Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Teringat Pada Hijau

Hijau warna semulajadi, Dedaunan, Rerumput, Pasak bumi... Sedap mata memandang. Hijau warna lambang ketenangan, Bukan merah tanda marah, Lihat hijau sejuk hati, Bukan biru kadang haru. Hijau, Gabungan Biru dan Kuning, Jadinya warna kedamaian, Terang kuning + Sayu biru, Lahir hijau memukau. HIJAU WARNA NEGERI AKU, KEHIDUPAN SAAT AKU TENANG, PENYEJUK SAAT RESAH.

Kau Ilhamku - Man Bai

Mendengar lagu ini mengingatkan aku kali pertama aku cuba menghasilkan cerpen. Sebelum ini jika di sekolah rendah aku membuat karangan bertulisan tangan yang habis cantik itu, hantar pada Rancangan Kak Yong bersama Adik-Adik. Dapat RM50. Bagi budak sekolah rendah seperti aku, siapa yang tak meloncat jika berjaya pegang duit sendiri. Hasil karangan yang tidak seberapa. Aku ingat, tahun 2000, karangan pertama aku bertajuk “hobi saya”, adalah karangan ulung yang menembusi radio. Kemudian aku dengar tentang Kelab Sayang di Sayang di Radio Malaysia Kedah (sekarang Kedah FM). Setiap kali menghantar memang akan dapat sebuah buku. Memang seronok. Buta tentang palgiat atau apa, kadang-kadang, sajak yang aku hantar bukan hasil sendiri. Aku salin bulat-bulat daripada buku-hehe, jahil waktu tu, jangan tiru macam ni-. Tapi bukanlah semua, ada juga yang aku hasilkan sendiri. Catatan pengalaman dan sajak pendek. Cerpen pertama berjaya aku siapkan –sebelum ini semuanya terbengkalai- ketika di bang

Cerpen Pertama Di Majalah

AKHIRNYA-VERSI ASAL TAJUK: AKHIRNYA (tersiar dalam Dewan Siswa Mac 2005: vila igauan) Sebuah kereta betul-betul berhenti di hadapan anak muda itu. Di dalamnya bersandar tenang seorang gadis manis yang masih lengkap berpakaian sekolah. “Mari Zaman, balik bersama Halwa. Rumah kita bukannya jauh pun.” “Tak payahlah, kejap lagi bas sampai. Saya balik naik bas saja.” Aku cuba menolak pelawaannya. “Hai, tak kan tak sudi kot. Ye la kita yang ajak.” Dengan terpaksa aku terpaksa juga menerobos masuk ke dalam BMW Metalic milik Dato’ Mukhtaruddin itu. Malu juga mengenangkan aku sekadar anak kepada orang gaji milik keluarga Halwalwasimah. Anak Dato’ Mukhtaruddin. Tersentak aku mendengar gemersik suaranya meminta aku ke rumahnya malam itu. “Malam ni Zaman datang le rumah. Boleh le ajar Halwa Math Tam yang cikgu ajar tadi. Halwa kurang faham le.” Sebenarnya aku agak keberatan untuk menjejakkan kaki ke villa itu walaupun Ibu bekerja di sana.Aku mula terkenangkan lirikan mata Datin Julian

Bila Kita Akan Mati?

Kematian itu pasti, maut datang tanpa amaran redhakan pemergian mereka... Hari ini, Esok, Semalam, Kematian setia menziarah, Meragut nafas saat tiba saat. Tanpa kasihan, Meski enak makan. Mati... Maktabah, 17/12/2008
...WARKAH BUAT HATI... Assalamualaikum,segumpal darah yang mendiami diri ini. Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah seputih dan sejernih seperti aku dihadirkan di dunia fana ini 19 tahun lalu, atau titik-titik hitam terlalau mewarnai hinggakan putih itu terbenam. Warna apakah kau sekarang? Seingat akal dangkalku, usia kecilku, tak pernah aku rasa resah gelisah, kegembiraan melakar segenap kehidupanku, aku bahagia walaupun aku tak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku mampu tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit, aku relakan semuanya. Bila menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapa hanya resah yang aku rasa? Mengapa dada ini tak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dulu telah dicabut daripada kehidupanku. Duhai hati, tiba-tiba aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kau selama ini. Aku tak siramimu dengan bacaan al-Quran. Aku jarang memberi kau makan. Aku teringat kata-kata

Dunia Tulis Jamilah

*Aku mengenali dunia menarik ini sejak di bangku sekolah rendah. Membaca KUNTUM, Dewan Pelajar.. Buku cerita kanak-kanak, aku teringin menghasilkan cerita sendiri. Walaupun tak pandai, aku cuba juga hinggalah aku sampai ke hari ini. Walaupun sering timbul tenggelam akibat terlalu tidak konsisten, aku teruskan minat ini.. Insya ALLAH. Sekadar mahu berkongsi perjalalanan aku selama satu dekad di sini. -Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan. -Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk. -Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya. -catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu. -catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku a

Ustaz Yunus Ma Zheng

Molek kiranya aku kenalkan dahulu ustaz ini... Ustaz Yunus merupakan seorang ustaz yang berasal daripada negara China, datang ke sini dan mengajar aku BMW (BAsic Method Research) -nama je BI belajar dalam bahasa Arab- Menurut ustaz.... "Ketika mula-mula saya daang ke sini, saya hanya nampak negara ini sebuah negara Islam, tidak terlihat yang negara ini terdapat dalam kalangan penduduknya berbangsa yang pelbagai... China, India, dan bermacam suku di Sabah dan Sarawak. Apabila mula memesrai rakyat di sini, saya mula mengetahui akan adanya perbezaan dan macam-macam perkara yang mula timbul dalam fikiran.. Saya bergaul dengan masyarakat Cina yang tidak menganut agama Islam... Menurut mereka mereka boleh terima semua benda yang Melayu buat... Makan nasi lemak, pakai kain sarung, malahan bagi salam sekalipun, namun hanya satu yang tidak dapat diterima... ISLAM.... Bagi mereka jika memeluk Islam itu masuk melayu... Siapakah yang bersalah??? Saya pergi pula kepada PERKIM dll untuk men

Untungnya Terengganu Sekarang

Dana untuk pelaburan jamin kelangsungan pendapatan apabila minyak habis: Najib KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan dana yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu menjamin kelangsungan pendapatan Terengganu terutama apabila minyak sudah habis. Katanya, Kabinet akan memperhalusi lagi struktur pentadbiran dan perjalanan TIA bila kertas cadangan dana itu siap. "Pada prinsipnya, cadangan ini diluluskan jemaah menteri pada mesyuarat semalam (kelmarin)," katanya selepas majlis penyerahan bayaran royalti minyak separuh kedua 2008 di Stadium Negeri di sini semalam. Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Turu

CCT

Kakiku kakimu seakan enggan tersusun lagi, Langkah pincang, Nafas terhenti sesaat, Jemariku tak henti menari, Mulut bergumam, Gigi bergetar. Antara mahu dan malu, Aku kuatkan hati, Mengatur kata tk teratur, Mengungkap ayat tak tentu. Keranakah mahu markahkah aku? Tidak, Kadang alku perlu bersuara, Biar tak diterima, Mereka aan berbicara juga... Catatan hari ini... Berakhirnya minggu yang mengarut.. Banyak benda yang sepatutnya boleh aku lunaskan aku tunda dengan melakukan kerja-kerja tak berkaitan plajaran. Sangat mengsihankan kerana aku sangat-sangat tak mengendahkan pelajaran yang sepatutnya aku ambil kisah.. Kisah menyedihkan.. Embun pagi ini seakan enggan menitis, Api pula memmercik, Menyemarak insan lena, Membagun insan lalai... Seandainya.... Nak tahu, sekarang aku gila untuk beli buku... Tapi entah bila akan dibaca... Teruja melihat buku yang banyak di kedai dan tak berjay kawal nafsu membeli yang sangat besar.... Hm, adakah jika kita mempunyai minat

Gian atau Gila

Apakah bezanya? Gila dan gian, Kau gian mengumpul buku-buku, Tapi kau tak gila membaca... Benarkah apa yang diluah, <>@() Gian merapu, Tapi gila memendam rasa... Biar dikatakan gila, Asal bahagia... Hahaha, Aku memasuki fasa kedua kegilaan. Assalamualaikum. Jumpa lagi, bila aku kembali waras... ("_")

Jumpa Lagi

Assalamualaikum, sempat lagi aku nak berkongsi cerita setelah hampir seminggu bercuti di kampung. Cuti yang memenat dan agak membosankan kerana tak sempat nak berpuas hati dengan cuti yang terlalu pendek, haha, tidak bersyukur sungguh aku ni... Ada lagi yang langsung tidak pulang ke kampung lagi kasihan.... Macam ustazah selalu cakap... miskin.... Sebenarnya banyak cerita yang bergumpal dalam kepala untuk aku turunkan di sini, namun aku tak pasti sama ada apa yang mahu aku kongsikan penting ataupun tidak... Aku menulis menurut rasa aku.... Hati yang mahu berbicara. Balik tempoh hari, aku berjaya menukar arah perjalanan untuk aku kembali ke pusat pengajian tercinta aku... Selama ini aku hanya tahu jalan ini, yang memenatkan dan memakan masa yang panjang + sakit jiwa kerana terlalu sesak.. 1. Pudu - Naik STAR ke Bandar Tasik Selatan - Tunggu dan berebut KTM untuk balik... 2. Pudu- bayar RM1 untuk ke KL Central menggunakan bas No 12 - Berebut untuk ke NIlai menaiki KTM.. Kini

Rabu ...

Assalamualaikum, Jangan sayangkan sesuatu belebihan, takut kamu membencinya suatu hari nanti, Jangan benci sesuatu teramat sangat, nanti kau pasti menyesal.. Ini sahaja untuk hari ini.. Nak pergi buat kerja yang bertangguh....

Pena Kehabisan Dakwat

Pena yang berlari, terhenti-henti, Hilang suara dari hati, Tak mampu memberi erti. Seandainya... Sekiranya... Sememangnya... Gemar benar diri mengaju saranan, Tak punya tindakan, Andainya tak mahu laksanakan, Diam, usah suarakan. Jangan dibina alasan, Yang menyesak perasaan, Ikhlaskan dalam perbuatan, Andai kau punya keinsanan. Maktabah 4 Zulhijah 1429 10:12a.m

Selasa Yang Tak Selesa

Assalamualaikum... Dahulu, aku sering terfikir, apa tujuan aku sebenarnya mahu libatkan diri dalam dunia penulisan? Benarkh kerana bakat? Aku tak punya bakat yang besar.. Adakah kerana duit? Aku tak dijanjikan dengan kekayaan bila melibatkan diri dalam dunia penulisan.. Adakah kerana dakwah? Aku terfikir, apa penulisan yang aku sumbangkan untuk dakwah Islami.. Kerana apa aku menulis??? Aku menulis kerana aku lemah mengeluarkan pendapat melalui lisan... Aku benci untuk bercakap!!! Sangat tidak wajar, aku mengerti, tapi, biarlah pena aku terus bersuara, Menyuara resah gundah di jiwa... Maktabah 2 Disember 2008 20:1op.m

Jangan Cemburu!!!

Assalamualaikum... RAFEST akhirnya melabuhkan tirai... dan aku menghabiskan duit dalam poket.... Macam biasa, aku spesis pantang tengok buku yang kau suka, pasti nak sambar... alkisahnya aku berjaya menyambar 5 buah buku + sebuah aku beli di Seremban... Melayanglah RM100 yang kakak aku masukkan dalam bank.. HAha, jangan pula diceritakan, nanti kewangan aku disekat, merana... Sejak hari pertama, aku merayap di ekdai buku, nak beli, poket ha,pir kosong.. Sabar... Hari kedua, aku sebuah... dan hari terakhir... Dapatlah empat buah yang lain... Tak kisahlah berhabis, dah memang hobi... Bukan itu nak aku ceritakan... Petang Ahad, hari terakhir... Aku lapankan masa melawat lagi gerai RAFEST... Nak tahu apa aku nampak??? KAK SURAYA.... HAhaha, tangan aku terus terketar, lutut bergoyang, macam orang nampak buah hati... Almaklumlah penulis yang aku minat, aku pula spesisi sombong nak tegur orang. Ingatnya tengok dari jauh pun cukuplah.. Tapi tak puas hati!!! "Sarah, nak pinjam duit.