleh Ila Husna) cetakan pertama : 2012 muka tai

Resensi Friends Forever: Faaiz d. Zul

Faaiz d. zul buku: Friends Forever Beberapa belas minggu yang lalu, di sebuah kelas. [ dialek Terengganu] "Aok ni bakpe tibe-tibe nak ngaji mmula bahasa Arab ni?" "saya ada terbaca novel tulisan seorang  student  BAR Ustaz..." "hok nulis tu llaki ko ppuang? " " err , perempuan Ustaz..." Khali. Momen kejur itu diisi dengan sedas dua panah-panah lazer berapi dari lensa Ustaz tepat ke mata saya.  pergh ... Kelas pertama bermula canggung akibat terlanjur bergurau.  Berat nanang  kata Ustaz. Friends Forever; Ukhuwah itu tali penyatu Sungguh-sungguh saya tak reti menulis reviu buku selain berkongsi rasa. Untuk yang ini, untuk seorang yang pernah bersuka duka belajar bahasa Arab, untuk buku karangan yang pernah terbang keluar kelas, untuk orang yang macam boleh faham beberapa kosa kata dari perbualan pak Arab, untuk yang gagal bersama-sama  foreigner   menghayati khutbah Jumaat  SHASM ,  untuk yang takut-takut tak mampu b

Resensi Friends forever, Ila Husna : Ina Nailofar.

terima kasih Ina Nailofar membantu saya promosi friends forever. agenda rahsia bersama, semoga dipermudahkan... Saya salin-tampal di sini.  Ina Nailofar. NOVEL FRIENDS FOREVER NUKILAN ILA HUSNA Pejam celik, pejam celik. Hari ini, hari ketiga Ramadhan. Sedang bercuti semester. Alhamdulillah. Berpeluang menjalani ibadat puasa di teratak tercinta. Ya, sekarang saya di Penang!  Kembali bertemu di blog 'Bingkisan Hayat' ini.   Menyapu sawang yang kian menjalar. (Puasa ni kena rajin-rajin) Hari ini   Ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama sahabat-sahabat blogger sekalian.  Julung kalinya Blog 'Bingkisan Hayat' membawa kepada anda sebuah resensi buku. Jom layan!  RESENSI NOVEL FRIENDS FOREVER KARYA ILA HUSNA Kata Ila Husna, "Ukhuwah itu tali penyatu." Ini cover novel Friends Forever. Cukup ceria. Sesuai dengan jiwa remaja dan pastinya menjadi kegemaran penulis---> Cik Ila Husna.   --->Se